Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARAAN MAJLIS HARI KONVOKESYEN PRASEKOLAH 2013 Mengumumkan ketibaan, Tuan Hj. Rozamri bin Hj.

Kambol YDP PIBG SK Othman Shawal diiringi Yang Berbahagia Datin Zunaidah Bt Md. Jani Guru Besar SK Othman Shawal. Semua hadirin diminta berdiri.

Bismillahirrahmanirrahim... Yang Berusaha, Tuan Hj.Rozamri BinHj. Kambol, Yand Dipertua PIBG SK Othman Shawal Yang Berbahagia, Datin Zunaidah Binti Md.Jani, Guru Besar SK Othman Shawal Yang Dihormati,Barisan Kepimpinan Penolong Kanan : Pn.Sapiah Binti Salleh, GPK 1 SK Othman Shawal PN. Mislia Binti Ujang, GPK HEM SK Othman Shawal En.Mustapha Kamal Bin Abu Bakar, GPK KOKU SK Othhman Shawal Pn.Zainab Binti yang Chik, GPK Pend.Khas SK Othman Shawal Yang Dikasihi, Guru-guru dan staf sokongan SK Othman Shawal seterusnya putera dan puteri Prasekolah SK Othman Shawal yang dirai pada hari ini serta ibu bapa sekalian. Assalamualaikum w.b.t.., salam sejahtera, salam 1 Malaysia, salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau

Sirih berlipat sirih pinang Sirih dari Pulau Mutiara Pemanis kata selamat datang Awal Bismillah pembuka bicara Hari ini menanam jagung, Dibawa ke Perlis bersama peria, Hari ini kita berkampung, Meraikan anak-anak penuh ceria

Selamat datang ke : Majlis Konvokesyen Prasekolah SK Othman Shawal 2013 Saya _____________________________________ akan mengacarakan majlis ini sehingga ke penghujungnya.Insyaallah.

Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurniaNya kita dapat bersama-sama berhimpun pada pagi yang mulia ini untuk meraikan Majlis Konvokesyen Prasekolah SK Othman Shawal.

Ucapan selamat datang dan ribuan terima kasih diucapkan kepada hadirin sekalian kerana sudi menghadirkan diri ke majlis ini terutamanya kepada Yang Dipertua PIBG SK Othman Shawal, Tn. Hj. Rozamri Bin Hj. Kambul kerana sudi meluangkan masa untuk menghadirkan diri ke majlis ini. Ucapan terima kasih juga kepada Guru Besar SK Othman Shawal, Datin Zunaidah Binti Md. Jani,Barisan GPK SK Othman Shawal, Guru-guru dan staf SK Othman Shawal serta semua ibu bapa yang sudi menghadirkan diri untuk memberi sokongan kepada anak-anak prasekolah ini. Semoga usaha kita diberkati Allah.

Anugerah dikecap si anak watan Mengangkat senjata bidalan suara Menadah tangan memohon keberkatan Mendapat restu hidup sejahtera

Hadirin yang dimuliakan, Bagi menambah keberkatan Majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Firdaus Bin _______________. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
*Doa

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas bacaan doa itu sebentar tadi.
Hadirin yang dirahmati Allah sekalian, Untuk tidak melengahkan masa lagi majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang berbahagia Datin Zunaidah Binti Md.Jani, Guru besar SK Othman Shawal, untuk menyampaikan ucapan aluannya. Dipersilakan.

*(ucapan Guru Besar)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan Puan Guru besar sebentar tadi.

Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Dipertua PIBG SK Othman Shawal, Tuan Hj. Rozamri Bin HJ.Kambol untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis konvokesyen prasekolah SK Othman Shawal bagi tahun 2013. Dipersilakan.

*(ucapan perasmian YDP PIBG)

Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas ucapan dan kesudian Tuan merasmikan majlis Konvokesyen prasekolah SK Othman Shawal bagi tahun 2013 ini.

Hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian, Ucapan sudah, perasmian pun sudah,sekarang tibalah masanya untuk majlis penyampaian sijil dan cenderamata bagi anak-anak prasekolah SK Othman Shawal kita ini. Tetapi, sebelum itu, marilah kita sama-sama menyaksikan persembahan dari murid Prasekolah, adik Nur Ierdilienna Binti ____________, yang akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk _____________ . Dipersilakan. *persembahan murid bercerita. Terima kasih diucapkan kepada adik _________________ atas persembahan itu tadi. Seterusnya, upacara cabutan nombor bertuah untuk sesi yang pertama. Untuk menyempurnakan upacara ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput Pn. Sapiah Binti Salleh, GPK 1 SK Othman Shawal, untuk memilih 5 nombor yang bertuah dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada pemenang. Diharap para hadirin bersedia dengan nombor masing-masing. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. *penyampaian nombor bertuah. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Sapian Bt Salleh atas kesudian menyempurnakan acara cabutan nombor bertuah itu tadi. Hadirin hadirat sekalian, Tanpa melengahkan masa lagi Majlis dengan segala sukacitanya menjemput Yang Dipertua PIBG SK Othman Shawal, Tuan Haji Rozamri Bin Haji Kambul dan diiringi Yang Berbahagia Datin Zunaidah Bt Md. Jani, Guru Besar SK Othman Shawal untuk penyampaian sijil dan cenderamata kepada anak-anak prasekolah Pracilik Bistari iaitu Pra 1. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Dijemput adik......... (BERDASARKAN SENARAI NAMA PRA 1) Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Dipertua PIBG SK Othman Shawal, Tn. Hj. Rozamri B. Hj. Kambul atas penyampaian sijil dan cenderamata untuk fasa 1 itu tadi. Tuan-tuan dan Puan-puan, Kita teruskan lagi acara kita pada pagi ini, marilah bersama-sama kita menyaksikan persembahan dari adik Nur Annaylly Bt Osman murid Pra 1 yang akan menyampaikan sebuah sajak yang bertajuk _______________________________. Majlis mempersilakan. *persembahan murid bersajak Majlis mengucapkan terima kasih kepada adik Nur Annaylly atas persembahan hebat itu tadi. Hadirin dan hadirat sekalian,

Acara cabutan nombor bertuah diteruskan lagi. Untuk menyempurnakan upacara ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berbahagia, Datin Zunaidah Bt Md. Jani Guru Besar, SK Othman Shawal untuk memilih 5 lagi nombor yang bertuah dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada pemenang. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. *acara cabutan nombor bertuah Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas kesudian Puan Guru Besar menyempurnakan acara cabutan nombor bertuah itu tadi.

Hadirin yang dihormati, Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada usaha gigih yg berterusan. Usaha yang tidak mengenal erti jemu pasti membuahkan kejayaan dan kecemerlangan. Oleh itu, muridmurid yang berjaya sepatutnya diberi penghargaan. Semoga ini akan menjadi pencetus semangat untuk terus berjaya dalam mengejar ilmu dan cita-cita. Seterusnya penyampaian sijil dan hadiah kepada Murid-murid Prasekolah bagi fasa 2.Dengan ini majlis sekali lagi mempersilakan Yg Dipertua PIBG SK Othman Shawal, Tuan Haji Rozamri Bin Haji Kambul diiringi Yang Berbahagia Datin Zunaidah Bt Md. Jani, Guru Besar SK Othman Shawal, bagi menyampaikan sijil dan cenderamata kepada Murid Prasekolah Pracilik Perintis iaitu Pra 2 . Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Dijemput adik....... (NAMA SEPERTI DI LAMPIRAN SENARAI NAMA PRA 2)

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Dipertua PIBG SK Othman Shawal, Tuan Haji Rozamri B. Haji Kambul atas kesudian menyampaikan sijil dan hadiah kepada anak-anak prasekolah sebentar tadi.

Warga dewan sekalian, Bagi meneruskan aturcara pada pagi ini, kita disajikan pula dengan persembahan Nyanyian dan gerakan oleh anak-anak prasekolah SK Othman Shawal. Marilah kita sama-sama
menyaksikan nyanyian dan gerakan yang bertajuk Twinkle-twinkle Littla Star dan Tanya Sama Pokok oleh anak-anak prasekolah SKOS. Majlis mempersilakan. *persembahan murid nyanyian dan gerakan Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan itu tadi. Seterusnya, diminta warga dewan bersedia dengan nombor masing-masing kerana selepas ini adalah acara cabuttan nombor bertuah yang terakhir. Untuk menyempurnakan upacara ini, majlis dengan sukacitanya menjemput YDP PIBG SKOS, Tn. Hj. Rozamri B. Hj. Kambul untuk mencabut 10 nombor bertuah dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. *acara cabutan nombor bertuah

Para hadirin sekalian, Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati kepada barisan pentadbir SK Othman Shawal sebagai tanda kenangan dan terima kasih atas sokongan yang diberikan kepada pihak prasekolah SK Othman Shawal. Dijemput sekali lagi YDP PIBG SK Othman Shawal untuk menyampaikan hadiah. Dijemput : Guru Besar SK Othman Shawal, Datin Zunaidah Bt Md. Jani... GPK 1 SK Othman Shawal, Puan Sapiah Bt Salleh.. GPK HEM, Puan Mislia Bt Ujang.... GPK Koku, En. Mustapha Kamal Bin Abu Bakar... GPK Pend. Khas, Puan Zainab Bt Yang Chik

Pihak majlis seterusnya berbesar hati untuk memberikan sedikit tanda kenangan sebagai penghargaan dan tanda ucapan terima kasih kepada Yang Dipertua PIBG SK Othman Shawal, Tuan Haji Rozamri Bin Haji Kambul kerana telah sudi hadir dan menyerikan Majlis konvokesyen Prasekolah SK Othman Shawal 2013. Dijemput Yang Berbahagia, Datin Zunaidah Bt Md. Jani untuk menyampaikan hadiah. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas kesudian YDP PIBG dan Puan Guru Besar SK Othman Shawal menyampaikan hadiah sebentar tadi.

Terima kasih diucapkan Bersyukur kini kami panjatkan, Majlis anugerah telah disempurnakan, Sekalung penghargaan kami hulurkan, Segulung tahniah kami ucapkan. Dengan berakhirnya acara itu tadi, maka tibalah masanya untuk kami selaku pengendali majlis untuk mengundurkan diri. Pihak majlis juga menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata, terlampau cara sepanjang majlis ini berlangsung. Majlis berakhir penuh syafaat Menjadi ingatan sepanjang zaman Amalan sepakat membawa berkat Hidup beramal bertunjang iman. Kalau ada jarum yang patah Banyak kain tidak berjahit Kalau ada silap dan salah Jangan jadikan kenangan pahit Sebelum menutup tirai, dijemput semua tetamu jemputan, barisan GPK, Guru, Staf, Ibubapa dan anak-anak prasekolah serta semua tetamu yang hadir untuk menjamu selera dengan hidangan yang disajikan di ruangan yang disediakan. Silakan tuan/puan menjamu selera. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan kekurangan itu wujudnya daripada kelemahan kami sebagai makhluk Allah bernama insan. Sekian wabillahi taufik..................

Anda mungkin juga menyukai