Anda di halaman 1dari 9

1

MAJLIS HARI ANUGERAH CEMERLANG SK UJONG PASIR 2015

DEWAN TERBUKA SK UJONG PASIR

19 NOVEMBER 2015

TEKS

Diminta semua hadirin dan hadirat untuk mengambil tempat duduk masing-
masing.

Diumumkan ketibaan Yang Berbahagia Yang Dipertua PIBG Tuan Haji


Zulkifli Bin Sulaiman diiringi Guru Besar Sekolah Kebangsaan Ujong Pasir
ke tempat duduk utama.

Melati kuntum menghias gelas,


Tumbuh melata di tepi kali,
Anugerah Cemerlang 2015,
Murid cemerlang kita hargai.

Assalamualaikum wbt , Salam sejahtera dan Salam Satu Malaysia.

Yang Berusaha En Md Saat Bin Hassan selaku Guru Besar SK Ujong Pasir

Yang Berbahagia Yang Dipertua PIBG SK Ujong Pasir


Tuan Haji Zulkifli Bin Sulaiman ,

Yang dihormati,
Pn Teo Seo Tin, Guru Penolong Kanan 1,
2

Pn Hjh Pawziah Binti Md Ali, Guru Penolong Kanan HEM,

Pn Siti Rokiah Binti Hamid, Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Pn Hjh Siti Hamidah Bt Selamat, Guru Penolong Kanan Pend Khas

guru-guru serta,
Ajk PIBG SK Ujong Pasir,
ibu-bapa,
seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah


Rahmat dan kurnia-Nya dapat kita sama-sama berkumpul dalam Majlis
Hari Anugerah Cemerlang, Sambutan Hari Kanak-Kanak dan Kejohanan
Sukan Tahunan SK Ujong Pasir 2015.

.Pihak sekolah mengalu-alukan kedatangan para jemputan, ibu bapa dan


murid-murid ke majlis pada hari ini. Tujuan Majlis Hari Anugerah
Cemerlang SK Ujong Pasir ini diadakan adalah untuk menghargai
pencapaian murid-murid yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam
bidang akademik dan kokurikulum sepanjang tahun 2015 ini. Diharap agar
dengan penghargaan yang diberikan akan mencetuskan lagi semangat
murid-murid untuk lebih berjaya dalam pelbagai bidang pada masa-masa
akan datang.

Menadah tangan tanda kerendahan,


Lafaz Bismillah memperkukuh tautan,
Doa dipohon penuh pengharapan,
Agar Majlis mendapat keberkatan.

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita
mengaminkan bacaan doa yang akan diketuai oleh Al-fadil ustaz Mohd
Radzuan Bin Alias. Dipersilakan.
3

*Amin, amin Ya Rabbal Alamin. Majlis merakamkan ucapan terima kasih


atas bacaan doa sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati,


Tak molek, jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara

Oleh itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan En Md Saat Bin


Hassan selaku Guru Besar SK Ujong Pasir untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.

*Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Guru besar atas
ucapan alu-aluan sebentar tadi.

Pergi ke kota beli selasih,


Sayang si dara senyum tertawa,
Kata azimat simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.

Untuk tidak melengahkan masa marilah sama-sama kita mendengar


ucapan perasmian daripada Tuan Hj Zulkifli Bin Sulaiman iaitu Yang
Dipertua PIBG SK Ujong Pasir. Majlis dengan penuh hormat dan takzim
mempersilakan

Hadirin yang dihormati sekalian, rasmilah sudah majlis kita pada pagi ini.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian Tuan Hj
Zulkifli menyampaikan ucapan perasmian sebentar tadi.
4

Hadirin sekalian,

Berkebaya batik berwarna merah,


Diserikan dengan permata berlian,
Tibalah masa penyampaian anugerah,
5

Penerima teruja menunggu giliran.

Oleh itu, bagi menyempurnakan acara, dijemput Guru Penolong Kanan


Kurikulum SK Jijan, Pn Faridah bt Salleh ke pentas untuk
menyampaikan anugerah.

*** Majlis dimulakan dengan Graduasi Prasekolah Bestari bagi tahun


2013.

*** Anugerah seterusnya ialah Matapelajaran Terbaik Prasekolah


Bestari.

*** Anugerah seterusnya ialah Anugerah Khas Prasekolah Bestari.

*** Anugerah seterusnya ialah kedudukan dalam kelas sesi pagi bagi
tahun 1 hingga tahun 6.

*** Anugerah seterusnya ialah matapelajaran terbaik bagi sesi pagi


bagi tahun 1 hingga tahun 6.

****
Majlis merakamkan ucapan setinggi-tingi penghargaan kepada Pn. Faridah
Binti Salleh atas kesudian beliau menyampaikan anugerah sebentar tadi.

Hadirin sekalian,
Majlis diteruskan lagi dengan persembahan tarian oleh murid tahap 2 SK Jijan.
Kumpulan tarian ini mendapat bimbingan daripada Pn. Serinor Dalila bt Md. Derus dan
Pn.Salwa binti Mokhtar. Dipersilakan.
***
Terima kasih diucapkan atas persembahan yang menarik sebentar tadi.
6

Seterusnya, dijemput Pn. Hafizah binti Masron Guru Penolong Kanan Kokurikulum
SK Jijan ke pentas untuk menyampaikan anugerah seterusnya.

*** Anugerah seterusnya ialah kedudukan dalam kelas sesi kelas agama petang
bagi tahun 1 hingga tahun 5.

*** Anugerah seterusnya ialah matapelajaran terbaik sesi kelas agama petang.

****
Majlis merakamkan ucapan setinggi-tingi penghargaan kepada Pn. Hafizah binti Masron
atas kesudian beliau menyampaikan anugerah sebentar tadi.

Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan persembahan sketsa muzikal yang akan dipersembahkan
oleh murid tahun 3 Delima. Persembahan sketsa yang bertajuk “ Amalan Bertatasusila”
ini mendapat bimbingan daripada Pn. Serinor Dalila bt Md. Derus. Dipersilakan.
***
Terima kasih diucapkan atas persembahan sketsa itu tadi.

Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian anugerah seterusnya.


Oleh itu, bagi menyempurnakan acara, dijemput Guru Besar SK Jijan, Tn. Hj. Zainal
ARIFFIN BIN MOHD YUNUS untuk menyampaikan hadiah penghargaan kepada murid
dengan kehadiran penuh sesi pagi dan petang serta murid dengan kekemasan kendiri
tebaik, penyampaian sijil dan hadiah penghargaan kepada ketua kelas, penolong ketua
kelas, pengawas perpustakaan dan pengawas sekolah bagi tahun 2013. Dipersilakan.

**** Penyampaian penghargaan yang pertama ialah murid dengan kedatangan


penuh sepanjang tahun bagi sesi pagi.

**** Penyampaian penghargaan yang seterusnya ialah murid dengan kedatangan


terbaik sepanjang tahun bagi sesi kelas agama petang.

*** Penyampaian penghargaan seterusnya ialah murid dengan kebersihan dan


kekemasan kendiri terbaik.
7

Seterusnya ialah penyampaian sijil penghargaan.

****Penyampaian sijil yang pertama ialah penyampaian sijil penghargaan kepada


ketua kelas dan penolong ketua kelas SK Jijan 2013.

****Penyampaian sijil yang seterusnya ialah penyampaian sijil penghargaan


kepada pengawas perpustakaan SK Jijan 2013.

****Penyampaian sijil yang seterusnya ialah penyampaian sijil dan hadiah


penghargaan kepada pengawas SK Jijan 2013.

Majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan Tn. Hj. Zainal Ariffin bin Mohd
Yunus atas kesudian beliau menyampaikan anugerah sebentar tadi.

Hadirin sekalian,

Sama-samalah kita meredakan debaran di hati dengan menyaksikan persembahan


tarian yang akan dipersembahkan oleh murid Prasekolah Bestari SK Jijan.
Persembahan tarian ini mendapat bimbingan daripada Pn. Wan Sureyani binti Wan
Ismail dan Pn. Rodziah binti Zainal. Dipersilakan.

***
Terima kasih diucapkan atas persembahan tarian yang begitu menghiburkan hati
sebentar tadi.

Hadirin sekalian,

Hadiah diatur tampak kemas,


Tuan NYDP PIBG senyum sekilas,
Tampillah Tuan ke atas pentas.

Menyempurnakan Penyampaian Anugerah Khas.

Dengan penuh takzim majlis mempersilakan sekali lagi Yang Berbahagia


___________________________ ke pentas untuk menyampaikan anugerah kemuncak
kita pada hari ini.

*** Penyampaian Anugerah Khas yang pertama ialah Murid Mithali Lelaki 2013.
8

*** Penyampaian Anugerah Khas yang seterusnya ialah Murid Mithali Perempuan
2013.

***Seterusnya ialah Penyampaian Anugerah Khas kepada Tokoh Murid SK Jijan


tahun 2013.

**** Baca Biodata Murid : Tokoh Murid 2013 ****

Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah pada hari ini. Semoga dengan
penganugerahan ini akan sentiasa membakar semangat untuk terus maju dalam
pelajaran serta menjadi contoh teladan kepada murid lain.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berbahagia


_________________________________ atas kesudian beliau menyampaikan
Anugerah Khas sebentar tadi.

Oleh itu, dipersilakan Guru Besar SK Jijan Tn. Hj. Zainal Ariffin bin Mohd Yunus untuk
menyampaikan cenderahati kepada Yang Berbahagia Tn. NYDP PIBG Sk Jijan.

Hadirin sekalian,

Kerjasama tuan-puan sangat dihargai,


Terima kasih sekalung budi,
Kenangan nan indah simpanlah di hati,
Semoga kita berjumpa lagi.

Merdu bertingkah alunan suara,


Kadang tak sedar tersilap kata,
Andai terlanjur patah bicara,
Serendah hati kemaafan dipinta.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada
semua tetamu jemputan, Ahli Jawatankuasa kerja Majlis Hari Anugerah Cemerlang SK
Jijan 2013, para ibu-bapa dan mereka yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung bagi menjayakan malis ini.
9

Dengan penuh takzim pihak majlis mempersilakan para jemputan menjamu selera di
khemah yang disediakan.
Wabillahitaufik walhidayah assalamualaikum wbt

Anda mungkin juga menyukai