Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARA MAJLIS CERAMAH KESELAMATAN MURID & WATIKAH PERLANTIKAN

PENGAWAS, PENGAWAS PSS, KETUS KELAS SERTA PENOLONG KETUA KELAS SK JERAM
BUNGOR 2018
N0 ATUR CARA TINDAKAN
1. Hadirin diminta berdiri,

Sekarang mengumumkan ketibaan,


Lipis, dan Pegawai IPD Lipis S/I Tn Jasni b. Saad Pegawai
Perhubungan Sekolah, IPD

Hadirin sekalian dipersilakan untuk duduk

2. KATA-KATA ALUAN PENGACARA MAJLIS

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh..

Yang Berbahagia,
S/I Tuan Jasni Bin Saad, Pegawai Perhubungan Sekolah, IPD Lipis,

Yang Berusaha Puan Nor Anisa Tor Bt Abdullah, Guru Besar SK Jeram
Bungor,

Yang Dihormati……………………………………………..
Pegawai dari IPD lipis,

Yang Dihormati Encik Zairul Hasnan Bin Syafie, Penolong Kanan


Pentadbiran, Pn Nor Fazlina bt Kamis, Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid, En. Nik Mohd Rizal Bazri Bin Mad Salleh, Penolong Kanan Ko-
Kurikulum, Guru-guru, para Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat
Sumber, Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas serta para pelajar yang
dikasihi sekalian.

3 Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana pada pagi


ini kita dapat berkumpul dalam majlis yang amat bermakna iaitu
majlis Ceramah Keselamatan Murid dan Watikah Pelantikan
Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua Kelas dan
Penolong Ketua Kelas.
Hadiri sekalian,

Tujuan majlis ini diadakan untuk mengiktiraf peranan pemimpin


pelajar dalam menyumbang kepada kejayaan sekolah, di samping
menyemai sikap bertanggung jawab terhadap tugasan yang
diamanahkan oleh pihak sekolah. Semoga dengan penyerahan tugas
ini nanti akan menjadikan mereka pemimpin pelajar yang berdedikasi
dan amanah dalam menjalankan tugas.

BACAAN DOA
4
Untuk memberkati majlis pada pagi ini, saya dengan sukacitanya
menjemput Imam Masjid Kg Jeram Bungor, Al-Fadhil Ustaz Zainuddin
untuk memimpin bacaan doa.

Majlis dengan sukacitanya mempersilakan………

Amin, Ya Rabbal ‘Alamin.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada al-Fadhil ustaz atas


bacaan doa itu tadi.

UCAPAAN GURU BESAR


5
Majlis diteruskan lagi dengan ucapan yang akan disampaikan oleh
Puan Nor Anisa Tor bt Abdullah, guru besar SK Jeram Bungor. Saya
dengan ini mempersilakan puan guru besar untuk menyampaikan
ucapan……..

-------------------

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada puan guru besar di


atas ucapan beliau sebentar lagi.

CERAMAH KESELAMATAN MURID


6
Majlis pada pagi ini tidak sempurna tanpa mendengar sepatah dua
kata daripada dif kehormat kita.
Saya dengan ini menjemput tetamu kita S/I Tuan Jasni Bin saad,
Pegawai Perhubungan Sekolah dari IPD Lipis untuk menyampaikan
Ceramah Keselamatan Murid kepada seluruh warga SK Jeram Bungor.

Majlis dengan ini mempersilakan…..

-------------------------

Berbekalkan amanat yang telah disampaikan oleh tuan penceramah


kita tadi, majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih. Semoga
segala pesanan yang telah disampaikan oleh Tuan Jasni dapat
difahami dan di amalkan oleh seluruh warga sekolah.

Untuk Pengetahuan para hadirin,

S/I Tuan Jasni bin Saad merupakan pegawai perhubungan di SK Jeram


Bungor, dimana sekolah akan mendapat kerjasama dengan pejabat
polis daerah Lipis sekiranya berlaku sebarang masalah salah laku
pelajar.

PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN


7
Kini tibalah kita ke acara kemuncak majlis pada pagi ini iaitu majlis
penyampaian watikah pelantikan pengawas sekolah, pengawas pusat
sumber, ketua kelas dan penolong ketua kelas bagi sesi 2018.

Dengan ini dipersilakan para pengawas sekolah, pengawas pusat


sumber, ketua kelas dan penolong ketua kelas untuk mengambil
tempat.

Bagi menyempurnakan acara, majlis dengan ini menjemput Yang


Berbahagia S/I Tuan Jasni Bin saad, Pegawai Perhubungan Sekolah kita
dengan diiiringi oleh Puan Guru Besar untuk menyampaikan watikah
pelantikan.

Majlis mempersilakan…

Bagi pengawas sekolah, dipersilakan…….

Bagi pengawas pusat sumber, dipersilakan…


Bagi ketua kelas, dipersilakan…

Bagi penolong ketua kelas, dipersilakan….

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada S/I Tuan Jasni
dan Puan Guru Besar di atas kesudian menyampaikan watikah
sebentar tadi.

PENYAMPAIAN CENDERAHATI

Sebagai tanda kenang-kenangan, majlis dengan ini menjemput Puan


Nor Anisa Tor Abdullah, Guru Besar SK Jeram Bungor bagi
menyampaikan cenderahati kepada S/I Tuan Jasni Bin Saad di atas
kesudian beliau menyampaikan ceramah dan menyampaikan watikah
Pelantikan kepada pelajar sekolah ini.

Dipersilakan……

Terima kasih diucapkan kepada Puan Guru Besar atas penyampaian


cenderahati itu tadi.

BACAAN IKRAR PENGAWAS

Seterusnya, majlis menjemput para pengawas SK Jeram Bungor untuk


bergerak ke hadapan bagi majlis bacaan ikrar. Bacaan ikrar ini akan
diketuai oleh Ketua Pengawas, Adik Muhamad Zulhairi Bin Yahaya.

Majlis mempersilakan…

------------------

Terima kasih di atas bacaan ikrar sebentar tadi. Mudah mudahan


dengan lafaz ikrar itu tadi, akan menjadikan badan pengawas di
sekolah ini lebih bertanggungjawab dalam menjalankan tugas mereka.
Dengan lafaz ikrar itu tadi maka berakhirlah sudah majlis pada pagi ini,
sekalung perhargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam
menjayakan program pada pagi ini.

Di jemput dif-dif kehormat, pihak pentadbir sekolah untuk menikmati


jamuan yang disediakan, sementara semua murid diminta tunggu
sebentar di dewan ini.

Majlis bersurai…

Anda mungkin juga menyukai