Anda di halaman 1dari 5

SKRIP MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN

PENGAWAS
PERKARA TEKS PENGACARA CATATAN
Salutasi Bismillahirahmanirrahim,

1. Yang dihormati, ________________, Ketua


Balai Polis Jeniang
2. Yang Berusaha, EN. RUSLAN B. ALI, Guru
Besar Sekolah Kebangsaan Jeniang (Pusat)
3. GPK Hal Ehwal Murid, EN FISOL BIN ABU
KHAIRI.
4. Barisan Guru Penolong Kanan Sekolah
5. EN. AZLAN BIN AZMI selaku guru displin
sekolah,
6. Rakan-rakan guru
7. Seterusnya, murid-murid yang dikasihi sekalian

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Majlis mengalu-alukan kehadiran para Tetamu Jemputan,


Tuan Guru Besar, Barisan Pentadbir, Guru-Guru Dan Murid-
Murid dalam Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Sekolah
Kebangsaan Jeniang (Pusat) bagi Tahun 2022.

Perarakan Diumumkan perarakan masuk yang diraikan,


Masuk
Pengawas dan Pengawas Sekolah,
Ketua Kelas Pengawas PPKI
Pengawas Pusat Sumber,
Pembimbing Rakan Sebaya
Ketua Kelas dan
Penolong Ketua Kelas.

Nyanyian Lagu Nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri Kedah dan Lagu
Negaraku Sekolah.

Semua murid diminta berdiri.

…..

Terima kasih atas nyanyian yang penuh semangat sebentar


tadi. Hadirin diminta duduk.
Ucapan Alu- Bismillahirrahmanirrahim…
Aluan

Untuk pengetahuan hadirin,

Pemilihan Pengawas sekolah, pengawas pusat sumber,


ketua kelas dan penolong ketua kelas ini telah
dilaksanakan dengan teliti berdasarkan atas kriteria
akademik, sahsiah dan ketrampilan para murid.

Semoga pelantikan murid-murid ini sebagai pemimpin muda


mampu untuk membantu sekolah dalam memartabatkan ilmu
dan disiplin dalam kalangan murid-murid SK Jeniang
(PUSAT)
Bacaan Doa Hadirin sekalian, sebelum majlis beranjak jauh, marilah kita
menadah tangan memohon keberkatan Yang Maha Esa.

Untuk itu, majlis menjemput adik URWAH B. MOHD


IZWANI untuk menerajui bacaan doa.

Dipersilakan.

….

Amin, amin ya rabbal a-lamin…

Semoga lafaz doa kita tadi, majlis ini akan diberkati Allah
s.w.t hendaknya.  Insya-Allah.

Ucapan Aluan Hadirin yang dimuliakan ,


Guru Besar
Majlis akan diteruskan dengan ucapan daripada Tuan Guru
Besar.

Dengan ini, majlis dengan penuh takzimnya menjemput dan


mempersilakan Yang Berusaha, EN. RUSLAN BIN ALI,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jeniang Pusat untuk
menyampaikan ucapannya.

Dipersilakan

…..

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Penyampaian Hadirin sekalian,


Watikah
Majlis seterusnya beralih kepada acara kemuncak yang
dinantikan.

Untuk itu, majlis mempersilakan ______________________


diiringi oleh Tuan Guru besar SK Jeniang (Pusat), EN
RUSLAN BIN ALI, untuk menyempurnakan upacara
Penyampaian Watikah Pelantikan kepada para pemimpin
sekolah bagi sesi 2022-2023.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Dijemput Wakil daripada barisan kepimpinan


Pengawas Sekolah, Mohd Irham Danish B. Nazril
Dijemput Wakil daripada barisan kepimpinan PPKI.
MOHD AFIF DANIAL B. IZWAN
Wakil daripada barisan kepimpinan Pengawas
Pusat Sumber, NUR SYIFA ALIA BT. MOHD
KHAIRIL
Wakil daripada barisan kepimpinan Pembimbing
Rakan Sebaya, NUR SALSABILLA BT. ABDUL
AZIZ
Dijemput Wakil daripada barisan kepimpinan Ketua
dan Penolong Ketua Kelas, IMAN AL HADI B.
MOHD RIZUAN

Jutaan terima kasih diucapkan kepada


_____________________ dan Tuan Guru Besar atas
kesudian untuk menyempurnakan upacara.

Ikrar Pengawas Hadirin sekalian,


Pemimpin
Majlis diteruskan dengan bacaan ikrar dari barisan pemimpin
Sekolah Kebangsaan Jeniang Pusat bagi sesi 2022-2023.

Untuk itu, majlis menjemput Ketua Pengawas, adik MOHD


IRHAM DANISH BT MOHD NAZRIL untuk mengetuai
bacaan ikrar.

Para pemimpin diminta berdiri.

….

Majlis mengucapkan terima kasih. Semoga lafaz ikrar


sebentar tadi menjadi pegangan yang tersemat dalam diri
pemimpin-pemimpin sekolah.

Para pemimpin dipersilakan duduk.

Ucapan
Tetamu Seterusnya, majlis menjemput tetamu jemputan kita,
Jemputan _______________________ untuk menyampaikan ucapan
dan amanat kepada para pemimpin cilik kita.

Dipersilakan.
…..

Terima kasih diucapkan kepada Tuan __________ atas


ucapan beliau yang sarat dengan nasihat itu sebentar tadi.

Diharap para pemimpin cilik kita dapat menjadikan nasihat


tersebut sebagai panduan dan peringatan sepanjang mereka
menjalankan tugas di sekolah.

Penyampaian Pihak sekolah mengambil kesempatan ini untuk Jika ada


Cenderahati mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan
______________________________ atas kesudian tuan
memenuhi jemputan kami pada hari ini.

Untuk itu, majlis menjemput Tuan Guru besar, EN. RUSLAN


BIN ALI diiringi oleh kaunselor sekolah, PN. ZAITON untuk
menyampaikan cenderahati kepada
Tuan__________________ sebagai kenang-kenangan.

Terima kasih tuan inspector. Hanya tuhan sahaja yang dapat


membalas jasa baik tuan.

Perarakan Hadirin sekalian,


Keluar Majlis diteruskan dengan perarakan keluar para pemimpin
cilik sekolah.

Para pemimpin diminta berdiri.

Perarakan keluar..Para pengawas dan pemimpin murid

Penyuraian Hadirin sekalian,

Dengan perarakan keluar itu tadi, maka berakhirlah majlis


penyampaian watikah pelantikan pengawas sekolah,
pengawas pusat sumber, pembimbing rakan sebaya, ketua
kelas dan penolong ketua kelas.

Saya mengambil kesempatan ini untuk menyusun 10 jari


memohon kemaafan atas kekurangan dan kekhilafan
sepanjang mengendalikan acara ini.

Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah yg Maha


Sempurna,
Yang buruk itu hasil dari kekhilafan dan kekurangan saya
sebagai hambaNya.

Sekian, assalamualaikum.

Para tetamu jemputan dijemput ke kantin bagi menikmati


jamuan ringan.
Skrip Rasmi disediakan oleh,

…………………………………
En. Amirul Faiz Bin Mohammad

Anda mungkin juga menyukai