Anda di halaman 1dari 8

TEKS PENGACARAAN

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH


PENGAWAS, PENGAWAS PSS, PENGAWAS RMT, KETUA & PEN. KETUA KELAS
PERINGKAT SEKOLAH 2023

ANJURAN :

SK CHEPIR

DISEDIAKAN OLEH:

MURNI HAYATI BINTI SHUKARI

TEKS PENGACARAAN
MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PERINGKAT SK KUBOR DATU 2016

Bil. Peristiwa Skrip


1 Ketibaan Mengumumkan ketibaan Ya, ______________________
………………… __________________________________________________________________.
…………………
2 Kata aluan Sireh berlipat sireh pinang,
Pengacara Majlis Sireh dari Pulau Mutiara.
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera serta selamat datang diucapkan kepada


Yang Berbahagia, Tuan _________________________________________
Yang Dihormati, Puan Mazniwati binti Ayob, Tuan Guru Besar SKKD
Yang Berusaha, En. Wan Azmuddin bin wan Syaari, GPK Pentadbiran
Yang Berusaha, Pn. Hasmah binti Said, GPK Hal Ehwal Murid
Yang Berusaha, En. Zamri bin Mat, Guru Penolong Kanan Kokurikulum.
guru-guru, para pengawas, pengawas pusat sumber, ketua dan penolong ketua kelas yang dirah
Dengan penuh keikhlasan, bersama-samalah kita lafazkan kesyukuran  ke hadrat Ilahi  kerana d
hadir ke Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas, Pengawas Pusat Sumber Sekola
Penolong Ketua Kelas Peringkat Sekolah Kebangsaan Kubor Datu Jaya diberkati Allah s.w.t. ini.

3 Bacaan Doa Tetak buluh panjang sepuluh,


Mari jolok sarang penyengat,
Angkat tangan jari sepuluh,
Doa diminta biar selamat.

Majlis dimulakan dengan menjemput Al-Fadhil Ustaz Nik Saifuddin bin Salleh untuk meng
hormatnya dipersilakan.

BACAAN DOA

Terima kasih diucapkan kepada Al-Fadhil Ustaz Nik Saifuddin bin Salleh atas bacaan doa seben

4 Ucapan 1 Anak Cina main gelombang,


Nampak dari Tanjung Jati,
Tuan umpama bunga yang kembang,
Sentiasa hidup di dalam hati.

Meneruskan acara, majlis dengan sukacitanya mempersilakan


Yang Berusaha Puan Mazniwati binti Ayob, Guru Besar Sekolah Kubor Datu, untuk men
hormatnya dipersilakan.

UCAPAN

Majlis merakamkan ucapan penghargaan terima kasih kepada Tuan Guru Besar atas ucapan itu

5 Ucapan Perasmi Buah langsat di tepi busut,


Mari dimuat di dalam peti,
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati.

Meneruskan acara, majlis dengan hormat takzimnya menjemput dan mempers


____________________________________, untuk menyampaikan ucapan. Dengan hormatnya

UCAPAN

Majlis merakamkan ucapan penghargaan terima kasih kepada


______________________________________,   atas ucapan beliau sebentar tadi.

6 Penyampaian Hadirin sekalian,


Watikah Kini, tibalah kita pada waktu yang dinanti-nantikan iaitu majlis penyampaian watikah pelantikan ke
pengawas pusat sumber sekolah dan ketua dan penolong ketua kelas serta penyampaian cende
motivasi kepimpinan yang telah berlansung baru-baru ini

Bagi menyempurnakan acara, majlis dengan itu menjemput Pn. Mazniwati binti Ayob untuk menj
Berbahagia Tuan __________________________, untuk menyampaikan watikah pelantikan.

Bagi pengawas sekolah, dipersilakan___________________________________,


Bagi pengawas pusat sumber sekolah, dipersilakan ___________________________,
Bagi pengawas SPBT sekolah, dipersilakan ___________________________,
Bagi ketua kelas, dipersilakan _________________________________,
Bagi Penolong ketua kelas, dipersilakan _________________________________,

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

7 Bacaan Ikrar Hadirin sekalian.


kepimpinan
sekolah Dengan penyerahan watikah pelantikan tersebut, maka dengan ini rasmilah sudah pelantikan jaw
pusat sumber sekolah, pengawas SPBT, ketua kelas dan penolong ketua kelas, Sekolah Keban
ini. Untuk itu, majlis diteruskan dengan menjemput dan mempersilakan Adik _____________
untuk mengetuai bacaan ikrar kepimpinan sekolah. Majlis mempersilakan.

BACAAN IKRAR KEPIMPINAN PELAJAR

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.


5 Penyampaian Dari Daik pulang ke Daik
Cenderamata Sehari-hari berkebun pisang
Budi baik dibalas baik
Dalam hati dikenang orang

Menjadi adat orang Melayu, orang berbudi kita berbahasa. Sebagai tanda mengenang jasa
mempersilakan Yang Berusaha Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kubor Datu untuk m
kenang-kenangan kepada Yang Berbahagia Tuan _____________________________________

Dipersilakan.
PENYAMPAIAN CENDERAMATA

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih.

6 Majlis Penutup Mangkuk jorong pinggan jorong


Si jorong berisi buah jati
Dua tiga kata terdorong
Jangan disimpan di dalam hati

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih ke


________________________Berusaha Pn. Mazniwati binti Ayob, Tuan Guru Besar SKKD,
sekaloan kerana telah memberikan idea, sumbangan dan kerjasama dalam menjayakan Majli
pada kali ini dengan jayanya.

Majlis dengan ini menjemput Yang Berbahagia Tuan __________________________________


menikmati jamuan ringan yang disediakan di kantin. Majlis mempersilakan.

Sekian, wabillahittaufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.


7 Sesi Fotografi T A  M A T
PRA ALUAN

 Hadirin sekalian.

Kita akan menyanyikan lagu Bangsa Johor dan lagu Negaraku.

Hadirin diminta berdiri dan bersedia.

SALUTASI

 Bismillahirahmanirahim….

1. Yang Berusaha Cikgu Hj Zainuddin bin Hj Mohd Alie, Guru Besar


Sekolah Kebangsaan Kota Masai
2. Guru-guru penolong kanan
3.Ketua-ketua panitia

4. Guru Bimbingan dan Kaunseling


Seterusnya,

para guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

UCAPAN ALU-ALUAN SELAMAT DATANG

Dalam suasana pagi yang indah dan harmoni, majlis mengalu-alukan guru-
guru dan murid-murid dalam Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Sekolah
Kebangsaan Kota Masai bagi Tahun 2019.

Untuk pengetahuan hadirin, murid-murid yang terpilih sebagai pengawas


sekolah, pembimbing rakan sebaya dan pengawas pusat sumber sekolah
dipilih berdasarkan kriteria akademik, sahsiah dan ketrampilan. Pelantikan
murid-murid ini diharap mampu untuk membantu sekolah dalam
memartabatkan ilmu dan disiplin sebagai penggerak utama.

BACAAN DOA SELAMAT

Hadirin sekalian, sebelum majlis beranjak jauh, majlis akan dimulakandengan


bacaan doa.

Untuk itu, majlis menjemput dan mempersilakan,                        , untuk


menerajui doa selamat sebagai permintaan hajat dan restu, agar majlis kita
diberkati hendakNya.

Dipersilakan dengan segala hormatnya.

(Bacaan Doa)

Amin,Amin Ya Rabbal A’lamin. Semoga lafaz doa kita tadi, diberkati Allah s.w.t
hendaknya.  Terima kasih diucapkan.

UCAPAN GURU BERTUGAS

Hadirin yang dimuliakan ,

Majlis akan diteruskan dengan ucapan daripada Guru Bertugas Minggu Lepas.

Dengan ini, majlis dengan penuh hormat dan sukacitanya menjemput dan
mempersilakan, __________________________________________,  Guru Bertugas
Minggu Lepas untuk menyampaikan ucapannya.

Dipersilakan

________________________________________________________

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.


 

UCAPAN GURU BESAR,

Hadirin yang dimuliakan ,

Majlis akan diteruskan dengan ucapan daripada Tuan Guru Besar.

Dengan ini, majlis dengan penuh takzimnya menjemput dan mempersilakan


Yang Berusaha, Cikgu Hj Zainuddin bin Hj Mohd Alie, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Kota Masai untuk menyampaikan ucapannya.

Dipersilakan

________________________________________________________

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

WATIKAH PELANTIKAN

Hadirin sekalian, majlis seterusnya beralih kepada acara kemuncak yang


dinantikan.

Untuk itu, majlis mempersilakan Cikgu Haji Zainuddin bin Hj Mohd Alie, Guru
Besar SekolahKebangsaan Kota Masai diiringi
oleh_________________________________________   untuk menyempurnakan upacara
watikah pelantikan pemimpin sekolah sesi 2019.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Dipersilakan,

.
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Tuan Haji Kamarudin bin Abu Hasan,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kota Masai kerana menyempurnakan watikah
pelantikan sebentar tadi.

BACAAN IKRAR

Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan dengan bacaan ikrar dari barisan pemimpin Sekolah


Kebangsaan Kota Masai tahun 2019.

Untuk itu, majlis menjemput dan mempersilakan                           untuk


mengetuai bacaan ikrar. Dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih. Semoga lafaz ikrar sebentar tadi menjadi
pegangan yang tersemat dalam diri pemimpin-pemimpin sekolah.

UCAPAN KETUA MURID

 Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Ketua Murid. Untuk itu, majlis
mempersilakan                                    untuk menyampaikan ucapan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai