Anda di halaman 1dari 3

Sireh berlipat sireh pinang,

Sireh dari Pulau Mutiara.


Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera serta selamat datang diucapkan kepada


Yang Berbahagia, Tuan _________________________________________
Yang Dihormati, Puan Mazniwati binti Ayob, Tuan Guru Besar SKKD
Yang Berusaha, En. Wan Azmuddin bin wan Syaari, GPK Pentadbiran
Yang Berusaha, Pn. Hasmah binti Said, GPK Hal Ehwal Murid
Yang Berusaha, En. Zamri bin Mat, Guru Penolong Kanan Kokurikulum.
guru-guru, para pengawas, pengawas pusat sumber, ketua dan penolong ketua kelas yang dirahmati
Allah s.w.t sekalian.
Dengan penuh keikhlasan, bersama-samalah kita lafazkan kesyukuran  ke hadrat Ilahi  kerana
dengan limpah kurnia-Nya, dapat kita hadir ke Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas,
Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Pengawas SPBT dan Ketua dan Penolong Ketua Kelas Peringkat
Sekolah Kebangsaan Kubor Datu Jaya diberkati Allah s.w.t. ini.
Tetak buluh panjang sepuluh,
Mari jolok sarang penyengat,
Angkat tangan jari sepuluh,
Doa diminta biar selamat.

Majlis dimulakan dengan menjemput Al-Fadhil Ustaz Nik Saifuddin bin Salleh untuk mengetuai
bacaan doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

BACAAN DOA

Terima kasih diucapkan kepada Al-Fadhil Ustaz Nik Saifuddin bin Salleh atas bacaan doa sebentar
tadi.
Anak Cina main gelombang,
Nampak dari Tanjung Jati,
Tuan umpama bunga yang kembang,
Sentiasa hidup di dalam hati.

Meneruskan acara, majlis dengan sukacitanya mempersilakan


Yang Berusaha Puan Mazniwati binti Ayob, Guru Besar Sekolah Kubor Datu, untuk menyampaikan
ucapan aluan. Dengan hormatnya dipersilakan.
UCAPAN

Majlis merakamkan ucapan penghargaan terima kasih kepada Tuan Guru Besar atas ucapan itu tadi.
Buah langsat di tepi busut,
Mari dimuat di dalam peti,
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati.

Meneruskan acara, majlis dengan hormat takzimnya menjemput dan mempersilakan Yang
Berbahagia Tuan ____________________________________, untuk menyampaikan ucapan.
Dengan hormatnya dipersilakan.

UCAPAN

Majlis merakamkan ucapan penghargaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan
______________________________________,   atas ucapan beliau sebentar tadi.
Hadirin sekalian,
Kini, tibalah kita pada waktu yang dinanti-nantikan iaitu majlis penyampaian watikah pelantikan
kepada pengawas sekolah, pengawas pusat sumber sekolah dan ketua dan penolong ketua kelas
serta penyampaian cenderahati kepada penceramah program motivasi kepimpinan yang telah
berlansung baru-baru ini

Bagi menyempurnakan acara, majlis dengan itu menjemput Pn. Mazniwati binti Ayob untuk
menjemput dan mengiringi Yang Berbahagia Tuan __________________________, untuk
menyampaikan watikah pelantikan.

Bagi pengawas sekolah, dipersilakan___________________________________,


Bagi pengawas pusat sumber sekolah, dipersilakan ___________________________,
Bagi pengawas SPBT sekolah, dipersilakan ___________________________,
Bagi ketua kelas, dipersilakan _________________________________,
Bagi Penolong ketua kelas, dipersilakan _________________________________,

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.


Hadirin sekalian.
Dengan penyerahan watikah pelantikan tersebut, maka dengan ini rasmilah sudah pelantikan jawatan
pengawas sekolah, pengawas pusat sumber sekolah, pengawas SPBT, ketua kelas dan penolong
ketua kelas, Sekolah Kebangsaan Kubor Datu bagi tahun 2016 ini. Untuk itu, majlis diteruskan
dengan menjemput dan mempersilakan Adik _________________________________________,
untuk mengetuai bacaan ikrar kepimpinan sekolah. Majlis mempersilakan.

BACAAN IKRAR KEPIMPINAN PELAJAR

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.


Dari Daik pulang ke Daik
Sehari-hari berkebun pisang
Budi baik dibalas baik
Dalam hati dikenang orang

Menjadi adat orang Melayu, orang berbudi kita berbahasa. Sebagai tanda mengenang jasa serta
ucapan terima kasih, majlis mempersilakan Yang Berusaha Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan
Kubor Datu untuk menyampaikan cenderamata sebagai kenang-kenangan kepada Yang Berbahagia
Tuan _______________________________________________________

Dipersilakan.

PENYAMPAIAN CENDERAMATA

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih.


Mangkuk jorong pinggan jorong
Si jorong berisi buah jati
Dua tiga kata terdorong
Jangan disimpan di dalam hati

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia
Tuan ________________________Berusaha Pn. Mazniwati binti Ayob, Tuan Guru Besar SKKD,
barisan guru-guru dan para pelajar sekaloan kerana telah memberikan idea, sumbangan dan
kerjasama dalam menjayakan Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan pada kali ini dengan jayanya.

Majlis dengan ini menjemput Yang Berbahagia Tuan __________________________________,


Tuan Guru Besar, guru-guru untuk menikmati jamuan ringan yang disediakan di kantin. Majlis
mempersilakan.

Anda mungkin juga menyukai