Anda di halaman 1dari 8

TEKS PENGACARAAN

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH


PENGAWAS, PENGAWAS PSS, KETUA KELAS
PERINGKAT SEKOLAH 2015
ANJURAN :
SK TAMAN SUTERA

DISEDIAKAN OLEH:
AIDIL SAHIPALUDIN

cikguaidil90@gmail.com

TEKS PENGACARAAN
MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PERINGKAT SEKOLAH 2011 M
ANJURAN SK KERAYONG JAYA
Bil.
1

Peristiwa
Ketibaan

Mengumumkan

________________________________________________________________________________________________

ketibaan

Yang

Berbahagia,

Skrip
___________________________________________________

*Nyanyian Lagu Bangsa Johor


*Lagu Sekolah

Kata

aluan

Pengacara Majlis

Hadirin dipersilakan duduk.


Sireh berlipat sireh pinang,
Sireh dari Pulau Mutiara.
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera serta selamat datang diucapkan kepada
Yang Berbahagia, En. Wan Abdul Razak Bin Wan Ismail, ASP Pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru.
Yang Dihormati, En. Borahan Bin Kassim, Guru Besar SK Taman Sutera
Yang Berusaha, Pn. Maziah Binti Hasan, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Taman Sutera
Yang Berusaha, Pn. Rosilawati Bt Masri, Guru Penolong Kanan Kurikulum SK Taman Sutera
Yang Berusaha, Pn. Aminah Binti Afandi, Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Taman Sutera
guru-guru kanan, rakan-rakan guru, para pengawas, pengawas pusat sumber, dan ketua kelas yang dirahmati Allah s.w.t
sekalian.
Dengan penuh keikhlasan, bersama-samalah kita lafazkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-

cikguaidil90@gmail.com

Nya, dapat kita hadir ke Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas, Pengawas Pusat Sumber Sekolah dan
Ketua Kelas Peringkat Sekolah Kebangsaan Taman Sutera ini.
3

Bacaan Doa

Tetak buluh panjang sepuluh,


Mari jolok sarang penyengat,
Angkat tangan jari sepuluh,
Doa diminta biar selamat.
Majlis dimulakan dengan menjemput En. Mohd Bakri Bin Nasirudin untuk mengetuai bacaan doa. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.
BACAAN DOA
Terima kasih diucapkan kepada En. Mohd Bakri Bin Nasirudin atas bacaan doa sebentar tadi.

Ucapan 1

Meneruskan tertib acara, majlis dengan sukacitanya mempersilakan


Yang Berusaha En. Borahan Bin Kassim, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Sutera, untuk menyampaikan ucapan
aluan. Dengan hormatnya dipersilakan.
UCAPAN
Majlis merakamkan ucapan penghargaan terima kasih kepada Tuan Guru Besar atas ucapan itu tadi.

Ucapan Perasmi

Buah langsat di tepi busut,


Mari dimuat di dalam peti,
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati.

cikguaidil90@gmail.com

Meneruskan acara, majlis dengan hormat takzimnya menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia En. Wan Abdul
Razak Bin Wan Ismail, ASP Pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru, untuk menyampaikan ucapan. Dengan
hormatnya dipersilakan.
UCAPAN
Majlis merakamkan ucapan penghargaan terima kasih kepada Yang Berbahagia En. Wan Abdul Razak Bin Wan Ismail,
ASP Pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru, atas ucapan beliau sebentar tadi.
6

Penyampaian

Hadirin sekalian,

Watikah

Kini, tibalah kita pada waktu yang dinanti-nantikan iaitu majlis penyampaian watikah pelantikan kepada pengawas
sekolah, pengawas pusat sumber sekolah dan ketua dan penolong ketua kelas serta penyampaian cenderahati kepada
penceramah program motivasi kepimpinan yang telah berlansung baru-baru ini
Bagi menyempurnakan acara, majlis dengan itu menjemput En. Borahan Bin Kassim untuk menjemput dan mengiringi
Yang Berbahagia En. Wan Abdul Razak Bin Wan Ismail, ASP Pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru, untuk
menyampaikan watikah pelantikan.
Bagi pengawas sekolah, dipersilakan___________________________________,
Bagi pengawas pusat sumber sekolah, dipersilakan ___________________________,
Bagi ketua kelas, dipersilakan _________________________________,
Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Bacaan

Ikrar

Hadirin sekalian.

kepimpinan
sekolah

Dengan penyerahan watikah pelantikan tersebut, maka dengan ini rasmilah sudah pelantikan jawatan pengawas
sekolah, pengawas pusat sumber sekolah, dan ketua kelas, Sekolah Kebangsaan Taman Sutera bagi tahun 2015 ini.

cikguaidil90@gmail.com

Untuk itu, majlis diteruskan dengan menjemput dan mempersilakan Adik ___________________________, untuk
mengetuai bacaan ikrar kepimpinan sekolah. Semua murid diminta berdiri dan majlis mempersilakan.
BACAAN IKRAR KEPIMPINAN PELAJAR

Penyampaian

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.


Dari Daik pulang ke Daik

Cenderamata

Sehari-hari berkebun pisang


Budi baik dibalas baik
Dalam hati dikenang orang
Menjadi adat orang Melayu, orang berbudi kita berbahasa. Sebagai tanda mengenang jasa serta ucapan terima kasih,
majlis mempersilakan Yang Berusaha Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Sutera untuk menyampaikan
cenderamata sebagai kenang-kenangan kepada Yang Berbahagia En. Wan Abdul Razak Bin Wan Ismail, ASP
Pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru.
Dipersilakan.

PENYAMPAIAN CENDERAMATA

Majlis Penutup
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia En. Wan Abdul
Razak Bin Wan Ismail, ASP Pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru.. Yang Berusaha En. Borahan Bin
Kassim, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Sutera, barisan guru-guru dan para pelajar sekalian kerana telah
memberikan kerjasama dalam menjayakan Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan pada kali ini dengan jayanya.
cikguaidil90@gmail.com

Majlis dengan ini menjemput Yang Berbahagia En. Wan Abdul Razak Bin Wan Ismail, ASP Pentadbiran Ibu Pejabat Polis
Daerah Johor Bahru diiringi Tuan Guru Besar dan guru-guru, untuk menikmati jamuan ringan yang disediakan di kantin.
Majlis mempersilakan.

Sekian, wabillahittaufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.


TA MAT

Sesi Fotografi

DOA SEMPENA PERLANTIKAN PENGAWAS








Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri Majlis Watikah
Perlantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber dan Ketua Kelas bagi sesi 2015

cikguaidil90@gmail.com

Ya Allah , Ya Hafiizu , Ya Syaafi ,


Jadikanlah Badan Pengawas dan Kepimpinan Sekolah ini sebagai wahana untuk membentuk perpaduan, kerjasama erat,
saling bertukar-tukar pendapat, tenaga dan sokongan ke arah meningkatkan kelancaran pengurusan sekolah kami .
Ya Allah , Ya Faliqul Habbi wan nawa ,
Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan barisan individu berkelayakan yang dilantik pada hari ini menjadi seorang yang
bertanggungjawab, mempunyai keyakinan diri yang tinggi, keikhlasan yang tulus, kejujuran menjadi lambang peribadinya, tutur
katanya yang baik cerminan ketajaman akalnya serta akhlak menjadi teladan rakan-rakannya.
Ya Azizi Ya Latif , Ya Kaafi ,
Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan
muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan.

.

IKRAR
BAHAWASANYA KAMI
cikguaidil90@gmail.com

PENGAWAS,
PENGAWAS PUSAT SUMBER
DAN KETUA DARJAH
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SUTERA
BERIKRAR DAN BERJANJI
AKAN MENJUNJUNG DAN MELAKSANAKAN PERATURAN
SEKOLAH.
MENJALANKAN TUGAS-TUGAS KAMI DENGAN JUJUR DAN
IKHLAS.
SEDIA BERKHIDMAT SETIAP MASA YANG DIPERLUKAN.
MENJADI CONTOH DAN TELADAN KEPADA MURID LAIN.
MEMELIHARA DAN MENINGGIKAN NAMA BAIK SEKOLAH,
GURU-GURU, IBU BAPA, AGAMA, BANGSA DAN NEGARA
BERDASARKAN PRINSIP-PRINSIP RUKAN NEGARA.

cikguaidil90@gmail.com

Anda mungkin juga menyukai