Anda di halaman 1dari 6

MAJLIS PELANTIKAN KEPIMPINAN PELAJAR TAHUN 2016

BIL
SKRIP
1 BISMILLAHIRAHMANIRAHIM, ALHAMDULILAH
HIRABBI AALAMIN ASSOLATUASOLAMUALA ASRAFI
AMBIAIWALMURSALIN WAALAALIHI
WASAHBIHIAJMAIN.
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI
WABARAKATUH
DAN SALAM SEJAHTERA.
Yang Berusaha Tuan Guru Besar, En. Khozari Bin Salleh
Yang dihormati En Ibrahim bin Abdul Hamid, Guru Penolong
Kanan Pentadbiran, Tuan Hj. Zuber bin Wahab, Guru Penolong
Kanan Hal-Ehwal Murid, Pn. Haliza bt Abu Yaziz Guru Pen.
Kanan Kokurikulum, guru-guru, para pengawas sekolah, pengawas
pusat sumber, ketua darjah dan penolong serta murid-murid yang
dikasihi sekalian.
Syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya kita dapat
berhimpun dalam Majlis Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah,
Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Ketua Darjah dan Penolong
Ketua Darjah bagi tahun 2016.
Untuk pengetahuan semua, pada hari ini, seramai
orang
pemimpin yang terdiri daripada pengawas sekolah, pengawas pusat
sumber, ketua darjah dan penolong akan menerima watikah
masing-masing.
Majlis penyampaian watikah pelantikan ini merupakan acara
tahunan yang diraikan sebagai simbolik penyerahan amanah
kepada pemimpin cilik, berjiwa besar yang membantu guru dalam
melahirkan murid-murid yang bukan sahaja cemerlang dalam
bidang akademik, tetapi bersahsiah terpuji. Melahirkan insan
berjiwa insani.

Bak kata mutiara indah;


Kanak-kanak masa kini pemimpin masa hadapan.
Atau bak kata atuk saya:
Students of today, leaders of tomorrow.
Para hadirin sekalian,
Semoga majlis ini akan mengeratkan silaturrahim antara kita dan
seterusnya mendapat keberkatan daripada Allah jua.
Untuk itu, bagi memberkati majlis kita pada pagi ini,
dipersilakan Tn. Hj. Zul Pakar bin Mat Isa untuk memimpin
bacaan doa.
Dipersilakan
2 Amin...amin ya rabbal alamin
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tn. Hj. Zul
Pakar bin Mat Isa atas bacaan doa itu tadi.
Hadirin hadirat yang dimuliakan
Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berusaha Tuan Guru
Besar Sek. Keb. Bumbong Lima, En. Khozari Bin Salleh untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
(ucapan aluan Guru Besar)
3 Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Tuan Guru
Besar, En. Khozari bin Salleh atas ucapan alu-aluan itu tadi.
4 Hadirin, hadirat yang dimuliakan ...
Segak tampan berbaju biru,
Pengawas sekolah pemimpin berilmu,
Tetap sopan membantu guru,
Tiada mengalah tiada jemu.

Majlis diteruskan dengan penyampaian watikah pelantikan


pengawas sekolah. Untuk itu, majlis menjemput Yang Dihormati
Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Ibrahim bin Abdul Hamid bagi
menyempurnakannya.
Mendahului penerimaan, dengan segala hormatnya dipersilakan
(nama pengawas)
Seterusnya dipersilakan.
5 Berbaju ungu cantik kelihatan,
Segak berdiri pemimpin muda,
Tampak gah memegang jawatan,
Di Pusat Sumber sentiasa berada.
Seterusnya, Majlis diteruskan dengan penyampaian watikah
pelantikan pengawas pusat sumber sekolah. Untuk itu, majlis
menjemput Yang Dihormati Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Tn.
Hj. Zuber bin Abdul Wahab bagi menyempurnakannya.
Dengan segala hormatnya dipersilakan
(nama pengawas pusat sumber)
Seterusnya
Dipersilakan pula
Dan yang terakhir ...
6 Di atas bahu amanah tergalas,
Tiada perit terus berjasa,
Membantu guru di dalam kelas,
Menjaga murid berdisiplin sentiasa.
Majlis diteruskan dengan penyampaian watikah pelantikan kepada
Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah.

Untuk itu, majlis menjemput Yang Dihormati Penolong Kanan


Kokurikulum, Pn. Haliza bt Abu Yaziz bagi menyempurnakannya.
Dengan segala hormatnya dipersilakan
Kita mulakan dengan kelas
1 mawar ketua darjah
penolong
(nama ketua darjah dan penolong ketua darjah)
Seterusnya
Dipersilakan pula
Dan yang terakhir ...
7 Majlis diteruskan dengan penyampaian watikah pelantikan kepada
Ketua Murid dan Penolong Ketua Murid Sekolah dan Pengerusi
dan Naib Pengerusi Pengawas Pusat Sumber Sekolah.
Justeru itu, dipersilakan Tuan Guru Besar, Encik Khozari Bin
Salleh bagi menyempurna dan menyematkan tag nama kepada:a. Ketua Murid - ___________________________
b. Penolong Ketua Murid - __________________________
c. Ketua Pengawas Pusat Sumber Sekolah ____________________
d. Penolong Ketua Pengawas Pusat Sumber Sekolah ________________

8 Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Tuan Guru Besar,


Encik Khozari bin Salleh kerana sudi menyempurnakan majlis
penyerahan watikah itu tadi.
Majlis diteruskan dengan bacaan ikrar. Untuk itu, majlis
mempersilakan ___________________________ untuk mengetuai
bacaan ikrar. Dipersilakan ...

(bacaan ikrar)
9 Terima kasih diucapkan kepada ____________________ atas
bacaan ikrar itu tadi. Semoga ikrar yang dilafazkan menjadi janji
yang ditepati sebagai amanah dan tanggungjawab sebagai
pemimpin cilik di teratak ilmu SKBL ini.
10 Sebelum majlis melabuhkan tirainya, sama-sama kita hayati baitbait kata ini:Jadilah kalian
Pemimpin beraqidah mapan
Berakhlak ikutan
Tajam akal fikiran
Tinggi kesabaran
Kuat tubuh badan
Dan amanah dalam pekerjaan.
Biar hidup tidak berharta
Tapi cukup bekal membeli syurga
Biar hidup dihina manusia
Tapi tinggi darjatnya disisi Yang Esa
Sungguh Islam bukan lemah
Islam adalah agama dakwah
Umat Islam adalah qudwah
Tegakkanlah kebenaran
Walaupun ianya tidak menyebelahi kalian
Berkatalah benar
Walaupun tidak dibenar
Sedikit bukan bermakna kalah
Sedikit bukan bermakna lemah
Pelik bukan bermakna salah
Muda bukan bermakna mentah

Ikhlaskan niat....
Agar usaha dinilai ibadat....
****(Demikianlah tadi berakhirnya Majlis Watikah
Pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas PSS, Ketua Darjah
dan Penolong Ketua Darjah bagi tahun 2016. Majlis
mengucapkan jutaan terima kasih kepada hadirin kerana sudi
hadir ke majlis pada pagi ini.
Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon jati,
Sampai sudah ke penghujung acara,
Tahun depan kita bersua lagi.)****
Assalamualaikum WRT dan salam sejahtera

Anda mungkin juga menyukai