Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS JAYA WARIS MURID TAHUN 6 2017

Bismillahirrahmanirrahim.............
Alhamdulillahirabbilalamin Wassolatuwassalamua’la Ashrafilanbiya’iwalmursalin
Waa’laalihiwasohbihiajmain....

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... Selamat pagi, salam sejahtera


dan salam sehati sejiwa.

√ Yang berusaha Tn. Hj. Zainol Abidin b. Husain (Tuan Guru Besar SK Sungai
Acheh),
Yang dihormati,
√ Pn. Roslina bt. Hasan (Guru Penolong Kanan Pentadbiran),
√ Pn. Iliana bt. Md. Isa (Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid),
√ En. Zool Azhari b. Abdul Kader (Guru Penolong Kanan Kokurikulum),
√ En. Zainol b. Yusoff (Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas),
√ Ketua-ketua Panitia, guru-guru, tuan-tuan dan puan-puan para ibu bapa dan
waris serta murid2 tahun 6 SK Sungai Acheh yang dikasihi sekalian.

 Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya dapat kita berkumpul di
dalam Dewan Seri Cemerlang pada pagi yang penuh barakah ini untuk sama sama
menjayakan satu agenda dalam acara takwim sekolah iaitu Majlis Jaya Waris
Murid Tahun 6 bagi murid2 yang bakal menduduki UPSR pada tahun ini.

 Saya selaku wakil pihak majlis pada pagi ini, ingin sama merakamkan ucapan jutaan
terima kasih kepada seluruh hadirin warga dewan kerana telah sudi meluangkan
masa bagi bersama-sama menjayakan majlis yang kita rencanakan pada hari ini.

 Justeru, menjadi harapan kami warga pendidik agar majlis ini menjadi tonggak
bagi memulakan anjakan paradigma dan pencetus revolusi dalam meningkatkan lagi
mutu pencapaian anak-anak kita dalam bidang akademik.. In Sha Allah.

Bacaan doa

 Sebagai pembuka tirai acara, majlis menjemput Al-fadhil Ustaz Zaid Khairi b.
Ainul Jamal untuk memimpin bacaan doa, dipersilakan.

⃰ Aamiin aamiin yarabbal alamin. Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima


kasih kepada Al-fadhil Ustaz Zaid Khairi b. Ainul Jamal atas pimpinan doa
sebentar tadi.

1
Warga dewan yang dimuliakan,

Ucapan aluan GB

 Kini, tibalah masa untuk kita mendengar ucapan aluan yang bakal disampaikan oleh
Yang Berusaha Tn. Hj. Zainol Abidin b. Husain (Tuan Guru Besar SK Sungai
Acheh).

 Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan Tuan Guru Besar.

⃰ Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Tuan Guru Besar atas
kesudian menyampaikan ucapan aluan sebentar tadi.

Warga dewan yang dikasihi,

Taklimat Perancangan Unit Peningkatan Prestasi UPSR

⃰ Majlis kini diteruskan dengan Taklimat Perancangan Unit Peningkatan Prestasi


UPSR yang bakal disampaikan oleh Pn. Roslina bt. Hasan (Guru Penolong Kanan
Pentadbiran SK Sungai Acheh). Dengan segala hormat dan sukacitanya majlis
mempersilakan.

 Begitulah berakhirnya taklimat yang begitu padat berinformasi buat renungan dan
panduan semua warga dewan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Pn. Roslina bt.
Hasan atas kesudian menyampaikan Taklimat Perancangan Unit Peningkatan
Prestasi UPSR.

Warga dewan yang dihormati,

Tayangan slides

⃰ Kini, marilah pula sama2 kita saksikan persembahan tayangan slides


mengenai .............................................................................. (lensa Tahun 6). Dipersilakan.

⃰ Terima kasih diucapkan kepada Pn. Hapizah bt. Tahir dan Pn. Siti Hajar bt. Musa
atas penyediaan persembahan tayangan slides sebentar tadi.

Sesi Soal Jawab Bersama Waris

 Agenda seterusnya pada pagi ini, adalah sesi dialog ibu bapa dan penjaga bersama
para guru. Dalam sesi ini, tuan-tuan dan puan-puan boleh bertanya tentang
akademik dan prestasi anak tuan-tuan kepada guru yang mengajar anak tuan-tuan.

2
Sebarang cadangan dan pandangan para waris penjaga amat dialu-alukan untuk
kebaikan bersama, malahan juga tidak lain tidak bukan bermotifkan strategi
peningkatan pencapaian anak-anak menjelang UPSR pada tahun ini. In Sha Allah....

⃰ Dipersilakan tuan2 dan puan2..... majlis dibuka untuk sebarang pertanyaan,


cadangan dan pandangan....

⃰ Terima kasih diucapkan kepada para waris atas kesudian mengemukakan


pertanyaan, cadangan dan pandangan untuk tujuan penambahbaikan bagi kita
meningkatkan lagi prestasi akademik anak2 kita khususnya menjelang UPSR In
Sha Allah pada September nanti.

Warga dewan yang dirahmati Allah,

Ceramah Motivasi Keibubapaan

 Agenda majlis kini diteruskan dengan Ceramah Motivasi Keibubapaan yang bakal
disampaikan oleh En. Zool Azhari b. Abdul Kader (Guru Penolong Kanan
Kokurikulum SK Sungai Acheh). Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

⃰ Majlis merakamkan setinggi2 ucapan terima kasih kepada En. Zool Azhari b. Abdul
Kader atas penyampaian Ceramah Motivasi Keibubapaan sebentar tadi. Diharapkan
segala perkongsian ilmu yang disampaikan dapat kita jadikan penyuntik dan
pembakar semangat kepada anak2 dalam usaha kita bersama untuk melahirkan
generasi yang bertaqwa, cemerlang, gemilang dan terbilang.

Warga dewan yang dimuliakan,

Lafaz Ikrar Murid Tahun 6 2017

⃰ Kini, marilah pula kita sama2 saksikan lafaz ikrar murid Tahun 6 2017 yang akan
dipimpin oleh adik Muhaimin Norhafiz b. Mohd. Zain. Dipersilakan.

⃰ Demikianlah tadi lafaz ikrar murid Tahun 6 2017. Terima kasih diucapkan kepada
adik Muhaimin Norhafiz b. Mohd. Zain. Semoga segala apa yang mereka lafazkan
pada hari ini akan dapat dikotakan dan dituai hasilnya di kemudian hari.

⃰ In Sha Allah, kecemerlangan akan tercipta apabila pelajar biasa, daripada keluarga
biasa, dengan kecerdasan biasa, belajar di sekolah biasa tetapi berusaha secara
luar biasa. Semoga anak2 kita akan memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam
UPSR 2017, In Sha Allah.

3
Warga dewan yang dihormati,

⃰ Dengan berakhirnya lafaz ikrar itu tadi, maka majlis kita telahpun sampai ke
penghujungnya. Saya mewakili seluruh jawatankuasa kerja majlis dengan
takzimnya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat
sebarang khilaf tanpa sedar sepanjang kami mengendalikan rostrum pengacaraan
pada hari ini. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T, yang
kurang itu datangnya daripada kelemahan diri saya sendiri.

Buah selasih buah kelubi,


Di dalam dulang hidangan pagi,
Terima kasih daun keladi,
Bila diundang datanglah lagi.

⃰ Sekian, Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi


wabarakatuh dan terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai