Anda di halaman 1dari 6

BIL PERKARA CATATAN

Mengambil tempat Tuan-tuan, Puan-puan hadirin dan hadirat yang dimuliakan,


anak-anak pelajar dan juga guru-guru yang dikasihi, sila
mengambil tempat masing-masing kerana majlis akan
bermula sebentar saja lagi. Kerjasama dan perhatian dari
tuan-tuan dan puan-puan saya dahulukan dengan ucapan
terima kasih.

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬


‫ على أشرف األنبياء‬6‫الحمد هلل رب العالمين والصالة والسالم‬
‫والمرسلين‬
‫وعلى آله وأصحابه أجمعين‬
Bismillah hirahman ni Rahim,

Alhamdulillah hirabil alamin


Wasollah , tu wasalam , ala asyrafil anbiya wal mur salim
Wa ala alihi wasohbihi aj ma’ in….

Assalamualaikum dan selamat datang kepada semua ibubapa


dan penjaga , juga tidak lupa kepada semua pelajar tingkatan
5 sesi 2023/2024 ,serta rakan2 guru yang dikasihi sekalian ke,

MAJLIS KONSULTASI IBUBAPA DAN PELAJAR SPM,


SMK SULTAN ISMAIL.
SESI 2023/2024

Majlis dengan segala hormatnya menjemput:


En mohd fadzil b che salleh untuk slot,

“Bicara Bersama Penolong Kanan Pentadbiran” ,

Dipersilakan.

,Mengumumkan ketibaan

Pengumuman Yang amat berusaha,


Doktor Shahrir b Mohammad Zakey
Pengurus Besar,
Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar).
Diiringi Tn Pengetua serta Guru2 penolong kanan
Ke Dewan Dato Mustafa…

Majils menjemput dan mempersilakan,


tetamu untuk mengambil tempat
dan bersama-sama untuk berdiri bagi menyanyikan 3 buah
lagu iaitu:
1)Negaraku, Lagu negeri , daan Lagu sekolah.

(muzik dimainkan)

Majlis mempersilakan para jemputan untuk duduk.


Kata aluan
pengacara majlis Sayang kumbang mencari makan,
Terbang seiring di tepi kali;
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiring restu Ilahi.

Kami dengan penuh takzimnya mengucapkan jutaan terima


kasih kepada:

DOKTOR SHAHRIR BIN MOHAMMAD ZAKEY

diatas kesudian menerima undangan selaku


WAKIL ALUMNI SMK SULTAN ISMAIL

Untuk Bersama-sama di,

MAJLIS KONSULTASI IBUBAPA PELAJAR SPM,


SMK SULTAN ISMAIL
SESI 2023/2024 .

Yang Berusaha,
En Md Basri bin Ariffin Pengetua SMK Sultan Ismail.

Yang Berusaha,
En Mohd Fadzil b Che Salleh Penolong Kanan Pentadbiran
Smk sultan Ismail

Yang Berusaha,
En Nik Mohamad Salehuddin b Nik Mohamed
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Yang berusaha,
Tn Hj Mat Rus b Abdul Rahman
Penolong Kanan Ko Kurikulum,

Yang Berusaha,
Pn HJH Siti Amizah bt Che Soh
Penolong kanan Tingkatan 6

Barisan Guru-guru tingkatan 5, tuan-tuan dan puan-puan


(para ibubapa dan penjaga) , dan seterusnya anak-anak
pelajar yang dikasihi sekalian.
Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan
BACAAN DOA kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya
kita dapat meluangkan masa untuk sama-sama berkumpul,
dan berhimpun di Dewan Dato Mustafa pada pagi ini.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha


Penyayang dengan limpah kurnianya,
Marilah kita sama-sama memohon taufik dan hidayah,
sempena MAJLIS kita pada pagi ini.

Untuk itu, majlis mempersilakan,


Al fadhil ustaz Roslan b Che Mohd Salleh
untuk mengetuai bacaan doa... dipersilakan.

****BACAAN DOA*******

Amin, amin ya ra bal alamin…

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada ustaz Roslan


di atas pimpinan doa itu tadi.

UCAPAN Bagi meneruskan acara, majlis dengan segala


ALU-ALUAN hormatnya  menjemput,
(PENGETUA) Yang Berusaha, En Md Basri b Ariffin
Pengetua SMK Sultan Ismail untuk menyampaikan ucapan
alu-aluan….

Majlis mempersilakan.

***ucapan pengetua******

Majlis merakamkan setinggi-tinggi  terima kasih di atas


ucapan alu-aluan Tuan Pengetua sebentar tadi.

UCAPAN Dari Gua Musang ke Kota Bharu,


PERASMIAN Singgah Terengganu di Pulau Perhentian,
Ucapan aluan sudah berlalu,
Beralih kita kepada ucapan Perasmian..

Untuk itu, Majlis dengan penuh takzimnya menjemput dan


mempersilakan,

Yang amat berusaha,


Doktor Shahrir b Muhammad Zakey,
Pengurus Besar,
Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar),
untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan
majlis kita pada hari ini.

Majlis mempersilakan…..

*******(ucapan perasmi)*******

Bunga selasih bersama Che Puan,


Harum Melati penyeri intan ,
Selesai sudah Perasmian tuan ,
Kekal bersemi dalam ingatan.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih di atas perasmian:

MAJLIS KONSULTASI IBUBAPA PELAJAR SPM,


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN ISMAIL
BAGI SESI 2023/2024

PENYAMPAIAN Seterusnya, tibalah waktu yang dinanti-nantikan , majlis


HADIAH mempersilakan Tuan pengetua untuk mengiringi
KECEMERLANGAN Yang amat berusaha Doktor Shahrir b Mohamad Zakey
bagi menyampaikan sijil dan hadiah kecemerlangan kepada
DAN pelajar-pelajar yang mencapai pencapaian yang
membanggakan pada peperiksaan Pengesanan kali pertama
PENYAMPAIAN baru-baru ini.
CENDERAHATI
KEPADA PERASMI
Majlis mengucapkan Syabas dan TAHNIAH diatas
pencapaian anak-anak pelajar .

Dipersilakan :

(list nama disediakan)

Mereka adalah harapan ibubapa , keluarga , guru-guru dan


sekali gus sekolah… yang pasti akan bakal mengharumkan
nama sekolah untuk spm 2023/2024 InsyaALLAH,
Semoga dapat mengekalkan kecemerlangan sehingga ke
garisan penamat, Februari 2024. Aminnnn

Anak-anak pelajar:

Berusahalah , berjuanglah dan bertawakkallah …


Kejayaan pasti menunggu dihadapan,
Dengan senyuman dan kebanggaan,
Bersama coretan kenangan manis,
Di penghujung nokhtah nan terindah.
Penyampaian Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang amat
cenderamata berusaha Doktor Shahir b Muhammad Zakey , seterusnya
sebagai tanda kenang-kenangan, Majlis mempersilakan Tuan
Pengetua untuk menyampaikan cenderahati kepada Doktor
Shahir. Terima kasih Doktor.

Penutup Banyak keluk dari penarik,


Keluk tumbuh pohon kuini;
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini.

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Untuk itu,saya selaku pengacara majlis pada hari ini


memohon kemaafan atas apa jua salah dan silap dalam
tuturcara. Sesungguhnya,
yang baik itu, datangnya daripada Allah,
dan yang tidak elok itu datangnya dari kelemahan saya,
kita sudahi majlis pada pagi ini dengan tasbih kafarah dan
surah wal asr.

“Subhaa nakallaa humma wa biham dika


Ashadu anlaa ilaha illa anta,
Astaghfiruka wa atuu bu ilaik”

WAL ASR...INAL INSAN..

Wabillahi taufik wal hidayah


Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Majlis mempersilakan DOKTOR SHAHRIR B MOHAMAD


ZAKEY, diiringi Tuan pengetua dan guru2 penolong kanan
untuk ke medan Startegik bagi menikmati sedikit jamuan
ringkas.

Dipersilakan.

Para ibubapa dan pelajar yang dikasihi, kita teruskan sesi


konsultasi ibubapa dan penjaga bersama guru-guru SPM
anak2 pelajar mengikut kelas dan subjek masing-masing bagi
tahun 2023/2024.

SEKIAN.

Anda mungkin juga menyukai