Anda di halaman 1dari 4

MAJLIS HARI ORIENTASI MURID TAHUN 1 SESI 2023

Tarikh : 11 Januari 2023 (Sabtu)


Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan SRA Usamah Bin Zaid
1 Bismillahirrahmanirrahim…
UCAPAN
PENGERUSI Mayang berliut berisi padat,
MAJLIS
Tidak bercabang lembut empulur,
Resamnya timur menjunjung adat,
Bila bertandang salam dihulur.

Assalamualaikum w.b.t.
1) Yang Berusaha, Puan Asfinah Binti Abu Bakar Guru Penolong
Kanan Sra Usamah Bin Zaid
2) Yang dihormati, En Akmariza Bin Ahmad
Guru Hal Ehwal Murid sra usamah bin zaid
Yang Disygi warga pendidik SRA Usamah Bin Zaid
serta yang dikasihi para ibu bapa sekalian.

Terima kasih diucapkan kepada, guru-guru, dan ibubapa yang telah


hadir untuk meraikan Majlis Hari Orientasi Murid Tahun 1 bagi
tahun 2023/2024. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran
dilafazkan ke hadrat Illahi kerana hari ini kita masih diberi kesihatan
yang baik.
Maka dengan itu, kita dapat hadir ke Majlis Hari Orientasi Murid
Tahun 1 ini untuk berkenalan dan beramah mesra dengan pihak
pentadbiran sekolah serta budaya di sekolah ini. selamat datang
sekali lagi kepada semua murid bongsu tahun 1
ke Sekolah Rendah Usamah Bin Zaid. Diharapkan anak-anak tuan-
tuan dan puan-puan yang diterima pada hari ini dapat belajar
membina kecemerlangan mereka di sekolah ini dan menjadi seorang
murid yang berminda kelas pertama.

untuk pengetahuan semua program ini juga dijalankan adalah untuk


memberi suntikan kepada murid - murid baru yang akan menempuh
alam persekolahan supaya lebih bersedia menjelangnya hari
persekolahan sebenar. disamping itu juga "program ini bermatlamat
untuk menjelaskan kepada ibu bapa /penjaga hal-hal berkaitan
persekolahan anak-anak yang perlu mereka ketahui bagi mereka
yang lebih lebih lagi anak-anaknya baru melangkah ke alam
persekolahan demi menjalinkan hubungan yang lebih rapat di antara
sekolah dengan ibu bapa serta untuk kebaikan bersama.

2 Orang Jawa berdagang ke kota,


BACAAN DOA Singgah di Acheh membeli gamat,
Tangan dirafak, restu dipinta,
Doa diamin moga selamat.

Hadirin yang dimuliakan,


Bagi memberkati majlis pada pagi ini, marilah sama-sama kita
mengaminkan doa yang akan dipimpin oleh al-fadil Ustaz mohamad
farid bin zainal abidin
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

********************************(DOA)
******************************

Amin Amin Ya Rabbal ‘Alamin


Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas bacaan doa sebentar
tadi

Sebelum sya meneruskan lagi program kita pada pagi ini, ada
beberapa pengumuman penting yang perlu ibubapa/ penjaga
mengambil tahu.

Buat makluman ibu bapa, semasa sesi taklimat dan sesi soal jawab
berlangsung , anak-anak akan berada di kelas masing – masing
bersama dengan guru kelas sambil menjawab soalan dan selepas itu
guru kelas akan membawa anak2 untuk melawat kawasan sekolah
dan tempat-tempat yang perlu anak2 ketahui.

Pengumuman kedua
selepas selesai urusan taklimat , ibu bapa bolehlah pergi ke sebelah
dewan untuk pengambilan buku teks dan boleh mengambil anak2
untuk dibawa pulang.

3 Tanpa melengah-lengahkan masa lagi, majlis mempersilakan Yang


UCAPAN ALUAN Berusaha Puan Asfinah Binti Abu Bakar, Guru Penolong Kanan Sra
penolong kanan Usamah Bin Zaid untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Majlis
srauz
dengan segala hormatnya mempersilakan.

****************************(UCAPAN
PK)**************************

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha


Puan Asfinah Binti Abu Bakar atas ucapan yang disampaikan
sebentar tadi.
5 Hadirin sekalian, majlis kita diteruskan lagi dengan Taklimat Awal
TAKLIMAT AWAL Persekolahan yang akan disampaikan oleh Guru Penolong Kanan Hal
PERSEKOLAHAN Ehwal Murid, En Akmariza Bin Ahmad. Dan selepas itu, akan
mengadakan sesi soal jawab bersama dengan bahagian- bhgian
pentadbir dan ibubapa/ penjaga.
Dengan segala hormatnya mempersilakan.

***************(TAKLIMAT AWAL
PERSEKOLAHAN)*************

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada en akmariza bin


ahmad, puan asfinah binti abu bakar, puan shamsul fasehah binti
samsudin atas taklimat dan sesi soal jawab yang ringkas lagi padat
berkenaan pengenalan awal persekolahan sebentar tadi.

7 Kerjasama tuan puan sangat dihargai,


PENUTUP Terima kasih sekalung budi,
Kenangan nan indah simpanlah di hati,
Semoga kita berjumpa lagi.

Merdu bertingkah alunan suara,


Kadang tak sedar tersilap kata,
Andai terlanjur patah bicara,
Serendah hati kemaafan dipinta.
Akhir kalam, pihak sekolah juga ingin merakamkan ribuan terima
kasih yang tidak terhingga kepada para ibubapa yang memberikan
komitmen yang tinggi terhadap pembelajaran anak-anak.
Sesungguhnya, komitmen tuan puan adalah inspirasi kami. Dengan
itu, tamatlah majlis kita pada pagi ini. Semoga hubungan pihak
sekolah dan para ibubapa akan terus erat.
Sebelum akhiri kalam, untuk pengetahuan ibubapa semua
Pada minggu pertama persekolahan, ibu bapa tidak dibenarkan
menghantar anak2 sampai ke pintu kelas, cukup sekadar didepan
dewan ini sahaja. jadi pihak sekolah memohon kerjasama dari smua
ibubapa.

Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan kekurangan itu
wujud daripada kelemahan kami ini.
Sekian, wabillahittaufiq.....

para ibupa bolehlah bergerak ke sebelah dewan untuk pengambilan


buku teks dan boleh ambil anak 2 untuk dibawa pulang.

Anda mungkin juga menyukai