Anda di halaman 1dari 5

HARI ORIENTASI MURID TAHUN 1 SESI 2024/25

Tarikh : 8 Mac 2024


Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan SK Titi Teras
1 Bismillahirrahmanirrahim…
UCAPAN
PENGERUSI Mayang berliut berisi padat,
MAJLIS
Tidak bercabang lembut empulur,
Resamnya timur menjunjung adat,
Bila bertandang salam dihulur.

Assalamualaikum w.b.t.
1) Yang Berusaha, Puan Rozana binti Mohamed Noordin
@Ahmad,
Guru Besar SK Titi Teras
2) Yang dihormati, En Mohamad Saad bin Ghazali,
Guru Penolong Kanan Pentadbiran
Pn. Nurizah binti Hashim,
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Pn.Azian binti Sabli,
Guru Penolong Kanan Kokurikulum
En.Mohamad Nazir bin Omar
Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas Integrasi
Warga pendidik SK Titi Teras seterusnya para ibu bapa anak-anak
tahun 1 yang dirahmati Allah SWT sekalian.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana


hari ini kita masih diberikan kesempatan dan kesihatan yang baik untuk
menghadiri Hari Orientasi Murid Tahun 1 bagi sesi 2024/2025.
Selamat datang ke SK Titi Teras diucapkan kepada tuan-tuan dan
puan-puan.
2 Orang Jawa berdagang ke kota,
BACAAN DOA Singgah di Acheh membeli gamat,
Tangan dirafak, restu dipinta,
Doa diamin moga selamat.

Hadirin yang dimuliakan,


Bagi memberkati majlis pada pagi ini, marilah sama-sama kita
mengaminkan doa yang akan dipimpin oleh al fadil Ustaz Muhammad
Fahmi bin Khazali.Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

********************************(DOA)
******************************

Amin Amin Ya Rabbal ‘Alamin


Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.

3 Tanpa melengahkan masa, majlis dimulakan dengan mendengar


UCAPAN ALUAN ucapan daripada Yang Berusaha Pn.Rozana bt Mohamed
GURU BESAR Noordin@Ahmad Guru Besar Sekolah Kebangsaan Titi Teras.Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.

****************************(UCAPAN
GB)**************************

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Puan Guru Besar atas ucapan
yang disampaikan sebentar tadi.
Hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian, Hari orientasi tahun 1
sesi 2024/2025 kita diteruskan lagi dengan mendengar taklimat yang
akan disampaikan oleh Puan Nurizah binti Hashim,Guru Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid. Dengan segala hormatnya mempersilakan.

***************(TAKLIMAT AWAL
PERSEKOLAHAN)*************

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas taklimat sebentar tadi.

4 Dengan berakhirnya taklimat dan penerangan oleh guru penolong


PENUTUP kanan HEM sebentar tadi,maka berakhirlah Hari Orientasi Murid tahun
1 pada hari ini.Diharapkan agar tuan2 dan puan2 mendapat gambaran
tentang persekitaran SK Titi Teras

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta
Akhir kalam, pihak sekolah ingin merakamkan ribuan terima kasih
yang tidak terhingga kepada para ibubapa yang telah memberikan
komitmen yang tinggi terhadap pembelajaran anak-anak. Sekian,
wabillahittaufiq.....
*
Pengumuman
penting
PENGUMUMAN
1 Buat makluman ibu bapa, selepas tamat majlis kita pada
URUSAN hari ini, para ibu bapa bolehlah bergerak ke kelas anak
PENYERAHAN masing-masing bagi urusan melengkapkan borang,
BORANG DAN dokumen dan rekod serta berjumpa dengan guru kelas
FAIL bagi urusan penyerahan fail murid dan urusan
pembayaran yuran.

2 Seterusnya, selepas selesai urusan di dalam kelas, ibu


PENGAMBILAN bapa bolehlah pergi ke Bilik SPBT untuk pengambilan
SPBT, SAIZ BAJU buku teks. Kemudian, pergi ke kaunter baju sukan untuk
SUKAN pengambilan saiz baju sukan.

3 Pada minggu pertama persekolahan, ibu bapa dibenarkan


KEBENARAN IBU berada di sekolah bagi menemani anak-anak di sekolah.
BAPA DI Ibu bapa hanya dibenarkan menunggu anak di kantin dan
SEKOLAH tidak dibenarkan masuk ke dalam kelas. Untuk
pengetahuan ibu bapa, pada minggu pertama
persekolahan, murid Tahun 1 akan rehat pada pukul 9.30
pagi, jadi pihak sekolah jasa baik ibu bapa yang
menunggu anak-anak di kantin mengutamakan dan
memberikan tempat duduk di kantin kepada murid-murid
lain semasa waktu rehat.

Anda mungkin juga menyukai