Anda di halaman 1dari 3

MAJLIS PERASMIAN HARI ORIENTASI MURID PRA SEKOLAH DAN TAHUN 1

SESI 2024/2025

Tarikh : 9 MAC 2024 (Sabtu)


Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan SJKC TAMAN TAS
1 1) Yang Berusaha, Puan Chong Fui Lin,
UCAPAN Guru Besar SJKC TAMAN TAS
PENGERUSI 2) Yang Berbahagia, Encik Yeoh Kok Bin
MAJLIS
Yang di-Pertua PIBG SJKC TAMAN TAS
3) Yang dihormati, Pn. Lim Poh Chin Guru Penolong Kanan
Pentadbiran
Cik Lim Lai Fong,
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Puan Woo Poh Choo, Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Warga pendidik SJKC Taman Tas serta yang dikasihi para ibu
bapa sekalian.

Terima kasih diucapkan kepada para tetamu, guru-guru, dan ibubapa


yang telah hadir untuk meraikan Majlis Perasmian Hari Orientasi
Murid Tahun 1 dan Prasekolah Sesi 2024/2025.

Maka dengan itu, kita dapat hadir ke Majlis Perasmian Hari Orientasi
Murid Tahun 1 dan prasekolah ini untuk berkenalan dan beramah
mesra dengan pihak pentadbiran sekolah dan para guru serta mengenali
budaya di sekolah ini.
Selamat datang ke Sjkc Taman Tas kepada tuan-tuan dan puan-puan.
Diharapkan anak-anak tuan-tuan dan puan-puan yang diterima pada
hari ini dapat belajar membina kecemerlangan mereka di sekolah ini
dan menjadi seorang murid yang berminda kelas pertama.

2 Tanpa melengah-lengahkan masa lagi, majlis mempersilakan Yang


UCAPAN ALUAN Berusaha Puan Chong Fui Lin, Guru Besar SJKC Taman Tas untuk
GURU BESAR menyampaikan ucapan alu-aluan. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

****************************(UCAPAN
GB)**************************
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha Puan
Guru Besar atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.
3 Hadirin sekalian, majlis kita diteruskan lagi dengan Taklimat Awal
TAKLIMAT Persekolahan yang akan disampaikan oleh Guru Penolong Kanan Hal
AWAL Ehwal Murid. Dengan itu, majlis menjemput Cik Lim Lai Fong, GPK
PERSEKOLAHA
Hal Ehwal Murid SJKC Taman Tas untuk menyampaikan taklimat.
N
Dengan segala hormatnya mempersilakan.

***************(TAKLIMAT AWAL
PERSEKOLAHAN)*************

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Cik Lim Lai Fong atas
taklimat yang ringkas lagi padat berkenaan pengenalan awal
persekolahan sebentar tadi.

PENGUMUMAN
1 Buat makluman ibu bapa, selepas tamat majlis kita pada
URUSAN hari ini, para ibu bapa bolehlah bergerak ke kelas anak
PENYERAHAN masing-masing bagi urusan melengkapkan borang,
BORANG DAN dokumen dan rekod serta berjumpa dengan guru kelas
FAIL bagi urusan penyerahan fail murid dan urusan kelas yang
lain.

2 Seterusnya, selepas selesai urusan di dalam kelas, ibu


PENGAMBILAN bapa bolehlah pergi ke Bilik Kesihatan untuk pembelian
BUKU, SAIZ buku dan alat sekolah. Kemudian, pergi ke kaunter baju
BAJU SUKAN sukan dalam bilik kesihatan untuk pembelian saiz baju
sukan.
Oleh kerana stok baju dan seluar sukan sekolah tidak
cukup pada masa ini, jadi murid akan dapat baju dan
seluar sukan selepas buka sekolah nanti.

3 Pada minggu pertama persekolahan, ibu bapa dibenarkan


KEBENARAN IBU berada di sekolah semasa rehat pada pukul 10.05 hingga
BAPA DI 10.35 bagi menemani anak-anak di sekolah. Ibu bapa
SEKOLAH hanya dibenarkan menunggu anak di kantin dan tidak
dibenarkan masuk ke dalam kelas. Untuk pengetahuan
ibu bapa, pada minggu pertama persekolahan, murid
Tahun 1 akan rehat pada pukul 10.05 pagi, jadi pihak
sekolah jasa baik ibu bapa yang menunggu anak-anak di
kantin mengutamakan dan memberikan tempat duduk di
kantin kepada murid-murid lain semasa waktu rehat.

7 Kerjasama tuan puan sangat dihargai,


PENUTUP Terima kasih sekalung budi,
Kenangan nan indah simpanlah di hati,
Semoga kita berjumpa lagi.

Akhir kalam, pihak sekolah juga ingin merakamkan ribuan terima


kasih yang tidak terhingga kepada para ibubapa yang memberikan
komitmen yang tinggi terhadap pembelajaran anak-anak.
Sesungguhnya, komitmen tuan puan adalah inspirasi kami. Dengan itu,
tamatlah majlis kita pada pagi ini. Semoga hubungan pihak sekolah
dan para ibubapa akan terus erat.

Para ibupa bolehlah bergerak ke kelas anak masing-masing bagi urusan


penyerahan fail & dokumen, tempahan baju sukan, pembayaran buku
serta pengambilan buku teks.

Anda mungkin juga menyukai