Anda di halaman 1dari 3

UCAPAN YANG BERUSAHA ENCIK ZULFIKRI BIN ABU SAMIAN,

GURU BESAR,

SEKOLAH KEBANGSAAN METHODIST TELOK DATOK,

42700 BANTING,

SELANGOR.

Assalamualaikum warahmatullhiwabarakatuh dan selamat sejahtera,

Yang Dihormati Encik Adenan bin Ralip

Penolong PPD Prasekolah/Permata

Yang Dihormati Encik Kunarajah a/l K.Nagalingam

YDP PIBG SK Methodist Telok Datok

Yang Dihormati Encik Mohd Norashdan bin Ramlan

Pengerusi Badan PEWARIS Prasekolah SK Methodist Telok Datok

Yang Berusaha Encik Zulfikri bin Abu Samian

Guru Besar SK Methodist Telok Datok

Yang Dihormati Puan Azura binti Shaharuddin

Penolong Kanan Pentadbiran

Yang Dihormati Puan Hajah Nurul Ashikin binti Hashim

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Yang Dihormati Encik Fadhlah Afif bin Talib

Penolong Kanan KoKurikulum

Guru-guru,

Para Ibubapa dan Penjaga,

Murid-murid yang diraikan sekalian.


Bersyukur saya kehadrat Ilahi, kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, maka kita dapat
berkumpul di dalam Dewan Vincent Daniel pada hari ini,. dengan satu tujuan iaitu
meraikan kejayaan anak-anak yang telah menamatkan sesi persekolahan prasekolah bagi
sesi 2017.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Dihormati En
Adenan bin Ralip Penolong PPD Prasekolah/Permata yang sudi datang untuk merasmikan
majlis Graduasi Prasekolah, pada hari ini.

Ucapan terimakasih yang tidak terhingga juga kepada YDP PIBG yang sudi hadir pada hari
ini, Encik Kunarajah a/l K. Nagalingan Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG), yang selama ini
telah begitu banyak membantu dan memberi bantuan sama ada dari segi kewangan dan
sokongan moral kepada pihak sekolah. Bantuan yang diberi amat dihargai dan disanjungi.
Mudah-mudahan hubungan yang erat ini akan berterusan demi kebaikan semua pihak di
sekolah ini.

Terima kasih juga diucapkan kepada guru prasekolah dan Pembantu Pengurusan Murid
serta semua jawatankuasa yang telah bertungkus lumus dalam merancang dan menjayakan
Majlis Graduasi pada hari ini. Terima kasih juga kepada ibu bapa/ penjaga yang sudi hadir
dan menyumbangkan kek untuk sambutan hari jadi pada hari ini. Semoga kerjasama dan
hubungan ibubapa /penjaga dengan pihak sekolah inni akan berterusan.

Penganjuran majlis seumpama ini sebenarnya adalah bertujuan untuk memberi motivasi,
perangsang dan penghargaan kepada murid prasekolah yang telah menamatkan sesi
persekolahan pada tahun ini. Tahniah dan teruskan usaha bagi semua murid murid
prasekolah yang Berjaya menamatkan sesi persekolahan bagitahun 2017.Bagi murid yang
akan ke tahun 1 pada tahun hadapan, harapan saya semoga murid-murid ini akan berusaha
dengan lebih gigih untuk menghadapi cabaran semasa di tahun 1 masa kelak. Namun begitu
jangan lupa ibubapa di rumah memainkan peranan yang sangat penting di dalam
mentarbiah dan menjana diri anak-anak, supaya bersikap dan bersifat positif di dalam
semua aspek kehidupan. Anak-anak prasekolah umpama kain putih, terpulang kepada ibu
bapa bagaimana hendak mencorakkannya.

Saya sudahi ucapan saya dengan serangkap pantun,

Iqra itu asasnya ilmu,

Menulis dengan kalamya batu ,

Berlajar perlu ada nawaitu,

Supaya ilmu dapat membantu.

Sekian daripada saya, saya sudahi dengan ucapan yang mulia Assalamualaikum w.m.m

Anda mungkin juga menyukai