Anda di halaman 1dari 3

1

TEKS PENGERUSI MAJLIS

PROGRAM PERMUAFAKATAN IBU BAPA TAHUN 6 / 2020

TARIKH : 8 FEBRUARI 2020


MASA : 8.00 PG
TEMPAT : DEWAN TUN FATIMAH
PENGACARA : HAIRI BIN SAID
CUE ANN
Burung tempua hinggap merata,
Sayang merbah di pohon cemara, 2
Assalamualaikum mulanya kata, 
Awal Bismillah pembuka bicara.

PROTOKOL Bismillahhirahmannirahim
MAJLIS Salam Melaka berwibawa, Pintar, Hijau, Bersih
Salam SK Tun Sas, Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera

Yang Berbahagia
Tuan Hj Mohd Arif bin Hj Yusa
Yang Dipertua PIBG SK TUN SAS

Encik Azman bin Janudin


Guru Besar SK TUN SAS

En Kamaruddin bin Abdul Majid


Guru Penolong Kanan Pentadbiran

Guru-guru dan para ibu bapa / penjaga murid tahun 6 yang dikasihi sekalian

Alhamdulillah bersyukur atas limpah dan rahmatNya, kita semua dapat bertemu dan berkumpul di Dewan Tun Fatimah
pada pagi ini bersempena Program Permuafakatan Ibu Bapa Tahun 6 bagi 2020 yang merupakan aktiviti wajib pada
ALUAN MAJLIS setiap tahun untuk membincangkan aktiviti / program yang akan dilaksanakan oleh pihak sekolah demi kecemerlangan
murid-murid tahun 6.
Selain itu juga, dengan pertemuan antara pihak sekolah dan para ibu bapa pada pagi ini juga dapat mengeratkan
hubungan dan menjalinkan kerjasama yang erat supaya segala perancangan program kecemerlangan tahun 6 ini dapat
dilaksanakan dan mendapat sokongan daripada ibu bapa . Semoga ibu bapa / penjaga murid akan mendapat segala
maklumat dan manfaat daripada majlis yang diadakan pada pagi in
Para hadirin yang dihormati sekalian,

Anak Melaka berkain pelikat


BACAAN DOA Baju kebaya kerongsang bersemat
Memohon majlis semoga berkat
Agar kita beroleh rahmat.

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini,


Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Al Fadil Ustz Zairul Izham bin Alias untuk memimpin bacaan doa

Dengan segala hormatnya dipersilakan


Amin amin ya Rabbal’alamin
Majlis merakam ucapan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.
UCAPAN YDP
3

Anda mungkin juga menyukai