Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA PROGRAM HARI KESIHATAN SEDUNIA PERINGKAT SEKOLAH

SK TITI TERAS BAGI SESI 2023/2024

Tarikh: 11 OKTOBER 2023


Masa:
Tempat : Dewan SKTT

Orang bertamu di Padang Tembusu,


Meriah jualan itik serati;
1. Kurangkan gula kurangkan susu,
Ucapan Manis manis undang obesiti.
Pengacara
Majlis Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Bismillahirrahmanirahim, Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh, Salam


Sejahtera dan Salam Malaysia Madani.

Yang Berusaha,
PUAN ROZANA BT MOHAMED NOORDIN @ AHMAD
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Titi Teras

PN NURIZAH BINTI HASHIM,


GPK HEM,

EN KAMAROZAMAN BIN AHMAD,


GPK Kokurikulum

EN. MUHAMMAD NAZIR BIN OMAR


GPK PPKI

Barisan guru - guru Sekolah Kebangsaan Titi Teras dan seterusnya murid-murid yang
disayangi sekalian.

Alhamdulillah, setinggi ucapan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan


limpah rahmatNya pada hari yang penuh barakah ini, kita diberi kesempatan untuk
berkumpul bagi menyambut Hari Kesihatan Sedunia Peringkat sekolah bagi tahun 2023
dengan penuh keamanan dan kedamaian.
.

2. Baiklah kita mulakan program pada pagi ini dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu
Nyanyian Pulau Pinang.Hadiin semua diminta berdiri.
Lagu
Menadah tangan tanda kerendahan,
3. Lafaz Bismillah memperkukuh tautan,
Bacaan Doa Doa dipohon penuh pengharapan,
Agar Majlis mendapat keberkatan.

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita menadah tangan
mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Al Fadil Ustaz Mohd Sabri bin
Ahmad.Majlis dengan hormatnya mempersilakan

** Amin, amin Ya Rabbal ‘Alamin. Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan
doa sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati,


Tak molek jika alu tiada lesungnya,
4. Tak berguna jika payung tiada perahunya,
Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara.
Ucapan Guru
Besar
Seterusnya dijemput YANG BERUSAHA PN ROZANA BT MOHAMED NOORDIN @
(perasmian
AHMAD
penutupan)
selaku Guru Besar SK Titi Teras untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

**Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Guru Besar atas ucapan
sebentar tadi.

5.
Gimik Seterusnya marilah sama-sama kita saksikan gimik sambutan Hari Kesihatan Sedunia
Peringkat Sekolah Tahun 2023.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dengan persembahan gimik Hari
Kesihatan Sedunia Peringkat sekolah sebentar tadi.
6. Kita teruskan program pada pagi yang ceria ini dengan senamrobik Bersama pasukan
Senamrobik senamrobik SK Titi Teras di bawah pimpinan Cikgu Nur Azreen.
7. Seterusnya marilah kita saksikan persembahan hebat dari pasukan lompat tali oleh
Lompat tali anak-anak cergas SK Titi Teras.T.kasih diucapkan kepada pasukan lompat tali Sk Titi
Teras.
8. Program pagi ini kita terus lagi dengan mendengar ceramah yang akan disampaikan
Ceramah oleh Ustazah Nur Wahidah binti Abdullah yang bertajuk Gigi Sihat
Kesihatan Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.
9. Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,program
Pameran
inovasi
pinggan sihat
Malaysia
Lawatan ke
kiosk

12. Merdu bertingkah alunan suara,


Penutup Kadang tak sedar tersilap kata,
Andai terlanjur patah bicara,
Serendah hati kemaafan dipinta.

Setinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua
Jawatankuasa Kerja sambutan Hari Kesihatan Sedunia Peringkat Sekolah tahun 2023
dan mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan majlis
ini.

Dengan ini saya sudahi

Wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai