Anda di halaman 1dari 10

TEKS PENGACARA MAJLIS APRESIASI 2023/2024

1 FEBRUARI 2023 (Khamis)


DEWAN DATO HAJAH ROSNI, SEKEKAL

ACARA ISI CATATAN

Pengumuman Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Para tetamu, guru dan murid dipersilakan mengambil tempat


HAFFIZ
duduk masing-masing kerana majlis akan dimulakan sebentar lagi.

Mohon kerjasama para hadirin dan murid-murid agar berdiri


apabila diumumkan ketibaan tetamu kehormat dan sama-sama
menyanyikan lagu Negaraku

Acara 1 Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Profesor Dr. Mohammad


(Ketibaan VIP) Aziz Shah bin Mohamed Arip dari
Faculty of Human Development, diiringi barisan pentadbir sekolah.

HAFFIZ
***Nyanyian lagu Negaraku

Para hadirin dijemput duduk..

BISMILLAHIRRAHMANIRAHIM

Daun Layu di tengah gurun,


N Nampak jalur pohon cemara,

Tradisi Melayu turun temurun;

pantun ditutur pembuka bicara.

Hari ini menugal jagung,

H Hari esok memetik peria,

Hari ini kita berkampung;

Meraikan majlis penuh ceria


N Ramai tetamu bermadah puisi,

Kata bertuan tanda berbahasa,

Selamat bertemu di majlis apresiasi,

Semoga Tuan Puan Selamat Sejahtera.

HAFFIZ Yang Berbahagia Profesor Dr. Mohammad Aziz Shah bin Mohamed
Arip,

Pensyarah dari Fakulti Pembangunan Manusia, UPSI

Yang Berusaha :

En. Mohd Hellmy bin Yusof@Haji Idris.

Guru besar SK Kalumpang

Pn. Damitsah binti Aluwi,

Penolong Kanan Pentadbiran SK Kalumpang.

Cik Suziana bt Kamaruddin,

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Kalumpang

Utz Mohd Fuad bin Awang,

Penolong Kanan Ko Kurikulum SK Kalumpang.

Encik Mohd Roshaidi bin Mat Rasid,

YDP PIBG SK Kalumpang.

Barisan AJK Pelaksana, guru-guru, ibu bapa,

Seterusnya para pelajar yang diraikan sekalian.

Assalamualaikum w.b.t

Salam sejahtera dan Salam Sekekal Mencipta Kecemerlangan.


Majlis Mengucapkan Selamat Datang Serta Mengalu-Alukan
Kehadiran Para Hadirin Sekalian Ke Majlis Apresiasi 2023/2024.

N Majlis mengambil kesempatan di pagi yang penuh bermakna dan


berbahagia ini untuk merakamkan setinggi- tinggi penghargaan
dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga atas kesudian
Yang Berbahagia Profesor Dr. Mohammad Aziz Shah bin Mohamed
Arip, menghadirkan diri bagi menyempurnakan majlis pada hari ini.

Sayang kumbang mencari makan,


Terbang seiring ditepi kali,
Selamat datang kami ucapkan;
Moga diiring restu Ilahi

Acara 2 Para hadirin yang dihormati,


(Bacaan Doa)

NUHA Allah jua yang dipuji dengan lidah dan hati, kerana dengan limpah
izinnya kita diberi kesempatan untuk bersama-sama di MAJLIS
APRESIASI 2023/2024 hari ini.

Teratak buluh kajang sepuluh,

Mari jolok sarang penyengat,

Angkat tangan jemari sepuluh,

Doa dipohon biar selamat.

Bagi memberkati majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan


kehambaan dengan penuh keinsafan, semoga Allah memberi
ruang dan peluang bagi kelancaran majlis pada hari ini.
Untuk itu dijemput Al Fadil Ustaz Fakhruddin bagi memimpin
bacaan doa.

Dipersilakan naik ke pentas.

……………..

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Al Fadil Ustaz Fakhruddin


atas bacaan bacaan doa itu tadi. Mudah-mudahan majlis kita akan
mendapat rahmat dan hidayah sehingga ke penghujungnya.

Acara 3 Hadirin budiman,


(Ucapan Emcee)

HAFFIZ Dalam bercakap bersopan santun

Dalam susah tuntun menuntun

Dalam senang santun menyantun

Mulia anak sempurna akhlak

Mulia tua sempurna agama

Mulia bahasa berbudi bahasa

Mulia majlis tertib atur cara

Untuk makluman, majlis yang berprestij ini di adakan, bukan


sahaja meraikan murid tahun 6 yang bakal menamatkan
persekolahan diperingkat sekolah rendah, malah mengiktiraf
murid-murid yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam
bidang Akademik, HEM dan Kokurikulum, begitu juga tidak
dilupakan jasa dan pengorbanan para guru yang bertungkus lumus
menyebarkan ilmu pendidikan kepada anak bangsa.
Acara 4 Hadirin yang dihormati sekalian,
(Ucapan Guru
Besar/Pentadbir)
Di sini ada putera puteri pewaris generasi bangsa,
NUHA di sini ada ibu bapa yang prihatin penuh di jiwa,
di sini ada pendidik yang tidak pernah kenal erti putus asa,

di sini ada guru besar yang berjasa,


di sini ada pemimpin yang berjiwa mulia.

Meneruskan acara pada hari ini, majlis dengan sukacitanya


mempersilakan Yang Berusaha En Hellmy bin Yusof GB SK
Kalumpang untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan
hormatnya mempersilakan.

***ucapan guru besar

Terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Guru Besar atas ucapan
itu tadi.

Acara 5 Kata orang,


(Ucapan
Kepimpinan diteladani
Perasmian)
Program dirancang dan direalisasi
HAFFIZ
Muafakat kata menjadi paksi

Kejayaan pasti menjelma bukan umpama mimpi dalam mimpi.

Sidang hadirin yang dihormati,

Majlis dengan rasa bangga dan penuh hormatnya mempersilakan


Yang Berbahagia Profesor Dr. Mohammad Aziz Shah bin Mohamed Arip,

untuk menyampaikan ucaptama dan seterusnya merasmikan


Majlis Apresiasi 2023/2024. Dipersilakan yang berbahagia.

***ucaptama

Majlis mempersilakan yg berbahagia Profesor menandatangani


autograf sebagai simbolik perasmian majlis hari ini.

Berilah Kami Haluan Kemudi

Pengobat Hati Menanti Harapan

Ucapan Diberi Penuh Beerti

Amanat Tuan Jadi Pegangan.

Majlis mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan


tidak terhingga kepada Yang Berbahagia Profesor Dr,

atas amanat dan ucapan perasmian itu tadi.

Montaj Hadirin yang dihormati,

NUHA
Sekarang, kami ingin mengajak tuan puan sekalian untuk
menumpukan perhatian ke layar utama bagi menyaksikan
Tayangan Montaj “Di sini Memori Tercipta”, sebuah kenang-
kenangan anak-anak sepanjang 2018 hingga 2024 berada di SK
Kalumpang.

Saksikan..

Untuk makluman, VT montaj disediakan oleh Ustaz Mohd Zabidi.


Acara 6 Hadirin yang dihormati,
(persembahan)

HAFFIZ Biar mati anak,


jangan mati adat
adat sendikan syarak,
syarak sendikan kitab.

Sirih pinang sirih berlipat,


Diambil sehelai dibawa pergi,
Tampak joget indah dilihat,
Menjadi tatapan majlis berseri.

Marilah sama-sama kita saksikan pula persembahan tarian ‘Zapin


dari Si Manis Kalumpang. Dipersilakan.

……………………

Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan di bawah


pimpinan Cik Siti Aishah Azam sebentar tadi.

Acara 7 Sidang hadirin sekalian,


(Penyampaian
Sijil)
3 Kelas Telah sampai kita ke kemuncak acara yang ditungu-tunggu.
HAFFIZ
Majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan atur cara penyampaian
sijil.

Bagi menyempurnakan acara, majlis dengan penuh takzim dan


sukacitanya menpersilakan Yang Berbahagia Profesor Dr.
Mohammad Aziz Shah bin Mohamed Arip, diiringi Yang Dihormati
Encik Mohd Roshaidi bin Mat Rasid, YDP PIBG SK Kalumpang
untuk ke pentas.
Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

Dengan ini, dipersilakan pula ke pentas, Tuan Guru Besar En


Hellmy bin Yusof dan PK Koku Ustaz Mohd Fuad bagi
menyarungkan Jubah Graduasi pada penyampai sijil sebagai
simbolik Majlis Apresiasi.
NUNA

Terima kasih diucapkan kepada kedua-dua pentadbir.

Sama cantik sama kacak,


NUNA
Dalam barisan tersusun segak

HAFFIZ
Telah pun bersedia barisan anak-anak tahun 6 untuk menerima
sijil.
NUNA

Majlis dimulakan dengan penyampaian sijil bagi Kelas 6 Ar-Rayyan.


HAFFIZ

Seterusnya penerima sijil Kelas 6 At-Tasnim, dipersilakan…

Bagi Kelas 6 Al-Kauthar, dimulai dengan penerima sijil …


***rujuk
senarai
penerima
Sebagai tanda penghargaan , sekalung budi seuntai kasih , majlis
hadiah
mempersilakan Yang Berusaha Tuan Guru Besar untuk
menyampaikan sijil penghargaan kepada Yang Berbahagia Profesor
Dr. Mohammad Aziz Shah bin Mohamed Arip.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Yang Berbahagia Profesor Dr.


atas kesudian beliau menyampaikan sijil kepada murid sebentar
tadi.

Acara 8 Hadirin sekalian,


(Penutup)

NUHA Terang cahaya api si kandil

Selesai sudah penyampaian sijil.

HAFFIZ Dengan berakhirnya penyampaian cenderahati itu tadi, maka


selesailah sudah majlis pada hari ini.

Sekali lagi majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kehadiran


Yang Berbahagia Profesor Dr. Mohammad Aziz Shah bin Mohamed Arip,

ajk pibg, barisan pentadbir sekolah, ahli jawatan kuasa kerja dan
para hadirin sekalian di atas segala sumbangan dan kerjasama
yang diberikan secara langsung mahupun tidak langsung bagi
menjayakan majlis yang bersejarah dan penuh gemilang ini.
NUNA

Delima selasih indah tersingkap


Hantaran bengkalis seri cahaya

HAFFIZ Terima kasih tidak terungkap


Lantaran majlis lancar jaya.

Merdu bertingkah alunan suara


Kadang tak sedar tersilap kata
Andai terlanjur patah bicara
Serendah hati kemaafan dipinta..

Mewakili pihak jawatankuasa, majlis ingin merakamkan jutaan


terima kasih kepada semua atas kerjasama yang diberikan.
H/N

Segala kelemahan yang berlaku semasa majlis ini


berlangsung ,kami memohon ampun dan maaf .

Sekian, Wabilahitaufikwahidayah..assalamualaikum w.b.t.

Acara 9 Sebagai tanda kenangan, majlis menjemput tetamu2 kehormat,


(Sesi Bergambar) barisan pentadbir dan penerima2 sijil untuk mengambil tempat
bagi acara fotografi .
NAZIEHA

Anda mungkin juga menyukai