Anda di halaman 1dari 4

BI MAS PERGERAKAN/ AKTIVITI TINDAKAN

L A
3 - KETIBAAN TETAMU JEMPUTAN AJK
Penyambut
Ketibaan tetamu jemputan  tetamu
- Jemputan ke ruang menunggu
- Taklimat ringkas aturan perjalanan majlis

4 PENGUMUMAN KETIBAAN Sambutan


AJK
Sidang hadirin diminta berdiri, persembahan

“ Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Encik Mohd AJK Protokol


Affendey Bin Mohd Saad, Ketua Unit Pembangunan
Kemanusiaan PPD Temerloh serta para tetamu jemputan”

5 NYANYIAN LAGU Sambutan


Siaraya
“Sidang hadirin diminta terus berdiri, Majlis dimulakan dengan Ajk Protokol
Nyanyian lagu tema Nadwah Kepemimpinan Islam, dipersilakan.

 Terima kasih diucapkan, para tetamu, hadirin dan hadirat


dipersilakan duduk.

Bismillahir rahmanir rahim , Alhamdulillahi Rabbil Alamin..


wassolatu wassalamu ala asyrafil anbiyaai walmursalin, wa ala
aalihi wa ashabihi ajmain.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

BACAAN DOA

Membuat  kerabu mencari lokan


Penambah selera  sudahlah tentu
Memohon doa tidak dilupakan
Diucap di amin setiaplah waktu

Bagi memberkati  majlis pada pagi ini , dengan segala


hormatnya dipersilakan saudara Naqib Syarafi Bin Sa’aban untuk
memimpin bacaan doa.  Dipersilakan .”

Amin,amin Ya Rabbal Alamin….Majlis merakamkan ucapan


terima kasih kepada saudara Naqib Syarafi Bin Sa'aban atas
bacaan doa itu tadi.

6 UCAPAN ALUAN PENGACARA MAJLIS Juruacara

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Pembuka kata lidah bicara
Izinkan saya mulakan acara
Semoga majlis disambut ceria.

1
Hinggap minum di tepi kali,
Penat si helang membelah angkasa ,
Pemimpin unggul itulah kami ,
Agen Pelaksana Wawasan Negara.

Majlis dengan penuh rasa hormat dan bangganya  mengucapkan


selamat datang serta mengalu-alukan kehadiran ;
1. Yang Berbahagia Encik Mohd Affendey Bin Mohd Saad,
Ketua Unit Pembangunan Kemanusiaan PPD Temerloh,
2. Yang Dihormati Ustaz Wan Mohd Asri Bin Wan Abdullah,
Penolong Pengarah Pengembangan Syiar Islam, Sektor
Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri Pahang,
3. Yang Dihormati Ustaz Khairul Azwan Bin Zamri, Penyelia
Pendidikan Islam PPD Temerloh,
4. Yang Berusaha Ustaz Syed Fakruzi Bin Syed Omar,
Penyelaras Program Nadwah Kepemimpinan Islam,
5. Barisan Urusetia, Kem Komandan dan para Fasilitator
6. Penghulu dan Penghuluwati
7. Seterusnya sahabat-sahabat Putera dan Puteri Peserta
Nadwah Kepemimpinan Islam yang dikasihi lagi disayangi
sekalian.

Bersyukur kita pada pagi yang penuh bahagia ini, kita dapat
berkumpul di Dewan Dato’ Mazlan, PLGDP Seri Tualang yang
indah ini sempena Majlis Perasmian Penutupan Nadwah
Kepemimpinan Islam Sekolah-sekolah KPM Peringkat Negeri
Pahang tahun 2019.
Untuk makluman semua, kami Putera dan Puteri peserta
Nadwah seramai 47 orang, yang mewakili beberapa buah
daerah, iaitu daerah Temerloh, Jerantut, Lipis, Maran dan
Rompin yang bermula sejak hari Isnin dan akan berakhir pada
hari ini,
insya-Allah.
Adalah diharapkan agar Nadwah Kepemimpinan ini menjadi
salah satu aktiviti dakwah dan syiar Islam bagi mencungkil dan
membentuk sifat kepimpinan kami pelajar-pelajar Tingkatan 4
yang akan menjadi pemimpin di sekolah dan seterusnya
pemimpin dalam kalangan masyarakat dan negara pada suatu
hari nanti.

8 UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN


AJK Protokol
Terbang tinggi si burung unggu,
Di atas papan batang jerami;
Tampillah tuan kami menunggu,
Bersama ucapan kata perasmi

Sidang Hadirin yang dihormati sekalian,


“Kini , tiba masanya masanya untuk kita mendengar ucapan
perasmian penutupan Nadwah Kepemimpinan Islam Sekolah-
2
sekolah KPM Peringkat Negeri Pahang tahun 2019.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang


Berbahagia Encik Mohd Affendey Bin Mohd Saad, Ketua
Unit Pembangunan Kemanusiaan PPD Temerloh
untuk menyampaikan ucapan  dan  seterusnya merasmikan
penutupan majlis kita pada pagi ini. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.”

(UCAPAN TAMAT)

“Majlis dengan penuh perasaan terhutang budi merakamkan


setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang
Berbahagia Encik Mohd Affendey Bin Mohd Saad, Ketua
Unit Pembangunan Kemanusiaan PPD Temerloh
atas kesudian menyampaikan ucapan dan merasmikan
penutupan Nadwah Kepemimpinan Islam Sekolah-sekolah
KPM Peringkat Negeri Pahang tahun 2019.

PENYAMPAIAN HADIAH

Hadirin dan Hadirat sekalian,


Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah bagi
beberapa kategori yang dipertandingkan.
Untuk itu, majlis menjemput Ustaz Wan Mohd Asri Bin Wan
Abdullah bagi mengiringi Encik Mohd Affendey Bin Mohd
Saad, Ketua Unit Pembangunan Kemanusiaan PPD
Temerloh untuk menyempurnakan majlis, dipersilakan.

(rujuk lampiran untuk nama penerima hadiah)

9 PENYAMPAIAN CENDERAHATI

Sebagai tanda terima kasih yang tidak terhingga , dipersilakan


Yang Berusaha Ustaz Khairul Azwan Bin Zamri, Penyelia
Pendidikan Islam PPD Temerloh untuk menyampaikan
cenderamata  kepada Yang Berbahagia Encik Mohd Affendey
Bin Mohd Saad, Ketua Unit Pembangunan Kemanusiaan
PPD Temerloh.
Dipersilakan.

Demikianlah adat kehidupan,


Orang berbudi kita berbahasa
Tidak mungkin terbalas budi
Walau emas sebungkus diberi
Cuma harapan di dalam dada
Tanda mata sudi diterima
Tanda ingatan kekal selamanya.

10 PENUTUP
Sidang hadirin sekalian,
3
Kita telah pun tiba dipenghujung majlis,

Pulang ke desa menyambut lebaran


Disambut mesra rakan dan taulan
Jika tersasul memohon keampunan
Jika tersalah harap dibetulkan.

Bagi pihak majlis, saya menyusun sepuluh jari memohon maaf


sekiranya tersilap kata atau tersalah bicara sepanjang perjalanan
majlis ini.

Burung terkukur terbang rendah


Terbang bersama siburung murai
Saat ini saat penyudah
Tanda majlis melabuhkan tirai

Seterusnya majlis mempersilakan Yang Berbahagia Encik


Mohd Affendey Bin Mohd Saad, Ketua Unit Pembangunan
Kemanusiaan PPD Temerloh dan para tetamu jemputan untuk
meninggalkan majlis. Dipersilakan.

Sekian, wabillahit taufik wal hidayah, wassalamualaikum wbt.


11 Majlis bersurai

Anda mungkin juga menyukai