Anda di halaman 1dari 3

No.

1.

2.

Ucapan
Ramadhan tiba dengan keberkatan,
Bulan dituntut untuk berpuasa,
Selamat datang kami ucapkan,
Ucapan bismillah pembuka acara.
Yang berbahagia, Encik Zainol bin Ramli, penolong Pengarah
Kanan Unit Disiplin Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan
Pendidikan Negeri Kedah.
Encik Ahmad bin Lateh, Pegawai Pendidikan Daerah Padang
Terap.
EncikRahman bin Mat Zain, Timbalan Pegawai Pendidikan
Daerah.
Tuan Haji Omar bin Eting, Penolong PPD Pembangunan
Kemanusiaan.
Encik Mohammad Fisol bin Ariffin, Penyelia Hal Ehwal Murid.
Tuan Haji Ahmad Kamil bin Abd Majid, Penolong PPD
Pengurusan Menengah Murid.
Encik Sidek bin Hashim, Yang Dipertua PIBG SMK Pedu,
Encik Mat Rashid bin Osman, Naib Yang Dipertua PIBG SMK
Pedu.
Yang berusaha, Puan Hajah Che Nazliah binti Haron, Pengetua
SMK Pedu.
Encik Mohd Asri bin Said, Penolong Kanan Pentadbiran.
Encik Zulkiflee bin Othman, Penolong Kanan Kokurikulum.
Barisan pendidik dan staf yang disayangi.
Barisan rakan-rakan yang dikasihi sekalian.
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh
dan
selamat
datang.
Kita mulakan majlis kita pada hari ini dengan Ummul Kitab AlFatihah.

3.

4.

Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan ke hadrat Rabbul


Izzah, Tuhan Yang Maha Esa, kerana dalam kita meniti
Ramadhonul Kareem yang penuh keberkatan ini, dapat kita
dipertemukan dalam Majlis Iftar Jamaie Asrama SMK Pedu
bagi tahun 2016.
Untuk memberkati lagi majlis kita pada hari ini, majlis dengan
segala
hormatnya,
menjemput
_____________________________________ untuk memimpin
bacaan doa.
Majlis dengan ini mempersilakan
(Selepas doa)
Terima kasih diucapkan kepada

Catatan

____________________________________ di atas pimpinan


bacaan doa sebentar tadi.
5.
6.

Bukan keris tanpa ulunya,


Bukan majlis tanpa ucapannya.
Sebagai pembuka persada ucapan, majlis dengan hormatnya
mempersilakan Yang berusaha, Puan Hajah Che Nazliah binti
Haron, Pengetua SMK Pedu untuk menyampaikan ucapan.
Majlis dengan hormatnya mempersilakan.
(selepas ucapan)

7.

Terima kasih puan pengetua atas ucapan yang telah disampaikan


tadi.
Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,
Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Encik Ahmad bin
Lateh, Pegawai Pendidikan Daerah Padang Terap untuk
menyampaikan ucapannya.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
(Selepas Ucapan)
Syukran Jazilan diucapkan kepada
___________________________________________________
atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

8.

9.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan


para tetamu untuk bergerak ke surau bagi menyempurnakan
solat maghrib dan berbuka puasa.
Kembang harum si bunga seroja,
Buat hiasan penyambut tetamu,
Terhidang sudah jamuan di meja,

Dipersilakan semua hadirin menjamu.


10. Dengan ini dijemput
_____________________________________
Untuk memimpin bacaan doa berbuka puasa.
(selepas doa)
Terima kasih diucapkan kepada
____________________________________ di atas pimpinan
bacaan doa sebentar tadi.
11. Saya mewakili Majlis pada hari ini, ingin mengucapkan ucapan

rasa syukur dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di
dalam menjayakan Majlis kita pada hari ini samada secara
langsung mahupun tidak. Moga kita semua akan beroleh
keberkatan daripada-Nya.
Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai
ada salah dan silap sepanjang mengacarakan Majlis ini.
Sekian daripada saya.
Wabillahi taufik wahidayah wassalamualaikum w.b.t.

Anda mungkin juga menyukai