Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN TUAN RUMAH

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,


Y.Bhg,
..
Y.Bhg,

Y.Bhg,

Saudara,saudari, serta Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian.

ALHAMDULILLAHIRABIL ALAMIN, WASSOLATU WASSALAMU ALA ASYRAFIL


ANBIYAI WAL MURSALIN WA ALA AALIHI WASOHBIHI AJMAIIN.

Segala Puji-pujian bagi Allah S.W.T, Tuhan sekalian alam yang telah mengizinkan kita untuk
sama-sama berhimpun di dalam majlis bersempena Program Kursus Latihan keselamatan
Bersama Pasukan Rela Taman Cendana Pasir Gudang yang akan dijalankan bersama- sama
dengan Pasukan Angkatan Rela seramai 40 orang yang dibawa khas dari Taman Cendana, Pasir
Gudang untuk mengikuti Kursus latihan keselamatan ini. Marilah kita panjatkan kesyukuran
dengan limpah kurnia dan nikmat yang begitu mendalam dan bermakna untuk kita semua.

Saya selaku tuan rumah pengarah pusat kokurikulum, sangat berbesar hati atas kesudian para
jemputan, pengerusi sesi, pembentang kertas kerja, dan peserta sekeliannya untuk hadir dan
seterusnya sama-sama menjayakan perhimpunan ilmiah dan majlis pelancaran ini dan saya ingin
menyatakan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua anggota
Pasukan Rela yang hadir pada program Kursus Latihan Keselamatan ini, serta tidak lupa juga
kepada semua ahli jawatankuasa program kerana telah Berjaya melaksanakan program ini.
Kita sedia maklum bahawa aspek keselamatan merupakan antara aspek terpenting dalam
menjalani kehidupan dalam sesebuah masyarakat. Mengekalkan keamanan serta keselamatan
dapat menyumbang kepada kehidupan yang aman dan harmoni. Justeru itu, Untuk mengekalkan
keamanan serta keselamatan. Pasukan Rela perlu didedahkan atau diberi latihan keselamatan
supaya mereka ini mahir dalam aspek keselamatan.
Pada dasarnya, objektif program Kursus Keselamatan ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk
memberi latihan kepada anggota pasukan Rela tentang aspek keselamatan. Aspek keselamatan
ini merangkumi cara bagaimana untuk memadamkan api sekiranya berlaku kebakaran,
memberikan bantuan kecemasan sekiranya berlaku kecederaan, dan juga cara untuk
mempertahankan diri. Pendedahan aspek keselamatan ini dilakukan dengan kerjasama dari
anggota bomba, pihak Pusat kesihatan Universiti dan juga pasukan rela UTHM.
Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekelian,
Dalam usaha menambahkn ilmu keselamtan,pelbagai aktiviti yang dapat diterapkan pada hari ini.
Difahamkan terdapat tiga agensi yang turut sama telibat dalam kursus ini. Pada pendapat saya
program seumpama ini merupakan satu langkah yang bijak dan tepat untuk untuk merapatkan
hubungan di antara pasukan rela dan pelajar UTHM. Di samping itu, ianya juga merupakan satu

usaha positif dan menyedarkan masyarakat terhadap dan tanggungjawab mereka di dalam aspekaspek pencegahan jenayah, keselamatan diri dan harta benda serta pemeliharaan dan
ketenteraman awam.
Para hadirin sekalian,
Sebelum mengakhiri ucapan ini, saya sekali lagi ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan
dan terima kasih kepada Yang Berhormat atas kesudian bersama-sama kita
pada hari ini. Syabas dan tahniah juga kepada seluruh Ahli Jawatankuasa dan semua pihak yang
bertungkus lumus merancang, menyusun serta mengatur aturcara untuk majlis kita pada hari ini.
Saya yakin dan percaya segala usaha dan kerjasama erat yang ditunjukkan ini akan memberi
impak besar terhadap masyarakat mengenai keselamatan diri.
Sekian, Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai