Anda di halaman 1dari 2

Sirih berlipat sirih pinang,

Sirih dari pulau mutiara,


Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara,

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.


Terima kasih diucapkan kepada pengacara majlis iaitu saudara Muhammad Nur Akmal Sazali.
Yang dihormati yang berusaha............................
Alhamdulilah, marilah kita panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah SWT kerana dengan
izinnya dapat kita menjayakan Program Kursus Latihan keselamatan Bersama Pasukan Rela Taman
Cendana Pasir Gudang yang akan dijalankan bersama- sama dengan Pasukan Angkatan Rela seramai
40 orang yang dibawa khas dari Taman Cendana, Pasir Gudang untuk mengikuti Kursus latihan
keselamatan ini .
Pertama sekali, saya ingin menyatakan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada
semua anggota Pasukan Rela yang hadir pada program Kursus Latihan Keselamatan ini, serta tidak
lupa juga kepada semua ahli jawatankuasa program kerana telah Berjaya melaksanakan program ini.
Saya amat bersyukur kerana program ini dapat dilaksanakan dengan bantuan dari semua pihak. Kita
sedia maklum bahawa aspek keselamatan merupakan antara aspek terpenting dalam menjalani
kehidupan dalam sesebuah masyarakat. Mengekalkan keamanan serta keselamatan dapat
menyumbang kepada kehidupan yang aman dan harmoni. Justeru itu, Untuk mengekalkan keamanan
serta keselamatan. Pasukan Rela perlu didedahkan atau diberi latihan keselamatan supaya mereka ini
mahir dalam aspek keselamatan.
Pada dasarnya, objektif program Kursus Keselamatan ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk
memberi latihan kepada anggota pasukan Rela tentang aspek keselamatan. Aspek keselamatan ini
merangkumi cara bagaimana untuk memadamkan api sekiranya berlaku kebakaran, memberikan
bantuan kecemasan sekiranya berlaku kecederaan, dan juga cara untuk mempertahankan diri.
Pendedahan aspek keselamatan ini dilakukan dengan kerjasama dari anggota bomba, pihak Pusat
kesihatan Universiti dan juga pasukan rela UTHM.
Untuk pengetahuan para hadirin, ahli jawatankuasa Program Kursus Keselamatan ini terdiri daripada
pelajar tahun satu dan tahun dua dari pelbagai fakulti. Kami amat rasa bertuah kerana diberi
kepercayaan untuk mengendalikan program seumpama ini. Melalui program ini, kami dapat
pendedahan bagaimana untuk mengendalikan sesuatu program. Pengalaman ini tidak akan kami

lupakan. Tidak lupa juga kepada En. Suhaimi Bin Sulong sebagai pensyarah kokurikulum kami
merangkap penasihat program kerana beliau telah banyak membantu saya dan rakan-rakan saya bagi
menjayakan program ini.
Para Hadirin sekalian,
Akhir kata saya selaku pengarah program ini amat berasa gembira dan bersyukur kerana program ini
berjalan dengan lancar hasil dari kerjasama semua pihak. Sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan
terima kasih atas kehadiran tetamu-tetamu jemputan dan Pasukan Rela dari Taman Cendana Pasir
Gudang kerana dapat mengikuti Program Kursus Latihan Keselamatan ini.
Sekian,
Wabillahi Taufik Walhidayah. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai