Anda di halaman 1dari 4

LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN AIR LONGKANG DI PASAR.

Pencemaran alam yang dimaksudkan ialah pembuangan sisa minyak dan lemak ke
dalam peparitan awam secara langsung atau tak lansung menyebabkan perubahan
kepada sifat-sifat fizikal, kimia dan biologi pada alam sekeliling dengan melepaskan
bahan buangan sehingga menyebabkan sesuatu keadaan bahaya kepada kesihatan,
keselamatan atau kebajikan awam kepada manusia, haiwan, hidupan air akuatik
atau tumbuh-tumbuhan. Ia juga mencemarkan air, tanah dan udara. Pencemaran
Minyak dan Lemak ini akan memberi kesan kepada kitaran makanan dengan
mempengaruhi dan meracuni kehidupan-kehidupan di Sungai dan tasik seperti
rumpair, burung, ikan dan hidupan lain. Secara langsung pencemaran minyak dan
lemak ini akan mempengaruhi kualiti air minuman kita. Masalah pencemaran air

,sekiranya tidak di tangani ,ia akan mendatangkan kesan yang buruk kepada manusia ,malah
kepada bumi kita sendiri. Pembuangan sisa-sisa makanan yang basah atau sisa-sisa organik
terutamanya ke dalam longkang secara terbuka . Sisa-sisa basah atau sisa-sisa organik ini, boleh
kita lupuskan secara mesra alam. Berbalik kepada sisa-sisa organik ini sekiranya di buang di
dalam longkang sudah pasti air longkang akan menjadi kotor dan tercemar oleh bakteria yang
boleh membahayakan dan boleh mengancam kesihatan manusia itu sendiri.Ini adalah kerana
sisa-sisa makanan ini mengundang lalat-lalat dan pada persekitaran yang sesuai bakteria boleh
membiak. Pembiakan bakteria inilah yang akan memburukkan lagi pencemaran air .Aliran air
longkang biasanya akan terus mengalir ke sungai-sungai berdekatan.

1) Memasang perangkap minyak (Grease Trap).


Perangkap minyak perlu dipasang dan dilengkapi dalam semua dapur restoren atau premis yang
mengendalikan pemprosesan makanan. Perangkap minyak ini dipasang di akhir persaliran keluar
atau paip air kumbahan dari singki sebelum air kumbahan iti disalirkan ke longkang awam.
Pemasangan perangkap minyak adalah salah satu syarat yang dikenakan oleh Majlis Tempatan
dalam proses untuk mendapatkan lesen perniagaan restoren, kantin atau pun semua jenis primis
proses makanan. Restoran dan premis proses makanan adalah dikatakan punca terbesar
pencemaran minyak kepada alam sekitar. Perangkap minyak ini

juga akan membantu

mengelakan saluran paip dari tersumbat yang akan menyebabkan pembentukkan lemak yang
padat dalam saluran. Bila saluran keluar air kumbahan tersumbat didapur, air kumbahan yang
kotor dari singki akan melimpah keluar ke lantai dapur.

Kebaikan

Mudah dipasang.
Mudah di selenggara.
Kelulusan SIRIM dan PUSAT SAINS

NEGARA.
Mudah alih.
Tidak mudah pecah.
Sisa reja makanan dan gris / minyak

makanan terawat mengikut sistem yang


sempurna.
Ekonomi

Masalah yang sering dihadapi tanpa pemasangan Perangkap Minyak (Grease Trap).
Pelupusan air di premis premis yang menjual makanan pada dewasa ini masih mengamalkan
pelupusan yang tidak sempurna. Pelupusan yang diamalkan adalah secara terbuka yang tidak
terkawal sehingga menyebabkan keadaan gangguan, di antaranya :

Sisa sisa makanan terdedah dalam bekas.


Mengotorkan lantai simen.
Aliran air yang keluar bercampur lemak dan sebagainya ke dalam parit terbuka.
Bau busuk daripada air yang bertakung bercampur sisa makanan.
Pembiakan lalat dan nyamuk serta menjadi tempat menarik perhatian binatang
ternakan. Sesuai sebagai punca pencetusan penyakit berjangkit bawaan vector.
Percemaran yang tidak selesa dan menjolok mata.
Parameter Minyak dan Gris >10 p.p.m dalam sistem pengaliran.

Contoh gambar parit yang tercemar kerana pembuangan minyak dalam longkang

Contoh Pemasangan

Cara penyelenggaraan

Cara penyelenggaraan

2) Pemasangan perangkap sampah


Untuk mengatasi sampah sarap dialirkan oleh air melalui longkang, perlu
memasang perangkap sampah ditempat stratgik di sepanjang parit utama untuk
memerangkap sampah sarap dan juga memudahkan peyelenggaraan. menyekat
kehadiran sampah atau bahan tercemar yang bersaiz besar supaya tidak mengalir
ke dalam parit.selain itu menahan sampah terapung seperti daun kering, botol dan
plastik dan memudahkan proses peyelenggraan apabila sampah terkumpul pada
perangkap sampah tersebut.
3) Penyelenggaraan sistem parit berkala
Untuk memastikan sistem perparitan tidak tersumbat, maka penyelenggraan berkala
mestilah dijalankan iaitu 1 atau 2 kali sebulan. Dengan ini tiada sampah sarap yang
tersekat dan sampah tidak dialirkan ke sistem saliran utama sungai.

4) menanam sisa-sisa makanan ini di tapak yang sesuai.


Kawasan yang dianggap sesuai mestilah letaknya agak jauh dari sungai-sungai atau
terletak jauh dari mana-mana punca air.Ini bagi mengelakkan proses larut resap yang juga
boleh mengakibatkan pencemaran air.Tapak penanaman sisa-sisa makanan ini perlu di
gali setelah beberapa bulan sampah-sampah di tanam dan kemudian di timbus
semula.Dalam tempoh beberapa bulan hasil dari tindakan bakteria di dalam tanah akan
mereputkan sisi-sisa organik ini,maka tanah di kawasan tersebut menjadi gembur
membentuk tapak tanah gambut yang subur. Dengan ini tapak penanaman sisa-sisa
makanan ini boleh di majukan menjadi satu kawasan pertanian yang mungkin boleh di
lakukan secara komersial bagi tapak penanaman sisa-sisa makanan yang luas.
Penggunaan baja-baja kimia ini juga boleh menyebabkan pencemaran air.Bila sisa-sisa
makanan basah ini atau organik ini di kitar semua secara semulajadi maka sudah tentu
sekali pencemaran air sedikit sebanyak boleh di kurangkan ,Setidak-tidaknya ada usaha
bagi menyelesaikan masalah ini.Selain ini ,ia sudah pasti menjimatkan kos bagi sektor
pertanian,dan seterusnya mendatangkan pulangan hasil yang agak lumayan kepada
pekebun-pekebun yang terlibat dalam sektor pertanian

Anda mungkin juga menyukai