Anda di halaman 1dari 9

1.

0 Pengenalan

Manusia kini mengejar kemajuan negara dan sering berusaha untuk meningkatkan taraf hidup
penduduk, kegiatan ekonomi dan projek-projek pembangunan perindustrian sesebuah negara. Hal ini
memang tidak dapat dielakkan. Bukan itu sahaja, mereka juga sering mengabaikan masalah-masalah
alam sekitar yang timbul akibat pelaksanaan aktiviti ekonomi dan projek pembangunan. Kesan-kesan
negatif akibat proses pembangunan perindustrian dan modernisasi secara terburu-buru semakin
mendesak dan ini mengakibatkan kesan pencemaran. Kesan-kesan negatif ini semakin menggugat
kesihatan manusia, sumber-sumber ekonomi dan kemandirian bumi. Jadi, kita sebagai manusia yang
bertanggungjawab dan prihatin terhadap alam sekitar mesti mengambil tindakan untuk mengurangkan
kesan buruk pembangunan ke atas alam sekitar. Oleh itu, setiap aktiviti ekonomi dan pembangunan
mestilah diseimbangkan dengan usaha pengurusan dan pemeliharaan alam.

2.0 Sistem pengeluaran makanan yang dijalankan oleh sebuah industri di kawasan persekitaran
tempat tinggal

Perindustrian bebola ikan merupakan salah satu industri pengeluaran makanan di tempat tinggal
saya.

Industri bebola ikan di tempat tinggal saya

Bebola ikan adalah sejenis makanan yang berasaskan isi ikan. Daripada penelitian didapati bebola
ikan yang dihasilkan tidak kurang daripada 50% isi ikan dimana ia akan diadun dengan tepung serta
lain-lain bahan. Kemudian bebola ikan dibentuk menjadi bentuk ‘bola’ bersaiz kecil seperti guli kaca
atau besar seperti buah pingpong yang berwarna putih. Bebola ikan ini merupakan makanan yang
‘HALAL’ yang dipaprkan pada pembungkusnya. Bebola ikan juga ada yang dicampur dengan lain-lain
bahan seperti sayur-sayuran hijau atau sayur campur seperti potongan karot, jagong, kacang pis dan
lain-lain. Bebola ikan jenis ini dipanggil bebola ikan sayuran atau dikenali sebagai ‘mixed-vege’.
Bebola ikan ini merupakan produk seafood yang semakin popular dikalangan rakyat Malaysia sebagai
makanan berkhasiat dan enak.

1
Mesin bebola ikan boleh dibeli dari fabrikator tempatan atau alat buatan import dari luar negara
seperti mesin dari Cina. Pada masa kini makanan bebola bolehlah dijadikan sebagai makanan snek
untuk dimakan pada masa lapang. Harganya amat berpatutan dan ia amat mudah di masak. Kebanyakan
peniaga mengambil peluang ini dengan menjual bebola yang telah digoreng. Sebenarnya secara tidak
langsung, perkara ini telah membuka peluang bagi perindustrian bebola.

3.0 Definisi pencemaran alam sekitar oleh sistem pengeluaran makanan.

Kilang boleh didefinisikan sebagai sebuah bangunan industri besar ataupun industri kecil. Industri-
industri ini terdiri daripada tenaga kerja dalam kuantiti yang ramai ataupun sedikit dimana mereka akan
memproses benda dan mengawasi pemprosesan mesin dari satu produk menjadi produk lain, sehingga
mendapatkan nilai tambah. Kilang mengumpul dan menumpukan sumber daya pekerja, modal, dan
mesin industri.

Pemprosesan makanan sangat berkait rapat dengan sistem pengeluaran makanan. Dalam
pemprosesan makanan ataupun sistem pengeluaran makanan ini beberapa cara dan teknik digunakan
untuk menukarkan bahan-bahan mentah kepada makanan atau menukarkan makanan kepada kepada
pemakanan lain bagi manusia atau haiwan sama ada untuk rumah atau oleh industri makanan.
Pengeluaran merujuk kepada sebarang kegiatan atau aktiviti mengeluar, mencipta atau menukar bahan
mentah kepada barang siap dan memberikan perkhidmatan yang dapat memenuhi kehendak dan
kepuasan pengguna. Pemprosesan makanan khususnya mengambil produk tanaman dituai atau binatang
yang disembelih dan menggunakan bahan-bahan ini untuk menghasilkan produk makanan yang
menarik, boleh dipasarkan dan selalunya hayat simpanan yang lama.

Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil dari
aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian
kehidupan. Takrifan Pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar
1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau
tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia,biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam
sekeliling dengan melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan keguanaan-
kegunaan berfaedah,yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada
kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain, tumbuhan dan haiwan.

Oleh yang demikian, tujuan kerja kursus ini adalah bagi mengaitkan pencemaran alam sekitar
dengan sistem pengeluaran makanan oleh sesebuah kilang pengeluaran makanan di tempat tinggal saya
dan ia juga dijadikan objektif utama penghasilan laporan ini supaya langkah-langkah pencegahan dapat
diambil dengan lebih berkesan serta risiko pencemaran alam sekitar yang berpunca daripada sistem
pengeluaran makanan daripada kilang pengeluaran makanan ini dapat dikurangkan. Dengan itu, ianya

2
akan dapat dijadikan sebagai salah satu sumber rujukan penting dalam menjaga alam sekitar yang
terdapat di kawasan berdekatan.

4.0 Bentuk-bentuk pencemaran alam sekitar yang disebabkan oleh aktiviti sistem pengeluaran
makanan yang dijalankan oleh industri tersebut.

Dalam konteks umum, jenis-jenis pencemaran boleh dibahagikan kepada empat perkara iaitu
pencemaran tanah, pencemaran air, pencemaran udara serta pencemaran bunyi. Berdasarkan penelitian
hasil daripada penyelidikan di kawasan industri ini, secara umumnya terdapat risiko bahawa industri
ini juga mudah terdedah kepada pencemaran.

Dari sudut aspek pencemaran tanah, ianya melibatkan hakisan tanah. Ini kerana pencemaran
tanah yang berkaitan dengan operasi industri ini adalah lebih kepada pembuangan sampah yang tidak
teratur di kawasan sekitarnya serta hakisan tanah di kawasan bukit yang terkesan oleh pembukaan tanah
untuk tujuan pembangunan serta pertanian. Selain itu juga, pencemaran air juga boleh berlaku. Ini
kerana industri tersebut dibina di kawasan bukit yang mempunyai banyak hutan dan sungai. Oleh yang
demikian, terdapat kebarangkalian untuk berlakunya pencemaran air pada sungai di kawasan sekitar
boleh berlaku disebabkan hakisan tanah yang akan menyebabkan air sungai mudah untuk berkeladak
dan menjadi cetek. Pembuangan sampah sarap yang berlebihan oleh industri tersebut juga menyebabkan
pencemaran tanah.

Disamping itu, pencemaran udara juga boleh berlaku sekiranya terdapat banyak pelepasan gas
dan asap dari kilang di kawasan sekitarnya. Maka dengan itu, kita perlu mengenalpasti jenis pencemaran
yang manakah yang paling mudah berlaku yang berkaitan dengan operasi pengeluaran makanan
daripada industri pengeluaran makanan. Ini akan memudahkan bagi kita serta mana-mana individu atau
organisasi yang bertanggungjawab untuk mengenalpasti langkah-langkah serta tindakan yang sesuai
bagi mengatasi masalah pencemaran tersebut. Aktiviti sistem pengeluaran makanan yang dijalankan
oleh industry kilang di tempat tinggal saya mengeluarkan asap yang merbahaya ke atmosfera
persekitaran. Walaupun pengeluaran asap ke udara oleh industri pengeluaran makanan ini tidak begitu
teruk seperti industri pembuatan getah tetapi pengeluaran asap ini lama-kelamaan akan mencemarkan
udara dan membawa pencemaran udara yang kritikal.

Seperti yang berlaku pada pencemaran udara, pencemaran air pula melibatkan pembuangan
bahan-bahan toksik dan beracun ke dalam sistem pangairan. Biasanya pembuangan bahan-bahan kimia
oleh pihak industri mengakibatkan pencemaran air. Air yang tercemar ini mengganggu hidupan
akuatik seperti ikan, kerang, udang dan lain-lain mati apabila memakan bahan beracun dari kilang ini.
Jika ikan-ikan ini ditangkap dan dimakan oleh manusia, tentulah ia membawa kesan yang buruk kepada
kita juga. Penggunaan air laut terutamanya sebagai agen penyejuk bagi mesin di dalam sektor “power
plant”. Air yang panas selepas digunakan untuk menyejukkan mesin di “power plant” ini akan

3
disalurkan semula ke laut. Jadi kawasan saliran laut itu akan panas dan mengakibatkan hidupan di
kawasan itu sukar beradaptasi kerana suhu airnya meningkat secara mendadak. Efluen yang dihasilkan
oleh industri terutamanya industri pemprosesan makanan ini biasanya kaya dengan nutrien inorganik
seperti N, P dan K disamping sebatian-sebatian organik terlarut. Oleh itu, nutrien ini menyebabkan
hazard pencemaran dilupuskan secara tidak patut dalam sungai ataupun di dalam tasik. Pengayaan
berlebihan sungai dan tasik oleh nutrien itu akan menyebabkan eutrofikasi. Sebatian organik
terlarut mengurangkan jumlah kandungan oksigen terlarut (BOD). Kilang ini juga memperuntukkan
kawasan untuk pembuangan sisa-sisa kilang mereka. Masalahnya apabila berlaku hujan lebat, sisa-sisa
toksik ini akan terkeluar lalu menyebabkan dua jenis permasalahan. Antaranya ialah seandainya sisa ini
mengalir di permukaan ia akan masuk ke dalam sistem saliran sumber air terutamanya sungai. Kedua,
sekiranya masuk ke dalam sistem air bawah tanah ia akan mencemarkan air bawah tanah terutamana
sistem akuifer. Yang mana kedua-duanya ini akan merosakkan dan mencemarkan hidupan dan air itu
sendiri.

Akhir sekali, penggunaan jentera yang banyak oleh industri ini juga menghasilkan pencemaran
bunyi di kawasan tersebut. Bunyi yang terlalu kuat ini akan memberi kesan negatif kepada penduduk
setempat yang tinggal di kawasan ini.

5.0 Cadangkan tindakan-tindakan yang perlu diambil oleh penduduk setempat terhadap
pencemaran alam sekitar yang berlaku.

Terdapat beberapa tindakan yang perlu diambil oleh penduduk setempat terhadap pencemaran alam
sekitar yang berlaku. Untuk mengatasi masalah pencemaran yang semakin memburuk ini, penduduk
setempat boleh mengadakan kempen kitar semula bagi bahan-bahan yang tidak boleh reput seperti
plastik dan lain-lain. Sepertimana kita sedia maklum, proses kitar semula ialah proses mengubah bahan-
bahan buangan yang tidak digunakan lagi kepada bahan-bahan baru yang berguna dan bernilai di
pasaran. Melalui kaedah ini, kita dapat mengurangkan masalah pencemaran oleh bahan-bahan yang
tidak boleh reput ini serta dapat menjimatkan sumber-sumber semulajadi yang digunakan untuk
membuat bahan baru. Kerajaan harus mempergiatkan lagi kempen kitar semula di seluruh Negara.
Penyediaan lebih banyak pusat pengumpulan bahan untuk dikitar semula di seluruh negara dapat
memberi peluang kepada rakyat untuk mengitar semula dan memberikan semangat kepada orang ramai
untuk mengitar semula. Memang tidak dapat dinafikan, kempen-kempen seperti ini memberi kesan
yang mendalam terhadap masyarakat dan peserta-pesertanya. Dalam kempen-kempen ini, peserta-
peserta akan diajar tentang pentingnya menjaga alam sekitar. Kempen kitar semula dapat menggalakkan
pengguna untuk mengitar semula bahan yang boleh dikitar semula.

Selain itu, penduduk setempat juga boleh melaksanakan kempen untuk melindungi alam sekitar
adalah sesuatu yang sihat dan amat digalakkan. Sahabat Alam Malaysia merupakan sebuah NGO yang

4
menjalankan pelbagai aktiviti seperti menanam pokok-pokok bunga, membersihkan kawasan yang
kotor dan sebagainya. Penanaman pokok bunga akan mencantikkan pemandangan sesuatu kawasan.
Selain itu, penanaman pokok yang banyak juga menapis debu yang berterbangan di udara dan memberi
udara yang bersih untuk kita bernafas. Bagi pengetahuan anda, tumbuhan hijau sangat penting untuk
mengurangkan kandungan karbon dioksida di atmosfera yang boleh menyebabkan kesan rumah hijau.
Kempen cintai sungai juga banyak membantu melaui aktiviti membersihkan kawasan sungai. Sahabat
Alam di Malaysia juga menanamkan kesedaran kepada penduduk tempatan tentang kepentingan sungai
kepada manusia amnya. Jadi, penduduk setempat perlu menggalakkan diri mereka untuk menyertai
dalam kempen-kempen seperti ini atau berpakat dengan Sahabat Alam untuk mengurangkan kadar
pencemaran di tempat tinggal mereka.

Penghulu atau ketua kawasan setempat tersebut perlulah mengambil tindakan yang wajar untuk
mengurangkan pencemaran persekitaran. Contohnya, mengadakan pameran di kawasan mereka
merupakan salah satu tindakan yang wajar yang harus dilaksanakan terhadap pencemaran alam sekitar
yang berlaku di kawasan penempatan mereka. Pihak yang bertanggungjawab perlu mengadakan
pameran yang berkaitan dengan isu-isu pencemaran yang berlaku di penempatan mereka atau di negara
kita. Mereka boleh melakukan pameran ini di sekolah-sekolah dan juga tempat-tempat awam seperti
kompleks membeli-belah. Pameran ini bolehlah merangkumi isu-isu alam sekitar, sebab-sebab
pencemaran, kesan-kesannya dan apa yang boleh dibuat untuk mengurangkan kadar pencemaran.
Mereka juga boleh mempamerkan bahan-bahan yang menarik seperti carta, poster dan keratan surat
khabar yang berkaitan dengan isu alam sekitar yang berlaku di tempat tinggal mereka. Selain itu,
pita video dan slaid-slaid yang berkenaan dengan pencemaran juga boleh ditayangkan. Pameran
sebegini boleh meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat dan mengajar masyarakat untuk
melindungi alam sekitar.

Tambahan lagi, penduduk setempat perlu terlibat dalam membantu merealisasikan Pendidikan
Alam Sekitar. Ini termasuklah ibu bapa atau penjaga, ahli masyarakat, agensi kerajaan dan agensi bukan
kerajaan atau sektor swasta. Dengan penglibatan pelbagai pihak, Pendidikan Alam Sekitar bukan hanya
melibatkan pendidikan secara formal di sekolah, kolej atau universiti tetapi ia turut melibatkan
pendidikan yang berlaku secara tidak langsung atau pendidikan informal yang berlaku dalam institusi
keluarga dan masyarakat.

Bukan itu sahaja, masalah pencemaran alam bermula dari diri kita sendiri. Oleh itu, kita
sebagai penduduk seharusnya memulakannnya dengan amalan harian di rumah seperti membuang
sampah ke dalam tong yang disediakan, memasukkan bahan-bahan yang boleh dikitar semula ke dalam
tong kitar semula, kurangkan penggunaan racun serangga dan bahan Clorofluorocarbon (CFC). Kita
juga seharusnya mendidik diri agar tidak membuang sisa minyak ke dalam sinki dimana minyak
seharusnya dibungkus dan dibuang dalam tong sampah. Perbuatan membuang minyak di dalam sinki

5
menyebabkan air sukar dirawat. Selain itu, perbuatan pembakaran secara terbuka mesti dielakkan oleh
masyarakat. Dengan ini, penduduk setempat boleh membantu mengurangkan pencemaran di kawasan
tersebut.

Kesimpulannya, Malaysia ialah sebuah negara yang sedang membangun dengan pesat.
Pembangunan dan pemodenan yang pesat ini menyebabkan kualiti alam sekitar juga turut
terjejas. Umumnya tindakan manusia itu sendiri yang menyebabkan berlakunya masalah pencemaran
alam yang kian meruncing kebelakangan ini. Bukan itu sahaja, kegiatan-kegiatan seperti perindustrian,
pertanian, pembangunan telah menyumbang kepada peningkatan masalah ini. Oleh itu, kerjasama
semua pihak termasuk orang awam, badan-badan koperat, badan bukan kerajaan dan pihak kerajaan
seharusnya bersatu bagi membendung masalah ini.

6.0 Laporan lengkap tentang isu-isu pencemaran alam sekitar yang berlaku disebabkan sistem
pengeluaran makanan oleh industri tersebut.

Pencemaran ialah perbuatan mencemarkan atau mengotorkan. Pencemaran alam ialah perbuatan
mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah-sarap dan sebagainya. Aktiviti pembuangan
bahan-bahan buangan secara tidak terkawal boleh mengakibatkan pencemaran alam sekitar.
Pencemaran alam sekitar boleh didefiniskan kehadiran sesuatu bahan semulajadi atau bukan semulajadi
ke dalam alam persekitaran atau atmosfera, sehingga menjejaskan sebahagian atau
keseluruhan ekosistem. Pencemaran ialah sebarang perubahan atau gangguan fizikal, kimia, dan biologi
pada mana-mana alam sekitar yang menyebabkan keseimbangan alam terjejas. Tambahan lagi,
pencemaran juga merupakan pengumpulan bahan-bahan yang tidak sesuai kepada kehidupan di
persekitaran kita. Bahan-bahan yang tidak sesuai ini dipanggil bahan-bahan pencemar.

Industri bebola ikan merupakan salah satu industri pengeluaran makanan yang menjadi punca
pencemaran persekitaran di kawasan tempat tinggal saya. Proses pengeluaran produk bebola yang
berbagai jenis yang dihasilkan oleh kilang tersebut mempunyai beberapa peringkat. Peringkat yang
paling asas dalam sistem ini adalah dari segi kandungan asas bahan yang digunakan dalam
menghasilkan produk tersebut. Ianya tidak mengandungi bahan-bahan merbahaya yang boleh memberi
kesan kepada kesihatan. Ini kerana bebola ikan adalah sejenis makanan yang berasaskan isi ikan.
Daripada penelitian didapati bebola ikan yang dihasilkan tidak kurang daripada 50% isi ikan dimana ia
akan diadun dengan tepung serta lain-lain bahan. Ianya sangat diyakini dari sudut pengiktirafan halal
dan kandungan bahan kimia yang diproses. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa aspek yang perlu
dibincangkan berkaitan pencemaran alam sekitar yang perlu dikaitkan dengan penghasilan produk
bebola ini. Antara aspek pencemaran yang perlu diteliti dalam konteks ini adalah punca-punca
pencemaran, jenis-jenis pencemaran serta kesan dan akibat pencemaran.

6
Masalah pencemaran sungai menjadi kian meruncing di tempat tinggal saya. Punca utama
pencemaran sungai adalah aktiviti pembuangan sisa-sisa perindustrian bebola ikan ke dalam air. Kualiti
sungai mula merosot berpunca dari sikap manusia yang menganggap sungai sebagai saluran yang
mudah untuk membuang sampah sarap, kotoran dan sisa. Sisa daripada industri tersebut mencemarkan
air sungai dari segi kandungan bahan terampai, warna, kekeruhan, bahan organik dan masalah
pemendapan sungai. Pada pengetahuan anada, sebanyak 16 batang sungai di Malaysia yang
dikategorikan sebagai tercemar dan 'hampir mati'. Kebanyakan sungai-sungai itu berada di Pulau
Pinang, Kuala Lumpur, Selangor dan Johor (Utusan Malaysia, 4 Februari 2007).

Bukan itu sahaja, pencemaran udara juga pada paras yang membimbangkan. Ini berlaku sebahagian
besarnya berpunca daripada aktiviti perindustrian tersebut. Pencemaran udara berlaku akibat pelepasan
asap serta gas-gas pencemar seperti karbon monoksida (CO), hidrokarbon (HC), oksida-oksida nitrogen
(NOx) ke atmosfera. Aktiviti ini bukan sahaja memberi kesan yang buruk kepada alam sekitar bahkan
boleh menjejaskan kesihatan manusia.

Pada pendapat saya, banyak kejadian yang berlaku adalah berpunca dari aktiviti yang tidak
terkawal, kecuaian, perasaan tamak, kurang kesedaran diri dan pentingkan diri sendiri. Selain dari itu,
pembangunan yang tidak berlandaskan konsep pembangunan mapan, kurang undang-undang yang
melibatkan perlindungan pengguna serta penguatkuasaan yang lemah menyebabkan tiada jaminan
untuk alam sekitar yang sentiasa indah dan selesa. Sikap pengusaha perindustrian yang gelojoh,
mementingkan keuntungan dan tidak ambil peduli tentang kualiti hidup juga menyebabkan pencemaran
di tempat tinggal saya.

Penekanan pelbagai pihak tentang masalah alam sekitar masih lagi rendah. Ini ditambah pula
dengan tahap kesedaran alam sekitar di kalangan masyarakat yang masih lagi di tahap yang kurang
memuaskan. Sikap orang awam terhadap isu alam sekitar dikategorikan pada tahap yang masih rendah.
Ini meliputi tahap amalan masyarakat umum terhadap alam sekitar, contohnya amalan memproses
lebihan makanan untuk dibuat baja, mengelakkan menggunakan beg plastik sewaktu membeli belah
dan mengurangkan penggunaan air untuk penjagaan alam sekitar masih di tahap yang rendah (Jamilah
Ahmad, Hasrina Mustafa, Hamidah Abd Hamid & Juliana Abdul Wahab, 2011). Kesedaran masyarakat
dalam mengatasi masalah alam sekitar yang hampir kepada mereka juga terlalu minima (Zurina &
Norjan, 2003).

7.0 Kesimpulan

Intihannya, pembangunan sains dan teknologi juga perlu dilihat dari sudut negatif yang memberi
kesan buruk kepada alam sekitar. Memang penemuan baru baik kepada pembangunan manusia tetapi,
tidak semuanya memberi faedah yang banyak malah ada sesetengahnya yang memberi kesan buruk
melebihi kebaikan yang sepatutnya. Penilaian dan pengkajian harus seiring dengan mengambilkira

7
sudut kejejasan terhadap alam sekitar. Pelbagai kemudahan haruslah diberikan kepada kajian yang
cenderung membaik pulih alam sekitar kita sebagai rangsangan. Perkara yang dinyatakan di atas adalah
beberapa perkara penting dalam usaha menjaga alam sekitar. Secara ringkas, masyarakat perlu sedar
bahawa setiap perbuatan mereka akan memberi kesan kepada alam sekitar dalam ukuran kecil
atau besar. Bukanlah umur panjang menjadi impian tetapi umur panjang dengan tahap kesihatan yang
baik yang diharapkan. Kalau hidup seribu tahun sekalipun tetapi sentiasa berada dalam keadaan sakit
yang memudaratkan dari segi rohani, aqli dan jasmani, apalah erti kehidupan tersebut. Jawapannya
terletak pada diri kita sendiri sebagai penghuni alam ini.

8
RUJUKAN

Kesan sistem pengeluaran makanan terhadap alam sekitar.

http://zilamohamad.blogspot.com/2015/07/kesan-kesan-sistem-pengeluaran-makanan.html. Diperoleh
pada 19 Jun 2019.

Kes Kilang Makanan. https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/05/568571/2-kilang-


punca-pencemaran-udara-diarah-tutup. Diperoleh pada 20 Jun 2019.

Pengeluaran makanan. https://www.bharian.com.my/kolumnis/2019/02/532868/nafas-baharu-


pengeluaran-makanan-negara. Diperoleh pada 20 Jun 2019.

Pencemaran alam sekitar. https://www.scribd.com/doc/26840097/Pencemaran-Alam-Sekitar.


Diperolah pada 23 Jun 2019.

Pengenalan Bahan Kimia dalam Industri.

https://www.academia.edu/28107265/PENGENALAN_BAHAN_KIMA_DALAM_INDUSTRI.
Diperoleh pada 23 Jun 2019.

Teknologi makanan dan penghasilan makanan. https://www.scribd.com/doc/231826671/BAB-


6-Sains-Tingkatan-5-Teknologi-Makanan-Penghasilan-Makanan#scribd. Diperoleh pada 23
Jun 2019.

Anda mungkin juga menyukai