Anda di halaman 1dari 8

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata pelajaran : Pendidikan Kesihatan


Tarikh : 19 Julai 2017
Masa : 8.20 - 8:50 pagi
Tahun : 5 Perdana
Bilangan pelajar : 32 orang
Tajuk : Kesan Konflik dan stres dalam keluarga dan kalangan rakan sebaya

Standard Kandungan :

2.1 Mengetahui pelbagai jenis emosi, kepentingan dan cara mengurus emosi untuk meningkatkan
kesihatan mental dalam kehidupan harian.

Standard Pembelajaran :

2.1.3 Memahami kesan konflik dan stress dalam keluarga

2.1.4 Memahami kesan konflik dan stres dengan rakan sebaya

Kognitif : Menyatakan secara lisan dan bertulis sekurang-kurangnya 5 daripada

7 kesan konflik dan stress dengan betul.

Afektif : Murid-murid berasa tertekan dengan konflik dan stres yang

dihadapi dalam kalangan rakan sebaya.

Pengalaman sedia ada : Pelajar pernah melalui situasi konflik dan stres dalam kalangan
rakan sebaya dan keluarga masing-masing.
Penerapan nilai : Kerjasama, Berfikir secara rasional, Bertolak ansur, berani
KBKK : Menerangkan kesan konflik dan stres
EMK : Teknologi maklumat dan Komunikasi
Penggabungjalinan : Berkomunikasi
Kesepaduan : Pendidikan moral
Strategi Utama : Konstruktivisme
BBM : Kad manila (5 keping), klip video (1 klip), persembahan multimedia (1),
speaker (1), komputer (1), Gambar (15 keping), sampul surat (5), Kad
imbasan (7), kertas A4 (5)
Langkah /

Masa Aktiviti Fokus Pembelajaran (murid) Organisasi Kelas (guru) Catatan

Set Tayangan video 1. Murid-murid menonton klip video yang 1. Guru menayangkan satu klip video yang BBM :
induksi disediakan oleh guru. berkaitan dengan kesan konflik dan
Kesan Konflik dan Klip video,
2. Murid-murid menjawab soalan berikut: stres.
(3 minit) Stres komputer,
2. Selepas itu, guru mengemukakan soalan
Soalan : speaker
Sesi Soal Jawab kepada murid.
a) Apakah yang anda dapat perhatikan 3. Guru memperkenalkan tajuk
daripada video tadi? pembelajaran hari ini, iaitu Kesan Konflik
b) Pernah tak anda melalui situasi seperti ini? dan stres dalam keluarga dan rakan
sebaya.
Contoh jawapan :

a) Adik beradik menjadi marah dan


bergaduh.
b) Ya cikgu.
1. Guru membahagikan murid kepada 5
Langkah 1 Perbincangan 1. Murid dibahagikan kepada lima kumpulan. BBM :Komputer,
kumpulan.
tentang kesan 2. Ketua kumpulan ditampil ke hadapan dan sampul surat,
(7 minit) 2. Guru menerangkan peraturan aktiviti
konflik dan stress mengambil dan kad manila sampul surat gambar, kad
kepada setiap kumpulan.
yang mengandungi beberapa gambar. manila, peta i-
3. Guru mengedarkan sampul surat yang
3. Murid diminta memilih gambar yang betul think, kad
mengandungi beberapa gambar kesan
yang berkaitan dengan kesan konflik dan imbasan
stres dan gambar yang bukan kesan
stres dan menampal pada kad manila.
stres kepada murid. NILAI:Kerjasama,
4. Murid diberi masa selama 3 minit.
4. Guru meminta murid menampal gambar Berani
5. Murid membentangkan hasil kerja mereka
tersebut dengan betul dalam kumpulan.
di hadapan kelas. KBKK:
5. Guru memberi masa selama 3 minit
6. Murid membuat perbincangan mengenai
kepada setiap kumpulan. Menerangkan
kesan konflik dan stres.
6. Guru meminta murid membentangkan sebab
7. Murid menulis pada kad imbasan antara
hasil kerja mereka di hadapan kelas.
kesan konflik dan stres dan tampil ke EMK:
7. Guru membincangkan bersama murid
hadapan untuk menampalnya atas peta I- Teknologi
tentang kesan konflik dan stres.
think. maklumat dan
8. Guru menyediakan peta i-think di
Komunikasi
Jawapan: hadapan kelas pada papan putih.
9. Guru memilih murid tampil ke hadapan
a.) Merenggangkan hubungan Strategi utama:
dan menampal kesan konflik dan stres
kekeluargaan. Konstruktivisme
pada peta i-think.
b.) Murung
c.) Cepat marah
d.) Perbalahan
e.) Gangguan kesihatan Soalan :
f.) Cemburu
A. Apakah antara kesan konflik dan
g.) Putus asa
stres dalam keluarga dan rakan
sebaya?

Langkah 2 Berlakon contoh 1. Murid dibahagikan kepada lima kumpulan. 1. Guru membahagikan murid kepada lima BBM :
kesan konflik dan 2. Setiap kumpulan diberi satu situasi konflik kumpulan.
(15 minit) Kertas A4
stres mengikut dan stres. 2. Guru memberi situasi kepada setiap
situasi yang diberi 3. Murid diberi masa 1 minit untuk bersedia. kumpulan. KBKK :
4. Murid melakonkan situasi tersebut dan 3. Guru memberi murid masa 1 minit untuk Menerangkan
kesan konflik dan stres mengikut situasi perbincangan. kesan
yang diberi. 4. Guru meminta murid tampil ke hadapan
5. Kumpulan murid yang berlakon dengan dan melakonkan situasi dan kesannya.
NILAI:
baik diberi token sebagai peneguhan. 5. Guru memberi peneguhan kepada
murid. Berfikir secara
rasional, Berani,
Bekerjasam

EMK: Teknologi
maklumat dan
Komunikasi
Kesepaduan:
Pendidikan moral

Strategi utama:
Konstruktivisme

Penutup Peta i-think 1. Murid menjawab soalan guru. 1. Guru mengedarkan lembaran kerja (peta BBM :
2. Murid menyiapkan lembaran kerja (peta i- i-think) kepada murid.
(5 minit) Lembaran kerja
think) yang diberi oleh guru. 2. Guru membincangkan dan menyemak
(peta I-think)
3. Murid menyemak jawapan bersama guru. jawapan bersama murid.
3. Guru merumuskan topik pelajaran hari Kesepaduan:
ini. Pendidikan Moral
4. Guru bertanya beberapa orang murid
NILAI MURNI:
memberi contoh kesan konflik dan stres
dalam kalangan rakan sebaya dan Tolak ansur,
keluarga. sabar
5. Guru menerapkan nilai murni bertolak
ansur dan sabra dalam diri murid.
Refleksi : 19 Julai 2017

Hari ini saya telah menghadiri kelas 5 Perdana untuk mengajar matapelajaran
Pendidikan Kesihatan. Tajuk pelajaran saya hari ini ialah kesan konflik dan stres dalam
kalangan rakan sebaya dan keluarga.

Hari ini saya telah memperkenalkan aktiviti yang baru iaitu lakonan dalam pdp saya.
Murid dalam kumpulan diberi satu situasi yang berkaitan konflik dan stres dalam kalangan
rakan sebaya atau keluarga. Murid telah membincangkan situasi yang diberi dan perlu
melakonkan situasi tersebut dan kesan situasi di hadapan semua murid. Murid-murid telah
bekerjasama dengan begitu baik sekali dan telah memberi lakonan yang hebat. Kumpulan
yang melakonkan situasi dan kesannya dengan baik sekali mendapat tiga token sebagai
peneguhan. Saya didapati pemberian token ini memang merangsangkan minat murid dalam
pembelajaran dan menggalakkan mereka terlibat secara aktif sewaktu pdp.

Saya mengalami hanya stau kelemahan dalam pdp saya hari ini dimana hanya satu
daripada lima kumpulan tidak begitu aktif di kelas hari ini. Mereka juga tidak melakonkan
situasi dan kesannya dengan baik. Mereka tidak mempunyai kerjasama dalam kumpulan.
Saya terpaksa menumpukan perhatian yang lebih terhadap kumpulan tersebut pada masa
yang akan datang. Penglibatan semua murid adalah wajib untuk mencapai hasil pembelajaran
pdp. Secara keseluruhannya, hasil pembelajaran hari ini dicapai dengan jaya.
LEMBARAN KERJA :

Anda mungkin juga menyukai