Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SURIA,

JKR 5512, JALAN SURIA UTAMA, TAMAN


SURIA, 81100 JOHOR BAHRU, JOHOR.

KERTAS KERJA

PROGRAM KECERIAAN
(TANGGA MATEMATIK)

ANJURAN
GURU PELATIH INTERNSHIP
IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
1.0 Program :
Program Keceriaan (Tangga Matematik)

2.0 Pengenalan :
Projek keceriaan Tangga Matematik merupakan salah satu projek yang akan
dijalankan oleh guru pelatih dari IPG Kampus Temenggong Ibrahim bagi memenuhi
syarat Internship bagi semester 8 ini. Kertas kerja ini menggariskan pengisian
program dengan mengambil kira penglibatan semua warga sekolah di atas bantuan
dari semua guru-guru SK Taman Suria. Pada masa yang sama semangat kecintaan
terhadap sekolah dapat dipupuk dengan meletakkannya sebagai matlamat yang
utama di samping dapat menceriakan lagi persekitaran sekolah. Projek ini sekaligus
dapat menguji kreativiti guru pelatih di samping dapat melihat komitmen guru pelatih
dalam menjayakan sesuatu projek.

3.0 Matlamat :

3.1 Mewujudkan dan menyediakan persekitaran pembelajaran yang menarik secara


tidak langsung di sekolah.

3.2 Memperindah dan menceriakan tangga matematik sekolah dengan lukisan mural
yang bertemakan Matematik.

3.3 Mengeratkan hubungan silaturrahim dan kerjasama antara guru-guru pelatih IPG
dengan warga Sekolah Kebangsaan Taman Suria.

3.4 Melahirkan guru yang cekap, kreatif dan bertanggungjawab.

4.0 Objektif Program :

4.1 Menjadikan kawasan persekitaran Tangga Matematik sebagai kawasan yang


cantik dan indah.
4.1 Memberi pendedahan dan menanamkan keyakinan kepada guru pelatih untuk
melaksanakan sesuatu projek.
4.2 Meningkatkan kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi dalam kalangan guru-
guru pelatih dan warga sekolah.
4.3 Memberi guru pelatih ruang dan peluang bagi mengaplikasikan segala kemahiran
yang telah dipelajari di IPG.
4.4 Memberi peluang kepada guru pelatih untuk merancang dan melaksanakan aktiviti
di sekolah.
4.5 Menggalakkan sikap prihatin, berdikari dan rasa tanggungjawab guru pelatih
dalam program yang dilaksanakan.
4.6 Dapat memberi pengalaman baru kepada guru pelatih dalam pengurusan
keceriaan sekolah dan pengalaman ini dapat digunakan apabila kami bakal
berkhidmat sebagai guru sebenar pada masa akan datang.

5.0 Aktiviti dan Tarikh Pelaksanaan

5.1 Melukis mural yang bertema Matematik.


5.2 Membuat ilustrasi gambar-gambar bentuk.
5.3 Menyediakan sudut matematik di bawah tangga.

5.4 25 FEBRUARI HINGGA 15 MAC 2018

5.0 Lokasi

6.1 Tangga matematik SK Taman Suria.

7.0 Sasaran

7.1 Guru pelatih, pembantu sekolah, guru-guru dan murid-murid Sekolah


Kebangsaan Taman Suria.
8.0 Butiran kewangan

HARGA SEUNIT
BIL. PERKARA UNIT JUMLAH (RM)
(RM)
1. Cat Pelaka
- Hitam 5 8.00 40.00
- Merah
- Biru
- Hijau
- Kuning
- Ungu
- Pink

2. Berus (4”) 1 3.00 3.00

3. Cat Kapur Putih& Hitam (1L) 1 18.00 36.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 79.00

9.0 Pelan Tindakan Projek

Langkah / Aktiviti
Hari

 Mencari bahan, gambar dan perkataan yang sesuai untuk melukis


mural di dinding tangga matematik melalui internet.
(25 Februari -
1 Mac 2018)  Mengukur saiz dinding untuk mural dan menyediakan perkakasan
untuk melukis dan mengecat seperti tali, pita ukur dan kapur, cat
pelaka dan berus.

 Mewarnakan mural secara berperingkat dan menggantungkan


bahan di ruang matematik di bawah tangga.

 Menyediakan bahan untuk menceriakan tangga matematik.


(4 Mac - 15  Mencetak dan berlaminat bahan bacaan serta menggantungkan
Mac 2018) pokok hiasan di ruang tangga.

 Selepas menyiapkan tugasan ini, akan menulis laporan dan refleksi


hasil projek yang dijalankan.
10.0 Penutup

Perancangan kertas kerja projek ini adalah untuk memudahkan pengurusan projek
yang akan dikendalikan oleh guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru Kampus
Temenggong Ibrahim. Kami berharap projek keceriaan Tangga Matematik ini dapat
dilaksanakan seperti yang dirancang. Projek seperti ini akan menjadi satu pengalaman
secara tidak langsung kepada guru-guru pelatih mengenai pengurusan keceriaan di
luar bilik darjah serta mengeratkan hubungan antara guru-guru pelatih dengan warga
Sekolah Kebangsaan Taman Suria. Semoga projek yang bakal dilaksanakan ini dapat
menceriakan lagi persekitaran Sekolah Kebangsaan Taman Suria.

Disediakan Oleh, Disokong oleh,

......................................... .....................................................
(VANITHA A/P CHANDRAN) (PUAN ROSMAWATI BINTI WAHID)
(THANESYWARI A/P ELLVARAJ) KETUA PANITIA MATEMATIK
GURU PELATIH IPGK SK TAMAN SURIA,
TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR BAHRU, JOHOR.
JOHOR BAHRU, JOHOR

Disemak Oleh,

...........................................
(PN. HJH. MARSITA BINTI A HAMID)
GURU BESAR,
SK TAMAN SURIA,
JOHOR BAHRU, JOHOR.

Anda mungkin juga menyukai