Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA PROGRAM PENINGKATAN

4OAM PANITIA MATEMATIK


TAHUN 2022
1. TARIKH PELAKSANAAN : 1 OKTOBER HINGGA 30 NOVEMBER 2022
2. JANGKA MASA : 2 Bulan
3. KUMPULAN SASARAN : Semua murid Tahun 1 hingga Tahun 6 yang belum
menguasai empat operasi asas matematik.

1. PENDAHULUAN/PENGENALAN

1.1 Program P4OAM ini dilaksanakan dengan harapan untuk memastikan


murid menguasai operasi asas matematik dengan baik. Selain itu, untuk memastikan
peningkatan markah murid terpilih di dalam pencapaian ujian sumatif seterusnya
dan juga peningkatan dalam keputusan PBD murid yang menyertai program
tersebut.

2. OBJEKTIF

2.1 Untuk meningkatkan penguasaan empat operasi asas bagi murid yang
masih lemah operasi asas.

3. RASIONAL

3.1 Merancang serta melaksanakan program P4OAM secara sistematik dan


praktikal untuk kepentingan murid lemah dalam operasi asas matematik.
4. MATLAMAT
1. Untuk mengurangkan bilangan murid yang tidak menguasai empat operasi
asas matematik untuk Tahun 1 hingga Tahun 6
2. Menarik minat murid untuk mempelajari Matematik dan dapat merasakan
bahawa mempelajari Matematik adalah satu mata pelajaran yang seronok
dengan slogan “ MATH IS EASY “.
3. Untuk membantu peningkatan pencapaian Matematik yang lebih baik amnya
dan pencapaian yang lebih tinggi Matematik.
4. Untuk mewujudkan suasana yang kondusif kepada murid agar tidak kekok
atau takut untuk mempelajari Matematik

5. SASARAN

5.1 Murid Tahun 1 hingga 6 yang masih lemah dalam menyelesaikan empat
operasi asas matematik.

6. BUTIR PERLAKSANAAN PROGRAM


6.1 Murid Tahun 1 hingga Tahun 6 akan disaring untuk penguasaan empat
operasi fakta asas Matematik.
6.2 Murid yang tidak lepas saringan atau yang perlu bimbingan lebih akan
mengikuti program.
6.3 Program – program yang akan dijalankan;
- Smart Sifir – Murid menghafal sifir setiap pagi sebelum masuk ke kelas
dengan dipantau oleh Ketua Panitia.
- 5 Minit Fakta Asas – Sebelum memulakan kelas, guru subjek akan membuat
kuiz mudah fakta asas dan 4 operas asas matematik sebagai pengulangan.
6.4 Murid akan diberi penilaian pada bulan November.
7. JAWATANKUASA KERJA
Pengerusi : En. Lingga Ak Dagang
Naib Pengerusi : En. Hermanus Neil Jerenang Ak Abraham Baling
Penyelaras : En. Abdul Hafiz Bin Siri
Setiausaha : En. Mok Hock Ping

8. PIAGAM PELANGGAN
8.1 Memastikan semua murid yang lemah fakta asas mendapat maklumat,
pengetahuan dan bimbingan yang betul.
8.2 Memastikan semua murid yang terpilih akan berjaya menguasai fakta
asas dengan memuaskan.
8.3 Memastikan semua murid sasaran mengikuti program dengan
persekitaran dan fizikal sekolah yang ceria sepanjang masa.
8.4 Mewujudkan iklim sekolah yang kondusif untuk perlaksanaan program.

9. IMPLIKASI KEWANGAN
9.1 Sumber Kewangan
- PCG Panitia Matematik
9.2 Anggaran Perbelanjaan

Bil Perihal Barang Kuantiti Harga Anggaran Catatan


seunit harga
1 Kertas Photostat 10 RM15.00 RM150.00 Kegunaan
Double A -80 gm aktiviti
program
2 Marker Permanent 2 RM16.80 RM33.60 Kegunaan
Yosogo Brand - 8 aktiviti
warna set program

3 Geometri Set Astar 5 RM7.00 RM35.00 Kegunaan


M990 Class A aktiviti
program
4 Fail Kertas Pocket 10 RM0.80 RM8.00 Kegunaan
aktiviti
program
5 Fail Plastik 2 RM2.50 RM5.00 Kegunaan
Management File aktiviti
(Tebal) program

RM231.60
Jumlah

10. PENUTUP
10.1 Diharapkan program yang dijalankan dapat berjalan dengan lancar dan
memberi impak kepada perkembangan pembelajaran murid.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………………. …………………………………….......

( MOK HOCK PING) ( ABDUL HAFIZ BIN SIRI)


Setiausaha Panitia Matematik Ketua Panitia Matematik
SK Mupong SK Mupong
Tarikh: 16.09.2022 Tarikh: 16.09.2022

Disahkan oleh :

………………………………………….
(LINGGA AK DAGANG)
Guru Besar
SK Mupong
Tarikh : 16.09.2022
KERTAS KERJA PROGRAM PENINGKATAN
4OAM PANITIA MATEMATIK
TAHUN 2022

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Kerja/Cadangan Program Peningkatan


4OAM Panitia Matematik Tahun 2022

atau

Tidak meluluskan Kertas Kerja/Cadangan Program Peningkatan


4OAM Panitia Matematik Tahun 2022

Ulasan :

………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………………

…………………………………….
(LINGGA ANAK DAGANG)
Guru Besar
SK Mupong
Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai