Anda di halaman 1dari 7

Modul 6.

2_Aktiviti 3: Perancangan PdP-PBL

Aktiviti 3: Templat Perancangan PdP-PBL

Arahan: Pindahkan maklumat-maklumat berkaitan daripada templat KmR ke templat ini.


Rujuk huraian yang disertakan bagi mengetahui cara bagaimana melengkapkan templat ini.

Nama

Sekolah SK Mupong

Stabail Nanas Dari Bahan Kitar Semula


Tajuk 1️⃣
Matlamat utama PBL ini adalah untuk mengkaji bagaimana menghasilkan/mencari
Ringkasan 2️⃣ garis simetri pada sesuatu bahan. Pelaksanaan projek ini adalah selama 4 minggu
(Project Overview) dimana bahan-bahan yang sesuai akan diuji dan dikenalpasti. Bagi menjayakan
projek ini, guru-guru matapelajaran PSV, Sains, Matematik dan Pendidikan Moral
akan berbincang tentang langkah-langkah pelaksanaan sebelum menyampaikan
kepada murid-murid. Projek Stabail Nanas dari bahan kitar semula telah dipilih bagi
tujuan PBL ini. Stabail merupakan salah satu reka bentuk 3 Dimensi yang tidak
bergerak. Murid-murid akan menghasilkan Stabail Nanas dari bahan kitar semula
seperti sarang telur dan pelbagai bahan yang lain. Dapatan projek ini lebih
menjurus kepada penghasilan/mencari garis simetri pada bahan. Rumusan hasil
projek akan dipersembahkan dalam bentuk model stabail nanas dari bahan kitar
semula. Penilaian terhadap setiap peringkat projek adalah berdasarkan kepada
senarai semak yang telah dibentuk

Mata Pelajaran
3️⃣ / Pendidikan Seni Visual / Matematik

/ Pendidikan Moral / Sains

________________________ _______________________

________________________ _______________________

Tahun
Tahun 5
Masa
4 Minggu
Standard Kandungan:
Standard 4️⃣
Sains:
5.2 Pantulan Cahaya

1
PSV:
1.1 Bahasa Seni Visual
2.1 Kemahiran Seni Visual

Matematik:
6.2 Garis selari dan garis serenjang

Pendidikan Moral:
8.0 Tindakan Yang Adil Terhadap Jiran

Standard Pembelajaran:

Sains:
i) 5.2.3 Melukis gambar rajah sinar yang menunjukkan pantulan
cahaya pada cermin.
5.2.4 Menjelaskan pemerhatian tentang pantulan cahaya melalui
lakaran, TMK, penulisan atau lisan secara kreatif.
PSV:
1.1.1 Mengenal pasti dan membanding beza bahasa seni visual
yang ada pada karya dalam Bidang Menggambar:
(ii) Mozek
2.1.2 Mengaplikasikan bahasa seni visual pada karya mozek
dalam Bidang menggambar melalui penerokaan:
(i) media dan teknik susunan bahan.
(ii) proses pengkaryaan.

Matematik:
6.22 Melukis garis selari dan garis serenjang.

Pendidikan Moral:
8.3 Menghuraikan kesan jika tidak bertindak adil terhadap jiran.
Standard Prestasi:

Sains:
TP3
PSV:
TP3

Matematik:
TP3

Pendidikan Moral:
TP3

Hasil Pembelajaran/ Pendidikan Seni Visual - 


Kriteria Kejayaan
1. Memahami dan menyatakan bahasa seni visual dalam penghasilan

2
karya.

2. Mengetahui dan mengenal jenis-jenis media, proses serta teknik


dalam menghasilkan karya

Sains -
1. Melukis gambar rajah sinar yang menunjukkan pantulan cahaya
pada cermin.

2. Menjelaskan pemerhatian tentang pantulan cahaya melalui


lakaran, TMK, penulisan atau lisan secara kreatif.
Matematik -

1. Melukis garis selari dan garis serenjang.


Pendidikan Moral –

1. Memberikan contoh tindakan yang adil terhadap jiran.

Kriteria Kejayaan:
Pendidikan Seni Visual - Murid berjaya menghasilkan karya dengan
teknik mozek
Sains – Melukis gambar rajah sinar yang menunjukkan pantulan
cahaya pada cermin dengan menyatakan sudut tuju dan sudut pantul
secara simetri.
Matematik - Melukis garis serenjang dengan betul.
Pendidikan Moral – Dapat memberikan contoh adil kepada jiran.

The Big Idea SIMETRI

Soalan Pencetus Pendidikan Seni Visual :


Idea 5️⃣ 1. Di manakah garis simetri pada sesuatu objek?
2. Bagaimanakah garis simetri yang betul kepada satu satu
karya?

Sains :
1. Di manakah garis simetri pada sesuatu objek?

Matematik :
1. Melukis garis serenjang.

Pendidikan Moral :
1. Bagaimanakah cara bersikap adil dan saksama ?

Rancangan Pentaksiran : 6️⃣ Pemerhatian, Penulisan, lisan

Tugasan Jenis/ Alat Pentaksiran

3
1. Pendidikan Seni Visual – pelajar diarahkan untuk Pendidikan Seni Visual -
menghasilkan karya nanas menggunakan sarang telur yang Hasil Karya / Projek
mempunayi simetri yang sama.

2. Sains – Pelajar boleh melukis sinar tuju dan sinar pantulan Sains - Lukisan sinar tuju
secara simetri. pada cermin

3. Matematik – Pelajar boleh melukis garis serenjang berbentuk Matematik - Hasil lukisan
i) dua dimensi
ii) simetri 

Pendidikan Moral – Pelajar diberikan peluang untuk membuat Pendidikan Moral -


aktiviti berkumpulan untuk menjayakan karya seni. perbincangan kumpulan
dan senarai semak.

Langkah Pengajaran 1. Perbincangan secara kelas tentang projek yang akan dilaksanakan.
2. Sesi soal jawab dan agihan kumpulan.
3. Perbincangan dalam kumpulan
4. Penghasilan karya dalam kumpulan (Guru sebagai fasilitator).
5. Gallery Walk dan pembentangan setiap kumpulan.
6. Guru membuat rumusan dan memberikan pujian dan penghargaan selepas Gallery
Walk, iaitu “sticker” senyum kepada kumpulan yang paling kreatif semasa
menghasilkan karya

Sumber 1. Internet
2. Buku teks

Huraian Templat PdP-PBL

4
Perkara Huraian

1. Tajuk atau Tema Perancangan unit PdP boleh disediakan berdasarkan tajuk atau
tema. Jika bersifat tematik, murid meneroka isi kandungan
pelajaran secara lebih menyeluruh dan memberi peluang kepada
murid meneroka maklumat berkaitan dengan tema berkenaan.
Murid perlu mengakses maklumat, mengumpul maklumat,
memproses maklumat dan menilai maklumat yang terkini daripada
pelbagai sumber serta tidak menjadikan guru sebagai sumber
maklumat utama.

2. Ringkasan Ringkasan pakej aktiviti pengajaran dan pembelajaran merupakan


Rancangan gambaran keseluruhan aktiviti PdP yang hendak dilaksanakan di
Unit PdP dalam sesuatu Perancangan Unit.

Secara umum, seseorang guru boleh merancang satu pakej aktiviti


bagi penggunaan selama satu bulan (empat minggu) pengajaran-
pembelajaran.

Berdasarkan gambaran keseluruhan kandungan ilmu pengetahuan


dan produk/ projek yang akan dihasilkan oleh murid yang terdapat
di dalam ringkasan pakej ini, guru boleh merancang keperluan
bahan sumber yang diperlukan lebih awal bagi memudahcarakan
murid melaksanakan aktiviti pembelajaran kendiri. Pakej aktiviti
pengajaran-pembelajaran ini juga boleh dijadikan salah satu bahan
utama dalam kontrak pembelajaran murid dengan pihak ketiga (ibu
bapa/penjaga).

3. Bidang Subjek Selain daripada itu, murid juga boleh membuat hubung kait dengan
pengetahuan yang diperoleh daripada mata pelajaran lain seperti
mata pelajaran Sains sewaktu mempelajari Bahasa Melayu.
Pendidikan yang dapat menjana kemahiran murid untuk membuat
hubung kait ilmu pengetahuan dan maklumat yang pelajari sebegini
boleh merangsang minat belajar dalam kalangan murid. Murid juga
boleh mengaplikasikan ilmu pengetahuan sebagai ilmu gunaan
dalam kehidupan seharian.

Perancangan topik-topik berdasarkan tema yang merentasi


kurikulum, jika dibuat secara koheren dengan mata pelajaran lain
yang dimuridi oleh murid di sekolah, dapat mendidik ke arah
menjadikan ilmu pengetahuan/maklumat yang diperoleh sebagai
ilmu gunaan dalam kehidupan seharian. Dan murid tidak
mempelajari sesuatu mata pelajaran secara terpisah.

4. Standard Standard Pembelajaran merupakan hasil pembelajaran yang perlu


Kandungan dan dicapai oleh murid dalam setiap unit pembelajaran. Standard
Standard Pembelajaran dipilih daripada Dokumen Kurikulum Standard Sekolah
Pembelajaran Rendah (KSSR) terbitan Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM.

5
Perkara Huraian

Standard Pembelajaran yang dipilih dan disepadankan dengan tema


dan pakej aktiviti yang dirancangkan dalam Perancangan Unit P&P
lazimnya lebih daripada dua Standard Pembelajaran. Ini memberi
makna iaitu pada akhir setiap prosedur aktiviti pengajaran-
pembelajaran untuk tempoh satu waktu pembelajaran murid (student
learning time) di sekolah dan di rumah, guru perlu mencatat beberapa
Standard Pembelajaran yang perlu dicapai.

Pencapaian Standard Pembelajaran oleh murid ini membantu guru


menjadi fasilitator yang berkesan kepada murid di samping dapat
menilai dan menafsirkan proses dan produk/ projek yang dihasilkan
oleh murid untuk tujuan Pentaksiran Berasaskan Sekolah yang
berterusan dan holistik.

5. Soalan Pencetus SPI berperanan untuk mencetus semangat ingin tahu dan
Idea (SPI) merangsang pembelajaran berdaya fikir dalam kalangan murid. SPI
dapat membantu hala tuju murid untuk mencari, mengakses,
mengumpul, dan memproses maklumat yang diperlukan untuk
menjawab persoalan yang ditimbulkan. SPI juga membantu murid
menyaring maklumat yang relevan dengan produk yang hendak
dihasilkan oleh murid dalam proses pembelajaran mereka semasa
melaksanakan projek.

Pembelajaran berteraskan persoalan utama dalam strategi


Pembelajaran Berasaskan Projek ini memupuk kemahiran
penyelesaian masalah di dalam kalangan murid. Kemahiran
penyelesaian masalah merupakan salah satu kemahiran Abad Ke-21
yang perlu dimiliki oleh murid kini.

Unsur membuat kajian juga boleh dibudayakan kepada murid melalui


persoalan utama yang terdapat dalam Perancangan Unit. Budaya
membuat kajian dan penyelidikan merupakan asas ke arah inovasi.
Budaya sebegini boleh berakar umbi dengan kukuh jika dimulakan
pada peringkat persekolahan dengan cara diintegrasikan dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Persoalan utama bagi sesuatu perkara boleh mencetuskan


‘keraguan demi keraguan’ dan menggalakkan pemikiran aras tinggi
dalam kalangan murid.

6. Rancangan Pentaksiran dan penilaian terhadap pencapaian murid perlu dilihat


Pentaksiran berdasarkan proses dan produk/projek yang dihasilkan secara
berterusan dan holistik. Adalah tidak wajar jika rumusan pencapaian
seseorang murid hanya dibuat pada suatu sesi tertentu yang
ditetapkan oleh pengurusan sekolah.

6
Perkara Huraian

Produk/projek yang dihasilkan murid dan dikumpulkan di dalam


portfolio pembelajaran serta persembahan yang dilakukan oleh
murid merupakan objective evidence kepada keupayaan dan
kebolehan sebenar seseorang murid. Bagi mengelakkan produk
yang dihasilkan oleh murid dibuat oleh orang lain guru menyediakan
suatu instrumen penilaian tertentu yang mencatat proses dan
pengalaman pembelajaran murid. Pemberatan tertentu kepada
proses dan produk/projek juga boleh disediakan oleh guru supaya
rumusan markah yang diberi benar-benar tepat dan adil.

Pentaksiran dan penilaian sumatif yang memfokuskan kepada fakta


sudah tidak relevan lagi pada zaman maklumat di hujung jari
sekarang.

Anda mungkin juga menyukai