Anda di halaman 1dari 4

Modul 6.

1_Aktiviti 1: Merungkai DSKP

Aktiviti 1: Merungkai DSKP

Mengenal Pasti ‘The Big Idea’


Kenal pasti SK, SP, Tahap Prestasi dalam DSKP bagi beberapa mata pelajaran.
Tentukan mata pelajaran yang akan menjadi tuan rumah

Tuliskan ‘The Big Idea’ dalam bentuk ayat. SIMETRI


Kita berikan jawapan :
Mata pelajaran PSV, Sains, PJ, dan PM dirungkai untuk melahirkan The Big Idea
dengan tajuk “Simetri”.

i) Sains  
5.2 Pantulan Cahaya
5.2.3 Melukis gambar rajah sinar yang menunjukkan pantulan cahaya pada cermin.
5.2.4 Menjelaskan pemerhatian tentang pantulan cahaya melalui lakaran, TMK,
penulisan atau lisan secara kreatif.

ii) PSV- 
1.1 Bahasa Seni Visual
1.1.1 Mengenal pasti dan membanding beza bahasa seni visual yang ada pada karya
dalam Bidang Menggambar:
(ii) Mozek
2.1 Kemahiran Seni Visual
2.1.2 Mengaplikasikan bahasa seni visual pada karya mozek dalam Bidang
menggambar melalui penerokaan:
(i) media dan teknik susunan bahan.
(ii) proses pengkaryaan.

iii) MT
6.2 Garis selari dan garis serenjang
6.22 Melukis garis selari dan garis serenjang.

iv) PM 
8.0 Tindakan Yang Adil Terhadap Jiran
8.3 Menghuraikan kesan jika tidak bertindak adil terhadap jiran.

Sediakan catatan yang perlu untuk penerangan lanjut tentang apa yang murid perlu
TAHU dan boleh LAKUKAN dengan melengkapkan Toolkit M6.1-A1: Senarai Semak
Standard.

Sains - Murid perlu tahu melakar gambar rajah sinar yang menunjukkan pantulan
cahaya pada cermin.

PSV – Murid perlu tahu menterjemahkan bahasa seni iaitu jalinan, ruang, imbangan
dan kontra melalui lakaran secara berkumpulan.

MT – Murid perlu tahu garis selari dan garis serenjang daripada bahan konkrit
(persekitaran), bentuk dua dimensi dan lukisan.

PM – Murid perlu tahu perlu tahu kesan jika bersikap adil.

Mengenal Pasti Pengetahuan dan Kemahiran

Senaraikan kata nama, kenyataan ,kata nama dan kata sifat yang terdapat dalam
DSKP:

Kenyataan : Mengenal pasti dan membanding beza, melukis, mengenalpasti


perubahan, menghuraikan

Kata nama : mozek, penyedut minuman, penutup botol, syiling, ranting, garis,
pembaris, sinar, jiran,

Kata sifat : beralun, melintang, menegak, melingkar, memantulkan, serenjang, erat


dan mesra

Huraikan dalam perkataan atau beberapa ‘bullet’, apakah murid perlu TAHU

Sains -Murid perlu tahu cara melukis paksi simetri pada sinar tuju dan sinar
pantul.

PSV – Murid perlu tahu mengeksplorasi bahan dan teknik susunan dalam
penghasilan karya secara simetri.

MT – Murid perlu tahu melukis garis serenjang

PM – Murid perlu tahu kesan jika bersikap adil.

Senaraikan kata kerja dan prasa kata kerja yang telah dikenal pasti dalam DSKP
Kata kerja : menyusun, melekat, menggunting, membentuk, melukis, menyatakan,
menunjukkan

Huraikan dalam ayat atau beberapa “bullet”, apakah yang dijangkakan murid
DAPAT LAKUKAN

Sains - Pelajar boleh melukis garisan simetri.

PSV - Pelajar boleh menghasilkan mozek dalam susunan melibatkan imbangan


simetri.

MT – Pelajar boleh melukis garis serenjang yang berbentuk simteri.

PM – Pelajar boleh bersikap adil dan sama rata sesama ahli kumpulan dalam
menghasilkan karya.
Menulis Soalan Pencetus Idea

Soalan Pencetus Idea (SPI) yang bersifat terbuka (open-ended) merangkumi


standard kandungan.Tuliskan soalan pencetus idea (spi) berasaskan ciri-ciri
berikut:
o SPI mencetuskan soalan terhadap kerangka konseptual standard dengan
mensasarkan komponen khusus standard tersebut.
o Ciri-ciri SPI:
▪ Provokatif dan menimbulkan pelbagai hujah / pendapat / pandangan
▪ Tiada jawapan YA atau TIDAK
▪ Direka bentuk sebagai panduan ke arah memahami ‘The Big idea’
▪ Bertujuan mendalami kefahaman murid
▪ Direka bentuk untuk mencetus soalan-soalan lain untuk
meningkatkan kefahaman terhadap standard
▪ Memberi fokus terhadap elemen yang terdapat dalam standard
▪ Murid perlu memahami soalan
▪ Bersifat konseptual dan menyentuh standard kandungan
▪ Menggunakan istilah yang umum
▪ Autentik
Soalan-soalan Pencetus Idea:
Sains :

Simetri
1. Di manakah garis simiteri pada sesuatu objek?

PSV: 

1. Bagaimanakah cara menghasilkan lukisan mozek berpandukan garis simetri ?

MT: 

1. Bagaimanakah cara melukis garis serenjang?

PM: 

1. Apakah kesan jika tugasan tidak diagih dengan adil kepada ahli kumpulan?

Anda mungkin juga menyukai