Anda di halaman 1dari 4

Kertas Kerja

Panitia Ekonomi Rumah Tangga

Minggu Teknik & Vokasional 2017

Pendahuluan

Bidang Teknik dan Vokasional memainkan peranan penting dalam dunia pendidikan
berikutan perubahan struktur ekonomi negara. Sejajar dengan itu, Bidang Teknik dan
Vokasional SMK Serting Hilir Kompleks telah menganjurkan minggu Teknik & Vokasional
peringkat sekolah bagi tahun 2016 yang bermula dari 17 April hingga 21 April 2017.

Sehubungan dengan itu, beberapa aktiviti telah dirancang bagi member peluang
kepada para pelajar mencungkil bakat dengan melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang
dianjurkan sepanjang minggu. Ia juga bagi mengaplikasikan pengetahuan yang telah
dipelajari dalam kelas ke dalam kehidupan seharian. Pengalaman yang diperolehi akan
menjadikan murid lebih berkeyakinan dan sentiasa bersedia seandainya keadaan memerlukan
mereka melakukan sesuatu untuk kehidupan tanpa bergantung kepada individu lain. Selain
itu, program ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan di antara pelajar dan guru.

Matlamat

Melalui minggu Teknik & Vokasional ini, diharapkan dapat melahirkan pelajar yang lebih
sedar akan kepentingan bidang ini. Program ini akan memberi pendedahan awal kepada
murid untuk lebih meminati semua mata pelajaran teknikal. Pada akhir program ini,
diharapkan dapat membentuk kognitif murid supaya lebih berfikiran kreatif dan kritis, dapat
menyelesaikan masalah serta dapat mengaplikasikan pengetahuan di bilik ke alam nyata.

Objektif

1. Meningkatkan minat pelajar dalam bidang Teknik & Vokasional, khususnya semua
subjek bidang teknik dan vokasional

2. Mengaplikasikan segala ilmu yang telah dipelajari dalam kelas denganaktiviti yang
didedahkan di luar bilik darjah.

3. Menggunakan pengetahuan yang diperolehi melalui aktiviti yang dianjurkan sebagai


panduan untuk mengatur masa depan mereka.

Kumpulan Sasaran

Semua pelajar dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5.

StrategiPelaksanaan

Tarikh : 17 April hingga 21 April 2017

Lokasi / Masa : Bilik Masak, Bilik Katering dan Penyajian, Bilik PDPC Votek, Kantin
Sekolah, Foyer Dewan Ujana Ilmu, Dewan Citra Ilmu
1
Ahli Jawatankuasa Program

Pengerusi En Alias Bin Abdul Samad


Pengetua SMKSHK

Timbalan Pengerusi Tn. Haji Mohd Nazri Bin Hassan


GPK Akademik dan Pentadbiran
Naib Pengerusi Pn. Anis Suraza Binti Sued
GPK Hal Ehwal Murid

Pn. Norleila Binti Ismail


GPK Kokurikulum

Penyelaras Program Pn. Hajah Zainab @ Habsah Binti Selamat


Ketua Bidang Teknik & Vokasional
Setiausaha Pn. Rahimah Binti Mohd. Arsat
Bendahari Pn. Harnida Binti Adenan
AJK Semua guru bidang Teknik dan Vokasional

Cadangan Aktiviti Minggu Teknik & Vokasional 2017

Bil . Aktiviti Panitia


1 Demonstrasi Keropok Bayam Panitia Perdagangan
2 Gotong Royong Bilik PDPC Abad 21 Panitia KHB
3 InovasiMasakan Panitia PVMA
4 Explorace PanitiaEkonomiAsas
5 Gubahan / Lipatan
Panitia ERT
6 Kuiz Jahitan
7 Projek Elektronik Panitia KHB
8 Pameran Pokok / JualanPokok Panitia SPN
9 Tayangan Video serta Kuiz Panitia Prinsip Perakaunan

Jawatankuasa Guru Terlibat Deskripsi Tugas


Kerja
Pengacara Majlis Pn Noor Azlina bt  Mengacarakan majlis perasmian dan
Mohamad / Pn Suhana majlis penutupan minggu teknik dan
Salmy vokasional
Buku Program Pn Nurliza Abdullah  Menyediakan buku program yang
dan slide bermaklumat
dokumentasi

2
Gimmiks En Khairulazhar Bin  Menyediakan Produk sehingga berfungsi
Perasmian Mohd pada hari majlisnya
Pembukaan
Jurugambar dan Pn Norhimah  Merakamkan gambar sepanjang aktiviti
dokumentasi Kamarudin minggu teknik & vokasional dijalankan.
 Menyerahkan gambar-gambar tersebut
kepada setiausaha untuk menyediakan
laporan
Hadiah dan Pn Harnida Adenan  Mendapatkan cadangan kos dan jumlah
cenderamata hadiah
 Membeli dan menyediakan dalam
bentuk hamper atau bungkusan

Banner En.Khairulazhar  Menempah sekeping banner lengkap


bermaklumat
 Memastikan banner digantung di tempat
yang strategik sekurang-kurangnya
seharisebelum program da
nmembukanya semula selepas program
selesai.
Penyediaan Guru-guru Aktiviti  Guru-guru yang mengendalikan aktiviti
Bahan tersebut hendaklah menyediakan bahan
dan peralatan dan
menyimpan/mengemas semula selepas
digunakan
 Menyediakan borang-borang penyertaan
Promosi Aktiviti Pn Zuraidah  Membuat iklan dan menampal di papan-
papan info yang sesuai
 Memaklumkan kepada pelajar, guru2
dan staff smkshk aktiviti-aktiviti yang
akan dilaksanakan

Anggaran Perbelanjaan

Bil . Aktiviti Perbelanjaan


1 Gubahan / Lipatan Pembantu makmal / Staf Sekolah
Tempat pertama : RM 25.00
Tempat kedua : RM 18.00
Tempat ketiga : RM 15.00

Pelajar
Tempat pertama : RM 15.00
Tempat kedua : RM 10.00

3
Tempat ketiga RM 5.00
Jumlah RM 88.00
2 Kuiz Jahitan asas dan Proses Jahitan Guru
8 orang x pemenang : RM 7.00

Pelajar
10 orang x pemenang : RM 4.00
Jumlah RM 96.00
3 Recam RM 16.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 200.00

Sumber Kewangan & Perbelanjaan

i . PCG Panitia RM 200.00

JUMLAH RM 200.00

Penutup

Diharapkan agar semua pihak dapat memberikan kerjasama bagi melancarkan program yang
telah dirancang. Sesungguhnya kerja berpasukan akan melicinkan lagi perjalanan program.
Semoga objektif program ini akan tercapai dan seterusnya dapat membentuk kognitif murid
supaya lebih berfikiran kreatif dan kritis, dalam menyelesaikan masalah serta dapat
mengaplikasikan pengetahuan di bilik darjah ke dalam kehidupan sebenar.

Disediakan oleh ,

……………………………………………
( PN. RAHIMAH BT MOHD. ARSAT)
KP Panitia ERT

Disemak oleh , Disahkan oleh ,

…………………………………………… …………………………………………
( PN. ZAINAB@HABSAH BT SELAMAT)
GKMP Teknik dan Vokasional
SMK Serting Hilir Kompleks.

Anda mungkin juga menyukai