Anda di halaman 1dari 9

Operasi & Penilaian

SEKOLAH KEBANGSAAN HULU BERNAM KAMPUNG


BARU ‘B’ HULU BERNAM,HULU SELANGOR

KERTAS KERJA PELAKSANAAN


PROGRAM PEMBELAJARAN ABAD KE 21

KELAS ASPIRASI PEMBELAJARAN ABAD KE-21

DISEDIAKAN OLEH: PENYELARAS KURIKULUM


UNIT KURIKULUM PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
Operasi & Penilaian

KERTAS CADANGAN KELAS ASPIRASI PEMBELAJARAN ABAD KE 21


SK HULU BERNAM ,KAMPUNG BARU ‘B’ HULU BERNAM,HULU SELANGOR,SELANGOR
DARUL EHSAN

1. TUJUAN
Pengajaran dan pembelajaran merupakan aspek penting dalam pelaksanaan
kurikulum. Menjelang abad ke 21 pelajar perlu mendapat segala kemudahan yang
disediakan untuk membantu mereka dalam proses pembelajaran.Sehubungan itu
perubahan perlu bermula dari pengurusan kelas.Suasana kelas perlulah berunsurkan
abad ke-21 dimana kelas perlu berada dalam keadaan yang kondusif.Sudut-sudut
didalam kelas juga yang berasaskan PAK-21 perlu diwujudkan.Pengajaran dan
Pemudahcaraan perlu berorientasikan pendekatan PAK-21 Pelajar abad ke 21
merupakan pelajar yang celik dari segala-galanya tidak kira dalam teknologi
maklumat mahu pun akademik. Di samping itu, para guru juga perlu beralih kepada
beberapa aspek memandangkan proses pengajaran dan pembelajaran untuk abad
ke 21 amat mencabar.

1.1 Program/aktiviti : KELAS ASPIRASI ABAD KE 21


Tarikh : 20 Januari 2020-24 Januari 2020
Masa : 2.00 -5.00 petang
Tempat : Kelas Pendidikan Khas Integrasi SK Hulu Bernam
Kumpulan : 1. Semua guru dan Pembantu Pengurusan Murid PPKI
Sasaran SK Hulu Bernam
1.2 Dengan anggaran peruntukan sebanyak RM 1378.00

2. LATAR BELAKANG

2.1 Keceriaan kelas


Persekitaran fizikal bilik darjah adalah penting bagi pembelajaran kerana ia
boleh menggalakkan atau menghalang pembelajaran. Persekitaran bilik darjah
yang teratur merupakan sebahagian daripada pengajaran yang
berkesan.Persekitaran yang selesa, kemas dan ceria mampu
menyeronokkan pengalaman pembelajaran murid. Persekitaran fizikal di
dalam bilik darjah merangkumi aspek-aspek seperti susunan dan reka bentuk
fizikal di dalam bilik darjah, sumber bahan pembelajaran, ruang atau sudut
Operasi & Penilaian

pembelajaran, ruang pada dinding, pengcahayaan, pengudaraan dan perabot


serta kebersihan. Kelas abad ke 21 ini memberI penekanan khusus terhadap
kelas yang bermaklumat dan kondusif untuk sesi pengajaran dan
pembelajaran.Susun atur bagi kelas abad ke 21 adalah mesti mempunyai
beberapa ciri yang penting, iaitu membolehkan pelajar terlibat secara aktif
dengan PdPc yang berlangsung.Sehubungan itu bilik kelas akan dicat untuk
menambah keceriaan dan mewujudkan suasana kondusif untuk PdPc.

2.2 Memperkasakan sudut – sudut di dalam kelas


Sudut-sudut di dalam kelas akan diperkasakan dan ditambah contohnya,sudut
hasil kerja murid,perpustakaan mini dan sudut rekreasi murid.Sudut mata
pelajaran juga akan dikemaskini dengan tambahan sudut PAK-21 dan hasil
kerja murid.

2.3 Membudayakan pembelajaran abad ke-21 (PAK-21)


Setiap kelas akan dibekalkan dengan Kit PAK21 yang mengandungi alat-alat
untuk melaksanakan PdPC berorientasikan PAK 21.Hal ini juga memudahkan
guru untuk menjalankan aktiviti berkumpulan kepada murid.

3. OBJEKTIF

3.1 Objektif program / aktiviti adalah seperti berikut :


a. Mewujudkan bilik darjah yang bermaklumat, bersih dan ceria.
b. Mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif untuk keselesanan murid
melalui amalan pengajaran yang lebih efektif dan berkesan.
c. Menggalakkan murid untuk berfikir secara kreatif dan kritis dalam
menyelesaikan sesuatu masalah.
d. Membuka minda murid untuk mengaitkan soalan yang diberikan dengan
situasi yang dekat dengan murid melalui capaian internet.

KPI (Indikator Output dan Outcome)


Operasi & Penilaian

4.1 Hasil akhir (OUTPUT) :


Memberi manfaat kepada guru- guru untuk melihat sendiri bagaimana sebuah
bilik darjah abad ke-21 disediakan dan diggunakan kepada murid- murid.

4.2 Impak / Kesan (OUTCOME):


1. Mewujudkan satu suasana pembelajaran abad ke 21 disekolah dan
seterusnya menghasilkan murid-murid bercirikan abad ke 21.
2. Diharapkan melalui pendekatan ini pembangunan murid adalah secara
menyeluruh dari segi akademik,sahsiah dan kokurikulum.

5. IMPLIKASI KEWANGAN

5.1 Peruntukan kewangan bagi melaksanakan Program Kelas Aspirasi PAK-21


berjumlah RM 1378.00
5.2 Maklumat terperinci seperti dalam LAMPIRAN A

6. STRATEGI PELAKSANAAN / JADUAL / PENGISIAN PROGRAM

6.1 Jawatankuasa Induk

Pengerusi : En. Abdul Rahman bin Abdullah

Naib Pengerusi 1 : Pn. Wan Norawati binti Wan Othman

Naib pengerusi 2 : Pn. Haslina binti Abdullah

Naib Pengerusi 3 : Pn.Hapsah binti Munjiat

Naib Pengerusi 4 : Pn. Azizah binti Yahya

Setiausaha : Pn.Norshatirah binti Mohd Kassim

Bendahari : Pn.Maslailawaty binti Yamegun

Jawatankuasa Kerja :

Tahun 1 (Jade) : Pn.Hafizahanim binti A. Beni (Guru kelas)


: Cik Norasimah binti Mohd Kamal (PPM)

Tahun 2 (Intan) : Pn. Mahani binti Masor (Guru Kelas)


Operasi & Penilaian

: Pn.Maryati binti Ahmad (PPM)

Tahun 2 ( Zamrud) : Cik Mardhiah Syairah binti Sarif


: Pn.Maryati binti Ahmad

Tahun 4 (Berlian) : Pn.Maslailawaty binti Yamegun


: Pn. Rozhiah binti Basri

Tahun 6 (Mutiara) : Cik Wan Hamdaniah binti Yassin


: Pn. Rozhiah binti Basri

Dokumentasi : Pn. Norshatirah binti Mohd kassim

6.2 JADUAL PELAKSANAAN

MASA AKTIVITI
2.00-2.30 TAKLIMAT AKTIVITI DAN PENYEDIAAN ALATAN
2.30-4.30 AKTIVITI KECERIAAN

- MENGECAT
- MENGUMPUL DAN MEMBINA BAHAN PAK 21
- MENGHIAS MENGIKUT KREATIVITI
4.30-5.00 KERJA PEMBERSIHAN DAN KEKEMASAN
5.00 BERSURAI

7. PELAN KOTIGENSI

-TIADA-

8. KAEDAH PEMANTAUAN PROGRAM / AKTIVITI

8.1 Pemerhatian gerak kerja


Operasi & Penilaian

9. PENUTUPAN

9.1 Program ini adalah meningkatkan kualiti pembelajaran murid Program Pendidikan
Khas Integrasi dalam semua aspek 4K dan 1N iaitu
komunikasi,kolaborasi,kreativiti,kritis dan nilai murid.Kertas Cadangan untuk
mengadakan Program Aspirasi Kelas Abad Ke -21 dikemukakan untuk pertimbangan
dan kelulusan.

10. ULASAN PENOLONG KANAN

Disokong untuk dilaksanakan mengikut Kertas Cadangan yang dibentangkan.

11. SYOR

Guru Besar dipohon menimbang dan bersetuju bagi mengadakan program / aktiviti di atas
dengan anggaran peruntukan sebanyak RM 1378.00

PERMOHONAN INI DIPERSETUJUI / TIDAK DIPERSETUJUI *

………………………………………………..……….

(ABDUL RAHMAN BIN ABDULLAH)


GURU BESAR SK HULU BERNAM

Tarikh :

* Potong yang mana berkenaan


Operasi & Penilaian

PENILAIAN LAPORAN SELEPAS PROGRAM / AKTIVITI

12. Nyatakan kekangan terhadap program/aktiviti yang dijalankan (Tulisan tangan)

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

13. Penilaian terhadap program/aktiviti.


(sila tandakan / di petak berkaitan)

13.1 Objektif tercapai

13.2 Objektif tidak tercapai

14. Penambahbaikan terhadap program/aktiviti.


(sila tandakan / di petak berkaitan)

14.1 Program/aktiviti ini berimpak tinggi dan patut diteruskan

14.2 Program / aktiviti ini perlu diteruskan dengan penambahbaikan

14.3 Program / aktiviti ini tidak berimpak dan tidak patut diteruskan

Tanda Tangan, Nama dan Jawatan Penilai: Tarikh:

...................................................... .......................

(ABDUL RAHMAN BIN ABDULLAH)

GURU BESAR SK HULU BERNAM


Operasi & Penilaian

LAMPIRAN A

AnggaranPerbelanjaan
1. Keceriaan Kelas

Bil Perkara Harga seunit Kuantiti Jumlah

1 Cat Simen Warna Biasa 7 liter RM 49 7 Rm 343

2 Cat Simen Warna Istimewa 7 liter RM 69 3 Rm 207

3 Cat Simen Warna Biasa 18 Liter RM 98 1 Rm 98

4. Cat Kayu 5 liter RM 110 2 RM 220

Jumlah Keseluruhan RM868

2. Memperkasakan sudut-sudut di dalam kelas

Bil Perkara Kuantiti Perbelanjaan

1 Plastik sudut mata pelajaran Segulung RM150

Jumlah RM150

3. Membudayakan Pembelajaran dan Pemudahcaraan PAK-21

Bil Perkara Bil Harga seunit Perbelanjaan

1 Gam 60 Rm1.20 RM 72

2 Gunting 60 Rm 1.50 RM 90

3 Marker pen 60 Rm 2.00 RM 120

4. Pembaris pendek 30 Rm 1.50 Rm 45

5. Pen Penanda 8 RM 4.00 Rm 32

Jumlah RM 360

Jumlah keseluruhan : RM 868 + RM 150 + RM 360 = RM 1378.00

Sumber Kewangan

1. Peruntukan LPBT Sekolah


2. Peruntukan PIBG
DOKUMENTASI BERGAMBAR KELAS ASPIRASI ABAD KE-21

Anda mungkin juga menyukai