Anda di halaman 1dari 4

Kertas Kerja Program Kepimpinan Ketua dan Penolong Ketua Kelas 2012 SK Bukit Tunggal,21200 Kuala Terengganu.

1) Pengenalan Keupayaan semangat dan daya kepimpinan amat penting dalam diri pelajar.Daya kepimpinan yang tinggi dapat memajukan serta melancarkan sesebuah organisasi.Di samping itu di tambah pula pengurusan yang baik dan cekap sudah tentu sesuati organisasi akan menjadi bertambah baik, kukuh dan teguh. Program ini diharap dapat meningkatkan daya kepimpinan pelajar untuk menjadi seorang pemimpin yang berhemah, berdisiplin, bertanggungjawab dan dapat menjalankan tugas dengan penuh ikhlas dan dedikasi. 2) Nama Program Program Kepimpinan dan Sahsiah Ketua dan Penolong Ketua Kelas Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal, 21200 Kuala Terengganu. 3) Anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling Dengan Kerjasama Badan Disiplin Sekolah 4) Matlamat Dapat menambah daya kepimpinan, dapat menjalankan tugas dengan baik dan bijaksana serta berhemah dalam menjalankan tugas berkaitan dengan tanggungjawab yang diberikan. Peserta juga diharap dapat memahami setiap tanggungjawab jawatan di dalam kelas. 5) Objektif 5.1 Pelajar dapat merangka dan menjalankan tugas dengan lebih tersusun. 5.2 Pelajar lebih berdisiplin di dalam memegang setiap jawatan di dalam kelas. 5.3 Pelajar lebih berhemah dalam menanggani sesuatu pemasalahan. 5.4 Pelajar dapat mematuhi arahan dan tanggungjawab yang diberi dengan rela hati. 5.5 Dapat melahirkan pelajar yang mempunyai potensi diri,ketrampilan dan mempunyai akhlak mulia. 6) Kumpulan Sasar Ketua dan Penolong Ketua Kelas = 2 pelajar X 23 kelas = 46 orang murid

7) Tempoh Pelaksanaan 7.1 Tarikh : 04 Februari 2012 7.2 Hari : Sabtu 8) Tempat Dewan SK Bukit Tunggal 21200 Kuala Terengganu 9) Strategi Pelaksanaan 9.1 Penyelarasan Program oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling 9.2 Kerjasama penuh oleh Guru Disiplin dan Guru Kelas SK Bukit Tunggal

10) Tentatif Program Sila rujuk lampiran berkembar

11) Jawatankuasa Program Sila rujuk lampiran berkembar

12) Anggaran Perbelanjaan Makan & Minum

- 46 murid X RM2.50 = RM 115.00 JUMLAH = RM 115.00

13) Sumber Kewangan - Peruntukan Unit Bimbingan dan Kaunseling

= RM 115.00

14) Penilaian 14.1 Pemantauan berterusan oleh Guru Disiplin dan guru kelas SK Bukit Tunggal Kuala Terengganu. 14.2 Program susulan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Bukit Tunggal.

15) Penutup Diharap dengan kerjasama semua pihak,program ini dapat dijalankan dengan jayanya.

Disediakan oleh , _____________________ (Abd Rahim Bin Abd Rahman) Guru Bimbingan

Disemak oleh , ______________________ (Pn.Ainin Mardziah Bt Mohd Isa)

Penolong Kanan HEM

Disahkan oleh , ____________________

(Md.Rahim Bin Mamat) Guru Besar

Jadual Program Kepimpinan Ketua dan Penolong Ketua Kelas 2012 SK Bukit Tunggal, 21200 Kuala Terengganu.
MASA / HARI 7.45 pg 8.00 8.00 8.30 8.30 10.00 10.00 10.30 10.30 12.00 12.00 tgh 12.30

SABTU 4 FEB.2012

DAFTAR / TAKLIMAT

Ucapan Aluan : PK HEM

SLOT 1: Bidang Tugas dan tanggungjawab

REHAT

SLOT 2: Membina Karisma Pemimpin

Majlis Penutup: GURU BESAR

Anda mungkin juga menyukai