Anda di halaman 1dari 5

KERTAS CADANGAN

KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME PENGETUA

1. 0 PENDAHULUAN

Kepimpinan sekolah perlu mempelbagaikan stail memimpin, melakukan perubahan


terhadap paradigma berfikir, perubahan sikap dan juga melakukan intervensi terhadap diri
mereka sendiri. Inilah yang dijelaskan oleh Jainabee dan Jamil (2010) bahawa sesebuah sekolah
yang berkesan dan berjaya memerlukan pemimpin yang bijak melaksanakan tugas dan
tanggungjawabnya. Selain itu, kesanggupan dan kesediaan berubah adalah pra syarat penting ke
arah transformasi kepimpinan kepada amalan kepimpinan yang lebih kontemporari.
Oleh itu, pengurus atau pemimpin sesebuah organisasi perlu memiliki kebolehan
untuk meneliti perubahan yang berlaku di luar, bijak mengurus risiko dan membuat adaptasi
untuk menyesuaikan organisasi dengan perubahan demi mengekalkan kejayaan (Paunescu 2009).
Ini akan menentukan kelangsungan organisasi tersebut untuk kekal cemerlang dalam menghadapi
cabaran semasa dan cabaran masa depan. Justeru itu, peranan dan tanggungjawab seseorang
pemimpin adalah semakin berat, khususnya dalam menghadapi era globalisasi dan meletakkan
pendidikan Malaysia pada taraf pendidikan berkelas dunia (Jainabee dan Jamil 2010).

2.0 MATLAMAT

2.1 Meningkatkan tahap kecekapan profesionalisme pengetua


2.2 Memastikan Pengetua melakukan tugas mengikut norma bidang tugas.
2.3 Membantu Pengetua dalam memantapkan pengurusan organisasi sekolah.
2.4 Memastikan kelangsungan program berjalan dengan baik serta tercapai KPI yang
digariskan.

3.0 OBJEKTIF PROGRAM

3.1 Semua Pengetua dapat mengenalpasti kelebihan dan kejayaan program yang telah
dilaksanakan
3.2 Semua Pengetua dapat menyelesaikan masalah yang menghalang pelaksanaan semua
program di sekolah.
3.3 Pengetua dapat membuat pengukuran pencapaian yang telah dicapai sehingga suku tahun
pertama.

4.0 KUMPULAN SASARAN

1
Pengetua sekolah menengah di daerah Hulu Perak.

5.0 TARIKH PELAKSANAAN

Tarikh : 01-23 September 2014 ( mengikut pecahan tarikh secara bersiri)

Hari : Selasa hingga Rabu

Tempat : Cinta Sayang Resort, Sungai Petani

6.0 JAWATANKUASA KERJA

Penasihat Tn Hj Mohamad Zahari b Mohamad Ramli


Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Perak

Pengerusi En. Rosli Bin Hashim


Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Perak

Naib Pengerusi En Mohd Najib b Hj Yahaya


Ketua Unit Pengurusan Sekolah

Setiausaha En Mohamad Khusairi b Saidin


Pen PPD Perhubungan

Urusetia Cik Noraini bt Zainudin


Pen PPD Menengah (Murid)

En Shaizulazwan b Mohd Suppian


Pen PPD Pra Sekolah & Permata

En Fadil b Hj Majid
Penyelia Sekolah Rendah

En Alias Mat Isa


Penyelia Sekolah Rendah

En Hashim b Mohamad
Penyelia Pendidikan Swasta

7.0 Tentatif Program

2
Hari Pertama

10.00 pagi Lapor Diri

10.30-12.30 Peranan dan Bidang Tugas Pengetua / Pembinaan Fail Meja


Penolong Kanan

12.30-1.00 petang Makan tengah hari

2.00-4.30 petang Perbelanjaan Kewangan / Waran Peruntukan bagi Penolong Kanan

4.30-5.00 petang Minum Petang

8.00-10.30 malam Pembugaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia serta peranan


Pengetua dalam menjayakanya.
10.30-11.00 malam Minum malam

Hari Kedua

8.00-10.00 pagi Espirit de Corps (Budaya Kerja berpasukan)

10.00-10.30 pagi Minum Pagi

10.30-12.30 tengah hari Pembentangan pelaksanaan program Mentor Pengetua / Skop Tugas /
Pemantauan

12.30-1.00 petang Makan tengah hari

2.00-3.30 petang Pembentangan Hasil Bengkel

3.30-4.30 petang Penutupan Bengkel oleh Pegawai Pendidikan Daerah

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN & JUSTIFIKASI PERBELANJAAN

3
Bil Keperluan Perbelanjaan Objek Jumlah

Pakej Penginapan

a) Bilik Twin Sharing RM 120.00 x 1 malam x 2


8.1 peserta bersama makan dan minum 5 kali sehari bagi
20 orang peserta 24000

RM 120.00 x 1 malam x 2 x 10 bilik RM 2400.00

Tuntutan perjalanan

a) Perjalanan Pergi 110km x RM 0.70 x 5 (perkongsian


8.2 kereta 1 kereta = 4 orang peserta)
21000
b) Perjalanan Balik 110km x RM 0.20 x 8 RM 770.00
(perkongsian kereta 1 kereta = 4 orang peserta)

8.3 Bahan cetak 27000 RM 200.00

Peruntukan DTP RM 3370.00

Keperluan bagi menjalankan Kursus Peningkatan Profesionalisme Pengetua ini adalah


berdasarkan beberapa rasional antaranya ialah ;
a) Pelarasan ini memerlukan tumpuan dan perhatian yang sepenuhnya bagi memastikan segala

perbincangan berjalan degan lancar.

b) Peserta memerlukan tempat yang kondusif kerana ia melibatkan percambahan idea, pendapat

dan buah fikiran yang tinggi.

c) Kadar sebut harga yang ditawarkan adalah berpatutan dan menjimatkan

d) Mesyuarat dijalankan sehingga lewat malam, manakala peserta mesyuarat yang rata-ratanya

tinggal jauh memerlukan kemudahan penginapan.

e) Premis kerajaan yang sedia ada telah penuh serta tidak dapat menampung

keperluan mesyuarat yang melibatkan sehingga 2 hari 1 malam.

9.0 KONSEP / KAEDAH PERLAKSANAAN

Kursus Peningkatan Profesionalisme Pengetua ini adalah bagi menyelaras kembali


program sekolah yang telah disusun sepanjang tahun. Pelarasan ini adalah bagi melihat
4
keperluaan semasa di samping mengukur tahap kejayaan program yang telah berjalan. Pelarasan
juga dibuat melihat kepada jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan serta keperluaan tuntutan
tambahan.

10.0 PENILAIAN PROGRAM

10.1 Borang penilaian program menggunakan instrument PK06- 3,4 dan 5 – diisi oleh peserta.

11.0 PENUTUP

Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 menggariskan hala tuju dasar jangka panjang
bagi merealisasikan perubahan ini. Hal ini mampu dilaksanakan melalui artikulasi yang jelas dan
inisiatif mengikut bidang keutamaan ke arah memastikan pulangan atas pelaburan yang optimum
dalam bentuk keberhasilan murid. Keutamaan dalam transformasi pendidikan ini adalah
memastikan wujud keselarasan antara penggubalan dasar dan pelaksanaan program pendidikan
merentas rantaian nilai pendidikan.
iDalam usaha menjayakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, segala tenaga dan
masa dicurahkan sepenuhnya. Ian tidak lain bagi memastikan apa yang dirancangakan dapat
berjalan dengan lancar, dan yang penting akan membuahkan hasil yang diharapkan. Namun
ianya perlulah sentiasa diberi perhatian dan tumpuan. Kursus ini berfungsi sebagai check anda
balance dalam memastikan segala yang dirangka akan tercapai, terlaksana dengan jayanya.

Dsediakan Oleh , Disemak Oleh,

(KHUSAIRI B SAIDIN ) (MOHD NAJIB B HJ YAHAYA)


Setiausaha Kursus Profesionalisme Pengetua Ketua Unit Pengurusan Sekolah

Disahkan oleh,

_____________________________________
(HJ MOHAMAD ZAHARI B MOHAMAD RAMLI, PPT)
Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Perak

Anda mungkin juga menyukai