Anda di halaman 1dari 4

SK SUNGAI SIPUT (U)

KUALA KANGSAR
PERAK

KERTAS KERJA

‘SHARING IS CARING’
Pemantapan Pedagogi Numerasi
Melalui Komuniti Pembelajaran
Profesional
(PLC)
1.0 NAMA PROGRAM
‘Sharing is Caring’
Komuniti Pembelajaran Professional (PLC)

2.0 ANJURAN
Panitia Matematik Sk Sungai Siput (U)

3.0 RASIONAL
Konsep PLC sering disalahgunakan untuk menggambarkan sesuatu
Jawatankuasa atau mana-mana mesyuarat mingguan di mana peserta
bersetuju membuat keputusan berasaskan data. Sebaliknya PLC adalah
lebih daripada itu. Ia merupakan satu proses berterusan yang digunakan
untuk mewujudkan budaya perluasan yang berdasarkan kepercayaan yang
asas dalam membina kepimpinan guru dalam usaha-usaha
penambahbaikan sekolah.

Melalui penyertaan dalam PLC, guru-guru berupaya meningkatkan kapasiti


kepimpinan mereka seperti bekerja sebagai ahli pasukan yang berterusan,
prestasi tinggi, usaha sama dan fokus kepada memperbaiki mutu
pembelajaran murid. PLC secara jelas memberi tumpuan kepada membina
dan mengekalkan usaha-usaha penambahbaikan sekolah. Melalui PLC,
guru-guru meningkatkan kapasiti kepimpinan mereka semasa mereka
bekerja sebagai ahli pasukan yang berterusan, prestasi tinggi, usaha sama
itu, fokus pada peningkatan pelajar yang belajar.

Oleh yang demikian, Panitia Matematik tidak mahu ketinggalan dalam


mengaplikasi amalan PLC ini. Bagi merealisasikan pembudayaan PLC di
sekolah ini, semua guru dalam Panitia Matematik perlu memahami konsep dan
strategi PLC. Sehubungan itu, tercetuslah idea bagi pelaksanaan program
pemantapan PLC ini.
4.0 MATLAMAT
Program ini dapat membantu semua guru dalam Panitia Matematik kepada nilai
tambah untuk meningkatkan prestasi panitia dan seterusnya meningkatkan
pencapaian sekolah, serta merealisasikan kualiti guru yang cemerlang.

5.0 OBJEKTIF PROGRAM


5.1 Meningkatkan kualiti dan amalan pengajaran dan pembelajaran guru.
5.2 Menyediakan peluang berlakunya aktiviti perkongsian ilmu, kepakaran
dan bekerjasama dalam kalangan guru.
5.3 Mewujudkan semangat kerja berpasukan.

6.0 TARIKH/ MASA / TEMPAT


Tarikh : 18 April 2019
Masa : 2.15 petang – 4.30 petang
Tempat : Makmal Komputer SEPUTRA

7.0 SASARAN
Semua guru matematik SK Sungai Siput (U)

8.0 Ahli Jawatankuasa

Pengerusi : Encik Mohd Mazlan bin Harun


Timbalan Pengerusi : Puan Norhayati binti Ali
Naib Pengerusi 1 : Encik Ahmad Termizi bin Abdul Pantas
Naib Pengerusi 2 : Encik Mohd Rafidi bin Mt Romli
Penyelaras : Puan Latifah binti Puteh
Setiausaha : Puan Nur Rabiatul Ain binti Megat Aris
Jawatankuasa : Semua guru Matematik
9.0 TENTATIF PROGRAM
Pengisian program ini dicadangkan akan dilaksanakan dalam tempoh 1 hari

Masa Kandungan
2.15 – 3.45 Sesi Perkongsian Guru (Teacher Sharing
petang Sessions) bersama Panitia Matematik SK Temin

10.0 KEWANGAN

Anggaran kos perbelanjaan bagi program ini


Bil Perkara Peruntukan Jumlah
1 Honorarium RM 50.00 x 1 orang RM 50.00
Penceramah
2 Makan dan minum RM 3.00 x 10 orang RM 30.00
2 Hadiah dan RM 50.00 RM 50.00
Cenderamata
RM 130.00
JUMLAH

11.0 Penutup

Memandangkan program ini amat memberi manfaat kepada para guru matematik SK
Sungai Siput (U), diharap program ini menjadi pemangkin kepada budaya kerja
cemerlang dalam kalangan guru.

Disediakan oleh :

_________________________________________
(NUR NABIATUL’ AIN BINTI MEGAT MOHD ARIS )
Setiausaha

Anda mungkin juga menyukai