Anda di halaman 1dari 13

BENGKEL PENGISIAN DATA SAPS

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2018

1.0 PENGENALAN

Bengkel ini diadakan untuk memudahkan guru-guru Sekolah Kebangsaan Sekendi mengisi

markah peperiksaan akhir tahun 2018. Program yang dirancang ini diharap dapat memantapkan

usaha agar guru-guru dapat menyiapkan segala tugasan mengikut masa dan waktu yang telah di

beri oleh pihak Pejabat Pelajaran Daerah Sabak Bernam, memandangkan banyak program yang

akan dilaksanakan sebelum cuti akhir tahun .

2.0 MATLAMAT

Matlamat bengkel ini adalah bagi memberikan kemudahan kepada semua guru SKS mengisi

markah secara on line, di samping menyiapkan tugasan-tugasan yang perlu dihantar sebelum

cuti akhir tahun.

3.0 RASIONAL

Memandangkan setiap kali peperiksaan , memerlukan kutipan data markah yang perlu

diselesaikan mengikut tempoh yang ditetapkan, maka permasalahan ini akan dapat diselesaikan

dengan jayanya , di mana guru-guru akan berpeluang untuk bertanyakan segala permasalahan

yang dihadapi secara terus dengan bantuan daripada setiausaha pengisian SAPS.

4.0 OBJEKTIF BENGKEL

Pda akhir bengkel ini para guru dapat:

1
4.1 Membina keyakinan diri dalam mengisi markah

4.2 Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam pengisian markah SAPS secara

online.

4.3 Membantu meningkatkan keupayaan tugas di selesaikan mengiut tempoh yang

ditetapkan.

5.0 PELAKSANAAN

5.1 Tarikh : 07.11.2018

5.2 Hari : Rabu

5.3 Tempat : Pusat Akses Sekolah

5.4 Sasaran : Guru-guru Sek Keb Sekendi

5.5 Guru Pembimbing : GPK Pentadbiran

5.6 Pengisian : SAPS On-line

6.0 JAWATAN KUASA PENGELOLA

Jawatan kuasa Induk Pengelola Bengkel Pengisian SAPS 2018

Pengerusi : Tn Hj Ab Hamid b, Mat Ariff (Guru Besar)

Timb. Pengerusi : Puan Ramlah bt Hj Moh Nor (Guru Penolong Kanan

Kurikulum)

2
Naib Pengerusi : En Ayub b. Mahmudin (Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)

Penyelaras :Puan Musinah bt Yusa (Setiausaha)

Pen.Penyelaras :En Azmiudin b. Nordin (Guru ICT)

Urus setia/AJK :

Puan Norliyani bt Yahya ( Setiausaha SAPS)

En NorAzam b. said Adoi

Pn Suhana bt Shafei

Pn Fazilah bt Osman Tajuludin

Pn Rusnani bt Udin

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

- Kos operasi bengkel ditanggung oleh sekolah (jamuan ringan /bahan peralatan untuk

program

1. Sarapan pagi( 1 hari) 4 x 18 =72

2. Makan tengahari ( 1 hari ) 6 x18 =108

Jumlah RM 180

8.0 PENUTUP

3
Adalah menjadi harapan Sekolah Kebangsaan Sekendi agar bengkel ini dapat dilaksanakan

dengan jayanya. Kejayaan bengkel ini akan membantu pihak pengurusan sekolah untuk

menyiapkan pengisian data SAPS mengikut masa dan waktu yang telah ditetapkan oleh pihak

Kementerian Pelajaran Malaysia. Dalam jangka panjang bengkel ini juga akan membawa

manafaat kepada guru-guru untuk kecemerlangan pelajar.

4
5
6
7
8
9
Kertas cadangan ini adalah untuk memaklumkan tentang konsep pelaksanaan Kursus Komputer

bagi meningkatkan kemahiran ICT yang diberikan kepada semua guru-guru dan kakitangan

Sekolah Kebangsaan Sekendi. Dunia sekarang berada dalam era maklumat, di mana Teknologi

Maklumat memainkan peranan yang penting untuk kejayaan masa depan dalam dunia tanpa

sempadan. Selaras dengan perkembangan ini, Sistem Pendidikan Kebangsaan haruslah

mengoptimumkan penggunaan Teknologi maklumat untuk tujuan pengurusan serta pengajaran

dan pembelajaran. Sehubungan dengan ini, latihan yang akan diberikan berkaitan Teknologi

Maklumat Sekolah perlu diberi penekanan baru kerana Teknologi Maklumat sentiasa

berkembang dan berubah, kepesatan kemasukan pelbagai program Teknologi maklumat ke

sekolah, Teknologi Maklumat merupakan penyokong kepada pengajaran dan pembelajaran .

Maklumat tentang Teknologi Maklumat (ICT) perlu dikongsi bersama semua guru-guru dan

kakitangan Sekolah Kebangsaan Cahaya Baru bagi membantu proses pengajaran dan

pembelajaran yang lebih berkesan serta perkhidmatan dan pentadbiran di pejabat. Justeru,

perkongsian maklumat perlu dilaksanakan melalui Latihan Guru-guru dan Kakitangan bagi

meningkatkan dalam penggunaan ICT agar semua guru-guru dan kakitangan Sekolah

Kebangsaan Cahaya Baru mendapat maklumat terkni tentang Teknologi Maklumat (ICT).

2.0 Matlamat

Matlamat Kursus Teknologi Maklumat (ICT) adalah seperti berikut :-

2.1 Meningkatkan kefahaman penggunaan

2.2 Mewujudkan suasana pembelajaran yang terancang

10
2.3 Mewujudkan suasana interaktif

2.4 Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran

2.5 Mendedahkan guru-guru kepada inovasi terkini

3.0 Objektif

1. Menggalakkan dan mempertingkatkan lagi kemahiran ICT khasnya kepada guru sekolah

Kebangsaan sekendi

2. Memberi kesedaran kepentingan ICT dan pendedahan sepenuhnya penggunaan „Laptop‟

dan perisian.  Memupuk minat aktif untuk mempelajari ICT seterusnya melahirkan

golongan guru-guru yang celik komputer.

3. Menggalakkan hubungan silaturahim dan kerjasama di antara guru-guru dengan tenaga

pengajar.

4.0 Kumpulan Sasar

Guru-guru dan kakitangan SK Sekendi

5.0 Tarikh / Tempat

19 Febuari 2019 / Bilik Akses SKS

6.0 Atur cara

8.00 – 8.30 am Pendaftaran

8.30 -8.45 am Ucapan pengerusi majlis

8.45-8.50 am Bacaan Doa

11
8.50 – 10.00 am Microsoft Excel

10.00-10.30 am Rehat dan Kudapan Pagi

10.31-12.00 tgh Microsoft Office PowerPoint

12.00-2.00 ptg Rehat

2.01-4.00 ptg Rekabentuk Grafik Dalam Multimedia

4.01 ptg Tamat Kursus

6.0 Kos Perbelanjaan Program :

6.1 - Sarapan peserta = RM 08.00 x 20 orang = RM 160.00

6.2 - Makanan tengah hari peserta= RM 10.00 x 20 orang = RM 200.00

6.3 - Sarapan tenaga pengajar = RM 10.00 x 3 orang = RM 30.00

6.4 - Makanan tengah hari pengajar= RM 10.00 x 3 orang = RM 30.00

6.5 - Cenderamata tenaga pengajar= RM 100.00 x 3 orang = RM 300.00

Jumlah = RM 720.00

Sumber kewangan sepenuhnya daripada peruntukan PIBG dan guru

7.0 Jawatankuasa

Pengerusi : Tn Hj Ab Hamid b, Mat Ariff (Guru Besar)

Timb. Pengerusi : Puan Ramlah bt Hj Moh Nor (Guru Penolong Kanan Kurikulum)

12
Naib Pengerusi : En Ayub b. Mahmudin (Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)

Penyelaras :Puan Musinah bt Yusa (Setiausaha)

Pen.Penyelaras :En Azmiudin b. Nordin (Guru ICT)

Urus setia/AJK :

Puan Norliyani bt Yahya

En NorAzam b. said Adoi

Pn Suhana bt Shafei

Pn Fazilah bt Osman Tajuludin

Pn Rusnani bt Udin

8.0 Penutup

Diharapkan pelaksanaan program ini akan mencapai objektifnya dengan jaya sebagaimana yang

telah dirancang. Semoga program ini dapat memberi impak yang positif kepada guru-guru SK

Sekendi. Diharapkan pelaksanaan program ini akan mencapai objektifnya dengan jaya

sebagaimana yang telah dirancang. Semoga program ini dapat memberi impak yang positif

kepada semua guru SK Sekendi dalam usaha memartabatkan profesion keguruan.

DI SEDIAKAN OLEH:- DI SAHKAN OLEH :

13

Anda mungkin juga menyukai