Anda di halaman 1dari 5

SMK BUKIT BATU

KERTAS KERJA CADANGAN


PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONALISME
GURU
PENGGUNAAN APLIKASI ICT DALAM PENGAJARAN DAN
PEMUDAHCARAAN DI RUMAH (PDPR)

“e-learning workshop”

Disediakan oleh:
(MOHD DOM BIN DUI)
Peserta NPQEL 2.0 Ambilan 2/2020
1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini dikemukakan hasil daripada keputusan mesyuarat


Jawatankuasa Pengurusan Pentadbiran Sekolah mengenai cadangan untuk memberikan
kemahiran yang berkesan kepada guru berkaitan pembelajaran dan pemudahcaraan
(PdPc) untuk merealisasikan pembelajaran Abad 21. Sehubungan dengan itu, pihak
sekolah telah memutuskan untuk melaksanakan satu bengkel berkaitan penggunaan
aplikasi atas talian yang menyokong kepada pelaksanaan pdpr. Selari dengan pembelajaran
sepanjang hayat dalam PAK 21 maka guru perlu mempunyai skill dan kemahiran terkini
dalam menggunakan aplikasi-aplikasi atas talian bagi memastikan pdpr berkesan dan
seterusnya meningkat prestasi akademik sekolah.

2.0 PENGENALAN

Dalam era teknologi masa kini proses pengajaran dan pembelajaran (pdpc) tidak
hanya memfokuskan kepada penggunaan bahan bacaan sahaja, tetapi ianya lebih tertumpu
kepada kaedah pengajaran guru melalui penggunaan teknologi yang lebih menarik minat
murid dalam menyediakan pembelajaran secara interktif. Terdapat banyak aplikasi baru
yang dihasilkan setiap hari oleh pembangun perisian dan dilihat semakin meningkat dalam
kegunaan pendidikan. Peluang yang cerah terhadap pembangunan aplikasi mudah alih
dalam bidang pendidikan guru akan datangdisebabkan oleh teknologi mudah alih akan
datang penting dan bermanfaat dalam meningkatkan mutu pdpc sebagai cara untuk kekal
dan berdaya saing dalam dunia pendidikan pada masa akan datang.

Cabaran kepada guru amat tinggi untuk nerjuang dalam kelas bagi memastikan
kelas tetap dijalankan walaupun berlaku krisis disebabkan oleh pendemik Noval Coronavirus
(Covid-19). Bagi memastikan murid-murid mendapat pembelajaran dalam tempoh PKP, guru
perlu mengharungi kebiasaan baru atau dikenali the new normal dalam proses pdpc. Sikap
guru memainkan peranan penting bagi memastikan teknologi maklumat digunakan secara
efektif dan juga mempengaruhi tahap keyakinan guru terhadap penggunaan komputer,
tablet dan aplikasi-aplikasi dalam bilik darjah.

Dalam fasa PKP yeng bermula pada 18 Mac 2020, KPM telah mengeluarkan
garispanduan pelaksanaan pdprbagi murid-murid mengikuti sesi pembelajaran dirumah
secara dalam talian, luar talian dan off-site. Melalui pembelajaran atas talian pengelibtan
guru-guru dan pelajar sangat penting bagi memastikan objektif tercapai. Kemahiran guru
terhadap peralatan, aplikasi pendidkan dan jaringan (networking) amat dituntut untuk
melaksanakan pdpc berkesan.

Fokus kajian ini ialah usaha meningkatkan kefahaman dan kemahiran guru SMK
Bukit Batu dalam penggunaan ICT, aplikasi-aplikasi pembelajaran dalam melaksanakan
pdpr dalam tempoh fasa PKP. Perkara ini penting bagi menjadikan guru akan lebih
memahami, mengenali, dan mengatasi masalah murid dengan lebih baik. Oleh itu,
pengajaran dan pembelajaran dalam kelas menjadi lebih tersusun dan menarik. (Ramlah
Salim, 2015). Berdasarkan perbandingan data respond an penglibatan murid dalam kelas
atas talian pdpr fasa 1 dan fasa 2 menunjukan pola yang menurun menurun. Soalselidik
terhadap semua guru mendapati 65% memerlukan latihan berkaitan penggunaan aplikasi-
aplikasi pendidikan.

Kesimpulannya tahap pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan ICT dan


aplikasi-aplikasi pengajaran amat penting semasa tempoh PKP bagi memastikan
pembelajaran di rumah berjalan lancar dan seterusnya diamalkan dalam pdpc pasca PKP.
Pendekatan flip-classroom amat berkesan dilaksanakan disekolah bagi semua murid bagi
mendepani cabaran untu memastikan prestasi akademik kekal meningkat pada masa akan
datang.

3.0 OBJEKTIF
Fokus kajian adalah meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru dalam
penggunaan aplikasi pengajaran dan pembelajaran atas talian.. Ia bertujuan:

i. Mempelbagaikan penggunaan aplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran


secara atas talian.
ii. Meningkatkan keyakinan guru dalam melaksanakan pdpr secara online.
iii. Meningkatkan minat murid mengikuti kelas.
iv. Mewujudkan semangat kerja berpasukan.

4.0 BUTIRAN PELAKSANAAN

BIL PERKARA BUTIRAN

4.1 Tarikh 7 Mac 2021 (Ahad)

4.2 Tempat GoogleMeet

4.3 Penganjur Jawatankuasa Pembestarian Sekolah SMK Bukit Batu

4.4 Peserta Pentadbir Sekolah (G9) , Semua Guru

4.5 Ahli Jawatankuasa Rujuk lampiran

4.6 Cadangan Aturcara 1.50 ptg : Kehadiran dan pendaftaran peserta

2.00 ptg : Alu-aluan Pengacara

: Bacaan Doa

2.15 ptg : En. Herryan Shah Bin Tupan


SISC+ PPD Johor Bahru
Mudah Mengajar.com

3.30ptg: Pn Kartina Binti Md Jamal


Guru Sains SMK Bukit Batu
Perbengkelan Berkumpulan
Penilaian
4.30 ptg : Bersurai

4.7 Anggaran 4.7.1 Perbelanjaan :


Belanjawan
Penceramah RM 200.00

Jumlah RM
200.00

4.7.2 Sumber kewangan :

Sumbangan Klinik Adham Sdn Bhd RM 200.00

Jumlah RM
200.00

5.0 PENUTUP

Semoga program ini dapat dijalankan dengan jayanya dan hasilnya dapat dilihat dalam
masa terdekat. Pemantauan atau pencerapan dikalangan pencerap untuk meningkatkan
penggunaan aplikasi atas talian dalam kelas pdpr. Akhirnya akan melahirkan guru-guru yang
berkualiti dan murid yang cemerlang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

………………..………………. …………….……….…………….
(Hj. Mohd Dom Bin Dui) (En. Mohd Nor Azam Bin Shuib)
Peserta NPQEL 2.0 Pengetua
Ambilan 2/2020 SMK Bukit Batu

LAMPIRAN

JAWATANKUASA PENGELOLA
PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU
PENGGUNAAN APLIKASI ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN

Pengerusi En Mohd Nor Azam Bin Shuib


Pengetua

Penyelaras Hj Mohd Dom Bin Dui


Peserta NPQEL 2/2020

Setiausaha Pn Nuradlin Binti Abdul Samad


S/U Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP)

Bendahari Pn Kartina Binti Md Jamal


S/U Peperiksaan Dalaman

Ahli Jawatankuasa Pn Zuraida binti Desa


GKMP Bahasa

Pn Siti Rohani Binti Ngadirin


GKMP Sains Dan Matematik

Pn Norafida Binti Abdullah


GKMP Kemanusiaan

Pn Hjh Norintan Binti Mohamed


GKMP Teknik Dan Vokasional

En Nik al Fazil Bin Nik Li


Guru Perpustakaan Dan Media

En Mohd Zahid Bin maikol Jamik


Guru Penyelaras ICT

En Adam Bin Azman


J/k Pembestarian Sekolah

En Tan Joo Chew


S/U Kurikulum

Pn Zahratul Aini Binti Azizan


S/u PBD

Kaunselor Pn. Hafiza Binti Md Supani

Anda mungkin juga menyukai