Anda di halaman 1dari 7

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BINTULU

KERTAS KERJA

MEMPERKASAKAN PENGURUSAN
DAN KEPIMPINAN PENOLONG
KANAN PENTADBIRAN
DAERAH BINTULU

TAHUN 2022
1.0 PENGENALAN / LATAR BELAKANG

Kepimpinan merupakan salah satu faktor yang menggalakkan perkembangan


sesebuah tamadun. Kepimpinan ialah proses mempengaruhi individu dan kumpulan
untuk mencapai sesuatu matlamat. Sebagai seorang pemimpin, tugas utama adalah
untuk mengimbangi beberapa tuntutan atau keperluan, seperti keperluan diri, kumpulan
dan organisasi..
Penggunaan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2)
sebagai alat pengurusan adalah untuk memastikan kualiti kemenjadian sekolah dan
kualiti kemenjadian murid mencapai kualiti yang di sasarkan.. Sehubungan dengan itu,
Penolong Kanan yang kompeten dan profesional adalah sangat penting. Kepimpinan di
sekolah yang cemerlang berupaya untuk merancang (planning), mengorganisasi
(organising), mengetuai (leading) dan mengawal (controlling) manakala organisasi yang
cemerlang berupaya merancang (plan), melaksana (do), menyemak (check) dan tindak
susul (action).

2.0 TUJUAN

Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan ketrampilan para pentadbir khususnya


Guru Penolong Kanan Pentadbiran (Kurikulum) dengan kemahiran mengurus strategi
adalah ilmu yang wajib bagi mereka yang ingin menjadi pemimpin yang berjaya. Para
pemimpin pendidikan perlu menguasai kemahiran membina dan melaksanakan strategi
secara berkesan bagi mencapai kecemerlangan organisasi yang diimpikan Selain
daripada itu, kursus ini juga turut menyediakan para peserta untuk merancang pelan
tindakan peningkatan prestasi akademik murid selepas analisis telah dibuat kepada data
pencapaian akademik murid mereka di sekolah masing-masing.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Meningkatkan pemahaman tentang pengurusan SKPMg2 (Standard 3.1)


yang berkesan di kalangan Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah.
3.2 Meningkatkan kemahiran kepimpinan dalam merancang halatuju pengurusan
organisasi demi kepentingan pengurusan sekolah yang berdaya saing.
3.3 Mempastikan program peningkatan kualiti pengajaran guru diurus
secara terancang.
3.4 Menerajui aktiviti instruksional dalam pelaksanaan PdP secara profesional
dan terancang.
3.5 Memformulasi strategi secara efektif dalam organisasi awam;
3.6 Menterjemah hala tuju organisasi (mandat, misi dan visi) dengan lebih bermakna
kepada pelan operasi atau jadual kerja seharian setiap staf;
3.7 Menghubung kait hala tuju dan prestasi strategik melalui proses sebab dan akibat
(cause and effect) bagi setiap komponen dalam pengurusan strategik; dan
3.8 Membina dan mengurus Petunjuk Prestasi Utama (KPI) untuk menjadikan strategi
lebih berkesan.

4.0 Jawatankuasa Program

4.1 Pengerusi : Fred Anak Entau


( Timbalan PPD, Sektor Perancangan )
4.2 Penyelaras : Dr. Hamidah Binti Mahmud
(Pen. PPD Sektor Perancangan)
4.3 Penolong Penyelaras : Evelyn Eba Anak Nompang
(Pen. PPD Sektor Perancangan)
4.4 Setiausaha : Haliza Binti Zuki
(Penolong PPD Sektor Pengurusan Sekolah)
4.5 Penolong Setiausaha : Norsiah Binti Abu Bakar (Pengacara Majlis)
(Penolong PPD Sektor Pengurusan Sekolah)
4.6 AJK : Timbalan PPD Sektor Pengurusan Sekolah
Timbalan PPD Sektor Pembelajaran
Timbalan PPD Sektor Pembangunan
Murid Kaunselor Pendidikan Daerah
4.7 Urusetia : Cik Mordiana Binti Perali
: Pn Megawati Binti Yaman
: Pn. Naimah Binti Othman

5.0 Kumpulan Sasaran

5.1 Penolong Kanan Pentadbiran 31 Orang


6.0 Jangka Masa dan Tempat

MEMPERKASAKAN PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN


PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
DAERAH BINTULU TAHUN 2022
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BINTULU
16 JUN 2022 (KHAMIS)
BILIK MESYUARAT PPD BINTULU

16 JUN 2022 (KHAMIS)


0800 - 0830 Pendaftaran
0830 – 1030 Pengurusan Program Peningkatan Kualiti Pengajaran Guru
Penceramah : Prof. Madya Dr. Muhammad Faizal Bin A. Ghani
Jabatan Pengurusan, Perancangan dan Dasar
Pendidikan,
Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya

1030 – 1100 Kudapan / Minum pagi


11:00 - 1300 Pengurusan Program Peningkatan Pencapaian Murid
Penceramah : Dr. Ricky Anak Lawe
Pensyarah Kanan,
Jabatan Kepimpinan Hal Ehwal Murid dan Kaunseling
Institut Aminuddin Baki, Cawangan Sarawak

1300 - 1430 Makan Tengahari / Rehat

7.0 Anggaran Perbelanjaan


Program Memperkasakan Pengurusan dan Kepimpinan
Penolong Kanan Pentadbiran Daerah Bintulu
(16 Jun 2022) 40 orang

Bilangan Peserta:

Penolong Kanan Pentadbiran : 31 orang

Timbalan PPD: 3 Orang

Urusetia : 6 Orang
Bil Perkara Jumlah (RM)

1. Makan Minum

RM 22.00 x 40 orang
Minum Pagi
= RM 880.00
Makan Tengahari

SK : 8 buah
Tuntutan Perjalanan : Kenderaan
2. = RM 800.00
8 orang peserta

3.
Cenderamata Penceramah
=RM 100.00
1 Orang x RM100

Jumlah Besar RM 1,780 .00

8.0 Sumber Kewangan

- Waran Peruntukan DTP


- Peruntukan IAB

9.0 Pelan Pengurusan Risiko

Insiden risiko Tindakan Mitigasi Catatan

Program tidak dapat Program dilaksanakan -


diadakan secara secara dalam talian.
bersemuka

Pegawai tidak dapat Kehadiran akan diganti Data guru di sekolah


hadir atas urusan dengan pegawai yang
tertentu lain.

Penceramah jemputan Penceramah gantian perlu Senarai penceramah


tidak dapat hadir pada disediakan daripada
tarikh yang institusi yang sama atau
berlainan.
10.0 PENUTUP

10.1 Diharapkan program yang dirangka ini mampu memberikan impak yang
baik terhadap pengurusan dan kepimpinan di sekolah untuk
kemenjadian sekolah dan kemenjadian murid.

10.2 Semoga program ini akan berjalan dengan jayanya serta mencapai
objektif yang telah digariskan.

10.3 Segala jasa baik dan sokongan yang diberikan amatlah dihargai dan
didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh :

(DR. HAMIDAH BINTI MAHMUD)


Penolong Pegawai Pendidikan Daerah
Sektor Perancangan
Pejabat Pendidikan Daerah Bintulu

Tarikh : 28 April 2022

Disahkan Oleh

(FRED ANAK ENTAU)


Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah
Sektor Perancangan
Pejabat Pendidikan Daerah Bintulu

Tarikh : 28 April 2022

Anda mungkin juga menyukai