Anda di halaman 1dari 10

KERTAS CADANGAN

UNIT KAUNSELING DAN KERJAYA


KOLEJ MATRIKULASI PAHANG

KURSUS KEPEMIMPINAN PEMBIMBING RAKAN DINAMIK (PRD) PROGRAM


MATRIKULASI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SESI 2020/2021

TUJUAN

1. Kertas cadangan ini bertujuan untuk mendapat pertimbangan dan kelulusan


YBrs. Timbalan Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) berhubung dengan Kursus Kepemimpinan Pembimbing Rakan Dinamik (PRD)
Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) SESI 2020/2021.

LATAR BELAKANG

2. Pembimbing Rakan Dinamik (PRD) merupakan sekumpulan pelajar yang dipilih


dan dilatih untuk membantu dan membimbing rakan-rakan sebaya dalam menangani
pelbagai cabaran sebagai pelajar di Kolej Matrikulasi KPM.

3. Asas program ini berlandaskan konsep bahawa rakan sebaya adalah orang yang
paling rapat dan lebih memahami isu atau konflik yang dihadapi oleh seseorang pelajar.
Pelajar lebih selesa berkongsi isu atau konflik dengan rakan sebaya berbanding dengan
orang dewasa. Oleh itu, jika diberi bimbingan yang betul, ahli PRD dapat menjadi
sahabat pendengar yang baik dan rakan pembimbing yang bijak dalam mendapatkan
bantuan kepada rakan-rakan yang menghadapi isu atau konflik.

4. Dalam menjalani kehidupan seharian di kolej, pelajar mungkin menghadapi


pelbagai tekanan berpunca dari pelbagai sebab seperti masalah penyesuaian,
pembelajaran, sosial, kewangan, keluarga, rakan-rakan dan sebagainya yang boleh
mengganggu prestasi jika tidak dibendung. Pelajar yang bijak akan segera mendapatkan
bimbingan kaunselor, sebahagian lagi melepaskan tekanan dengan melakukan pelbagai
aktiviti sukan dan riadah, sebilangan lagi tidak berbuat apa-apa, manakala sebilangan
lagi akan terarah melakukan perkara-perkara negatif.

5. Program PRD diwujudkan bertujuan untuk melatih seorang pelajar dalam bidang
kemahiran asas komunikasi dan kaunseling. Ia berfungsi sebagai seorang kawan yang
berkesan kepada rakan sebaya, terutama kepada mereka yang memerlukan
pertolongan. PRD tidak berfungsi untuk memberi nasihat dan menyelesaikan masalah
rakan-rakan tetapi menjadi seorang pendengar yang peka kepada perasaan orang lain,
berminat dan mengambil berat serta rela memberi khidmat dalam sistem sekolah.
6. Peranan ahli PRD bukan untuk menjadi kaunselor atau menggantikan tugas
kaunselor, sebaliknya mereka adalah rakan yang dapat mendengar, memahami keluh
kesah dan isu-isu yang dihadapi rakan-rakan, dapat mencerap segala yang didengar dan
seterusnya membantu rakan-rakan untuk mendapatkan bantuan.

7. Dalam melaksanakan tanggungjawab tersebut seorang ahli PRD seharusnya


dapat menjadi pendengar yang baik, berempati, menghormati rakan, pemberi
maklumat yang betul, serta dapat merujuk rakan-rakan mereka yang memerlukan
pertolongan kepada kaunselor kolej untuk bantuan yang bersesuaian.

ASAS PERTIMBANGAN

8. Program PRD merupakan program tahunan di kolej-kolej matrikulasi yang perlu


diberi pemantapan supaya dapat
dilaksanakan dengan lebih baik.

9. Berdasarkan keperluan ini, kursus ini dicadangkan bertujuan memberi


pendedahan berkaitan peranan, fungsi dan tanggungjawab ahli PRD serta memberi
latihan kemahiran menolong yang perlu mereka kuasai sebagai seorang ahli PRD di kolej
matrikulasi.

10. Kursus ini akan dilaksanakan secara serentak di semua


Kolej Matikulasi KPM berikutan Perintah Kawalan Pergerakan
Pemulihan (PKPP) dengan mengikut Garis Panduan Pelaksanaan Program Latihan
Secara Bersemuka Semasa Pandemik Covid-19 (No. Rujukan: KPM.500-8/1/2(86) ber-
tarikh 30 Jun 2020).

PERINCIAN CADANGAN
Objektif kursus ini adalah untuk;

a) Memberi pendedahan dan bimbingan tentang peranan, fungsi dan tanggungjawab ahli
PRD di kolej matrikulasi,

b) Memberi latihan dan bimbingan tentang asas-asas kemahiran menolong yang perlu
mereka kuasai bersesuaian dengan peranan mereka sebagai seorang ahli PRD di kolej
masing-masing,

c) Memantapkan personaliti diri supaya mereka lebih berkeyakinan dan;

d) Memberi ruang dan peluang kepada peserta program untuk berinteraksi,


berkomunikasi dan berkongsi idea tentang pelbagai isu kehidupan pelajar semasa
berada di kolej matrikulasi
Kursus ini akan dianjurkan oleh Bahagian Matrikulasi KPM pada
23 hingga 25 Oktober 2020 (Jumaat hingga Ahad) dan dikelolakan di Kolej Matrikulasi Pahang

8. Jawatankuasa Induk kursus ini adalah seperti yang berikut:


Penasihat : Dr. Hajah Rosnarizah binti Abdul Halim
Pengarah BMKPM
Pengerusi : Tuan Haji Mohd Kassim bin Jaafar
Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Pelajar (SPPel) BMKPM
Naib Pengerusi : Mohamad Faizal bin Saad
KPP SPPel BMKPM
Penyelaras : Halimatun Saadiah binti Ahmad Usuldin
PP SPPel BMKPM
9. Jawatankuasa Pelaksana kursus ini adalah seperti yang berikut:

Penasihat : Ahmad Tajuddin bin Gezai


Pengarah

Pengerusi : Mohd Mahyuddin bin Mohd Noordin


Timbalan Pengarah

Naib Pengerusi : Mohd Azeli bin Abdul Latif


Ketua Jabatan Pengurusan Pelajar

Bendahari : Mohd Fadzli bin Daud


Pegawai Eksekutif Kanan

Penyelaras : Nurhusna binti Bahrin


Penyelaras PRD

Pen. Penyelaras : Kamarozita binti Kamarudin


PP Kaunselor

Urus Setia : Mohd Anuar bin Ali


PP HEP 1
: Nor Hazura binti Mohd
PP HEP 2

PA System : Md Zaiman bin Awang Kechil


: Shahrulfahmi bin Abdullah

10. Kumpulan sasaran adalah terdiri dalam kalangan pelajar dan pegawai seramai 50 orang
(mengikut Garis Panduan pelaksanaan SOP yang diberikan seperti penjarakan fizikal.

11. Atur cara kursus seperti LAMPIRAN 1.


IMPLIKASI KEWANGAN
12. Perbelanjaan bagi Kursus Kepemimpinan PRD Program Matrikulasi Kementerian Pendi-
dikan Malaysia Sesi 2020/2021 menggunakan Anggaran Belanja Mengurus (ABM) Kolej
Matrikulasi Pahang KPM berjumlah RM5120.00 dengan pecahan OS seperti yang beri-
kut:

a. OS42000 sebanyak RM5120.00


(Perincian perbelanjaan rujuk LAMPIRAN 2)

KESIMPULAN
13. Kursus Kepemimpinan Pembimbing Rakan Dinamik (PRD) Program Matrikulasi KPM Sesi
2020/2021 wajar dilaksanakan bagi meningkatkan kecekapan ahli PRD agar dapat
memberikan kesan yang positif kepada pelajar-pelajar lain.

SYOR
14. Unit Kaunseling dan Kerjaya memohon pertimbangan dan kelulusan YBrs. Pengarah
Kolej Matrikulasi Pahang Malaysia (KPM) berhubung dengan cadangan Kursus
Kepemimpinan PRD Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia Sesi
2020/2021.

Disediakan oleh ,

…………………………
NURHUSNA BINTI BAHRIN
Pegawai Kaunseling,
Kolej Matrikulasi Pahang

Disokong oleh ,

………………………………………………
(MOHD AZELI BIN ABDUL LATIF)
Ketua Jabatan Pengurusan Pelajar,
Kolej Matrikulasi Pahang.

Disemak oleh ,

………………………………
(MOHD FADZLI BIN DAUD)
PEK
Kolej Matrikulasi Pahang.
ULASAN KETUA JABATAN PENGURUSAN PELAJAR
KURSUS KEPEMIMPINAN PEMBIMBING RAKAN DINAMIK (PRD)
PROGRAM MATRIKULASI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SESI 2020/2021

DISOKONG

TIDAK DISOKONG

__________________________________________________________
__________________________________________________________
__________________________________________________________
__________________________________________________________
__________________________________________________________
__________________________________________________________
_____________________________________

Nama:
Cop:
Tarikh:
ULASAN TIMBALAN PENGARAH KOLEJ MATRIKULASI PAHANG
KURSUS KEPEMIMPINAN PEMBIMBING RAKAN DINAMIK (PRD)
PROGRAM MATRIKULASI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SESI 2020/2021

DILULUSKAN

TIDAK DILULUSKAN

__________________________________________________________
__________________________________________________________
__________________________________________________________
__________________________________________________________
__________________________________________________________
__________________________________________________________
_____________________________________

Nama:
Cop:
Tarikh:
ULASAN PENGARAH
KURSUS KEPEMIMPINAN PEMBIMBING RAKAN DINAMIK
PROGRAM MATRIKULASI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SESI 2020/2021

LULUS

TIDAK LULUS

KEPUTUSAN LAIN

____________________________________________________
____________________________________________________
____________________________________________________
____________________________________________________
____________________________________________________
____________________________________________________

Nama:
Cop:
Tarikh:
LAMPIRAN 1

JADUAL KURSUS KURSUS KEPEMIMPINAN PEMBIMBING RAKAN DINAMIK (PRD)


PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SESI 2020/2021
5.30 - 6.30
4.30 –
Tarikh / Hari 7.00 – 2.00 2.45 -3.15 3.15 – 4.30 6.30 – 9.00 – 10.30 10.30
5.30
9.00
Slot 2: LDK 1

Pengrusan Diri
Minum Malam /
SLOT 1: Pengenalan PRD
Pendaftaran ”ICE BREAKING” Fungsi, Peranan

Riadah (Aktiviti Kecergasan) -Kokurikulum


Peserta & Pembahagian Kumpulan

Makan Malam / Pengurusan Diri/ Solat


Jumaat (Urus
dan
MENGHADIRI KELAS (Kaunselor/ Fasilitator)
Setia) Tanggungjawab
Taklimat PRD di

Minum Petang/solat
program Kolej Matrikulasi
(Kaunselor/
Fasilitator)
5.45 10.30

Pengrusan Diri
Minum Malam /
– 8.30 – 10.30 – 11.00 – 1.00 1.00 – 2.15 2.15 – 4.30 Slot 6: LDK 5
8.30 11.00 Perhubungan
Slot 3: LDK 2 Interpersonal
Sabtu Penyelesaian Masalah Slot 4: LDK 3 Slot 5: LDK 4 &
Makan Tengah Hari/ Pengurusan Diri
dan Membuat Kesedaran Kendiri Asas Komunikasi PRD Ketrampilan PRD
Pengurusan Diri/ solat/ Sarapan

Keputusan (Kaunselor/ (Kaunselor/ (Kaunselor/


(Kaunselor/ Fasilitator) Fasilitator) Fasilitator)
Fasilitator)
Minum Pagi

10.30 11.00
Slot 7: LDK 6 – –
11.00 1.00
Kemahiran Menolong
& Aktiviti Kemahiran RUMUSAN
MAJLIS KURSUS TAMAT
Ahad Kerjasama Dalam PENUTUP
&
Kumpulan OLEH
PENILAIAN
(Kaunselor/ YBrs.
KURSUS
Fasilitator) PENGARAH
KOLEJ
LAMPIRAN 2

ANGGARAN BELANJAWAN

Bil PERKARA BILANGAN ANGGARAN JUMLAH JUMLAH


UNIT SEUNIT (RM) KESELURUHAN
(RM) (RM)
1. Pakaian Peserta 45 orang 25.00 1125.00 1125.00

2. Makan Peserta 3 hari 40 orang 40.00 1600.00 1600.00


3. Air Mineral 40 kotak 18.00 720.00 720.00
4. Peralatan Kursus
4.1 Artline Marker Pen
- Merah 3 34 306
- Biru 3
- Hitam 3
4.2 Luna Colour Pencil 12pcs 20 kotak 10 200
4.3 Crayon Buncho 20 kotak 5 100
4.4 Tali Rafia 1 gulung 12 12
4.5 Magic Colour 20 kotak 6 120
4.6 Buildings Block @ Lego 20 pack 20 200
4.7 Bola pingpong 4 kotak/6pcs 7.50 30
4.8 Belon 100pcs 20 20
4.9 Kertas Lukisan 6 rim 10 60
5.0 Fail Plastik 45 3 135
5.1 Kertas Mahjong 2 gulung 8 16
5.2 Kertas A4 4 rim 10 40
5.4 Masking Tape 12 unit 3 36 1275
5. Hadiah peserta
5.1 Kumpulan 1 1 120 120
5.2 Kumpulan 2 1 100 100
5.3 Kumpulan 3 1 80 80
5.4 Individu L & P 2 50 100 400

Jumlah keseluruhan RM5120.00

Diluluskan oleh,

……………………………………………….
(AHMAD TAJUDDIN BIN GEZAI)
Pengarah
Kolej Matrikulasi Pahang

Anda mungkin juga menyukai