Anda di halaman 1dari 7

INSTITUT PENDIDIKAN GURU,

KAMPUS PERLIS
01000 KANGAR, PERLIS

KERTAS KERJA
KURSUS KEPIMPINAN
DAN PEMANTAPAN JATI DIRI PEMIMPIN
PELAJAR 2013

Tarikh :
21 HINGGA 24 FEBRUARI 2013
(KHAMIS AHAD)
Tempat :
KEM BTN BALIK PULAU , PULAU PINANG
Anjuran :
JABATAN HAL EHWAL PELAJAR
DENGAN KERJASAMA
BIRO TATANEGARA (BTN) PERLIS

1.0 PENGENALAN
Pemimpin merupakan individu yang boleh memberi pengaruh kepada individu
lain. Sesuatu yang menarik dalam kepimpinan adalah kewujudan pemimpin yang
berada dalam organisasi yang mempunyai struktur yang tersendiri dengan mewujudkan
hubungan pemimpin dan pengikut bagi pencapai kecemerlangan. Pencapaian yang
cemerlang di dalam sesuatu organisasi memerlukan aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh
pemimpin bagi mendorong pengikutnya meningkatkan tekad dan keazaman ke arah
kecemerlangan organisasi tersebut. Oleh itu, usaha ke arah penyatuan aktiviti
sesebuah organisasi bergantung kepada kepintaran seseorang pemimpin itu dalam
mengaplikasikan profesionalisme dalam kepimpinan.
Selain itu, dalam menghadapi era perubahan teknologi informasi, organisasi juga
perlu melakukan adaptasi yang cepat dan radikal bagi menangani tekanan kompetatif
yang diwujudkan oleh perkembangan pasaran global. Pengurusan yang hanya
menekankan kualiti tanpa mengambil kira kreativiti akan ketinggalan dan akhirnya
menguruskan organisasi secara tradisional. Pengurusan kualiti menyeluruh masa kini
perlu diberikan suntikan baru supaya lebih peka tentang perubahan yang berlaku dalam
pembentukan budaya korporat di samping bertindak balas terhadap situasi global yang
mampu menjejaskan kemampuan sesebuah pengurusan dalam organisasi. Untuk
mencapai perubahan dalam struktur, sistem, perhubungan dan bentuk aktiviti yang
mengintegrasikan kesemua matlamat, pengurusan sesebuah organisasi itu perlu
membuat penyesuaian terhadap perubahan dalam paradigm pemikiran.

2.0 MATLAMAT
i. Sebagai pemimpin pelajar mereka perlu diberi pendedahan satu program
kepimpinan terancang yang berorientasikan persekitaran Institut
Pendidikan Guru dan menepati hasrat pendidikan guru.
ii. Pemimpin pelajar perlu diberi pendedahan kemahiran mengurus dan
mentadbir persatuan bagi membolehkan organisasi dan persatuan
mereka berfungsi dengan lebih berkesan.
iii. Pemimpin pelajar juga perlu berperanan sebagai pembimbing rakan
sebaya dan mampu memahami masalah pelajar-pelajar yang dipimpin.
iv. Pemimpin pelajar sebagai jambatan perhubungan antara pelajar-pelajar
dengan pihak pentadbiran institut.
3.0 OBJEKTIF
Setelah mengikuti kursus ini, peserta dapat :
i. Membentuk diri sebagai guru dan pemimpin yang inovatif, kreatif dan
berwawasan.
ii. Memahami dan menghayati visi dan misi Kementerian Pendidikan
Malaysia, Bahagian Pendidikan Guru dan Institut supaya dapat
memainkan peranan yang berkesan selaras dengan hasrat tersebut.
iii. Menguasai kemahiran mengurus dan mentadbir persatuan lain serta
dapat mewujudkan rangkaian kerja yang berkesan.
iv. Membolehkan pemimpin pelajar menguasai kemahiran generik, membina
daya tahan dan penampilan diri.
v. Membolehkan pemimpin pelajar menangani cabaran dan perubahan
semasa secara positif dan berkesan.

4.0 TEMPAT
Kem BTN Balik Pulau, Pulau Pinang.

5.0 TARIKH
21 hingga 24 Februari 2013

6.0 TENTATIF PROGRAM
Rujuk Lampiran 1.





7.0 ANGGARAN BELANJAWAN
Bil. Perkara RM Peserta Jumlah (RM)

1.
Cenderamata Fasilitator 35.00 15 525

2.
Baju T JPP 30.00 27 810

3.
Banner 100.00 - 100.00

Jumlah 1435.00


8.0 PENYERTAAN
Semua Ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP)







9.0 PENUTUP
Sebagai pemimpin pelajar, JPP mestilah memiliki kekuatan daripada aspek
rohani dan jasmani supaya dapat memimpin dan memberi contoh kepada para
pelatih institut.Sehubungan itu, dengan wujudnya program seperti ini karektor
para peserta akan dapat dibentuk dan lebih menyerlah serta akan menjadi
pemimpin yang proaktif serta diyakini dan berkebolehan sebagai perantara
antara pihak pentadbiran IPG Kampus Perlis dan para pelatih institut.
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar berharap agar kertas kerja ini diluluskan dan
segala perancangan yang diatur dapat direalisasikan.

Disediakan oleh: Disahkan olah :

................................ ..
(Ahnizah binti Arshad) ( Mohd Latfi bin Ahamad )
Ketua Unit Kediaman,, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar
IPG KAMPUS PERLIS IPG KAMPUS PERLIS

Diluluskan oleh:

.......................................
(Tan Ying Kee)
Pengarah,
IPG KAMPUS PERLIS
s.k. : 1. Pengarah.
2. Timbalan Pengarah
3. KJ HEP.
4. Fail JPP.

LAMPIRAN 2
AHLI JAWATANKUASA

Penaung I : En. Tan Ying Kee
Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis.

Pensyarah Penasihat : En. Mohd Latfi bin Ahamad
Ketua Jabatan
Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis.

Setiausaha : Cik Ahnizah bt Arshad
Ketua Unit Kediaman
Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis

AJK : En Badrulzaman bin Abdul Latif
En. Abdul Halim bin Abdul Rahman
Cik Nooraini bt Abd. Latif
En. Mahmud bin Rahmat








LAMPIRAN 3
Senarai Jawatankuasa
Kursus Kepimpinan Dan Pemantapan Jati Diri Pemimpin Pelajar 2013.
AJK Peralatan & Aktiviti
En Abdul Halim Abdul Rahman (K):
Ahmad Zahid Hamidi Badrul Sham
Siti Atiqah Azizan
Norashiqin Ali

AJK Pengangkutan/ Keselamatan /Kebajikan:
En Badrulzaman Abdul latiff (K)
Nur Izzati Amira Ridzwan
Mohammad Syafiq Ahmad Fuad
Nurul Liyana Shaharudin

AJK Hadiah/ Sijil/ Makanan:
Cik Nooraini Abdul Latiff (K)
Ong Siew Yee
Faris Ikhwan Mahadi

AJK Protokol & Tugas-Tugas Khas:
Cik Ahnizah Arshad (K)
Mohd Faiz Ahmad
Mohd Syafiq Mohd Zulkifli

AJK Siaraya & Dokumentasi:
En Ahmad Latfi Ahamad (K)
Ibnul Mawardi Ishak
Nur Atikah Mohd Nasrudin
Mauldia Issela Kintang

Urusetia:
En Mahmud Rahmat

Anda mungkin juga menyukai