Anda di halaman 1dari 7

BABAK 1

Lampu dinyalakan secara perlahan-lahan daripada kelam kepada cerah. Video


berita sambutan bulan kemerdekaan ditayangkan pada layar putih. Kelihatan Pak
Sahak sedang bersiap untuk menghadiri sambutan bulan kemerdekaan di Dataran
Merdeka, Kuala Lumpur.
(Lagu instrumental dimainkan)
Pak Sahak: Haish, tak sabarnya lah aku. Baju pun dah baru, songkok pun baru, apa
lagi tak baru. Bini je belum tukar baru.
Saadah: Abang, nak tambah cawangan baru ke?
Pak Sahak: Haish, takdelah. Cawangan yang ada pun tak terjaga. Ni ha,saya tengah
cakap pasal bunga ni. Lama sangat dah ni. Makin lama makin layu.
Kelihatan Rozaimi masuk ke pentas sambil terlopong melihat gelagat ayahnya
Rozaimi: Amboi bapak, sampai ke dapur bau minyak wanginya (sambil memandang
bapanya dari atas hingga ke bawah). Haish, bapak nak tambah cawangan lagi ke pak?
Pak Sahak: Kalau iya pun, jangan cakap kuat sangat. Nanti mak kamu dengar,
dicawannya kepala bapak. Takdelah, bapak bersiap nak pergi sambut hari merdeka kat
Kolumpo. Hari ni kan 31 Ogos. Kamu tak nak ikut ke Rozaimi?
Rozaimi: Alah bapak, tiap-tiap tahun duduk terpekik terlolong, terpekik terlolong jerit
merdeka! merdeka! merdeka! (menganjing). Tapi apalah sangat yang bapak dapat?
Berpeluh ketiak adalah. Ha Ha Ha. Kalau setakat nak tahu tentang sejarah, tentang
merdeka, tentang tokoh, semua tu Rozaimi dah khatam. Tu, tengok buku teks tu, dah
macam pekasam, tiap-tiap hari Rozaimi baca.
Pak Sahak: Rozaimi..Rozaimi.. Ape nak jadi dengan kamu ni Mi. Kalau setakat belajar,
tapi tak faham, tak menghayati, tak ambil pengajaran, sia sia je lah kamu pergi sekolah.
Kalau kamu dah belajar sangat, dah tahu semua sejarah Malaysia ni, kamu kenal tak
Sir Francis Light. Ha, acu cerita dekat bapak.
Rozaimi: Errrrr, jap ye bapak. Sir Francis Light ye. Kalau Perancis lawan Jerman, saya
tahu lah bapak.
Pak Sahak: Ha, itulah yang kamu tahu. Menambah bil eletrik bulan ni je lah jawabnya.
Ni, Sir Francis Light tu orang Britain, dia datang ke sini tahun 1786. Adakah kamu lupa
pada lipatan sejarah?
Rozaimi: Buat ape pulak lah dia datang ke sini?
Saadah: (sambil membawa dulang air). Ha, elok sangat lah tu, dua beranak duduk
cerita pasal Francis Light. Mak ni dulu, subjek sejarah gini ha!. Sir Francis Light datang
ke sini untuk menakluk Pulau Pinang dari Sultan Kedah pada tahun 1786!.
Rozaimi: La, betul ke mak, betul ke yah?
Pak Sahak: Betul kata mak kamu tu. Ha, biar mak yang jawab soalan-soalan kamu tu.
Bapaknya nak pergi hidupkan enjin kereta dulu.
Saadah: Betul, lepas Sir Francis Light datang, datang pula Sir Thomas Stamford
Raffles pada tahun 1819, nak dibukanya pelabuhan bebas di Singapura. Diorang buat
tu, bukannya untuk kita, tapi untuk membolot semua kekayaan di Tanah Melayu.
Rozaimi: Ha, yang ni saya hafal mak. Lepas 1819, pada tahun 1824, perjanjian
Inggeris-Belanda ditandangani.! Berdasarkan perjanjian itu, Melaka telah jatuh ke
tangan Inggeris! Adakah emak lupa pada lipatan sejarah? (dinyatakan secara perli).
Saadah: Haish, perli emak nampak. Ada juga hasil bapak hantar kamu ke sekolah.
Tapi, jangan lupa. Lepas perjanjian Inngeris-Belanda dtandatangani, kita ni dilayan
macam sampah, terpaksa menjadi hamba di bumi sendiri. Mereka letak Singapura,
Melaka, dan Pulau Pinang dibawah pentadbiran Negeri-negeri Selat pada tahun 1826.
Aduh, rugi kita. Rugi!
Rozaimi: Tapi kan mak, cikgu sejarah saya cerita, Tanah Melayu dulunya dijajah oleh
banyak negera. Yang paling jahat sekali, Jepun. Betul tak mak?
Saadah: Kadang-kadang bijak juga kau ni Rozaimi. Betul dah tu Rozaimi. Jepun
memang pernah menjajah kita, sekitar tahun 1941 hingga 1945.
Rozaimi: Tapi kan mak, Jepun menjajah sekejap je, macam mana mak kata Jepun ni
paling kejam dan jahat?
Saadah: Ni ha, kau tengok parut dekat muka mak ni. Semua ni sebab Jepun lah ni.
Nasib baik tak disembelihnya mak ni. Kalau tak, takdalah kau depan mak ni ha.
Rozaimi: Ingatkan parut dekat muka ni, mak jatuh waktu main galah panjang masa
kecil dulu. Nasib baiklah bapak berkenan jugak dengan mak.


Saadah: ha, kalau kau nak tahu macam mana mak kena seksa dengan tentera jepun
dulu, mari ikut mak, kita sembang kat luar rumah, berangin sikit.

























Babak 2

Lampu pentas dinyalakan secara perlahan-lahan. Seorang pegawai tentera Jepun
berdiri tegak di tengah pentas. Kelihatan Saadah sedang ditolak masuk ke pentas oleh
seorang tali barut Jepun bernama Jamal.
Jamal: Cepat, cepatlah masuk. Tuan Yamashita dah tunggu tu.
Saadah: Lepaskan aku! Lepaskan aku Jamal, kamu memang jantan tak guna, sanggup
kau gadaikan Tanah Melayu dengan menjadi tali barut Jepun. Kau dah tipu kami!
Askar Jepun: Kamu diam. Sekarang kami yang berkuasa di Tanah Melayu ini. Kamu
harus tunduk pada perintah kami. Orang-orang kamu, telah aku tangkap! Ha ha ha.
Saadah: Engkau memang manusia durjana! Mulanya, kau kata kepada kami semua,
Asia adalah untuk Asia! Kau janji nak bebaskan kami dari penjajah, tapi engkau berlaku
kejam dengan kami! Engkau berlaku zalim dengan kami! Kau lah penjajah yang
sebenarnya!
Askar Jepun: Padan muka kamu! Kami datang ke Tanah Melayu adalah kerana ingin
membolot keseluruhan hasil bumi dan ekonomi di sini. Kamu semua harus mengikut
perintah kami. Sebelum aku bertindak ganas, lebih baik engkau diam! Ha ha ha ha.

Saadah: Kamu boleh bunuh kami, kamu boleh hancurkan tanah kami, tapi kau tak
boleh padamkan semangat kami untuk bebas! Ini tanah Melayu, di sini, lahirnya cinta !
Inilah tanah tumpah darahku !

Tentera Jepun: Kurang ajar! (sambil menghiris pipi Saadah). Ini sebagai peringatan,
pedang ini akan memancung kepala kau! Ha Ha Ha. (sambil keluar pentas bersama tali
barutnya meninggalkan Saadah)






Saadah (Bersajak):
Ah ! Sakit !
Lihatlah, lihatlah tadi.
Mana erti secebis kedamaian ?

Saat Jepun berundur,
Damaikah kita?
Parti Komunis Malaya,
Yang kononya, menjanjikan kedamaian,
Namun apa yang kita dapat?
Mereka menggila.
Mana perikemanusiaan? Mana hilang norma kasihan?

1946, titik tolak mula diatur,
Malayan Union, British mewarta,
Hak rakyat dipandang sepi,
Rakyat ditolak jatuh ke tepi.

Ayuh kita bersatu !
Wujudkan UMNO, MIC dan MCA
Sebagai wadah perjuangan kita.

Telusuri titik peluh pejuang bangsa,
Tunku Abdul Rahman!
Merdeka !
Siapa yang melaungkan laungan itu?
Ya, Dialah Tunku Abdul Rahman,
Ini dia, tokoh kita,
Tunku Abdul Rahman,
Nama yang takkan pernah kita lupa,
Oh Malaysia ! Di sini, lahirnya sebuah cinta !

Babak 3

Lampu pentas dbuka secara perlahan-lahan. Kemudian, Tunku Abdul Rahman tampil
ke tengah pentas

Suara belakang tabir: Pada 18 Januari 1956, bermulanya Persidangan Meja Bulat di
antara wakil-wakil Kerajaan Perikatan UMNO-MCA-MIC dan wakil-wakil Raja-raja
Melayu dengan pegawai-pegawai dari Pejabat Tanah Jajahan British di Lancaster
House, London untuk menuntut kemerdekaan bagi Persekutuan Tanah Melayu. YTM
Tunku Abdul Rahman Putra, Dato Abdul Razak Hussein, Dr. Ismail Abdul Rahman,
Kolonel H.S. Lee, Encik T.H.Tan dan Encik Bahaman Shamsuddin selaku Setiausaha
bersama adalah antara tokoh penting dalam persidangan ini. Tidak terkecuali empat
wakil bagi Raja-raja Melayu iaitu Dato Panglima Bukit Gantang Haji Abdul Wahab bin
Toh Muda Abdul Aziz, Dato Nik Ahmad Kamil, Encik Abdul Aziz Majid dan Dato Mohd
Seth Mohd Said. Persidangan yang berlangsung selama tiga minggu ini banyak
membincangkan soal kemerdekaan Tanah Melayu khususnya.

Kemudian, pada 8 Febuari 1956, satu perjanjian kemerdekaan Persekutuan Tanah
Melayu telah ditandatangani di Lacester, London.Sekembalinya Tunku dan
rombongannya dari London, berita gembira itu telah disampaikan kepada orang ramai
pada satu perhimpunan di Padang Merdeka, Bandar Hilir Melaka - bandar yang telah
menyaksikan banyak penjajah datang dan pergi. Berita ini telah disambut dengan
penuh kegembiraan oleh semua penduduk Tanah Melayu.

Kemudian, tibalah saat dan masa yang ditunggu-tunggu oleh kesekian kalinya oleh
seluruh rakyat Tanah Melayu.

Tunku Abdul Rahman: Dengan nama Allah yang pemurah lagi maha mengasihani,
saya, TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA IBNI AL-MARHUM SULTAN ABDUL HAMID
HALIM SHAH, perdana menteri bagi Persekutuan Tanah Melayu dengan
persetujuan dan kelulusan dari Yang Mulia Raja-Raja negeri-negeri Melayu dengan ini
mengisytiharkan bagi pihak rakyat Persekutuan Tanah Melayu yang tiga puluh satu hari
bulan Ogos, seribu sembilan ratus lima puluh tujuh, Persekutuan Tanah Melayu yang
terdiri daripada Negeri Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis,
Kelantan, Terengganu, Perak, Melaka dan Pulau Pinang adalah dan dengan berkat
Tuhan itu akan ditempatkan sesuatu Negara demokratik dan bebas berdaulat yang
berasaskan prinsip-prinsip kebebasan dan keadilan dan sentiasa mencari kebajikan
dan kebahagiaan rakyatnya dan penyelenggaraan keamanan yang adil di kalangan
semua negara.

Merdeka (7kali)

Anda mungkin juga menyukai