Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA

PROGRAM BINA INSAN GURU FASA 6 (BIG 3106)


Bengkel Guru Inovatif dan Interaksi Profesional dengan Guru Cemerlang

TARIKH HARI MASA TEMPAT ANJURAN

: 29 JUN 2013 : SABTU : 8.00 PAGI 5.00 PETANG : DEWAN KULIAH A, BLOK BARU, IPG KAMPUS PULAU PINANG : PISMP T3PC AMBILAN JANUARI 2011

1.0

PENGENALAN

Program Bina Insan Guru merupakan suatu program yang dirangka khas untuk memenuhi syarat guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) bagi memperoleh Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Program ini diletakkan di bawah komponen Asas Dinamika Guru (ADG), pelaksanaan program Bina Insan Guru merupakan suatu mekanisme tambahan dalam pembentukan nilai jati diri para pelajar guru kearah membentuk insan guru yang menepati keperluan negara dan juga senada dengan Falsafah Pendidikan Negara dan juga mematuhi prinsip- prinsip yang dijunjung dalam Rukun Negara. Proses pembinaan insan guru dibina berlandaskan kepada aspek kesedaran bahawa profesion perguruan adalah profesion yang mulia dan memerlukan sikap dan tanggungjawab yang tinggi. Program Bina Insan Guru fasa keenam ini meliputi perkembangan kemahiran latihan menerusi bengkel yang bertemakan Guru Inovatif dan interaksi profesional dengan guru cemerlang. Pelajar guru didedahkan kepada kemahiran merancang, mengendali dan menghadiri bengkel. Aspek yang diberi penekanan ialah guru inovatif melalui ciri-ciri guru yang inovasi dan refleksi Bina Insan Guru dari semester 1 hingga 6 dari sudut mentadbir ujian post Inventori Self Direct Search dan inventori konflik , interpritasi dapatan ujian dan refleksi Bina Insan Guru. Selain itu, aspek yang diberi penekanan ialah interaksi profesional dengan guru cemerlang, amalan pengajaran dan pembelajaran guru cemerlang, ciri-ciri

profesionalisma dan komitmen guru cemerlang. Penekanan kepada aspek berikut penting sebagai pemahaman pelajar guru terhadap tanggungjawab profesion perguruan. Oleh itu, guru memerlukan kekuatan dan kemantapan dalam diri dari aspek yang lengkap iaitu jasmani, emosi, rohani atau intelek. Sebagai insan yang bergelar guru adalah menjadi suatu kewajipan untuk menampilkan peribadi dan jati diri yang baik di samping meningkatkan kualiti dan ketrampilan diri. Oleh itu, pengisianpengisian positif, penerapan nilai-nilai murni dan pengamalannya juga perlu disemai dalam diri guru agar ia menjadi contoh dan ikutan kepada anak didik khususnya dan masyarakat amnya dalam mengharungi cabaran di era globalisasi.

2.0

RASIONAL Menyedari hakikat kebenaran pepatah hati gajah sama dilapah hati kuman sama

dicecah dan pengalaman perlu dicari sebanyak mungkin, usaha pelajar guru menimba dan menyediakan diri dengan pelbagai ilmu dalam mempersiapkan diri dengan kehidupan sebenar sebagai seorang guru. Dengan adanya aktiviti seperti ini dapat memberi ruang kepada pelajar guru menimba pengalaman dan pengetahuan baru sebanyak mungkin tentang cara menguruskan sesuatu pengurusan dengan lebih efisien. Ia juga membuka minda pelajar guru agar tidak terikat dengan sesuatu cara pentadbiran dan organisasi sahaja. Selain itu, ia juga dapat menambahkan pengetahuan guru pelatih untuk membuat rujukan dengan lebih lanjut dan modeling menerusi interaksi profesional dengan guru cemerlang.

3.0

MATLAMAT Selaras dengan tema sambutan Hari Guru pada tahun 2012 iaitu Guru Inovatif

Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara dan tema bagi bengkel Bina Insan Guru pada kali ini iaitu Guru Inovatif, setiap bakal guru harus memiliki sikap kerjasama, keyakinan, bertanggungjawab serta mempunyai sahsiah bersepadu serta bertolak ansur. Penglibatan diri di dalam mengendalikan aktiviti yang melibatkan banyak pihak ini akan menjadikan seseorang guru itu lebih yakin, berketrampilan dan berwibawa. Bengkel ini bermatlamat untuk memberi pendedahan yang sewajarnya kepada pelajar guru sebelum memulakan kerjaya di sekolah kelak. Selain itu, ini juga sebagai pengukuhan kepada pelajar guru terhadap silibus yang pernah dipelajari secara teori sebelum ini dan juga memantapkan pembinaan karektor sebagai seorang guru pada masa akan datang. Maka, dengan adanya bengkel ini juga di harapkan supaya pelajar guru sekalian dapat membuat rujukan lebih mengenai bidang yang diceburi sekarang.

4.0

OBJEKTIF

Bengkel Guru Inovatif dan Interaksi Profesional dengan Guru Cemerlang diadakan dengan tujuan untuk:

4.1 4.2

Meningkatkan profesionalisme kendiri pelajar guru secara berterusan Menampilkan ciri-ciri kepimpinan yang bersesuaian dengan tanggungjawab yang

diberikan. 4.3 Memodeli dan mengalakkan pembelajaran secara inkuiri dan koperatif serta

menggunakan pendekatan pembelajaran kendiri. 4.4 4.5 Membuat muhasabah diri, menerima kelemahan diri dan sanggup berubah. Mengamalkan nilai-nilai murni melalui tingkah laku yang dapat dijadikan sebagai

contoh yang baik. 4.6 Memahami dan menghayati budaya kerja cemerlang dan mengaplikasikan dalam

pengurusan pendidikan seharian.

5.0

BUTIRAN PROGRAM

5.1

Penyertaan

21 pelajar guru dari kelas pengajian cina program PISMP ambilan januari 2011 yang terdiri daripada 3 orang pelajar guru lelaki dan 18 orang pelajar guru perempuan serta pensyarah pembimbing ataupun mentor iaitu Encik Kwan Nam Poh.

5.2

Pelaksanaan 5.2.1 Tarikh 5.2.2 Hari 5.2.3 Masa 5.2.4 Tempat : 29 Jun 2013 : Sabtu : 8.00 Pagi 5.00 Petang : Bilik Kuliah A, Blok Baru, IPG Kampus Pulau Pinang

5.4

Tentatif Program Masa 7.30 8.00 8.00 8.30 Aktiviti Persiapan Tempat dan Pendaftaran Peserta Majlis Perasmian - Ucapan Pengerusi - Ucapan Perasmian Pensyarah Pembimbing - Penyampaian cenderahati kepada penceramah jemputan

8.30 10.30 10.30 11.00 11.00 13.00 13.00 14.00 14.00 15.30 15.30 15.45 15.45 16.45 16.45 5.00 5.00 5.30

Bengkel Guru Inovatif (1) Rehat dan sarapan Bengkel Guru Inovatif (2) Makan Tengah Hari Interaksi Profesional dengan Guru Cemerlang (1) Rehat Interaksi Profesional dengan Guru Cemerlang (2) Majlis Penutupan dan sesi fotografi Pemeriksaan kawasan dan bersurai

6.0

AHLI JAWATANKUASA PROGRAM BINA INSAN GURU FASA 6

Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Naib Setiausaha Bendahari AJK Perhubungan AJK Makanan AJK Cendaramata AJK Aktiviti/Program

: Ernahwatikah binti Nasir : Chong Chee How : Cheah Yin Yee : Chiam Lay Sze : Sim Hoey Mean : Tng Kai Xin, How Kah Yian : Chua Pei Pei, Kooi Wai Yee : Ku Choon Fong : Chong Hoo Fong, Loo Thye Choon

AJK Kebersihan / Keselamatan : Yeo Elaine, Wong Xiao Jing AJK Tugas Khas AJK Dokumentasi AJK Peralatan : Ting Yen Loo, Sia Choen Cheng : Ding Zi Yuan, Goh Chin Chien : Leong Jia Bih, Tiong Ai Ping

7.0

PERALATAN DAN BAHAN

JENIS Sistem P.A dan mikrofon LCD Plastik Sampah Buku Nota IPG Pen IPG Beg Kitar Semula IPG Botol Mineral Sijil/ Plak Penghargaan *Mohon dari Stor IPG (jika ada).

BILANGAN 2 1 1 Bungkus 6 Buah 9 Batang 3 Buah 1 Kotak 3 Keping

8.0

PERUNTUKAN

Bil

Perkara

Anggaran Harga Per Item

Bilangan

Anggaran Perbelanjaan

1 2 3

Makanan Pelajar Guru Makanan Tetamu Cenderahati/ Penghargaan kepada penceramah jemputan

RM5 RM5 RM30

21 4 3

RM105 RM20 RM90

Air Mineral

RM20

1kotak

RM20 RM235

JUMLAH

9.0

PENUTUP

Kami berharap agar bengkel ini dapat berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang dirancang. Seterusnya, memberikan pengalaman serta pendedahan yang amat berharga kepada pelajar guru dalam membentuk semangat kepimpinan dan profesionalisme yang tinggi terhadap profesion keguruan.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

.. (ERNAHWATIKAH BINTI NASIR) Pengerusi, Bengkel Bina Insan Guru Fasa 6.

. (KWAN NAM POH) Mentor T3PC, IPG Kampus Pulau Pinang.

Disokong oleh,

Diluluskan/Tidak diluluskan oleh,

.. (MAT SALLEH BIN MOHAMAD ZAIN) Penyelaras Bina Insan Guru IPG Kampus Pulau Pinang

(KHALID BIN AHMAD) Pengarah IPG Kampus Pulau Pinang

Anda mungkin juga menyukai