Anda di halaman 1dari 8

LAPORAN INDIVIDU

SEMINAR BINA INSAN GURU (FASA 2)


NAMA: RUBATARSHNE A/P VASU
NO. MATRIK: PLPPIP2011/071/KIC
NO. K/P: 931113-02-5438
KUMPULAN: A6 (V.S NAIPAUL)
TEMPAT: DEWAN LIVERPOOL, KOLEJ ANTARABANGSA
KIRKBY
PENCERAMAH: ENCIK AHMAD SUBKI BIN HAJI MISKON

AHLI KUMPULAN
NABILAH AWATIF BT HASBULLAH
NOR AFRAH BT ROSSAM
NIK ZAFIRAH BT NEK ZAID
ABDUL HAFIZ B ALAM

CHEN XIU WEI


RUBATARSHNE A/P VASU
NUR SHAZA NAJWA BT AHMAD FAKARUDDIN

BIG
1.0 PENDAHULUAN
BIG merupakan satu mata pelajaran dalam komponen Kursus Wajib yang mesti
diikuti oleh semua pelajar PLPPIP, BIG diperuntukkan tiga kredit bersamaan 120
jam interaksi. Semua pelajar wajib lulus BIG. Program ini direalisasikan melalui
satu pakej aktiviti luar dan dalam kampus sepanjang enam semester tempoh

pengajian di bawah kerajaan dan kendalian HEP BPG/IPG. Aktiviti-aktiviti yang


dirancang ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang ciri-ciri dan
kualiti guru-guru yang unggul.
Pelaksanaan BIG adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion
keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati
diri

dan

role

model

kepada

masyarakat,

justeru

guru

harus mampu

menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era
globalisasi. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri (real-self)
dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke
arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan.
Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan
sahsiah dan kuasa professional yang tinggi dan akan sentiasa bersedia di
samping

mampu

menangani

pelbagai

cabaran

pendidikan

dalam

arus

globalisasi. Resolusi Konvensyen Pendidikan kali pertama tahun 2003


mengatakan, pendidikan guru hendaklah berterusan sifatnya dan berpaksikan
hasrat dan komitmen untuk melahir, membina, membentuk dan memupuk insan
guru yang berkualiti iaitu yang memiliki keterampilan professional yang tinggi dan
dicirikan oleh penampilan diri yang terpuji selaras dengan hasrat Negara.

2.0 RASIONAL
Program Bina Insan Guru (BIG) bermatlamat melahirkan guru-guru yang
mempunyai akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan yang mantap, daya
ketahanan diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip
Rukun Negara, Falsafah Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.

3.0 OBJEKTIF

Program BIG ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar:

Memahami reality persekitaran dan responsive secara positif kepada

keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza.


Menggunakan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu tindakan,

amalan atau aktiviti.


Menghayati ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan.
Menilai kesesuaian ciri personality kendiri dan kerjaya keguruan serta

membina pemikiran positif terhadap kerjaya keguruan.


Berupaya mengurus diri dengan mempamerkan disiplin kendiri yang

tinggi, kebolehan berdikari dan penampilan diri yang sesuai.


Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam membuat keputusan dan

menyelesaikan masalah.
Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan jasmani, emosi, rohani

(spiritual) dan sosial


Memupuk semangat berpasukan, berkerjasam dan bertanggungjawab

dalam melaksanakan tugas secara berkumpulan.


Berupaya berfikir secara reflektif dan kritikal ke atas pengalaman,
kekuatan dan kelemahan diri serta mengambil tindakan penambahbaikan
secara berterusan

4.0 KANDUNGAN

K E M A H IR
A N
P E N G A JA
R A N D A N
P EN G E P EM B ELA
T A H U A JA R A N
N D A N
K E FA H
A M A N A M A LA N
N IL A I
P R O FESI
O N A L IS M
E
K EG U R U A
N

5.0 REFLEKSI KENDIRI

S A
H S
IA
H
G U
R U

C IR I
C IR I
KO M P
ETEN S
I
G U R U

Pada 20 Oktober 2013 yang lepas, saya telah menghadiri satu seminar Bina
Insan Guru(BIG) bertempat di Dewan Liverpool Kolej Antarabangsa Kirkby.
Seminar ini telah dihadiri oleh semua pelajar Program Larihan perguruan
Peringkat Ijazah Pertama (PLPPIP) semester 2 dimana melibatkan 126 orang
pelajar. Seminar ini telah diberikan oleh Pensyarah IPG Kampus Ilmu Khas
sendiri iaitu En. Ahmad Subki bin Hj. Miskon. Seminar ini sebenarnya
dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi ceramah yang disampaikan oleh En.
Ahmad Subki dan sesi latihan dalam kumpulan dimana melibatkan para pelajar
dan tutor masing-masing perlu membentangkan tentang input yang didapati
sewaktu ceramah program pembinaan insan guru fasa 2.
Selama mengikuti seminar ini, begitu banyak perkara yang sempat saya pelajari
sama ada secara langsung atau tidak langsung. Seminar yang dimulakan
dengan ceramah yang bertajuk Pembinaan Insan Guru Yang Seimbang begitu
menarik perhatian saya dari awal lagi. Semasa sesi ceramah terutamanya,
penceramah telah banyak menyedarkan saya tentang kesediaan kami sebagai
bakal guru dalam mengamalkan budaya-budaya profesional sejak dari sekarang
lagi.
Antara perkara yang begitu ditekankan oleh En. Ahmad Subki selaku
penceramah pada hari tersebut ialah budaya bakal-bakal pendidik sekarang
yang begitu jauh menyimpang dari budaya guru yang sebenar yang sepatutnya
diamalkan oleh guru-gur pelatih. Mendengar muqaddimah yang begitu menarik
dari penceramah membuatkan semua pelajar begitu khusyuk mendengar
ceramah dari beliau. Satu persatu penceramah memberi teguran kepada para
guru pelatih bermula dengan gaya pemakaian segelintir guru pelatih sekarang
yang langsung tidak mencerminkan seorang guru. Penceramah menegur
segelintir guru pelatih yang suka memakai pakaian yang menjolok mata dan
mereka yang berfesyen ala-ala artis. Melalui teguran dari beliau, saya dapat
pelajari bahawa seorang guru itu perlulah mempunyai penampilan yang menarik
tetapi bersesuaian dengan seorang guru.

Akuantabiliti seorang guru juga turut disentuh oleh penceramah dimana seorang
guru ini bertanggungjwab datang ke kelas dan mengajar murid mereka pada
masa mengikut jadual yang ditetapkan. Contoh yang diberikan penceramah
begitu mudah untuk dikaitkan dengan budaya guru dimana guru perlulah
sentiasa bertanggungjawab dan menepati masa. Disini, saya sedar bahawa
penceramah mahu menegur dan mengajar guru pelatih tentang pentingnya
menepati masa dan melaksanakan tanggungjwab yang telah diberikan. Isu ini
jelas menekankan masalah segelintir guru pelatih yang selalu datang lewat ke
kuliah dan memberi begitu banyak alasan untuk menyelamatkan diri dari
dikenakan tindakan. Isu-isu ini sebenarnya tidak sepatutnya berlaku dikalangan
guru pelatih kerana perkara ini benar-benar bertentangan dengan budaya
seorang guru. Oleh yang demikian, nasihat dan teguran dari penceramah pasti
akan diambil serius oleh kami semua.
Akhir sesi ceramah, penceramah sempat memberikan sedikit peringatan kepada
kami semua sebagai bakal-bakal guru supaya membuat satu anjakan paradigma
dalam mengamalkan budaya guru dalam kehidupan kami bermula dari sekarang
lagi. Seterusnya, kami semua telah dikehendaki berada dalam satu kumpulan
kecil iaitu kumpulan mengikut kelas dan dipantau oleh tutor masing-masing bagi
membincangkan maklumat yang didapati sewaktu ceramah. Antara isi yang
dapat kami cungkilkan semasa perbincangan kumpulan ialah guru memikul
tanggungjawab besar dalam membentuk anak bangsa kita. ini menjelaskan
bahawa tugas guru bukan hanya sekadar menyampaikan ilmu pengetahuan
tetapi ia juga mendidik anak bangsa supaya menjadi insan yang berakidah,
dinamik dan berkualiti di dunia dan di akhirat.

6.0 PENUTUP

Akhir sekali, secara kesimpulannya seminar BIG yang telah saya ikuti itu begitu
banyak menyedarkan dan mengajar saya untuk menjadi seorang guru yang
berkualiti kelak. Segala yang baik pasti akan dijadikan tauladan dan yang buruk
akan dijadikan sempadan. Jika diberi peluang untuk menyertai seminar-seminar
yang bertemakan profesion keguruan, saya pasti akan menghadirinya dengan
niat untuk belajar dan membuat persedian bagi menghadapi hari muka sebagai
guru yang berjaya.
Pengalaman yang saya perolehi sepanjang ceramah sangat berguna dan
perlulah saya aplikasikan kelak semasa menjadi guru sebenar kelak. Potensi
yang ada pada saya hendaklah saya huraikannya dengan cara dan kaedah yang
betul, mengikut tertib agar dapat dikembangkan dengan baik. Begitu juga
personaliti yang ada pada saya, hendaklah saya menjaga nama baik kerjaya
dalam bidang pendidikan ini sebagai seorang guru agar tidak memberikan kesan
buruk kepada saya, dan bidang keguruan itu khasnya.

Semoga refleksi ini dapat menggambarkan segala yang telah saya pelajari dari
Seminar BIG ini.

Anda mungkin juga menyukai