Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI INDIVIDU BINA INSAN GURU

FASA 2 CERAMAH / SEMINAR

HASWANI BT ZAKARIAH
720706075502
SAINS / PPG FEB 2012

Pada 6 Julai yang lepas, saya telah menghadiri satu seminar Bina Insan
Guru(BIG) bertempat di Bilik Mesyuarat SK Parit Raja. Seminar ini telah dihadiri oleh
semua guru SK Parit Raja bersama pelajar-pelajar PPG Ambilan Feb 2012 dari
Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn. Seminar ini telah diberikan oleh
Tn Hj Mohamad Isman bin Hj Ismail. Beliau adalah seorang pensyarah dari
Universiti Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor.
Selama mengikuti seminar ini, begitu banyak perkara yang sempat saya
pelajari sama ada secara langsung atau tidak langsung. Seminar yang dimulakan
dengan ceramah yang bertajuk Profesion Perguruan begitu menarik perhatian saya
dari awal lagi. Semasa sesi ceramah terutamanya, penceramah telah banyak
menyedarkan saya tentang kesediaan kami sebagai bakal guru dalam mengamalkan
budaya-budaya profesional sejak dari sekarang lagi.
Antara perkara yang begitu ditekankan oleh Tuan Haji Mohamad Isman selaku
penceramah pada hari tersebut ialah Akuantabiliti seorang guru. Dimana seorang
guru ini bertanggungjwab datang ke kelas dan mengajar murid mereka pada masa
mengikut jadual yang ditetapkan. Contoh yang diberikan penceramah begitu mudah
untuk

dikaitkan

dengan

budaya

guru

dimana

guru

perlulah

sentiasa

bertanggungjawab dan menepati masa.


Disini, saya sedar bahawa penceramah mahu menegur dan mengajar guru pelatih
tentang pentingnya menepati masa dan melaksanakan tanggungjwab yang telah
diberikan. Isu ini jelas menekankan masalah segelintir guru pelatih yang selalu
datang lewat ke kuliah dan memberi begitu banyak alasan untuk menyelamatkan diri
dari dikenakan tindakan. Isu-isu ini sebenarnya tidak sepatutnya berlaku dikalangan

guru pelatih kerana perkara ini benar-benar bertentangan dengan budaya seorang
guru. Oleh yang demikian, nasihat dan teguran dari penceramah pasti akan diambil
serius oleh kami semua.
Akhir sesi ceramah, penceramah sempat memberikan sedikit peringatan
kepada kami semua sebagai bakal-bakal guru supaya membuat satu anjakan
paradigma dalam mengamalkan buday guru dalam kehidupan kami bermula dari
sekarang lagi. Sesi ceramah kemudian diakhiri dengan satu sesi soal jawab antara
penceramah dengan guru pelatih.
Akhir sekali, secara kesimpulannya seminar BIG yang telah saya ikuti itu
begitu banyak menyedarkan dan mengajar saya untuk menjadi seorang guru yang
berkualiti kelak. Segala yang baik pasti akan dijadikan tauladan dan yang buruk
akan dijadikan sempadan. Jika diberi peluang untuk menyertai seminar-seminar
yang bertemakan profesion keguruan, saya pasti akan menghadirinya dengan niat
untuk belajar dan membuat persedian bagi menghadapi hari muka sebagai guru
yang berjaya. Semoga refleksi ini dapat menggambarkan segala yang telah saya
pelajari dari Seminar BIG ini.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai