Anda di halaman 1dari 3

MOHD FAIZOL BIN AMAT

910125-13-5973
Refleksi BIG Fasa 6 (Bengkel Ciri Guru Inovasi, Refleksi bersama mentor,
lawatan sekolah)
Bina Insan Guru fasa enam ialah Bengkel Ciri-ciri Guru Inovasi. BIG kali ini banyak
mededahkan saya kepada personaliti guru. Setelah mengikuti bengkel ini saya
percaya personaliti guru harus dibentuk sejak awal lagi dalam diri setiap individu yang
bergelar guru pelatih. Personaliti ini akan mebantu untuk memotivasikan diri ke arah
potensi kerja yang cemerlang kelak. Sesungguhnya, pekerjaan sebagai guru pada
masa adalah mencabar. Kesannya setelah mengikuti bengkel ini, kini saya lebih tahu
akan ciri-ciri seorang guru inovasi.
Tujuan utama bengkel dan ceramah ini diadakan adalah untuk menyampaikan
seberapa banyak input berguna yang berkaitan kerjaya keguruan sebagai bekalan
kepada kami selaku bakal-bakal guru yang akan mendidik anak bangsa kelak.
Terdapat beberapa kelebihan dan kekurangan yang dapat dikenalpasti melalalui
penganjuran ceramah dan bengkel ini. Kelebihan-kelebihan serta kekurangankekurangan semasa pelaksanaan program ceramah dan bengkel ini adalah seperti
yang berikut.
Melalui penganjuran bengkel dan ceramah ini, terdapat banyak input dan
informasi yang berguna yang dapat kami aplikasikan dalam kehidupan seharian
terutama apabila kami bergelar guru kelak. pertamanya, melalui ceramah yang
disampaikan oleh En Syhibin Bin Japar iaitu mengenai ciri-ciri guru inovatif kami dapat
mengetahui mengenai maksud guru inovatif iaitu guru yang suka akan perubahan dan
sering berusaha untuk mengubah diri kearah yang lebih baik. Melalui ceramah yang
disampaikan, kami dapat mengenalpasti beberapa ciri guru yang berinovatif.
Pertamanya, guru tersebut boleh membuat keputusan dengan yakin dan bersifat
kreatif dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Membuat keputusan ialah satu proses
memilih satu bentuk tindakan dari dua atau lebih alternatif. Kedua, guru yang bersifat
inovatif juga perlu menerima komen dan teguran di atas perubahan diri mereka atau
diatas sesuatu keputusan yang telah dibuat dan dinilai oleh orang lain. Guru berinovatif

ini perlu menerima komen orang lain tanpa mengira komen tersebut samada ia
berbentuk pujian atau kritikan. Ini adalah kerana ia merupakan sebahagian dari
akauntabiliti dan merupakan cara yang terbaik untuk memperbaiki kelemahan diri.
Guru berinovatif juga tidak boleh mengelakkan diri dari masalah, malah mereka perlu
menyelesaikan setiap permasalahan yang dihadapi dengan cara yang paling baik.
Masalah ialah satu situasi dimana apa yang berlaku tidak sama dengan apa yang
diingini. Untuk menjadi seorang guru yang berinovasi, kita perlu mempunyai ciri-ciri
seperti yang telah dinyatakan di atas. Kelebihan lain semasa ceramah ini disampaikan
ialah, kami dapat mengetahui cara-cara berkomunikasi dan menyampaikan maklumat
yang berkesan kepada pendengar. Penceramah ini menggunakan strategi yang
pelbagai dalam menyampaikan ceramah beliau supaya intipati yang disampaikan
dapat difahami oleh kami. Mereka juga menyelitkan beberapa unsur kecindan supaya
kami dapat mengikuti program ini dengan jayanya tanpa rasa bosan atau mengantuk.
Terdapat juga beberapa kekurangan yang dapat dikenalpasti semasa program
ini dijalankan. Antaranya ialah dari segi pengurusan. Semasa bengkel dijalankan oleh
penceramah undangan iaitu En Syhibin Bin Japar, keadaan di dalam dewan agak
panas hingga mengakibatkan kami berasa rimas dan tidak dapat menumpukan
perhatian semasa penyampaian ceramah tersebut. Masalah ini berlarutan sehingga
selesai sesi ceramah tersebut. Selain itu, terdapat juga gangguan persekitaran dimana
pelatih-pelatih PISMP keluar dan masuk ke dewan sesuka hati. Perkara ini
menyebabkan berlaku sedikit gangguan kepada pelatih-pelatih lain yang sedang
mendengar ceramah yang disampaikan.
Bina Insan Guru fasa enam juga melibatkan bengkel refleksi bersama mentor.
Bengkel ini memberi peluang kepada saya untuk berkongsi perasaan dan pengalaman
saya sepanjang mengikuti BIG fasa satu hingga enam. Sememangnya, saya dan
rakan-rakan bersama-sama melalu aktiviti BIG yang sama, namun saya percaya nilai
pengalaman, perasaan dan ilmu yang diperoleh oleh setiap indvidu adalah berbeza.
Bengkel refleksi ini mengajar saya untuk menerima setiap pendapat orang yang ada
disekeliling saya. Pendapat setiap orang adalah berbeza walaupun untuk perkara yang
sama. Bukan itu sahaja, kini saya percaya bahawa pengalaman adalah sesuatu yang

tidak dapat dibeli melainkan kita sendiri merasakannya. Sepangjag melalui BIG fasa
satu hingga enam, pelbagai

saya lakukan bersama rakan-rakan. Kesukaran dan

kegembiraan kami kongsi bersama. Bengkel refleksi ini juga banyak mengingatkan
saya kepada perkara-perkara yang telah saya lupakan. Bengkel ini mengajar saya
untuk berkongsi ilmu degan individu lain.
Setrusnya, BIG fasa enam yang seterusnya ialah lawatan penanda aras ke
sekolah cemerlang. Lawatan ini banyak mendedahkan saya kepada cara pengurusan
dan pentadbiran sesebuah sekolah. Tambahan pula, sekolah yang kami pilih sebagai
lawatan ini adalah sekolah khas untuk orang-orang kurang upaya. Lantaran itu,
pelbagai teknik pengurusan dan pentadbiran saya peroleh dan berlainan daripada
sekolah biasa. Lawatan ini banyak memberikan impak kedalam diri saya sebagai bakal
guru. Kini saya sedar tugasan guru adalah sangat luar ianya meliputi pelbagai aspek.
Justeru itu, kesabaran, keyakinan dan kerajinan harus ada dalam setiap diri guru
pelatih agar kelak menjadi seorang guru yang cemerlang.
Program Bengkel ini merupakan program yang amat bagus dan sesuai kepada
kami selaku bakal-bakal guru yang akan mengakhiri bidang ijazah kelak. program ini
banyak memberi pendedahan yang amat bernilai kepada kami bakal-bakal guru. Saya
mencadangkan pada masa akan datang agar program ini diteruskan dan aktiviti yang
lebih menarik dan berkualiti dilaksanakan dan dipelbagaikan bagi melatih dan
memberikan pengalaman yang tidak ternilai kepada kami.

Anda mungkin juga menyukai