Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI

Sejulung penghargaan diberikan kepada pensyarah iaitu Encik Lee Chee Huat kerana memberi
peluang kepada saya untuk mempelajari elktif keushawanan KUWS 3013 pada semester ini. Kursus
ini memberikan saya gambaran sebenar berkaitan keusahawanan. Saya bersemangat untuk
meneroka bidang keusahawanan setelah mendapat maklumat yang tepat berkaitan ilmu
keusahawanan seperti konsep, mitos, visi, inovasi, penjanaan idea, rancangan perniagaan. Kursus
ini menambah kemahiran saya untuk mengharungi risiko dan keuntungan dalam sesebuah
perniagaan. Kaedah kursus tersebut merupakan pemangkin untuk meneroka bidang perniagaan di
Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya secara kendiri dengan penuh keyakinan pada masa
hadapan. Saya merasa amat teruja kerana begitu banyak ilmu diperolehinya semasa mengikuti
kursus ini. Saya juga mengambil kesempatan membaca beberapa artikel berkaitan keusahawanan
oleh penulis-penulis jurnal secara atas talian.

Saya sangat bersyukur kerana dapat saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya dalam tempoh
masa yang ditetapkan. Semasa menerima tugasan ini, apa yang dapat saya gambarkan ialah
halangan-halangan yang terpaksa saya hadapi sama ada dari segi masa serta sumber rujukan.
Namun setelah diberi penerangan daripada pensyarah, saya dapat memahami cara untuk
melaksanakan kerja kursus ini dan ia memudahkan saya untuk merangka setiap proses untuk
melaksanakan tugasan ini. Sepanjang proses saya menyiapkan kerja kursus ini, saya dapati bahawa
setiap yang saya pelajari selama ini bukan mudah untuk difahami. Sebagai contoh, sebelum
melaksanakan kerja kursus ini, saya tidak pernah mengetahui apa konsep-konsep penting dalam
perniagaan dan keusahawanan.

Namun, setelah melaksanakan kerja kursus ini, saya kini tahu dan faham apakah konsep-konsep
perniagaan dan keusahawanan. Sebelum ini, saya hanya tahu undang-undang perniagaan namun
saya tidak pernah memahaminya. Setelah melaksanakan kerja kursus ini, saya lebih faham dengan
mendalam mengenai undang-undang perniagaan. Seterusnya, saya kini tahu apakah persekitaran-
persekitaran yang perlu diambil kira sebelum memulakan perniagaan. Sebelum ini, saya hanya tahu
mengenai untung dan rugi perniagaan namun saya tidak pernah mengambil tahu apakah yang
menyebabkan untung rugi tersebut. Setelah melaksanakan kerja kursus ini, saya kini faham
mengenai persekitaran yang mempengaruhi perniagaan. Saya juga tidak pernah mengambil tahu
tentang bantuan dan sokongan perniagaan. Namun, setelah melaksanakan kerja kursus ini, saya
kini faham akan betapa pentingnya bantuan dan sokongan perniagaan dalam memastikan
keberkesanan perniagaan.

Sebelum ini, saya kurang faham tentang tugas sebenar seorang pengurus perniagaan. Tetapi,
setelah saya menyiapkan kerja kursus ini, saya tahu apakah tugas seorang pengurus. Selama ini,
saya juga memandang rendah kerjaya pengurus. Namun kini, pandangan saya terhadap pengurus
berubah dan saya menghormati kerjaya mereka. Saya kini juga lebih memahami apa itu fungsi
REFLEKSI
pengurusan Saya juga telah mempelajari erti kesabaran semasa menyiapkan kerja kursus ini
terutamanya ketika saya mencari bahan-bahan rujukan dan idea bagi melengkapkan tugasan yang
diberi ini. Dalam kerja kursus ini, kami telah ditugaskan untuk menyiapkan dua tugasan. Oleh itu,
saya terpaksa mencari rujukan dari pelbagai sumber seperti buku, jurnal, artikel dan sebagainya.
Salah satu cabaran yang saya hadapi ketika mencari bahan rujukan bagi kerja kursus ini ialah
kekurangan buku kerana buku di perpustakaan IPG mengenai tajuk yang telah diberikan kepada
kami adalah agak terhad. Oleh yang demikian, saya terpaksa bersabar untuk menanti buku yang
seharusnya saya pinjam dikembalikan oleh peminjam di perpustakaan. Selain itu, saya juga
mempelajari erti kesabaran ketika memerah otak untuk memikirkan idea-idea yang mantap bagi
melengkapkan kerja kursus ini. Hasil daripada kesabaran saya, saya berjaya menyiapkan kerja
kursus ini atas hasil titik peluh saya sendiri tanpa perlu bergantung kepada orang lain. Saya juga
berjaya memupuk semangat bekerjasama dengan rakan-rakan sekelas semasa melaksanakan
kerja kursus ini. Kami saling membantu antara satu sama lain terutamanya dalam bertukar-tukar
idea dan memberikan pendapat bagi menyiapkan kerja kursus ini. Kami juga saling bekerjasama
dalam bertukar-tukar sumber rujukan seperti buku. Dengan itu, hubungan antara saya dan rakan-
rakan seperjuangan juga semakin erat dan kukuh secara tidak langsung.

Kekuatan projek perniagaan individu saya adalah keunikan yang diterapkan menerusi pelbagai
warna.Saya turut menerangkan kalori pemakanan secara lisan kepada setiap pelanggan yang
membelinya agar setiap pelanggan saya dapat merancang pemakanan yang seimbang mengikut
kalori yang ditetapkan seharian. Saya turut mempromosikan produk jualan saya dengan lebih
meluas dan saya menggunakan media massa sebagai medium utama saya untuk memperkenalkan
Nasi Kak Tin. Namun begitu, terdapat kelemahan dalam projek perniagaan individu yang saya telah
kenalpasti seperti kekurangan tenga kerja yang menghadkan pergerakan saya untuk menghasilkan
Nasi Kak Tin. Manakala projek kumpulan yang terdiri daripada tiga orang ahli telah sepakat untuk
membuat sandwich sebagai bahan jualan kami. Nilai kerjasama merupakan kekuatan yang kami
peroleh untuk sepakat menghasilkan bahan jualan ini bersama. Sesi perbincangan membolehkan
kami mengkaji dan merancang perniagaan dengan baik dan sistematik. Bahan jualan yang juga
tidak memerlukan kos dan modal yang tinggi dan hasil keuntungan yang diperoleh sangat
memuaskan. Manakala kelemahan projek kumpulan kami adalah seperti lokasi yang kurang
strategik. Setiap kekuatan dan kelemahan dalam projek perniagaan dikaji untuk membuat
penambahbaikan pada masa akan datang. Analisis SWOT juga dibuat untuk meneliti setiap
kekuatan, kelemahan, peluang serta cabaran yang diterima sepanjang melaksanakan projek
perniagaan ini.

Kesimpulannya, kursus usahawan ini sangat bermakna dan bermanfaat kepada saya. Saya akan
terus mendalami ilmu keusahawanan walaupun telah tamat kursus ini kerana minat yang mendalam.
REFLEKSI
Saya akan gunakan ilmu yang ada untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya pada suatu hari
nanti. Akhir kata, saya amat bersyukur kepada Tuhan, kepada pensyarah yang tidak pernah bosan
membimbing saya, dan kepada rakan-rakan yang selalu membantu dalam memberikan pendapat
dan pandangan dalam melaksanakan kerja kursus ini dengan jayanya walaupun banyak halangan
yang saya hadapi kerana halangan itulah yang membina saya untuk terus bersemangat dalam
menyiapkan kerja kursus ini.

Anda mungkin juga menyukai