Anda di halaman 1dari 20

TEORI KECERDASAN MANUSIA

Howard Gardner TEORI KECERDASAN MANUSIA Hermann (1991) Einstein

Mengenengahkan otak kanan dan otak kiri sebagai subjek teori pembelajaran. Menghasilkan Buadrant Concept yang membentuk peranan otak kanan dan otak kiri yang sama. Mengenengahkan juga teori yang sama di mana peranan otak seharusnya dimantapkan untuk pembentukan sahsiah diri.

Seni Muzik Tokoh-tokoh seni muzik : Emile JacBues Dalcroze, Carl Orff, Shinuchi Suzuki, Zoltan Kodaly dan Erwin Gordon. Mengenengahkan teori pembelajaran berasaskan otak kanan dan otak kiri. Walaupun setiap kaedah muzik mempunyai latar belakang yang berbeza tetapi kebanyakan

perhatian diberi kepada penghayatan murid. Murid-murid akan belajar menggunakan kemahiran berfikir dan penghayatan secara berperingkat atau sequential.

Seni Pergerakan Eistein mengatakan bahawa setiap pergerakan mendapat kawalan yang dipantau oleh otak kiri dan kanan melalui proses mengimaginasi. Seterusnya pergerakan-pergerakanpergerakan kreatif terhasil daripada proses menaakul dan pertimbangan rasional mengenai apa yang ingin dilakukan. Gardner berpendapat otak yang kreatif sering kali menghasilkan pergerakan-

pergerakan yang menarik dan dapat membina pelbagai kemahiran.

Seni Visual Bersoon ( 1982 ) Mendapati bahawa kanak-kanak menggunakan deria dan repon emosinya dalam memperoleh pengalaman. Menerusi kegiatan seni kanak-kanak meningkatkan keupayaan untuk membuat pengamatan dan pertafsiran.

Feldman ( 1976 ) Menyatakan bahawa kegiatan seni dapat meningkatkan kesedaran kanak-kanak tentang berlakunya perubahan-perubahan nilai manusia dari masa ke semasa.

PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah hanya menjurus kepada seni tampak. Menegaskan kegiatan dalam proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Kurikulum Pendidikan Seni Visual sekolah rendah merangkumi empat bidang iaitu menggambar, membuat rekaan dan corak.

Melukis dan menggambar

Membuat rekaan corak

Empat Bidang Kegiatan Pendidikan Seni Visual Membentuk dan membuat binaan Membuat rekaan corak

ESTETIKA DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL Hasilan karya dapat menampilkan watak, identiti dan keunikan pelukis yang diluahkan melalui mesej dan falsafahnya. Sehubungan itu reka cipta dan kreativiti pelukis akan menjangkau kepada bidangbidang dan symbol-simbol yang telah dibuat oleh pengkarya terdahulu. Burgurt ( 1961 ) : berpendapat semua orang yang terlibat dengan pembuatan karya seni semestinya membuahkan suatu keunikan secara personel untuk disampaikan dalam karyanya. Bagaimana estetika boleh ditampilkan dalam karya ? 1. Peniruan sebagai representasi gambar dan imej. Dalam berkarya peniruan merupakan cara dan gayaan untuk mewujudkan nilai estetika. Peniruan bermakna menterjemah secara langsung objek atau imej. Estetika yang ditampilkan berdasarkan sejauhmanakah pelukis dapat

menterjemah semula estetika semula jadi tiruanya. 2. Ekspresi dalam perasaan emosi Kebolehan mengekpresikan perasaan dan emosi ini dapat menimbulkan nilai estetika kerana keselarasan mesej yang ingin disampaikan. 3. Menggunakan kaedah formalisti Estetika dalam konteks ini menggunakan hokum dalam prinsip-prinsip rekaaan dan unsur-unsur seni. Karya digubah dan diolah melalui prinsip-prinsip rekaan seperti harmoni, pergerakan, kontra, kepelbagaian, penegasan, imbangan dan kesatuan. 4. Keaslian Dalam berkarya, keaslian merupakan ciri yang penting dan perlu difahami oleh pelukis. Menciplak atau plagiat adalah suatu yang ditegah serta dituduh sebagai pelukis murahan. Jesteru, dengan pendirian sedemikian, nilai estetikanya terserlah dari

keunggukan idea atau gagasan.

ASAS SENI REKA Garisan Warna UNSUR SENI Jalinan Rupa Bentuk Ruang

PRINSIP REKAAN

Kepelbagaian Harmoni Kesatuan Penegasan Imbangan Kontra Pergerakan

2. Garisan Grid Garisan-garisan silang di atas kertas dimana petak-petak terbentuk dan motif corak dilukis pada setiap petak

STRUKTUR REKAAN
1. Garisan Struktur Garisan yang terbentuk mengikut sifat objek yang dilukis. Contoh : paying-garisan berpancar daripada tengah payung.

Konsep Pergerakan Kreatif

PERGERAKAN ASAS Proses yang memandu murid-murid untuk memperolehi kecekapan pergerakan menerusi teknik-teknik menyelesaikan masalh dan improvisasi dengan

menekankan kebebasan ekspresi yang berteraskan kegiatan-kegiatan penerokaan, penemuan dan kreativiti. Ditakrifkan pergerakan bahagikan kepada dua kategori : a. Pergerakan kreatif b. Gimnastik Program pergerakan memberi penekanan kepada sapek-aspek berikut ; i. ii. iii. iv. v. Ritma asas Ritma kreatif Lagu pergerakan Permainan dan Kemahiran gimnastik

Pergerakan asas merupakan kata kunci bagi setiap aktiviti pergerakan. Pergerakan berjalan, berlari, melompat , memintal, berpusing, meregang dan menguncup merupakan salah satu pergerakan asas. Dengan kata lain, murid-murdi perlu menguasai pergerakan asas sebelum melakukan pergerakan kreatif. Melalui pergerakan asas ini, murid-murid dapat mempelajari dan mengenali pergerakan lokomotor dan lokomotor. Pergerakan lokomotor adalah seperti berikut. Berlari

berjalan berlari meloncat melompat

berjalan gallop meluncur

Manakala, pergerakan lokomotor ialah : membongkok meregang memulas berpusing mengangkat badan merebah menghayun

Pergerakan Kreatif adalah salah satu cara pembelajaran yang boleh membantu kanak-kanak meningkatkan perkembangan menyeluruh mereka. Aktiviti Pergerakan Kreatif, memberi tumpuan kepada penggunaan sepenuhnya pancaindera yang memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka persekitarannya secara semulajadi. Melalui pengalaman kinestetik yang diperolehi, kanak-kanak akan memperolehi pengalaman dan pembelajaran yang lebih menyeronokkan. Kreatif adalah berkaitan dengan ekspresi idea, emosi, perasaan dan dapat dilihat ketika murid-murid sedang bermain. Melalui bermain, murid-murid akan berasa bebas untuk melibatkan diri mengikut cara mereka tersendiri, menginterprestasi tugas mengikut kefahaman mereka sendiri dan memberi peluang kepada mereka untuk mencuba serta berfikir tanpa batasan atau had. Dalam pergerakan kreatif, murid-murid akan mempelajari unsurunsur pergerakan seperti tubuh badan, ruang, masa dan daya.

Objektif pergerakan kreatif : Pergerakan yang bebas untuk mengerakkan anggota badan Mendapatkan pengalaman untuk meluahkan perasaan, masa, beban dan ruang serta idea Meningkatkan tahap kesediaan Mempertingkatkan tahap interprestasi ritma dan koordinasi anggota badan.

Untuk mengelolakan pergerakan kreatif ini adalah diharapkan murid-murid dapat memanfaatkan penggunaan otot kasar dan otot halus dalam menjalankan aktiviti.aktiviti pergerakan ini. Otot-otot kasar dan halus perlu diperkembangan dan dimatangkan terlebih dahulu untuk meningkatkan tahap kesediaan murid-murid. Oleh itu, pembelajaran pergerakan asas adalah penting bagi memberi pendedahan dan meningkatkan tahap kesediaan murid-murid mengenai pergerakan kreatif ini. Untuk memahami unsu-unsur pergerakan dengan lebih lanjut, kompenankompenan asas pergerakan adalah :

Imbangan badan Tenaga yang digunakan untuk bergerak Bahagian bawah anggota badan mencerminkan kekuatan tenaga badan Bahagian atas melambangkan keringanan

Masa Pergerakan yang cepat menggunakan masa yang sedikit Pergerakan yang lambat menggunakan masa yang lama Kepantasan pergerakan tidak semestinya berterusan Had laju @ kepantasan pergerakan dapat dijadikan sebagai rentak, beat @ pulse

Ruang Merupakan lingkunagn pergerakan umum ( personal space ) @ lingkunagn kendiri ( general space ) Aras : tinggi, sederhana, rendah Arah : depan, belakang, sisi, atas, bawah Aliran : pergerakan yang dilakukan itu samda bergerak secara bebas @ terkawal

Selain daripada pergerakan asas, kemahiran yang berasaskan Seni Pergerakan juga terdiri daripada bidang pergerakan kreatif, tarian, drama, main peranan, lakonan, teater, pentomin, simulasi, gimrama dan puisi. Dalam Seni Pergerakan kreatif ini, individu dapat melahirkan perasaan melalui gerakan. Seseorang yang mengambil bahagian dalam main peranan mengikut imaginasi mereka. Mereka melahirkan perasaan melalui lakonan drama dan bacaan puisi. Menunjukkan semangat kerjasama dalam persediaan dan persembahan. Membuat gerak badan berdasarkan muzik yang ada kaitan dengan cerita yang didengar. Kesimpulannya, pendidikan pergerakan ini menyumbang ke arah perkembangan keseluruhan murid-murid dalam membentuk sikap dan sahsiah murid-murid tentang keperluan sosial, emosi, estetik terhadap perkembangan kanak-kanak. Pendidikan pergerakan ini juga dapat dijadikan sebagai alat pendidikan yang mendorong kepada kegiatan penerokaan, kreativiti, proses berfikir dan penyelesaian masalah. Penumpuan terhadap pendidikan pergerakan ini dapat meningkatkan dan membina perkembangan JERIS kanak-kanak secara menyeluruh.

ASAS SENI REKA

ASAS SENI REKA UNSUR SENI i. Garisan - Cantuman satu siri titik - Bentuk tebal, tipis, berbulu putus-putus, bergerigi, beralun, zig-zag - Penting dalam kerja melukis dan menggambar - Boelh menulis, melakar, membuat jalinan gambar, rupa dan membentuk. Teknik garisan Koyakan Tampalan Kolaj Gosokan Cetakan Capan

ii. Warna

- Terdiri daripada : i. Warna asas ii. Warna sekunder iii. Warna tertier

Jalinan boleh dihasilkan melalui : Teknik cetakan Teknik pualaman Teknik kolaj Teknik campuran Teknik binaan Teknik cantuman

iii. Jalinan

- Ialah kesan yang terdapat pada sesuatu permukaan objek sama ada kasar, halus, kesat dan lain-lain - Terbahagi dua jenis : a. Jalinan tampak - Hanya dapat dilihat pada satah gambar yang bersifat dua dimensi b. Jalinan sentuh - Dapat dirasa kerana ia bersifat maujud. - Terdiri daripada kulit kayu, cengkerang, simen dan lain-lain.

Jenis-jenis rupa : Rupa positif dan negatif Rupa dan corak Rupa dan lambang Rupa dan muka taip

iv. Rupa

- Ialah cantuman antara dua hujung garisan. - Hanya sekadar garis luar sesuatu objek dan sifat leper dan mendatar.

Jenis jenis rupa : Rupa positif dan negative Rupa dan corak Rupa dan lambang Rupa dan muka taip

- Terbahagi dua :a. Rupa organik mempunyai garisan luat yang berbagai-bagai, tidak menentu dan bersifat dominan. b. Rupa geometri bentuk khusu seperti bulat, empat segi, kon, kubus dan lain-lain

v. Bentuk

- Mempunyai isi padu - Lebih lengkap dibandingkan dengan rupa - Terdiri daripada dua jenis : a. Bentuk ilusi Wujud dalam bentuk gambar, catan, cetakan, foto, ilustrasi, lukisan dan gurisan b. Bentuk konkrit Bersifat tiga dimensi, maujud, berisipadu, atau berjisim dan mempunyai ton, warna, jalinan dan ruang. Contoh : bakul, bola, bangunan dan lain-lain

vi. Ruang

- Merupakan kawasan di anatar atau kawasan disekeliling objek. - Menggambarkan aspek kekosongan antara objek atau garisan - Berada di luar, di tepi, di atas dan sebagainya. - Boleh dihasilkan menggunakan garisan, jalinan dan warna - Dikaitkan kepada garisan, perspektif, warna dan bentuk

PRINSIP REKAAN PRINSIP REKAAN i. Harmoni PENERANGAN

- Menggambarkan situasi yang selesa, teraputik, nyaman, aman dan tenang - Berkaitan konsep keseragaman, kesamaan, imbangan, dan penyerapan - Menimbal balas kepada garisan, bentuk rupa, jalinan, ruang dan warna yang saling lengkap melengkapi dan tiada unsur percanggahan.

ii. Penegasan

- Bermaksud kemampuan sesuatu unsur untuk menarik perhatian si pemerhati. - Boleh mewujudkan kelainan atau keganjilan dalam hal subjek yang diutarakan. - Unsur-unsur seni boleh dikaitkan dengan penegasan.

iii. Imbangan

- Menunjukkan agihan ruang dari segi kedudukannya. - Ruang kiri dan kanan yang seimbang bermaksud objek keadaan stabil, sama berat dan harmoni. - Dikaitkan dengan saiz, jarak, bentuk, jalinan, rupa dan warna. - Boleh jadi dalam bentuk simetri atau bukan simetri

iv. Kontra

- Menunjukkan percanggahan atau perlawanan dengan ciri-ciri yang diutarakan dalam hal subjek karya. - Ciri-ciri berlawanan disengajakan untuk mendapatkan reaksi si pemerhati - Kontra berlaku pada rupa, bentuk, garisan, warna dan corak

v. Pergerakan

- Boleh menjadi kekuatan pada imej. - Boleh dihasilkan melalui rupa, jalinan, ruang dan warna

vi. Kesatuan

- Bermaksud gabungan rupa, corak, bentuk, warna dan jalinan yang boleh menimbulkan suatu tema atau keseragaman pendapat. - Dihasilkan melalui kesatuan bentuk, rupa, corak dan warna.

vii. Kepelbagaian

- Bererti kombinasi dari pelbagai gagasan, nilai dan persembahan yang membentuk satu gubahan - Susun atur secara seimbang dan bersesuaian mewujudkan kepelbagaian yang harmoni.

UNSUR SENI : Garisan Pelbagai jenis garisan yang digunakan semasa menghasilkan props persembahan. Antaranya garisan tebal ( garisan luar lukisan baju penari ), nipis ( rambut lukisan pemain muzik ), lurus ( tali gitar ), melengkung ( lukisan drum, kepala lukisan props ), berbulu ( rambut lukisan penari ), berpancar ( lakaran tembakan polis ke arah pembunuh ), silang pangkah ( baju penari lelaki ) dan sebagainya. Rupa Rupa yang terdapat pada props kami ialah rupa positif dan negatif, rupa organik lambang dan lain-lain. Rupa organik terdapat pada rupa lukisan props iaitu lukisan manusia, alat muzik gitar, skaft, mikrofon, bunga dan lain-lain. Rupa geometri terdiri daripada rupa empat segi pada baju penari lelaki, lukisan drum, cermin mata lukisan props, hiasan pada marakas dan tempurung. Kami juga turut membuat lambanglambang not muzik dan teks sebagai hiasan dan corak pada latar belakang pentas. Bentuk Selain garisan dan rupa, kami juga telah menyediakan pelbagai unsur bentuk untuk menyempurnakan lagi lakonan kami. Bentuk yang terdapat pada props kami ialah bentuk konkrit dan bentuk ilusi. Bentuk konkrit terdiri daripada props sementara iaitu tangan palsu, pistol, bunga, pakaian, dan lain-lain. Lukisan props pula terdiri daripada salah satu bentuk ilusi. Jalinan Jalinan pula terbahagi kepada jalinan tampak dan jalinan sentuh. Corak pada alat muzik improvivasi kami iaitu maracas dan tempurung merupakan contoh jalinan tampak. Manakala jalinan sentuh pula terdapat pada jalinan props 3 dimensi.

Ruang Ruang diaplikasikan pada susunan reka letak props seperti ruang hadapan, tengah dan belakang. Pada ruang belakang, kami meletakkan back drop tulisan bagi menggambarkan suasana malam pesta muda-mudi. Pada ruang tengah, kami

meletakkan props penari dan pemain alat muzik. Manakala ruang hadapan digunakan oleh kami untuk bergerak di atas pentas. Warna Pelbagai jenis warna yang telah digunakan untuk penghasilan props. Contohnya warna asas iaitu merah dan kuning pada baju penari dan penyanyi. Warna hitam dan putih ( warna neutral ) pula digunakan dalam penghasilan props penari dan pemain alat muzik untuk memberi penegasan kepada para pelakon.

PRINSIP REKAAN : Harmoni Prinsip harmoni dilihat pada penggunaan warna yang terdapat pada props fugura manusia yang dihasilkan. Selain itu, prinsip ini juga digunakan pada bahagian latar belakang dimana pengulangan corak not-not muzik. Kontra Kontra dapat dilihat apabila warna pakaian pelakon yang berwarna-warni berlawanan dengan warna props iaitu hitam dan putih. Imbangan Imbangan dapat dilihat pada susunan para pelakon di atas pentas. Penyanyi berada di tengah manakala tiga orang penari lagi disebelah kiri.

Kesatuan Kesatuan pula dapat dilihat pada gabungan lukisan prosps yang bertemakan 60an dan pakaian para pelakon yang juga turut bertemakan 60-an. Selain itu, kesatuan juga dapat dilihat dalam setiap babak apabila kami menyediakan props berbeza untuk setiap babak.

BIDANG-BIDANG YANG TERDAPAT DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL

Membuat Corak Dan Rekaan

Membentuk Dan Membuat Binaan

Kami telah mengaplikasikan bidang-bidang kegiatan ini dalam lakonan melalui penghasilan props dan pakaian. Antaranya ialah :Menggambar Lukisan props figura manusia menari dan bermain alat muzik Membuat corak dan rekaan Hiasan pada maracas dan tempurung Corak-corak not muzik pada latar belakang pentas Membentuk dan membuat binaan Tangan palsu Pisau Pistol Pakaian-pakaian

Mengenal kraf tradisional Corak pada kain penari Corak batik pada kain penyanyi

APRESIASI LAKONAN MELALUI ASPEK PENDIDIKAN JASMANI

JENIS PERGERAKAN
Babak Pertama Pergerakan Lokomotor Berjalan Menari Bergerak dalam pusingan / bulatan Bergerak ke kanan dank e kiri Pergerakan Bukan Lokomotor Bergerak setempat Pusing ke kiri dan ke kanan Menghayun tangan atas ke bawah pada aras sederhana secara berselang-seli

Babak Kedua Pergerakan Lokomotor Melompat Bergerak dalam pusingan Aksi bergaduh merangkak Pergerakan Bukan Lokomotor Menghenjut badan Membuat regangan Aksi bergaduh Lompat bintang

Babak Ketiga Pergerakan Lokomotor Pergerakan Bukan Lokomotor

Berlari - Kejar mengejar antara polis dan penari Berlari setempat lelaki

Aksi Pergaduhan

Aksi pergaduhan

Babak Keempat Pergerakan Lokomotor Berjalan masuk Menari Pergerakan poco-poco Pergerakan Bukan Lokomotor Bergerak setempat Menari inang Menggoyangkan bahu

Anda mungkin juga menyukai