Anda di halaman 1dari 19

Memberi fokus kepada penguasaan kemahiran emosi yang matang.

Penting dalam kehidupan seseorang kanakkanak kerana ia menjadi asas kepada pembelajaran dan perkembangan murid dan seterusnya mempengaruhi kejayaan dalam pembelajaran mereka. Perkembangan emosi bermula dengan kebolehan murid memahami dan menguruskan emosi sendiri, diikuti dengan pencapaian emosi yang positif.

Kebolehan menguruskan emosi membantu membina keyakinan diri, semangat berdikari dan sikap positif terhadap pembelajaran. Keupayaan mengurus emosi diri sendiri membolehkan murid memahami emosi, keperluan dan menghormati pandangan orang lain Membina kemahiran sosial dalam masyarakat berbilang kaum yang mesra dan harmoni.

Apabila dikatakan kanak-kanak mempunyai tahap sosioemosi yang memberangsangkan, ini bermakna mereka mempunyai sesuatu perasaan sebagai reaksi bagi menyesuaikan diri dengan kehendak masyarakat dengan cemerlang Sosio-emosi yang ditunjukkan oleh kanakkanak dalam bentuk yang keterlaluan tidak baik dipandang oleh masyarakat

Terdiri daripada dua perkataan iaitu sosial dan emosi Kamus Pelajar Edisi Pertama-sosial bermaksud segala hal yang berkaitan dengan masyarakat atau kemasyarakatan. Kamus Dewan Edisi Ketiga pula menakrifkan sosial sebagai segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan

Perkembangan sosial pula adalah satu proses apabila kanak-kanak belajar berhubung dengan orang lain mengikut cara yang dapat diterima oleh masyarakat dan budayanya Terdiri daripada kemahiran berinteraksi dengan orang lain, pembentukan kendiri, penghargaan kendiri dan kawalan kendiri Identiti sosial dan kefahaman kendiri kanakkanak berkembang dalam dua peringkat, iaitu kewujudan kendiri dan kategori kendiri (Lewis, 1995; Lewis & Books-Gunn, 1979).

Emosi berasal daripada perkataan Greek iaitu emovere yang membawa maksud untuk keluar Satu perasaan afektif yang dialami oleh seseorang individu dalam sesuatu keadaan yang memberi makna kepada dirinya Ditakrifkan sebagai tindak balas atau kebangkitan yang ditonjol keluar sebagai rangsangan kepada perasaan emosi

Ahli psikologi dan fisiologi berpendapat:


emosi melibatkan perasaan, gerak hati, tindak balas fisiologi dan pernyataan emosi. datang dalam berbagai bentuk seperti emosi gembira, sedih, takut, marah dan lain-lain. Tahap emosi juga pelbagai dan secara umumnya emosi dikelaskan sebagai emosi positif seperti gembira, teruja, girang dan emosi negatif pula adalah seperti marah, sedih, kecewa dan lain-lain

Bandura

Menyatakan bahawa perkembangan emosi kanakkanak juga diperoleh dengan cara peniruan. Berpendapat kanak-kanak meniru tingkah laku emosi yang diperhatikannya pada orang lain dan melakukan gerak balas yang tidak pernah dibuatnya dahulu. Cara kanak-kanak menyatakan emosinya bergantung kepada apa yang telah dipelajarinya mengenai penerimaan oleh masyarakat, cara yang paling mendatangkan kepuasan dan yang telah dipelajarinya untuk mendapatkan sesuatu dengan paling mudah dan cepat.

Menekankan kepentingan hubungan sosial dengan individu-individu di persekitaran kanak-kanak personaliti seseorang kanak-kanak dibentuk hasil daripada perkembangan psikososial ini Erikson memperkenalkan lapan peringkat perkembangan psikososial

TEORI PIAGET yang diperkenalkan oleh Jean Piaget berdasarkan pemerhatian semulajadi terhadap kanak-kanak dan beliau telah membahagikan perkembangan moral kepada dua tahap iaitu :

Tahap Pertama : Moaraliti Heteronomus ( 6-10 tahun ) Tahap Kedua : Moraliti Autonomus @ Kerjasama ( 10-11 ke atas )

Kanak-kanak mempercayai peraturan datang dari ibubapa atau orang-orang yang mempunyai autoriti lain. Peraturan juga dianggap sebagai sesuatu yang tidak boleh diubah dan pada tahap ini kanak-kanak hanya dapat melihat sesuatu peraturan dengan satu pandangan sahaja.

Tahap ini dicirikan dengan fleksibiliti moral. Kanak-kanak sudah mula kurang egosentik dan peraturan tidak dilihat sebagai sesuatu yang tidak boleh diubah. Menurut Piaget lagi, pergerakan dari satu tahap ke tahap lain bergantung kepada kematangan kognitif dan pengalaman sosial terutama sekali pengalaman menyelesaikan konflik yang berlaku sesama kawan-kawan.

TEORI KOHLBERG
berpendapat bahawa moraliti berkembang mengikut satu siri. Ia berkembang secara universal dalam tiga tahap dan dalam satu tahap terbahagi kepada dua peringkat membina teorinya berdasarkan gerak balas kanakkanak terhadap sesuatu dilema yang dialaminya

Berdasarkan kepada betul atau salah tingkah laku bergantung kepada tekanan luaran. Kanak-kanak akan mematuhi peraturan demi mengelak daripada dikenakan dendaan atau memperoleh ganjaran atau untuk kepentingan diri kanak-kanak tersebut

Tahap ini mempunyai 2 peringkat iaitu:


Peringkat 1 : Orientasi Dendaan dan Taat di mana motif utama tingkah laku untuk mengelak dendaan Peringkat 2 : Orientasi Egoistik yang membolehkan seseorang kanak-kanak mematuhi peraturan demi untuk menerima ganjaran untuk memuaskan kehendak diri mereka.

Mesti akur pada norma yang dipegang oleh majoriti dan perlu dikekalkan oleh sosial menjadi cara utama penaakulan moral pada tahap ini boleh menerima pendapat dan motif orang lain. Mereka juga sudah bertanggungjawab untuk menyumbang sesuatu kepada masyarakat.

Tahap ini mempunyai 2 peringkat iaitu :


Peringkat 3 : Moraliti Budak baik yang mana apa yang betul ialah apa yang dipersetujui oleh autoriti. Peringkat 4 : Moraliti Mengekalkan Susunan Sosial dan Autoriti pula ialah apa yang betul sekarang ialah apa yang akur atau selaras dengan peraturan yang dilaksanakan oleh autoriti.

Imam Al-Ghazali
akhlak adalah suatu keadaan yang tetap dalam diri atau jiwa yang melahirkan tindakan, perlakuan, atau perilaku amalan dengan mudah tanpa memerlukan pemikiran. Ia merupakan suatu keadaan atau sifat yang ada di dalam diri atau jiwa manusia yang telah tetap, sehingga dengan mudah melahirkan perlakuan atau perilaku yang baik atau buruk tanpa difikir atau dirancang terlebih dahulu

Anak-anak harus disediakan dengan aspek pengawasan, prinsip muraqabah bahawa Allah Maha Besar dan sedang memerhatikan segala amal baik atau buruk yang mereka lakukan

Anda mungkin juga menyukai