Anda di halaman 1dari 154

PENGGUNAAN KAD CELIK HURUF DALAM MEMBANTU MURID

PRASEKOLAH MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGECAM


HURUF b, d, p, q, m DAN n
Oleh:
Faiznur Aini binti Fauzi1 & Mohd Anuwi bin Husain21
Institut Pendidikan Guru
Kampus Dato Razali Ismail
ABSTRAK
Kemahiran membaca merupakan salah satu kemahiran asas yang penting dalam
peringkat awal kanak-kanak. Dalam proses membaca, kanak-kanak perlu menguasai
kemahiran mengecam huruf terlebih dahulu. Namun begitu, tidak semua kanak-kanak
dapat mengecam huruf dengan betul kerana sesetengah huruf mempunyai bentuk visual
dan sebutan yang hampir sama. Kanak-kanak prasekolah seringkali terkeliru dengan
beberapa huruf tertentu contohnya huruf b, d, p, q, m dan n. Melihat permasalahan ini,
pengkaji telah menggunakan Kad Celik Huruf yang memfokuskan penggunaan simbol
bergambar dalam memperkenalkan huruf kepada murid. Pengkaji juga telah
menggabungkan elemen nyanyian dan lukisan dalam membantu murid prasekolah
mengecam huruf tersebut. Kajian ini telah dijalankan terhadap empat orang responden
dari Prasekolah Sekolah Kebangsaan Maras, Kuala Terengganu. Pengkaji
melaksanakan kajian ini secara kuantitatif dan kualitiatif. Instrumen yang digunakan
dalam kajian ini ialah ujian pra, ujian pasca, pemerhatian, senarai semak, temubual dan
analisis dokumen. Hasil analisis dapatan menunjukkan berlaku peningkatan dalam
kemahiran mengecam huruf terhadap responden yang dipilih. Kanak-kanak prasekolah
juga sangat seronok belajar melalui nyanyian dan lukisan dalam mengecam huruf.
Keputusan kajian ini membuktikan bahawa penggunaan Kad Celik Huruf dapat
membantu meningkatkan kemahiran mengecam huruf b, d, p, q, m dan n kanak-kanak
prasekolah.
Kata kunci: kemahiran, mengecam, Kad Celik Huruf, nyanyian, lukisan.
PENGENALAN
Pendidikan Prasekolah di Malaysia berkonsepkan program pendidikan tidak formal yang
menyediakan pengalaman pembelajaran kepada kanak-kanak berusia empat hingga
enam tahun sebagai persediaan sebelum masuk ke Tahun Satu di sistem persekolahan
formal. Berikutan Akta Pendidikan 1996, pendidikan prasekolah telah diinstitusikan ke
dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan dengan matlamat untuk menyuburkan potensi
kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan
memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah rendah.
Kemahiran membaca merupakan salah satu kemahiran asas yang penting dalam
kehidupan seseorang individu. Abdul Rasid Jamian (2011) menyatakan kemahiran asas
membaca penting untuk murid-murid mencapai kejayaan yang cemerlang pada masa
hadapan. Membaca merupakan salah satu sumber pengetahuan dan asas kepada
pembentukan diri individu ke arah memperoleh ilmu pengetahuan.
1
2

Pelajar PISMP Prasekolah Pendidikan Rendah


Pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan

Menurut Raminah Haji Sabran (1987), membaca menggabungkan beberapa kemahiran,


iaitu kemahiran pengamatan penglihatan yang diskriminatif untuk mengenal dan
membezakan bentuk-bentuk huruf,
kemahiran mengingat, mendengar dan
membezakan bunyi-bunyi yang tepat dan jelas, menyebut bunyi-bunyi yang
dilambangkan oleh huruf-huruf, menggabungkan penyebutan bunyi-bunyi itu untuk
membentuk perkataan dan kebolehan memindahkan lambang-lambang yang dibaca itu
kepada sistem saraf otak untuk menterjemahkan dan memahami apa yang dibaca.
Terdapat beberapa permasalahan yang seringkali mengganggu murid-murid dalam
menguasai kemahiran membaca. Menurut Roselan Baki (2003), masalah pencapaian
dalam pembelajaran murid kebiasaannya dipengaruhi oleh faktor psikologi, biologi dan
persekitaran. Pada peringkat awal persekolahan, kebanyakkan murid tidak dapat
menguasai kesemua 26 huruf a-z. Mereka biasanya keliru dengan beberapa huruf yang
mempunyai bentuk dan nama yang hampir sama seperti huruf b, d, p, q, m dan n.
Higgins et.al (1996) mendapati kebiasaan kanak-kanak keliru antara huruf b dengan
huruf d dan huruf p dengan huruf q. Menurut Rosner (1990), kanak-kanak kebiasaannya
mengalami kekeliruan huruf dalam perkembangan fizikal dan mental mereka pada
sepanjang zaman di prasekolah. Kekeliruan tersebut biasanya akan hilang secara
beransur-ansur apabila melangkah ke alam persekolahan kelak.
Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
Sepanjang melaksanakan praktikum di Prasekolah Fitrah Kasih, Sekolah Kebangsaan
Maras, saya mendapati terdapat beberapa orang murid masih lemah dalam kemahiran
mengecam huruf. Terdapat beberapa huruf yang menjadi masalah untuk murid-murid
mengecam terutamanya huruf kecil seperti huruf b, d, p, q, m dan n. Saya telah
mengenalpasti empat orang murid yang agak ketinggalan dalam menguasai huruf kecil
berbanding murid-murid yang lain. Salah seorang daripada keempat-empat murid
tersebut berumur lima tahun dan tiga orang murid lagi masing-masing berumur enam
tahun. Pada setiap hari, sebelum Kurikulum Khas Pintar Quran (KKPQ) bermula, murid
diajar membaca menggunakan Modul Bacaan Begini Caranya.. Sayang. Walaupun
sudah hampir bulan Mac, keempat-empat murid tersebut masih berada pada lingkungan
muka surat 1-3.
Sepanjang pemerhatian saya, mereka agak keliru dengan huruf-huruf yang bentuknya
hampir sama seperti huruf b, d, p dan q. Manakala huruf m dan n pula mempunyai
bentuk dan bunyi yang hampir sama menyebabkan murid seringkali keliru. Ketika
menjalankan aktiviti di prasekolah yang melibatkan bacaan dan menulis, mereka
seringkali datang bertanya kepada saya huruf-huruf yang perlu ditulis walaupun saya
telah mengulangi banyak kali kepada mereka. Selain itu, saya telah membuat sedikit
ujian soal selidik tahap penguasaan murid dalam mengecam dan mengenal huruf kecil
kepada semua murid.
Oleh sebab itu, saya cuba mencari satu kaedah yang boleh memudahkan murid
mengecam huruf dengan menggunakan mengecam simbol bergambar yang menarik.
Bagi saya, kad belajar yang berbentuk empat segi itu merupakan kaedah lama dan
kurang merangsang minda murid serta kurang menarik perhatian untuk membantu murid
mengecam huruf.

Fokus Kajian
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran mengecam enam jenis huruf yang
seringkali menyebabkan murid keliru. Pengkaji hanya akan memfokuskan kepada huruf
b, d, p, q, m, dan n. Pengkaji akan menggunakan Kad Celik Huruf yang mengaplikasikan
simbol bergambar dengan menggabungkan kaedah nyanyian dan lukisan dalam
membantu meningkatkan kemahiran mengecam huruf tersebut.
METODOLOGI
Kajian ini melibatkan empat orang responden dari Prasekolah Fitrah Kasih di Sekolah
Kebangsaan Maras, Kuala Terengganu. Pengkaji telah memilih dua orang murid lelaki
dan dua orang murid perempuan. Tiga orang responden berumur enam tahun dan
seorang responden berumur lima tahun. Responden dipilih berdasarkan ujian
mengecam huruf yang dilaksanakan di prasekolah. Pengkaji mengenalpasti keempatempat responden mempunyai tahap kemahiran mengecam huruf b, d, p, q, m dan n
yang lebih lemah berbanding murid lain.

Kajian yang dijalankan adalah berteraskan kepada Model Kajian Tindakan Kemmis &
McTaggart (1988) yang mempunyai empat langkah utama iaitu mereflek, merancang,
bertindak dan seterusnya memerhati. Rajah 1 dibawah menunjukkan empat langkah
dalam Model Kajian Kemmis & McTaggart (1988).

Rajah 1 : Model Kajian Kemmis dan McTaggart (1988)

Pengkaji menggunakan beberapa kaedah dalam mengumpul data iaitu pemerhatian,


ujian pra dan pasca, temu bual dan analisis dokumen. Antara instrumen yang digunakan
dalam kajian ini ialah rekod senarai semak.

DAPATAN KAJIAN
Menilai tahap pencapaian murid dalam meningkatkan kemahiran mengecam huruf
b, d, p, q, m dan n dengan menggunakan Kad Celik Huruf.
Jadual di bawah telah menunjukkan hasil analisis yang dibuat terhadap empat orang
responden dalam mengecam huruf b, d, p, q, m dan n.
RESP
ONDE
N

R1

R2

R3

R4

UJIAN PRA

B
i
l
.
H
u
r
u
f
/
6
1
/
6
2
/
6
2
/
6
3
/
6

P
er
at
u
s
(
%
)

17

33

33

50

UJIAN
PASCA
B
i
l
.
H
u
r
u
f
/
6
6
/
6
6
/
6
6
/
6
6
/
6

P
er
at
u
s
(
%
)

PERAT
US
PENIN
GKATA
N
(%)

10
0

83

10
0

67

10
0

67

10
0

50

Jadual 1: Perbezaan skor markah dan peratus peningkatan ujian pra dan pasca
Berdasarkankan hasil analisis data dalam ujian pra dan pasca yang dilaksanakan,
terdapat peningkatan dalam tahap mengecam huruf responden. Keempat-empat
responden menunjukkan peningkatan dalam ujian pasca yang dilaksanakan. Kesemua
responden mendapat skor penuh iaitu 6/6 dan mencapai 100%.
Dapatan ini diterjemahkan kedalam bentuk graf palang supaya perbezaan antara keduadua ujian dapat dilihat dengan lebih jelas. Berikut merupakan graf bagi markah
responden R1, R2, R3 dan R4.

120%

PERBEZAAN PERATUSAN MARKAH UJIAN PRA


DAN UJIAN PASCA
100%

100%

100%

100%

PERATUS (%)

100%
80%
60%

50%
33%

40%
20%

UJIAN PRA
UJIAN PASCA

33%

17%

0%
R1

R2
R3
RESPONDEN

R4

Rajah 1: Graf Perbezaan Peratusan Markah Ujian Pra dan Ujian Pacsa

Peningkatan dalam peratusan ini jelas membuktikan bahawa pengaplikasian Kad Celik
Huruf yang menggabungkan penggunaan simbol, kaedah nyanyian dan lukisan dapat
membantu meningkatkan kemahiran mengecam huruf murid prasekolah.
Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan melalui
nyanyian dan lukisan menggunakan Kad Celik Huruf.

kaedah

Berdasarkan kepada transkrip temu bual yang dijalankan bersama responden. Pengkaji
telah mengenalpasti bahawa keempat-empat responden seronok dengan penggunaan
Kad Celik Huruf dalam pengajaran dan pembelajaran.

Apakah perasaan kamu bila teacher ajar guna kad huruf? Mengapa?
RESPONDEN

JAWAPAN

R1

Suke. Sebab teacher bagi sticker bila kite buleh


jawab betul. Pahtu teacher bagi kertas lukisan
kite buleh nukis kat umoh
..Ermm.. Suke sangat sebab buleh bawak balik
rumoh. Kite bace sokmo kad teacher bagi tu..

R2
R3

R4

Suke.. Sebab teacher baik. Pahtu kad tu ade


pelangi. Kite suke pelangi..
Kite suke teacher ajar.. Sebab buleh nukis.
Kite pandai nukis rama-rama..

J
adual 2 menunjukkan transkrip temu bual bersama responden mengenai
tahap minat dan seronok menggunakan Kad Celk Huruf
Berdasarkan data temu bual yang telah dianalisis, keempat-empat responden berasa
seronok dan lebih berminat dalam belajar mengecam huruf menggunakan Kad Celik
Huruf. Dapatan ini jelas menyatakan bahawa penggunaan Kad Celik Huruf dengan
gabungan elemen nyanyian dan lukisan dapat menarik minat dan melahirkan
keseronokan.
PERBINCANGAN DAN CADANGAN

Berdasarkan kepada data yang telah dianalisis dan dibincangkan secara terperinci
dalam bab sebelum ini, jelas dilihat bahawa penggunaan Kad Celik Huruf sangat
membantu murid prasekolah meningkatkan kemahiran mengecam huruf b, d, p, q, m
dan n. Kesemua responden yang dipilih dalam kajian ini telah menunjukkan peningkatan
markah ujian yang baik selepas menggunakan Kad Celik Huruf tersebut. Penggunaan
kad yang mengaplikasikan penggunaan simbol bergambar serta menggabungkan
kaedah nyanyian dan lukisan terbukti dapat membantu memudahkan murid untuk
mengecam huruf-huruf tersebut. Berdasarkan keputusan ujian pra dan ujian pasca,
keempat-empat responden telah menunjukkan peningkatan melebihi 50%. Hal ini jelas
membuktikan bahawa murid prasekolah senang dan amat mudah tertarik untuk
mengecam huruf menggunakan simbol bergambar.
Pengkaji mendapati, responden mudah untuk mengecam huruf menggunakan simbol
bergambar pada Kad Celik Huruf yang dihasilkan oleh pengkaji. Pengkaji telah memilih
gambar objek yang mempunyai visual yang hampir sama dengan visual huruf tersebut.
Sebagai contoh, pengkaji menggunakan simbol kasut bot dalam memperkenalkan huruf
b kepada murid. Bentuk visual gambar yang digunakan dapat membantu murid
mengecam huruf tersebut dengan lebih baik.
Berdasarkan pemerhatian dan sesi temubual yang dibuat dengan responden, pengkaji
melihat mereka sangat seronok dan menunjukkan minat untuk belajar. Responden
seronok apabila pengkaji mengajar mereka melukis gambar objek yang dipelajari.
Mereka juga seronok apabila mereka dapat menyanyi lagu Celik Huruf bersama-sama.
Mereka bertambah seronok apabila pengkaji akan memberikan ganjaran pelekat gambar
(sticker) selepas melaksanakan aktiviti. Dalam kajian Sufian dan Osman (2008) yang
bertajuk Penggunaan Muzik dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Bilik Darjah,
mereka menyatakan penggunaan muzik dalam proses P&P dapat menimbulkan rasa
seronok serta dapat mengembangkan kemahiran berfikir murid. Dapatan kajian mereka
juga menunjukkan penggunaan muzik berkesan sebagai alat pengurusan bilik darjah di
samping sebagai saluran murid untuk melahirkan perasaan.
Kesimpulannya, Kad Celik Huruf jelas dapat membantu meningkatkan kemahiran
mengecam huruf b, d, p, q, m dan n. Suasana pembelajaran yang menyeronokkan dapat
mengukuhkan kefahaman serta meningkatkan motivasi dan minat murid untuk mencapai
potensi yang seimbang dan optimum.
Secara keseluruhan, kajian ini telah berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan.
Namun begitu, terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan
sekiranya kajian seumpama ini dijalankan pada masa akan datang. Antaranya seperti:
i.
Kajian yang dijalankan ini hanya menggunakan sampel yang terhad iaitu empat
orang responden sahaja. Oleh hal yang demikian, dapatan kajian hanya terbatas
kepada responden sahaja. Untuk kajian lanjut, pengkaji akan menambah
bilangan sampel dan melibatkan penglibatan prasekolah di kawasan sekitar.
Secara tidak langsung, gambaran yang lebih menyeluruh dapat diperolehi
dengan membuat perbandingan tahap penguasaan mengecam huruf dalam
kalangan sampel yang lebih besar.
ii.

Pengkaji telah menggunakan kaedah nyanyian dalam kajian. Kebanyakkan


kanak-kanak prasekolah sangat sukakan muzik. Pada masa akan datang,
pengkaji bolehlah menambahbaik lagu tersebut dengan membuat rakaman lagu.
Lagu dapat dimainkan pada bila-bila masa dan guru-guru lain juga senang untuk
mengaplikasikan lagu tersebut untuk murid-murid lain.

iii.

Dalam aktiviti lembaran kerja Set 2, responden perlu menulis huruf mengikut
simbol gambar yang diberikan. Lembaran kerja tersebut baik untuk pengukuhan
kepada mereka. Namun begitu, pengkaji dapati ruang menulis agak banyak
untuk responden dan menyebabkan responden penat menulis. Untuk masa akan
datang, pengkaji perlu mengurangkan ruang menulis tersebut kerana pengkaji
hanya memfokuskan kepada kemahiran mengecam huruf dan bukannya
kemahiran menulis. Sudah memadai sekiranya pengkaji menyediakan 10-15
ruang kosong dalam set lembaran kerja tersebut.

iv.

Pengkaji mencadangkan supaya teknik memperkenalkan huruf menggunakan


simbol digunakan untuk huruf-huruf lain juga. Kanak-kanak sangat seronok
apabila mereka dapat melukis imej yang dibentuk melalui huruf-huruf tersebut.
Terdapat responden yang bertanya untuk melukis menggunakan huruf selain
huruf yang diajar dalam Kad Celik Huruf. Jadi untuk kajian yang akan datang,
pengkaji akan memperkenalkan simbol lain untuk huruf-huruf lain juga.

SENARAI RUJUKAN
Abdul Rasid Jamian. (2011). Permasalahan kemahiran membaca dan menulis
bahasa melayu murid-murid sekolah rendah di luar bandar. Jurnal Pendidikan
Bahasa Melayu, 1 (1): 1-12. Dicapai pada Mei 5, 2012 dari
www.ukm.my/jpbm/pdf/1-12_Rasid_UPM.pdf
Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2011). Dokumen kurikulum standard
prasekolah kebangsaan: Kementerian Pelajaran Malaysia
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. (2008), Buku
manual kajian tindakan edisi ketiga. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional
Malaysia Berhad.
Chai Sheau Ming et al. (2002). Kajian Satu tinjauan: kepentingan muzik sebagai
mata pelajaran wajib dalam kurikulum pendidikan guru. Muat turun pada Jul
30, 2012.
Choong Lean Keow. (2011). Asas penyelidikan tindakan: untuk ijazah sarjana muda
perguruan dengan kepujian. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd
Daud Md Saman dan Muhaiyuddin Muhamed Azizi. (2010). Literasi bahasa.
Selangor: Pekan Ilmu Publications Sdn. Bhd
Farhanah Mohd Amin. (2011). Keberkesanan kaedah nyanyian dalam
meningkatkan ingatan murid tahun 5 bagi tajuk kitaran air. Tesis tidak
diterbitkan, IPG Kampus Dato Razali Ismail, Kuala Terengganu, Malaysia
Lee Lai Guan et al. (1997). Satu tinjauan pelbagai aspek membaca murid-murid
tadika. Institut Perguruan Darul Aman
Mahzan Arshad. (2008). Pendidikan literasi bahasa melayu: strategi perancangan
dan pelaksanaan. Kuala Lumpur: Utusan Publications Sdn. Bhd

PENGGUNAAN SMART DOTTED DALAM MENINGKATKAN


KEMAHIRAN MENULIS KANAK-KANAK PRASEKOLAH

Oleh:
Ilham Binti Ab Rahim3 & Norasmah Binti Mohd Noor4
Institut Pendidikan Guru
Kampus Dato Razali Ismail
ABSTRAK
Kajian tindakan ini dijalankan bertujuan untuk melihat sejauhmana penggunaan Smart
Dotted dapat meningkatkan kemahiran menulis huruf a, b, c, d, g, p dan q dengan
menggunakan kaedah menulis yang betul. Responden yang dipilih ialah seorang murid
lelaki dari Prasekolah Pintar Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu Serada. Pemilihan
ini dibuat berdasarkan pemerhatian yang dilakukan oleh pengkaji terhadap lembaran
kerja kanak-kanak tersebut. Kajian ini dianalisis secara kualitatif menggunakan beberapa
data yang dikumpulkan melalui beberapa instrumen iaitu pemerhatian pra dan
pemerhatian pasca, senarai semak dan analisis dokumen. Analisis data menunjukkan
berlakunya perubahan terhadap tulisan kanak-kanak ini selepas kajian dilaksanakan ke
atas kanak-kanak tersebut
Kata kunci : smart dotted, menulis

PENGENALAN
Pendidikan prasekolah adalah pendidikan asas yang penting bagi kanak-kanak sebelum
memasuki alam persekolahan. Pendidikan prasekolah merupakan pendidikan awal
dalam perkembangan hidup seseorang individu selepas pendidikan di rumah.
Pendidikan prasekolah ini dapat menarik minat dalam diri kanak-kanak untuk belajar dan
menimba ilmu pengetahuan.
Menurut Nor Hashimah Hashim dan Yahya Che Lah (2007), pendidikan prasekolah
adalah peringkat terpenting bagi membentuk emosi, fizikal, sosial dan perkembangan
pemikiran kanak-kanak. Matlamat Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (2010)
pendidikan prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur
empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani,
emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaranpembelajaran selamat,
menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna.
Kemahiran menulis merujuk kepada kemahiran menulis menghasilkan contengan,
lakaran dan tulisan yang kemas. Menulis merupakan satu cara atau kaedah yang
penting untuk menyampaikan maklumat, perasaan atau melahirkan pemikiran seseorang
individu itu. Kanak-kanak perlu menulis ketika merekod, berkomunikasi, membuat aktiviti
dan sebagainya.

3
4

Pelajar PISMP Prasekolah Pendidikan Rendah


Pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan

Refleksi pengajaran dan pembelajaran


Kanak-kanak prasekolah sering menghadapi masalah dari aspek tulisan iaitu tulisan
tidak kemas, tidak dapat menulis huruf dengan betul serta tidak dapat menyalin
perkataan atau huruf dengan betul. Berdasarkan pemerhatian sepanjang berada di
dalam kelas, terdapat beberapa orang murid yang tidak dapat menulis dengan kemas.
Selain itu, murid tersebut tidak dapat menyalin perkataan atau huruf dengan betul.
Murid tersebut menghadapi kesukaran untuk menulis namanya sendiri walhal murid
tersebut perlu menyalin semula nama yang tertera pada kad namanya. Guru perlu
memberikan bimbingan supaya murid tersebut dapat menyalin namanya. Murid ini
mengambil masa yang agak lama untuk menulis nama sendiri. Selain itu, tulisan murid
tersebut tidak kemas dan tidak mengikut teknik menulis yang betul. Murid tersebut
mempunyai kesukaran untuk menulis huruf dalam huruf a hingga z.

Fokus kajian
Kajian ini memberi fokus kepada kemahiran menulis murid-murid iaitu bertujuan untuk
melihat perkembangan kemahiran menulis murid-murid prasekolah. Murid yang tidak
dapat menulis dengan huruf yang betul serta tidak sempurna akan mencacatkan
tulisannya serta menyebabkan huruf yang ditulis tidak dapat dikenalpasti dengan betul
oleh guru. Oleh itu, pengkaji telah mengaplikasikan teknik Smart Dotted bagi
membantu murid menulis dengan kemas dan sempurna.
METODOLOGI

Rajah 1: Model Stephen Kemmis


Pengkaji menggunakan model Stephen Kemmis dan Mctaggart. Berdasarkan kajian
tindakan yang dijalankan, pengkaji membuat refleksi pengajaran dan pembelajaran
setelah memerhatikan masalah yang dihadapi oleh murid iaitu tidak dapat menulis huruf
dengan kemas dan betul. Refleksi dibuat untuk membantu pengkaji mengenalpasti
masalah yang berlaku dan bagaimana untuk membantu mengurangkan masalah
tersebut. Pengkaji membuat pemerhatian semasa responden membuat tugasan pada
lembaran kerja guru dan menilai lembaran kerja yang dilakukan oleh responden.
Berdasarkan pemerhatian dan analisis dokumen yang dijalankan, pengkaji mendapati
responden menghadapi masalah untuk menulis walaupun hanya perlu untuk menyalin

huruf. Oleh yang demikian, pengkaji telah membuat refleksi pengajaran berdasarkan apa
yang telah diperhatikan dan yang telah dianalisis.
Selepas itu, pengkaji telah mengetahui masalah yang dihadapi oleh responden setelah
membuat refleksi. Pengkaji merancang apa yang perlu dilakukan dan mencari cara atau
kaedah yang betul untuk membantu murid menulis dengan betul. Rancangan dibuat
setelah pengkaji telah mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh murid tersebut
Kajian dimulakan mengikut apa yang telah dirancangkan iaitu pengkaji membantu murid
mengembangkan motor halus dengan melakukan aktiviti motor halus seperti membuat
doh, menggunting bebas iaitu tanpa bentuk, menggunting mengikut bentuk, merenyuk
kertas dan sebagainya. Aktiviti motor halus ini merupakan permulaan kepada responden
iaitu sebagai persediaan sebelum pengkaji menggunakan intervensi. Aktiviti-aktiviti ini
dapat membantu responden supaya motor halus responden dapat dikembangkan lagi
kerana aktiviti menulis memerlukan perkembangan motor halus yang baik kerana murid
perlu menggenggam pensel atau alat untuk menulis.
Seterusnya, pengkaji menggunakan lembaran kerja sambung titik supaya murid
menyambung titik mengikut arah yang betul. Lembaran ini digunakan untuk
meningkatkan kemahiran koordinasi mata- tangan murid. Lembaran yang digunakan ini
terdiri dari pelbagai bentuk iaitu bermula dengan bentuk-bentuk asas seperti garis lurus
dan garis condong. Garisan yang digunakan ini adalah merupakan garisan asas dan
terdapat beberapa huruf yang melibatkan penggunaan garisan lurus dan garisan
condong iaitu huruf v, w, x, k, l, i, t, dan huruf z. Walaupun huruf-huruf tersebut bukan
huruf yang dikaji namun pengkaji menggunakan kaedah garisan ini supaya responden
dapat mengekalkan tulisan responden semasa menulis huruf-huruf tersebut.
Kemudian, pengkaji mengaplikasikan Smart Dotted untuk membantu murid dalam
kemahiran menulis. Pengkaji menunjukkan cara menulis yang betul kepada responden.
Pengkaji menanda dengan tanda pada huruf di Smart Dotted dan tanda itu merupakan
tanda bagi permulaan untuk menulis. Oleh yang demikian, responden menjadikan tanda
merah tersebut sebagai panduan untuk mula menulis. Responden menulis huruf a, b, c,
d, g, p, dan q menggunakan Smart Dotted yang dibina oleh pengkaji. Penggunaan
Smart Dotted ini digunakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran murid.
Kemudian, pengkaji mengaplikasikan Smart Dotted untuk membantu murid dalam
kemahiran menulis. Pengkaji menunjukkan cara menulis yang betul kepada responden.
Pengkaji menanda dengan tanda pada huruf di Smart Dotted dan tanda itu merupakan
tanda bagi permulaan untuk menulis. Oleh yang demikian, responden menjadikan tanda
merah tersebut sebagai panduan untuk mula menulis. Responden menulis huruf a, b, c,
d, g, p, dan q menggunakan Smart Dotted yang dibina oleh pengkaji. Penggunaan
Smart Dotted ini digunakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran murid.
Responden perlu mengikut titik-titik pada huruf tersebut menggunakan marker pen yang
bersaiz besar dan penggunaan marker pen atau alat tulis yang lebih besar ini telah
disokong oleh Dominic Wyse dalam buku How To Help Your Child Read And Write.
Menurut Dominic Wyse, let your child use large, water-based markers because it can
help with letter formation because the pen grip is easier. Oleh yang demikian,
penggunaan alat tulis yang sesuai merupakan salah satu faktor yang membantu murid
untuk membentuk tulisan dengan lebih baik. Selain itu, responden perlu menulis
berulang kali pada Smart Dotted sambil diperhatikan oleh pengkaji. Pengulangan
dilakukan supaya responden dapat mengikut garisan titik dengan lebih baik.

Kemudian, responden menggunakan alat tulis yang lebih kecil iaitu magic pen iaitu
murid perlu menulis huruf yang ditunjukkan oleh pengkaji pada kertas yang disediakan.
Selepas itu barulah responden menulis menggunakan pensel. Pengkaji membuat
pemerhatian terhadap hasil kerja murid setelah menjalankan rawatan iaitu untuk
mengetahui keberkesanan penggunaan Smart Dotted terhadap tulisan murid.

Dapatan
Persoalan yang dikemukakan ialah untuk mengenalpasti keberkesanan Smart Dotted
dalam meningkatkan kemahiran menulis huruf a, b, c, d, g, p dan q dengan
menggunakan kaedah menulis yang betul. Justeru itu pengkaji telah menggunakan
senarai semak untuk melihat keberkesanan intervensi yang digunakan.
Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan oleh pengkaji, mendapati bahawa terdapat
murid yang mempunyai masalah dari segi tulisan. Masalah yang dialami oleh murid ini
perlu diperbaiki dan pengkaji telah menggunakan Smart Dotted untuk membantu murid
menguasai kemahiran menulis huruf a, b, c, d, g, p dan q. Berdasarkan jadual di bawah
menunjukkan perbezaan semasa ujian pra dan ujian pasca berdasarkan senarai semak
yang telah disediakan oleh pengkaji.
Bil

Item

1.

Menulis huruf dengan cara


yang betul

2.

Menulis huruf dengan bentuk


yang betul

3.

Menulis huruf dengan kemas

Huruf

Menguasai

Tidak menguasai

Jumlah

Item
Item 1

4/7

Item 2

2/7

Item 3

0/7

Jadual 1:Jumlah huruf yang dapat ditulis semasa pemerhatian pra

11

Huruf

Jumlah

Item
Item 1

7/7

Item 2

7/7

Item 3

7/7

Jadual 2 : Jumlah huruf yang dapat ditulis semasa pemerhatian pasca


Jadual di atas menunjukkan perbezaan sebelum dan selepas rawatan dijalankan ke atas
responden menggunakan ujian pra dan pasca melalui analisis dokumen. Oleh yang
demikian, berdasarkan kedua-kedua jadual terdapat peningkatan yang dapat
diperhatikan berdasarkan pemerhatian semasa ujian pra dan ujian pasca. Dalam ujian
pra, responden dapat menulis huruf a,b,c dan g dengan betul dalam item 1 iaitu menulis
huruf mengikut cara yang betul. Jadual tersebut menunjukkan penguasaan 4/7 daripada
huruf-huruf yang dapat ditulis dengan betul. Manakala bagi item 2 pula iaitu menulis
huruf mengikut bentuk, huruf yang dapat ditulis mengikut bentuk ialah huruf c dan p.
Item 3 iaitu menulis huruf dengan betul dan kemas pula menunjukkan responden tidak
dapat untuk menulis mengikut kriteria pengkaji.
Namun demikian, setelah menjalankan intervensi terhadap responden, peningkatan
yang memberangsangkan dapat diperhatikan iaitu responden dapat menulis dengan
baik dan memenuhi item-item dalam senarai semak yang telah disediakan oleh pengkaji.
Oleh yang demikian, dapat diperhatikan peningkatan yang ketara dalam ujian pra dan
pasca iaitu antara sebelum dan selepas menggunakan Smart Dotted.
Persoalan kedua iaitu mengenalpasti sejauh mana penggunaan Smart Dotted dalam
membantu murid menulis huruf a, b, c, d, g, p dan q mengikut bentuk huruf yang betul
dan kemas. Responden menghadapi masalah dalam menulis huruf dengan kaedah
menulis yang betul serta tulisan tidak kemas. Pengkaji telah menganalisis data
menggunakan analisis dokumen.

Rajah 1: Perbandingan huruf g sebelum dan selepas rawatan

12

Berdasarkan gambar di atas menunjukkan huruf g yang ditulis oleh responden tidak
menunjukkan bentuk huruf melengkung yang kemas dan cantik. Responden tidak
dapat menulis huruf g dengan betul. Namun setelah melakukan rawatan, responden
dapat menulis huruf g dengan bentuk yang kemas dan cantik.

Rajah 2: Perbandingan huruf q sebelum dan selepas rawatan

Berdasarkan gambar di atas menunjukkan huruf q yang ditulis oleh responden


sebelum mendapat rawatan adalah tidak sempurna bentuknya. Kedudukan huruf
tidak sekata iaitu senget dan tidak sama saiz antara huruf. Selepas mendapat
rawatan, huruf q yang ditulis mempunyai bentuk yang lebih kemas serta saiz huruf
yang lebih sekata.

Rajah 3 : huruf a, b dan d sebelum rawatan

PERBINCANGAN DAN CADANGAN


Berdasarkan kepada kajian yang telah dijalankan pengkaji mencadangkan beberapa
kajian lanjutan yang boleh dilaksanakan pada masa akan datang untuk
meningkatkan tahap kemahiran menulis huruf kanak-kanak prasekolah. Kajian yang
dijalankan ini hanya melibatkan seorang murid prasekolah selepas pengkaji menilai
hasil kerja murid. Pengkaji seterusnya boleh melibatkan keseluruhan murid di dalam
kelas prasekolah supaya boleh melihat perbandingan individu setelah menggunakan

smart dotted ini. Selain itu, kajian haruslah diadakan pada awal tahun ketika kanakkanak masih belum mahir menulis huruf. Kanak-kanak perlu dilatih menulis dengan
betul pada peringkat awal persekolahan lagi supaya cara penulisan yang betul akan
menjadi amalan kanak-kanak tersebut.
Kajian ini hanya berfokuskan kepada huruf-huruf tertentu iaitu huruf a, b, c, d, g, p
dan q. Oleh yang demikian, kajian boleh diteruskan dengan mengaplikasikan semua
huruf iaitu huruf a hingga z serta menggunakan Smart Dotted untuk mengajar
murid-murid menulis nombor. Tambahan lagi, pengkaji seterusnya boleh
mengkreatifkan lagi Smart Dotted supaya lebih menarik minat murid-murid untuk
menulis di atasnya. Hal ini kerana, pengkaji hanya memfokuskan kemahiran menulis
responden dan tidak mengambil kira faktor luaran seperti gambar atau lukisan untuk
dimasukkan pada Smart Dotted. Pengkaji mengggunakan marker pen kerana
responden suka menconteng pada papan putih menggunakan white board marker
justeru itu, minat tersebut diaplikasikan ke atas kajian tindakan.

SENARAI RUJUKAN
Levine, M.D. (1987). Development Variation And Learning Disorders. Cambridge,
Massachusetts: Educators Publishing Service, Inc.
Mohd Majid Konting (2000). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka
Nor Hashimah Hashim dan Yahya Che Lah. (2007). Panduan Pendidikan
Prasekolah:
Selangor. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Temple & others. (1993) The Beginning Of Writing (3rd Ed.). Boston : Allyn & Bacon
Rahmah Murshidi. (2008). Jurnal Penyelidikan Pendidikan 2008. Kota Samarahan,
Sarawak: Penerbitan Ilmiah Institut Perguruan Tun Abdul Razak
Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2009). Dokumen Standard Prasekolah:
Kementerian Pelajaran Malaysia

APLIKASI PENEGUHAN POSITIF MENGURANGKAN TINGKAH LAKU


MENGGANGGU PEMBELAJARAN KANAK-KANAK
DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Oleh :
Maria Binti Yahya5 & Salim Bin Md Amin6
Institut Pendidikan Guru
Kampus Dato Razali Ismail
ABSTRAK
Kajian tindakan ini dijalankan berasaskan Teori Behaviorisme yang dikemukakan
oleh Burrhus Federic Skinner (1904-1990) bagi tujuan melihat keberkesanan
pengaplikasian peneguhan positif berbentuk Shining Star dalam menangani
tingkah laku kanak-kanak. Kajian ini dirancang dan dilaksanakan berdasarkan
kepada model kajian Kemmis & McTaggart (1988). Kajian ini dijalankan terhadap
lima orang responden Prasekolah Nur Iman 2 yang terdiri daripada responden
lelaki. Pemilihan responden dibuat berdasarkan hasil temu bual pengkaji dengan
guru dan kanak-kanak prasekolah serta pemerhatian yang dilakukan terhadap
tingkah laku kanak-kanak di dalam bilik darjah. Kajian ini dianalisis secara kualitatif.
Data dikutip melalui instrumen pemerhatian, temu bual dan rekod anekdot. Dapatan
kajian mendapati faktor keluarga, media massa dan rakan sebaya mempengaruhi
tingkah laku kanak-kanak di bilik darjah. Dapatan juga mendapati terdapat
peningkatan dalam perubahan tingkah laku responden. Pengaplikasian Shining
Star terbukti dapat memotivasikan responden dalam mengawal dan mengurangkan
tingkah laku mengganggu pembelajaran kanak-kanak di dalam bilik darjah.
Kata kunci : Pengaplikasian, token ekonomi, tingkah laku
PENGENALAN

Di prasekolah, adalah menjadi satu kewajipan guru untuk mendidik dan


menerapkan nilai-nilai murni dalam diri kanak-kanak prasekolah. Menurut
James Ang Jit (2011), guru bukan sahaja berperanan untuk mengajar, tetapi
juga mengurus dan mendidik. Guru perlu membentuk sikap, nilai dan akhlak
murid. Hal ini kerana guru adalah orang yang paling rapat dengan murid
ketika di sekolah.
Kajian ini dilakukan berdasarkan teori Behaviourisme iaitu B.F Skinner dalam Keow
(2011). Skinner telah mengutarakan konsep pelaziman operan yang berkaitan
dengan tingkah laku dengan menggunakan ganjaran dan peneguhan dalam
membentuk tingkah laku seseorang.
Salah satu cara untuk mengawal tingkah laku kanak-kanak adalah dengan
menggunakan sistem token. Menurut Rodriguez, Montesinos dan Preciado (2005)
token ekonomi adalah salah satu cara peneguhan dalam sistem mengawal tingkah
laku kanak-kanak di bilik darjah. Manakala menurut Carr, Fraizer & Roland (2005),
matlamat utama dalam pemberian token adalah untuk meningkatkan dan
mengekalkan tingkah laku kanak-kanak.
Kajian yang dilakukan oleh Hong Seok Han (2011) mendapati bahawa token
ekomoni yang digunakan berfungsi dengan baik dan kanak-kanak menunjukkan
perubahan yang positif di dalam bilik darjah.

Pelajar PISMP Prasekolah Pendidikan Rendah


Pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan
Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu
6

Sepanjang berpraktikum di Sekolah Pagar Besi, Kuala Terengganu, pengkaji


mendapati masalah yang seringkali mengganggu sesi pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah adalah tingkah laku negatif. Antara tingkah laku
yang ditunjukkan adalah mengusik rakan, bermain, suka mengadu, bercakap
ketika tidak di soal, berlari di dalam bilik darjah dan suka menumbuk serta
mencari gaduh dengan rakan.
Masalah menjadi bertambah rumit apabila pengkaji tidak dapat mengawal
keadaan bilik darjah sepanjang sesi pengajaran berlangsung. Hal ini telah
menyebabkan rancangan pengajaran yang dirancang tidak dapat
dilaksanakan dengan baik dan objektif pengajaran tidak dapat di capai. Oleh
itu, pengkaji mencari alternatif lain untuk mengawal tingkah laku negatif
kanak-kanak Prasekolah Nur Iman 2.
Fokus Kajian
Kajian ini berfokuskan kepada kaedah modifikasi tingkah laku bagi mengawal dan
mengurangkan tingkah laku negatif di kalangan responden. Sistem token adalah
salah satu cara yang digunakan oleh pengkaji bagi mengawal tingkah laku
responden dalam usaha mengatasi masalah kajian.
METODOLOGI
Kajian ini telah dijalankan ke atas kanak-kanak Prasekolah Nur Iman 2, Sekolah
Pagar Besi Kuala Terengganu. Namun, tumpuan diberikan kepada lima orang
kanak-kanak yang mempunyai masalah tingkah laku negatif di bilik darjah.
Responden dipilih berdasarkan temu bual, pemerhatian dan rekod anekdot yang
dilakukan sepanjang sesi pengajaran dilakukan.
Dalam kajian tindakan ini, pengkaji menmungut data kajian dengan menggunakan
kaedah triangulasi iaitu melalui temu bual, pemerhatian dan rekod anekdot.
Pengkaji telah menggunakan model kajian Kemmis & McTaggart (1988) iaitu
mereflek, merancang, bertindak dan memerhati.
Bagi menjawab persoalan (1), pengkaji telah melakukan temu bual bersama
responden dan ibu bapa responden bagi mendapatkan data kajian. Soalan temu
bual disediakan berdasarkan adaptasi dari Barry Sweeny (2004) dalam Ibrahim
(2010). Temu bual yang dilakukan diterjermahkan dalam bentuk transkripsi temu
bual.

1) Apakah faktor yang mempengaruhi tingkah


pembelajaran kanak-kanak di bilik darjah?

laku

mengganggu

Hasil temu bual antara pengkaji dengan responden menunjukkan bahawa


faktor yang mempengaruhi tingkah laku negatif responden adalah faktor
keluarga, faktor media massa dan rakan sebaya. Soalan yang diajukan
adalah berkisarkan tingkah laku responden di rumah, minat responden

terhadap rancangan di televisyen serta aktiviti responden bersama rakan


sebaya
pada
waktu
petang.
Berikut
adalah

keratan transkripsi temu bual yang di lakukan:

i) Faktor Keluarga :

Pengkaj
i

: Dekat rumah, selalu kena marah tak? Siapa marah?


Kenapa dia marah? Kalau kena marah, awak buat
apa?
Nangis ke melawan balik?

R1

: (Angguk dan senyum)


Abang.
Main bedak.
Beriitahu mak
Mak marah.

R2

: Ada
Mak. Ayah tak ada. Tok je. Tok kerja gak
Tak tahu. (Sengih-sengih)
Gaduh dengan abang. Kita tak buat pun ke abang.
Abang buat ke kita. Abang tumbuk kat perut. Kita ada
abang dua orang

R3

: Kat rumah siapa?


Tak. (Geleng)
18

Tak. Kalau berlari dia marah


Kita tak kena marah. Kita tak berlari

: (Geleng). Kena!...

R4

Umi
Erm.nangis (menangis)
Rajin. Pukul umi. Umi buat ke kita. Kita pukul

balik

umi

: (Geleng). (Angguk)

R5

Ibu
Kita nakal.. Buat ke orang
Ibu marah. Ibu suruh senyap
Nangis..

ii) Faktor Media Massa

Pengkaji :

Suka tengok tv tak?


Selalu tengok cerita apa?
Sebab apa suka tengok cerita tu?

R1

Angguk. (sambil senyum)


Semua

suka.

Tapi

selalu

tengok

cerita

superman
19

Dia selamatkan orang

R2

Suka
Gusti
Tak tahu. (sambil geleng kepala)

R3

(Angguk)
Upin ipin
Sebab kita suka
Cikgu selalu tunjuk dalam kelas

R4

Suka. Suka sangat!


Cerita binatang. Tv Astro. (sambil tersengih)
Boleh tengok macam-macam binatang.. Nanti boleh
cerita ke kawan

R5

Suka. (sambil senyum)


Gusti. (sambil tersengih)
Sebab ada pukul-pukul, tumbuk orang. Hari tu kita
tumbuk abang kita. Abang kita marah, tumbuk kita balik

iii) Faktor Rakan Sebaya

20

Pengkaji

: Petang-petang selalu buat apa kat rumah?


Selalu main apa? Dengan siapa?

R1

: Main ah
Kita selalu main kejar-kejar, tangkap orang jahat..
Main dengan kawan-kawan kita ah

R2

: Kalau petang kita suka main. Dengan kawan-kawan


kita
Gocoh-gocoh

R3

: Ha.??
Owh..kita main ah
Kadang-kadang main kejar-kejar
Kawan-kawan kita ah

R4

: Kita selalu main


Main panjat-panjat pokok
Tapi haritu kawan kita ajak main cikgu-cikgu. Kita
jadi cikgu

R5

: Main
Main gusti-gusti.Dengan abang, kawan. Selalu kita
21

menang

(2) Adakah pengunaan Shining Star dapat mengurangkan tingkah laku


mengganggu pembelajaran kanak-kanak di dalam bilik darjah?
Berdasarkan pemerhatian dan rekod anekdot yang dilakukan terhadap tingkah laku
responden, pengkaji mendapati responden menunjukkan perubahan tingkah laku
yang positif dari semasa ke semasa. Berikut adalah jadual perubahan tingkah laku
responden sebelum dan selepas menggunakan Shining Star di bilik darjah.

Jadual 1
Perbezaan Tingkah Laku Mengganggu Pembelajaran
Pengurangan
Bil

Jenis Tingkah Laku

Sebelum

Selepas

tingkah laku
(%)

Mengganggu rakan

52

16

36 (37%)

Mengadu pada guru

21

15 (15%)

Menumbuk rakan

12

11 (16%)

Bercakap banyak

32

11

21 (21%)

Berlari di dalam kelas

8 (8 %)

130

34

96 (74%)

1.
2.
3.
4.
5.
JUMLAH
PERBINCANGAN DAN CADANGAN
Hasil dapatan kajian ini selari dengan kajian yang dijalankan oleh Karuppaya (2007)
yang menyatakan bahawa faktor yang mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak
adalah dari segi sikap kanak-kanak itu sendiri, rakan sebaya, keluarga dan suasana
sekolah.
Nurul Aina et.al (2010) berpendapat bahawa sistem token adalah satu sistem yang
dapat meningkatkan lagi modifikasi tingkah laku kanak-kanak kepada tingkah laku
yang diingini kerana ia menawarkan ganjaran yang dapat menarik minat kanakkanak untuk mendapatkannya. Hal ini bertetapan dengan kajian yang dilakukan oleh

22

Filcheck et. al (2004). Dalam kajiannya, beliau menyatakan bahawa kegunaan token
ekonomi ini mampu mengurangkan frekuensi tingkah laku negatif di kalangan
kanak-kanak di dalam kelas.
Dapatan kajian juga selari dengan Nor Hashimah dan Yahya Che Lah (2007) yang
menyatakan bahawa pembelajaran biasanya berlaku apabila seseorang menerima
ganjaran atau pengukuhan akibat tingkah laku yang betul daripada sesuatu
rangsangan.
Kajian ini telah membuktikan bahawa penggunaan token ekonomi Shining Star
adalah salah satu kaedah yang boleh diguna pakai dalam usaha mengawal dan
mengurangkan tingkah laku negatif kanak-kanak di bilik darjah.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa cadangan kajian yang yang boleh
dilaksanakan bagi kajian akan datang. Diharap, pengkaji akan datang meluaskan
kajian penggunaan Shining Star di dalam bilik darjah dan diubah suai sedikit bagi
menampakkan idea yang lebih kreatif dan inovatif.
Selain itu, pengkaji akan datang juga boleh mempelbagaikan lagi bentuk ganjaran
yang ingin diberikan kepada responden seperti alat permainan, buku tulis ataupun
buku cerita dan menentukan jumlah bilangan pelekat yang perlu dikumpulkan
mengikut harga dan saiz hadiah yang ditawarkan.
Tempoh kajian juga boleh dilanjutkan bagi memastikan penggunaan Shining Star di
bilik darjah benar-benar memberi kesan kepada tingkah laku kanak-kanak. Pengkaji
mendapati tempoh masa sebulan agak singkat untuk mengubah tingkah laku kanakkanak yang bermasalah. Hal ini kerana kanak-kanak memerlukan masa yang agak
lama untuk membiasakan diri mereka dengan perubahan tingkah laku yang
dilakukan.
SENARAI RUJUKAN
Ang Jit Eng. (2007). Pengurusan Disiplin Murid. Selangor: PTS Professional
Publishing
Sdn. Bhd.
Carr, J. E., Fraizer, T. J., & Roland, J. P. (2005). Token Economy. In M. Hersen,
A. M. Gross & R. S. Drabman (Eds.), Encyclopedia of behavior
modification and cognitive behavior therapy - Volume 2: Child clinical
applications (pp. 1075-1079). United State of America: Sage Publications
Filcheck, H. A., Mcneil, C. B., Greco, L. A., & Bernard, R. S. (2004). Using A
Whole- Class Token Economy And Coaching Of Teacher Skills In A
Preschool Classroom To Manage Disruptive Behavior. In Psychology in the
Schools, Vol. 41(3), (pp. 351-361). John Wiley & Sons, Inc.
Hong Seok Han. (2011). The Effects of a School-Wide Token Economy system on.
The 20th Asian Conference on Intellectual Disabilities (pp. 1012-1025).
Korea: Korea Assoseation
on
Intelectual
and
Development
Diasabilities(KAIDD).
Ibrahim, N. H. (2010). Meningkatkan Minat Kanak-kanakTerhadap Subjek Sains
Menggunakan Kaedah Simulasi (Permainan) Bagi Tajuk Perlindungan

23

Haiwan Dari Bahaya. Terengganu: Institut Pendidikan Guru Kampus Dato'


Razali Ismail.
James Ang Jit. (2011). Pengurusan Disiplin Murid. Selangor: PTS Professional
Publishing Sdn. Bhd.
Karuppaya, K. A. (2007). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kemerosotan Disiplin
Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Di Johor. Johor: Universiti Teknologi
Malaysia.
Keaw, C. L. (2011). Asas Penyeldikan Tindakan untuk Program Ijazah Sarjana
Muda Perguruan dengan Kepujian. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman
Sdn. Bhd.
Nor Hashimah Hashim Dan Yahya Che Lah. (2007). Panduan Pendidikan
Prasekolah. Selangor: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Nurul Aina et. al. (2010, Julai 25). Modifikasi Tingkah Laku Kanak-kanak Token
Ekonomi:Kelemahan dan Kebaikan Token Ekonomi. Dicapai pada Mac 3,
2012, dari
Raising
The
Soft
Volume:
http://raisingthesoftvolume.blogspot.co.uk/2010/07/modifikasi-tingkah-lakukanak-kanak.html
Rodriguez, J. O., Montesinos, L., & Preciado, J. (2005). A 19th Century Predecessor
of the Token Economy. Journal of Applied Behavior Analysis , 427.

24

PENGGUNAAN TIKAR KETINGTING SUKU KATA BAGI


MENINGKATKAN PENGUASAAN BACAAN SUKU KATA
TERBUKA ( kv+kv ) DALAM KALANGAN
MURID PRASEKOLAH
Oleh:
Mohamad Faiz Bin Abdul Aziz7 & Siti Aisyah Binti Mokhtar8
Institut Pendidikan Guru
Kampus Dato Razali Ismail
ABSTRAK
Kajian tindakan ini dijalankan bagi membantu kanak-kanak prasekolah
meningkatkan kemahiran membaca suku kata terbuka (kv+kv) melalui
kaedah penggunaan Ketingting Suku Kata. Kemahiran membaca yang
ditekankan di sini ialah kemahiran membaca suku kata terbuka (kv+kv).
Responden dalam penyelidikan ini terdiri daripada 5 orang kanak-kanak
prasekolah yang berumur 5 dan 6 tahun di salah sebuah sekolah sekitar
Kuala Terengganu. Dalam melaksanakan tinjauan awal kajian, pengkaji telah
menggunakan pemerhatian, ujian pra serta rekod anekdot sebagai medium
untuk mendapatkan maklumat kajian. Hasil dapatan ketiga-tiga instrumen ini
menunjukkan kesemua responden ini lemah dalam kemahiran membaca
suku kata terbuka (kv+kv). Setelah intervensi iaitu Tikar Ketingting Suku Kata
diberikan, pengkaji mengumpul semula data-data kajian menggunakan tiga
alat kajian iaitu ujian pasca, rekod anekdot dan senarai semak. Hasil analisis
data mendapati kesemua responden menunjukkan peningkatan yang positif
dalam menguasai kemahiran ini. Analisis data ini dapat disahkan melalui
analisis ujian pra dan ujian pasca serta rekod anekdot. Keputusan
penyelidikan tindakan menunjukkan bahawa penggunaan Tikar Ketingting
25

Suku Kata dapat membantu dalam meningkatkan tahap penguasaan


responden dalam kemahiran membaca yang meliputi kemahiran membaca
suku kata terbuka (kv+kv).
Kata kunci:tikar ketingting suku kata, kemahiran membaca, suku kata
terbuka
PENGENALAN
2

Kemahiran membaca adalah kemahiran yang penting dalam pendidikan


terutamanya pada peringkat awal alam persekolahan kerana kemahiran
membaca mempunyai hubungan dengan penguasaan bahasa. Penguasaan
bahasa kanak-kanak adalah asas perkembangan kognitif yang melibatkan
kegiatan memperoleh pengetahuan melalui pengalaman membaca.
Kelemahan penguasaan bahasa lama-kelamaan akan membawa kesan yang
berlanjutan terutamanya dari segi pemerolehan pengetahuan. Jadi,
kelemahan penguasaan bahasa dalam kalangan pelajar terutamanya yang
lemah membaca tidak boleh dipandang ringan. Ini adalah kerana maklumat
yang diperoleh dalam pembacaan boleh digunakan untuk pelbagai aspek
dalam kehidupan dan pelajar yang menghadapi masalah membaca sukar
untuk mencapai keputusan yang baik dalam mata pelajaran. Bermain
sebagai penentu adalah penting bagi perkembangan sahsiah, daya cipta,
kestabilan emosi, perkembangan sosial dan intelek. Aktiviti-aktiviti bermain
dapat memperkembangkan kekuatan fizikal, koordinasi dan ketangkasan.
Apabila konsep main dicantumkan dengan belajar, maka ia menjadi belajar
melalui bermain.
Sebagai contoh apabila kanak-kanak itu bermain sesuatu permainan
sahibba, mereka dapat membina dan menambah perbendaharaan kata dan
aktiviti matematik iaitu menjumlah setiap markah yang di perolehi. Sahsiah
yang baik juga terbentuk melalui kerjasama, toleransi, saling hormat
menghormati dan bersedia menerima kekalahan. Pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan di sekolah-sekolah hanya sehala dan tidak
begitu praktikal serta kurang mencapai matlamat yang di kehendaki.
Penglibatan aktif sama ada daripada guru atau murid lebih berkesan dalam
menyampaikan sesuatu kemahiran. Murid-murid akan mudah memahami
sesuatu konsep baru yang diperkenalkan, apabila mereka melakukannya
sendiri. Sebenarnya permainan ini telah wujud sejak zaman purba. Kajiankajian yang dibuat di negara barat telah menunjukkan bahawa bahan
permainan dalam bilik darjah boleh meningkatkan minat murid terhadap mata
pelajaran sambil meningkatkan pencapaian mereka dalam mata pelajaran
lain. Dengan kata lain, semasa mereka bermain, konsep-konsep
pembelajaran dapat diserapkan tanpa mereka sedari dalam suasana yang
gembira dan tanpa tekanan. Dengan belajar melalui bermain murid-murid

7 Pelajar Prasekolah Pendidikan Rendah


8 Pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan

26

tidak akan cepat bosan mempelajari sesuatu malah dapat meningkatkan lagi
minat belajar.
Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Lalu
Pengkaji adalah guru pelatih yang menjalani praktikum di Prasekolah AlFalah, Sekolah Kebangsaan Maktab Perguruan Kuala Terengganu daripada
bulan Januari hingga April. Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
Prasekolah Al-Falah selama empat minggu, pengkaji telah mendengar
bacaan murid prasekolah dari kelas Al-Falah seramai lima orang melalui
aktiviti membaca Bacalah Sayang. Di samping itu, pengkaji juga telah
memberi kad-kad bacaan berbentuk perkataan mudah berdasarkan sukatan
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK), hasil dari aktiviti
tersebut didapati murid-murid tersebut mempunyai masalah dalam bacaan
dan menyebut suku kata. Timbul persoalan di fikiran pengkaji mengapa
agaknya mereka tidak boleh menyebutkan perkataan dengan sebutan yang
betul mengikut suku kata, ini menyebabkan kemahiran membaca mereka
amat lemah.
Oleh itu, pengkaji telah menjalankan pemerhatian tidak berstruktur dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran. Hasil dapatannya, pengkaji dapati
mereka kurang berminat untuk membaca, tidak boleh membaca kad
perkataan yang diberi dengan lancar dan betul sebutannya, serta kurang
memberi tumpuan terhadap apa yang dibaca di dalam slot tunjang Bahasa
dan Komunikasi. Sekiranya masalah ini tidak diberi perhatian, maka mereka
akan menjadi murid yang tercicir. Sehubungan itu, pengkaji telah
menjalankan kajian tindakan ini.
Fokus Kajian
Kajian ini berfokus kepada kebolehan membaca perkataan suku kata terbuka
(kv+kv) murid di mana kajian dijalankan bagi membantu murid-murid
membaca perkataan suku kata terbuka (kv+kv). Murid-murid yang
mempunyai masalah dalam bacaan perkataan suku kata terbuka (kv+kv)
akan menyebabkab kesukaran dalam proses penerimaan pengajaran
daripada guru. Oleh itu pengkaji menjalankan rawatan menggunakan Tikar
Keingting Suku Kata bagi melihat keberkesanan penggunaan Tikar
Ketingting Suku Kata bagi meningkatkan penguasaan bacaan perkataan
suku kata terbuka (kv+kv).
METODOLOGI
Kajian telah dijalankan kepada lima orang murid prasekolah Al-Falah,
Sekolah Kebangsaan Maktab Perguruan Kuala Terengganu yang terdiri
daripada tiga orang murid lelaki dan dua orang murid perempuan. Muridmurid ini mempunyai masalah kurang berminat untuk membaca, tidak boleh
27

membaca kad perkataan yang diberi dengan lancar dan betul sebutannya,
serta masalah membaca di peringkat suku kata.
Bagi mendapatkan maklumat dan data sepanjang menjalankan kajian ini,
beberapa instrumen yang bersesuaian telah dipilih. Pengkaji menggunakan
beberapa instrumen sewaktu menjalankan kajian tindakan ini. Pengkaji
menggunakan instrumen senarai semak, rekod anekdot dan pemerhatian
dalam melihat penguasaan membaca suku kata murid. Pemerhatian pra dan
pemerhatian pasca dijalankan dengan cara membuat pemerhatian ke atas
murid menggunakan instrumen senarai semak. Sebelum pengkaji memilih
tajuk ini, pengkaji telah menjalankan pemerhatian ke atas murid-murid dan
mengenalpasti masalah penguasaan membaca suku kata mereka.
Pemerhatian dijalankan untuk memilih responden. Pemerhatian dijalankan
sebelum murid menggunakan Tikar Ketingting Suku Kata.
Di dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan reka bentuk kajian oleh Kurt
Lewin. Reka bentuk kajian tindakan Kurt Lewin telah dibina pada tahun 1940an dan dikenali sebagai Kurt Lewin's Action Research Spiral yang mana
menunjukkan penambahbaikan yang berterusan dalam pembelajaran
mengenai apa yang telah dikaji. Empt langkah di dalam model ini iaitu,
merancang, bertindak, memerhati dan mereflek.

Rajah 1: Kitaran Kajian Tindakan (Kurt Lewin 1946)

Dalam mengkaji keberkesanan penggunaan Tikar Ketingting Suku Kata


dalam meningkatkan penguasaan bacaan suku kata terbuka (kv+kv) dalam
kalangan murid-murid prasekolah, pengkaji telah melaksanakan beberapa
instrumen yang telah dikenalpasti. Instrumen yang terlibat dalam kajian ini
adalah instrumen ujian pra dan ujian pasca, rekod anekdot serta senarai
semak. Analisis kajian yang dilakukan adalah bagi menjawab objektif kajian
yang telah disediakan oleh pengkaji. Oleh yang demikian, pengkaji
menganalisis data yang diperolehi berdasarkan objektif kajian yang telah
ditetapkan.
28

i.

Mengenal pasti keberkesanan penggunaan Tikar Ketingting


Suku Kata bagi membantu murid boleh membaca suku kata
terbuka kv+kv.

Peningkatan penguasaan membaca dalam kalangan murid-murid dapat


dilihat melalui hasil dari ujian pra dan ujian pasca yang telah dijalankan oleh
pengkaji. Hasil ujian pra dan pasca telah diolah ke dalam bentuk jadual.
Jadual 1: Bilangan perkataan suku kata terbuka (kv+kv) yang dikuasai
semasa ujian pra dan ujian pasca
BIL.

RESPONDEN

UJIAN PRA
(15 SUKU KATA)

UJIAN PASCA
(15 SUKU KATA)

1.

R1

3/15

10/15

2.

R2

3/15

12/15

3.

R3

5/15

15/15

4.

R4

4/15

11/15

5.

R5

5/15

15/15

Keputusan di atas dilihat berdasarkan jumlah bilangan perkataan suku kata


yang dikuasai oleh responden. Jumlah bilangan perkataan suku kata
terbuka (kv+kv) yang dikuasai semasa ujian pra mewakili jumlah bilangan
perkataan suku kata terbuka (kv+kv) yang dikuasai sebelum rawatan
dijalankan, manakala jumlah bilangan perkataan suku kata terbuka (kv+kv)
yang dikuasai semasa ujian pasca mewakili jumlah bilangan perkataan suku
kata terbuka (kv+kv) yang dikuasai selepas rawatan.
Berdasarkan jadual , terdapat peningkatan dalam penguasaan membaca
perkataan suku kata terbuka (kv+kv) dalam kalangan responden. Perkara ini
dapat dilihat berdasarkan keputusan-keputusan penguasaan membaca
perkataan suku kata ternuka (kv+kv) bagi setiap responden. Responden satu
telah menunjukkan peningkatan iaitu dari tiga perkataan suku kata terbuka
(kv+kv), meningkat kepada sepuluh perkataan. Bagi responden kedua pula,
peningkatan penguasaan membaca suku kata terbuka (kv+kv) dapat dilihat
daripada menguasai tiga perkataan, meningkat kepada 12 perkataan.
Responden keempat turut menunjukkan peningkatan dalam penguasaan
membaca suku kata terbuka (kv+kv). Penguasaan membaca perkataan suku
kata terbuka (kv+kv) responden keempat meningkat daripada empat
perkataan kepada 11 perkataan. Responden ketiga dan kelima menunjukkan
peningkatan yang sama dalam penguasaan membaca perkataan suku kata
terbuka (kv+kv). Berdasarkan jadual, responden ketiga dan kelima
menunjukkan peningkatan dari lima perkataan kepada 15 perkataan. Hal ini
29

dapat menunjukkan bahawa responden ketiga dan kelima menunjukkan


peningkatan yang amat baik dalam penguasaan membaca perkataan suku
kata terbuka (kv+kv).
Pengkaji telah menganalisis data berdasarkan instrument rekod anekdot bagi
setiap responden dalam melihat perubahan penguasaan membaca suku kata
terbuka (kv+kv) oleh mereka. Perubahan penguasaan membaca perkataan
suku kata terbuka (kv+kv) mereka boleh dilihat melalui analisis data
menggunakan instrumen rekod anekdot seperti di bawah.
ii.

Mengenal pasti perbezaan penguasaan membaca perkataan


suku kata terbuka (kv+kv) murid sebelum dan selepas
penggunaan Tikar Ketingting Suku Kata.

Rekod Anekdot
Responden 1 (sebelum rawatan)
Berdasarkan analisis melalui rekod anekdot, responden menunjukkan tahap
penguasaan membaca yang rendah. Hal ini dapat dilihat apabila murid tidak
dapat membaca dengan lancar perkataan suku kata terbuka (kv+kv) yang
terdapat di dalam buku Bacalah Sayang. Responden juga tidak memberikan
tumpuan ketika sesi membaca bersama guru.
Responden 2 (semasa rawatan)
Melalui analisis rekod anekdot, responden dapat membaca perkataan suku
kata terbuka dengan betul walaupun tidak berapa lancar. Ketika penggunaan
Tikar Ketingting Suku Kata, responden menunjukkan minat terhadap bahan
bantu mengajar tersebut. Responden turut memberikan reaksi yang seronok
ketika sesi rawatan dijalankan.
Responden 3 (sebelum rawatan)
Catatan rekod anekdot menunjukkan responden bosan apabila diminta untk
membaca buku Bacalah Sayang oleh guru. Responden juga tidak dapat
membaca dengan dengan lancar perkataan suku kata terbuka. Responden
membaca dalam keadaan gagap perkataan suku kata terbuka. Terdapat
beberapa suku kata tidak boleh dibaca oleh responden.
Responden 4 (selepas rawatan)
Berdasarkan rekod anekdot, responden telah menampakkan perubahan
yang ketara terhadap penguasaan membaca perkataan suku kata terbuka.
Responden dapat membaca perkataan suku kata terbuka dengan lancar dan
betul. Responden juga dapat membaca suku kata terbuka (kv+kv) yang
terdapat di dalam kelas.
30

Responden 5 (semasa rawatan)


Rekod anekdot menunjukkan terdapat perubahan terhadap responden dalam
aspek penguasaan membaca suku kata terbuka (kv+kv) ketika rawatan
dijalankan menggunakan Tikar Ketingting Suku Kata. Responden dapat
menyebut suku kata dengan betul dan lancar. Responden turut menunjukkan
riak muka yang seronok ketika rawatan dijalankan.

Pengkaji telah menggunakan borang senarai semak kepada setiap


responden bagi mendapatkan minat mereka terhadap penggunaan Tikar
Ketingting Suku Kata. Borang senarai semak yang disediakan dapat
menyokong keputusan pengkaji menjalankan kajian tindakan ini.
iii.

Mengenalpasti minat murid terhadap penggunaan Tikar


Ketingting Suku Kata.
Jadual 2: Keputusan Senarai Semak

BIL.

ITEM

JAWAPAN
YA

TIDAK

1.

Penglibatan murid
Ketingting Suku Kata

Tikar

2.

Keseronokan yang ditunjukkan semasa aktiviti


Tikar Ketingting Suku Kata

3.

Kesungguhan membaca perkataan suku kata


terbuka (kv+kv) melalui aktiviti Tikar Ketingting
Suku Kata

4.

Kelancaran membaca perkataan suku kata


terbuka (kv+kv) dengan betul

5.

Fokus murid terhadap aktiviti Tikar Ketingting


Suku Kata

dalam

aktiviti

Berdasarkan rajah, item pertama di dalam senarai semak iaitu penglibatan


murid dalam aktiviti Tikar Ketingting Suku Kata menunjukkan kelima-lima
orang responden melibatkan diri dalam aktiviti Tikar Ketingting Suku Kata.
Bagi item yang kedua iaitu keseronokan yang ditunjukkan semasa aktiviti
Tikar Ketingting Suku Kata, kesemua responden menunjukkan keseronokan
semasa aktiviti tikar Ketingting Suku Kata dijalankan. Berdasarkan kepada
31

rajah, item kesungguhan membaca suku kata melalui aktiviti Tikar Ketingting
Suku Kata iaitu item ketiga, menunjukkan 4 orang responden menunjukkan
kesungguhan membaca suku kata terbuka (kv+kv) melalui aktiviti Tikar
Ketingting Suku Kata, manakala seorang responden kurang menunjukkan
kesungguhan. Item keempat iaitu kelancaran membaca suku kata terbuka
(kv+kv) dengan betul menunjukkan empat orang responden boleh membaca
dengan lancar suku kata terbuka (kv+kv) dengan betul. Terdapat seorang
responden kurang lancar membaca perkataan suku kata terbuka (kv+kv)
dengan betul. Berdasarkan rajah, item kelima iaitu fokus murid terhadap
aktiviti Tikar Ketingting Suku Kata menunjukkan kesemua responden
memberikan fokus terhadap aktiviti Tikar Ketingting Suku Kata.
PERBINCANGAN DAN CADANGAN
Pengkaji menyarankan bahawa murid bukan hanya memerlukan satu
pendekatan pengajaran yang fleksibel dan inovatif yang dapat menarik
perhatian mereka tetapi yang sama penting ialah satu strategi yang dapat
membantu mereka mengingat kembali maklumat yang diajar agar proses
pengajaran dan pembelajaran boleh dianggap berkesan. Kajian tindakan ini
memfokuskan kepada penguasaan bacaan perkataan suku kata terbuka
(kv+kv) terhadap murid prasekolah. Pengkaji berharap, pada masa akan
datang, pengkaji lain boleh meluaskan fokus kajian kepada penguasaan
suku kata yang lebih meluas. Selain itu, pengkaji lain boleh melakukan
penambahbaikan dari segi inovasi terhadap alat Ketingting Suku Kata.
Sebagai contoh, pengkaji lain boleh menerapkan unsure nyanyian atau
muzik dalam menggunakan Tikar Ketingting Suku Kata. Seperti yang
diketahui, kanak-kanak amat berminat dengan elemen-elemen muzik di
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Secara tidak langsung akan
membantu dalam penguasaan bacaan kanak-kanak. Pengkaji turut
menyarankan agar penggunaan Tikar Ketingting Suku Kata ini boleh
digunakan secara meluas.
Penggunaannya boleh dibawa kepada murid tahap satu dan murid
pemulihan khas. Hal ini kerana, kebanyakan kanak-kanak mempunyai
masalah awal bacaan, melalui penggunaan Tikar Ketingting Suku Kata ini,
sedikit sebanyak akan membantu guru dalam meningkatkan penguasaan
bacaan murid sama ada di peringkat prasekolah mahupun di sekolah rendah
khususnya tahap satu. Pengkaji berharap, melalui kajian yang telah
dilaksanakan ini, akan menjadi titik permulaan bagi pengkaji lain untuk
mencipta satu inovasi atau kaedah yang boleh diguna pakai dalam
membantu bacaan awal kanak-kanak.
SENARAI RUJUKAN
Nor Hashimah Hashim & Yahya Che Lah. (2003). Panduan pendidikan
prasekolah.
Selangor: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
32

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa & Abdul Hamid Mahmood.
(1997).
Tatabahasa Dewan: Edisi baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Rita Kurnia & Rohaty Mohd. Majzud. (2009). Kesediaan membaca kanakkanak
prasekolah di Pekanbaru Riau. Prosiding Seminar Penyelidikan
Siswazah UKM.
Saayah Abu, Rohaty Mohd. Majzub & Nor Aishah Buang (2010). Amalan
membaca dan
penggunaan buku kepada kanak-kanak prasekolah dalam perspektif
rakan sebaya. Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara ke
4 2010, 3-4 Ogos
2010. Bangi.
Sharifah Nor Puteh, Manisah Mohd Ali, Norshidah Mohamad Salleh & Aliza
Alias.
(2009).Penggunaan dan pengurusan bahan pengajaran dan
pembelajaran dalam
kurikulum permainan pendidikan awal kanak-kanak. Laporan Teknikal
Projek
Penyelidikan UKM-GG-05-FRGS0003-2007. Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Sufean Hussin, Ahmad Zabidi, Habib Md. Som & Alina Ranee.
(2005).Pentadbiran
dalam pembangunan pendidikan. Kuala Lumpur: Penerbitan PTS Sdn.
Bhd.
Tamam Timbang, Zamri Mahamod, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff & Jamaludin
Badusah.
(2010). Masalah membaca murid-murid sekolah rendah di Brunei
Darussalam:Satu kajian kes. Jurnal Pendidikan Malaysia, 35 (2): 7785.
Zamri Mahamod, Nik Mohd. Rahimi Nik Yusoff & Juliawati Ibrahim. (2009).
Perbandingan gaya pengajaran guru bahasa Melayu dan guru bahasa
Inggeris.
Jurnal Pendidikan Malaysia 34 (1): 67-92.

33

MENINGKATKAN KEMAHIRAN SOSIAL KANAK-KANAK PRASEKOLAH


DALAM PEMBELAJARAN MELALUI KAEDAH BERMAIN
MURID PRASEKOLAH AL AMIN,
SK. RHU SEPULUH
34

Oleh :

Mohd Ammar Bin Sauti9 & Salim Bin Md Amin103


Institut Pendidikan Guru
Kampus Dato Razali Ismail

ABSTRAK

Mengikut Vygotsky (1967) bermain membantu perkembangan bahasa dan


pemikiran. Justeru penggunaan kaedah bermain dalam proses pengajaran
dan pembelajaran dijalankan pengkaji bagi meningkatkan tahap kemahiran
sosial kanak-kanak prasekolah. Kajian ini dirancang dan dilaksanakan
berdasarkan kepada model kajian Kemmis & McTaggart (1988). Responden
dalam kajian ini terdiri daripada 4 orang murid Prasekolah Al-Amin Sekolah
Kebangsaan Rhu Sepuluh yang terdiri daripada tiga orang murid perempuan
dan seorang murid lelaki. Kajian ini berbentuk kualitatif yang melibatkan
pengumpulan data melalui beberapa instrumen yang terlibat iaitu
pemerhatian pra, pemerhatian pos, senarai semak dan rekod anekdot. Data
senarai semak dianalisis dalam bentuk jadual dan graf kekerapan kemahiran
sosial. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa terdapat peningkatan
kemahiran sosial kanak-kanak prasekolah setelah dikenakan rawatan (
kaedah bermain ) oleh pengkaji.

Kata kunci : Meningkatkan, Kemahiran Sosial, Kaedah Bermain

PENGENALAN

Pelajar PISMP Prasekolah Pendidikan Rendah


Pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan

10

35

Menurut Philip (1991) interpersonal yang berkesan dapat diaplikasikan


dengan menggunakan kemahiran sosial iaitu tingkahlaku-tingkahlaku yang
prihatin . Sebaliknya Thacker (1996) pula berpandangan sesuatu komunikasi
sosial akan berlaku dalam sesuatu situasi kerja dalam Santrock, J.W. (2006).
Pengkaji merumuskan bahawa kemahiran bersosial berlaku atau
berlangsung dalam sesuatu aktiviti atau kerja dengan individu lain.

Permainan biasanya melibatkan aktiviti fizikal yang berhubung rapat dengan


perkembangan kanak-kanak dari aspek motor kasar dan motor halus serta
kesedaran tentang badan mereka. Kanak-kanak berasa seronok dan
gembira sewaktu aktif menggunakan bahagian-bahagian anggota badan
mereka untuk bersenam. Ini membolehkan kanak-kanak meningkatkan
kemahiran yang membolehkan mereka berasa lebih selamat, lebih yakin,
dan boleh berdikari.
(Cai,1998). Penyertaan dan keseronokan belajar
merupakan dua elemen pembelajaran yang sangat berkait rapat.

36

Kajian ini dilakukan berdasarkan teori Vygotsky (1978), dalam setiap peringkat umur,
perkembangan kognitif berlaku dalam dua tahap iaitu tahap sosial dan tahap individu.
Pada tahap sosial, manusia memperoleh ilmu atau maklumat melalui interaksi dengan
orang-orang di sekeliling ( seperti dinyatakan dalam Mohd Sofian, 2006 ).

Kajian yang dilakukan oleh Muhamad Shahid (2011) mendapati pendekatan belajar
melalui bermain iaitu PretendPlay dapat meningkatkan kemahiran sosial murid
prasekolah.

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu


Sepanjang menjalani praktikum di Prasekolah Al-Amin Sekolah Kebangsaan Rhu
Sepuluh, pengkaji dapati terdapat beberapa orang murid prasekolah ini yang kurang
mahir kemahiran bersosial semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung
yang dijalankan oleh pengkaji. Antara tingkahlaku yang sering dipamerkan oleh
mereka seperti pasif, tidak bercakap, duduk di bawah meja dan kurang bersosial
dengan rakan-rakan mereka. Pendidikan awal kanak-kanak secara umumnya
mengharapkan kanak-kanak boleh bersosial, bersikap peramah, jujur,
bertanggungjawab , menolong, koperatif dan bertimbang rasa.
Fokus Kajian

Kajian ini berfokuskan kepada kaedah bermain bagi meningkatkan kemahiran sosial di
kalangan responden. Kaedah bermain adalah salah satu cara yang digunakan oleh
pengkaji bagi meningkatkan kemahiran sosial responden dalam usaha mengatasi
masalah kajian.

METODOLOGI

Kajian ini telah dijalankan ke atas kanak-kanak Prasekolah Al-Amin, Sekolah


Kebangsaan Rhu Sepuluh, Setiu. Namun, tumpuan diberikan kepada empat orang
kanak-kanak yang mempunyai kemahiran sosial yang rendah. Responden dipilih
berdasarkan pemerhatian dan rekod anekdot yang dilakukan sepanjang sesi
pengajaran dilakukan.

37

Dalam kajian tindakan ini, pengkaji memungut data kajian dengan menggunakan
beberapa instrumen iaitu pemerhatian dan rekod anekdot. Pengkaji telah
menggunakan model kajian Kemmis & McTaggart (1988) iaitu mereflek, merancang,
bertindak dan memerhati.

( Buku Manual Kajian Tindakan, 2008 ).


Bagi menjawab persoalan (1), pengkaji telah membuat pemerhatian pra dan
pemerhatian pos serta rekod anekdot ke atas responden sepanjang kajian dijalankan.

1. Adakah penggunaan kaedah bermain akan membantu meningkatkan


kemahiran sosial kanak-kanak prasekolah?
Melalui pemerhatian pra dan pemerhatian pos, pengkaji dapat melihat peningkatan
kemahiran sosial kanak-kanak dalam pembelajaran melalui kaedah bermain yang
dilakukan oleh responden yang telah dipilih. Sebelum menggunakan kaedah bermain,
pengkaji mendapati responden kurang menggunakan kemahiran sosial mereka
semasa pembelajaran sehingga mengakibatkan proses pengajaran dan pembelajaran
tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan kerana responden tidak bersosial. Namun,
selepas menggunakan kaedah bermain dalam pembelajaran, kemahiran sosial kanakkanak menunjukkan peningkatan. Jumlah kekerapan kemahiran sosial kanak-kanak
semasa pemerhatian pra adalah rendah berdasarkan item yang disediakan.
Rekod Anekdot Responden 1
38

Jadual 1 : Catatan rekod anekdot bagi responden 1 sebelum rawatan

Catatan

Ulasan

Responden 1 kelihatan muram dan


hanya duduk di mejanya sahaja tanpa
menghiraukan rakannya yang lain.
Apabila guru memberikan hadiah atau
buku latihan, responden tidak
mengucapkan terima kasih dan
ucapkannya apabila ditegur oleh guru.
Responden tidak memberi respon
kepada arahan guru semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran.

Responden 1 tidak berkomunikasi


dengan rakan-rakan ataupun guru
semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran.
Tingkahlaku responden menunjukkan
bahawa dia tidak suka bergaul dengan
rakan.

Rekod Anekdot Responden 2


Jadual 2 : Catatan rekod anekdot bagi responden 2 selepas rawatan dijalankan
Catatan

Ulasan

Responden duduk dalam kumpulan


dengan baik dan teratur. Dia mula
duduk di hadapan dalam barisan
apabila ingin melakukan sesuatu
aktiviti bersama rakan lain. Responden
mengangkat tangan beberapa kali
untuk menjawab soalan yang diajukan
oleh guru dan menganggukkan kepala
apabila disoal guru untuk memastikan
jawapan yang diberikan. Responden
ketawa semasa mendengar jawapan
daripada rakan yang lain.

Responden menunjukkan beberapa


perubahan daripada segi kemahiran
sosial apabila dia mula memberi
respon apabila ditanya oleh guru dan
bersosial dengan rakan semasa aktviti
bermain dijalankan.

39

Rekod Anekdot Responden 3


Jadual 3 : Catatan rekod anekdot bagi responden 3 sebelum rawatan
dijalankan
Catatan

Ulasan

Responden 3 duduk berjauhan dengan


kumpulan semasa aktiviti berlangsung.
Dia bermain dengan objek baru yang
dia temui dan marah apabila rakannya
cuba melihat atau memegang objek
tersebut.

Responden 3 tidak suka berkongsi


objek atau barang dengan rakannya
yang lain. Dia mudah hilang fokus
semasa proses pengajaran dan
pembelajaran.

Rekod Anekdot Responden 4


Jadual 4 : Catatan rekod anekdot bagi responden 4 selepas rawatan dijalankan
Catatan

Ulasan

Responden beberapa kali bertanya


kepada guru sambil melakukan aktiviti
bermain yang dijalankan oleh guru. Dia
melakukan aktiviti bersama rakan
dengan bersungguh-sungguh dengan
menyentuh tangan rakannya dan
memegang erat tangan rakannya.

Responden telah menggunakan


beberapa kemahiran sosial yang ingin
diterapkan dalam dirinya oleh guru
seperti bertanya dan menyentuh.

2. Apakah contoh-contoh kemahiran sosial yang ada dalam kaedah


bermain yang dapat diterapkan kepada kanak-kanak prasekolah ?
Antara contoh kemahiran sosial yang telah diserapkan melalui kaedah bermain dalam
kajian ini adalah kemahiran sosial bertanya, menjawab, angkat tangan, sentuhan,
ketawa dan angguk kepala. Berdasarkan pemerhatian, responden menggunakan
kemahiran sosial ini semasa proses rawatan berlangsung dan pengkaji telah berjaya
menerapkan kemahiran sosial serta meningkatkan kemahiran sosial responden melalui
kaedah bermain.
40

Jadual 5 : Jumlah kekerapan pemerhatian pra dan pemerhatian pos


Kemahiran sosial
responden

Jumlah kekerapan
pemerhatian pra

Jumlah kekerapan
pemerhatian pos

Ketawa

15

38

Bertanya

25

Menjawab

22

Angguk kepala

21

40

Sentuhan

13

26

Angkat tangan

17

32

3. Adakah terdapat perbezaan tahap kemahiran sosial dalam


pembelajaran sebelum dan selepas guru menggunakan kaedah
bermain
Terdapat perbezaan dalam tahap kemahiran sosial dalam pembelajaran sebelum dan
selepas guru menggunakan kaedah bermain. Berdasarkan pemerhatian pra dan
pemerhatian pos, responden yang menunjukkan peningkatan kemahiran sosial yang
paling ketara adalah responden 1 di mana kemahiran sosial angkat tangan , sentuhan
dan ketawa. Responden yang menunjukkan peningkatan kemahiran sosial yang paling
sedikit ialah responden 4 dengan kemahiran sosial bertanya, angkat tangan, sentuhan
dan ketawa.

Rajah jumlah kekerapan pemerhatian pra dan pemerhatian pos

41

45
40
35
30
25

Jumlah kekerapan
pemerhatian pra

20

Jumlah kekerapan
pemerhatian pos

15
10
5
0
Ketawa

Bertanya Menjawab Angguk


kepala

Sentuhan

Angkat
tangan

PERBINCANGAN DAN CADANGAN

Hasil dapatan kajian juga selari dengan kajian Muhamad Shahid (2011) mendapati
pendekatan belajar melalui bermain iaitu PretendPlay dapat meningkatkan
kemahiran sosial murid prasekolah.
Selain itu, pengkaji membuat pemerhatian ke atas responden hanya berfokuskan
kepada beberapa kemahiran sosial iaitu, ketawa, bertanya, menjawab, angkat tangan,
sentuhan dan angguk kepala. Kemahiran sosial ini yang ingin dilihat peningkatan yang
berlaku terhadap kemahiran murid. Jadi, pengkaji berharap kajian seterusnya dibuat
memperbanyakkan kemahiran sosial yang lain bagi diterapkan dalam diri kanak-kanak
prasekolah agar kanak-kanak dapat menggunakan kemahiran sosial yang pelbagai
dalam meningkatkan keyakinan diri mereka pada masa akan datang.
Pengkaji berharap pengkaji-pengkaji bagi kajian masa hadapan akan melanjutkan
masa dilaksanakan rawatan bagi melihat keberkesanan yang lebih efektif dalam
meningkatkan kemahiran sosial kanak-kanak prasekolah dalam pembelajaran melalui
kaedah bermain. Pengkaji hanya menggunakan masa dua minggu untuk membuat
rawatan dalam meningkatkan kemahiran sosial kanak-kanak prasekolah.
42

Untuk penambahbaikan bagi kajian pada masa akan datang, pengkaji ingin
mencadangkan supaya pengkaji lain menambah dan mempelbagaikan aktiviti bermain
semasa proses rawatan dalam kajian bagi memberikan hasil kajian yang lebih baik dan
berkesan.Pengkaji ini hanya menggunakan empat aktiviti bermain dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dalam masa dua minggu.

SENARAI RUJUKAN

Cai, S (1998). Student enjoyment of physical education class in three teaching style.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2008). Buku Manual Kajian Tindakan. Kuala
Lumpur:Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian
Pelajaran Malaysia.
Mohd Sofian Omar Fauzee. (2006). Kaedah mengajar pendidikan jasmani.
Shah Alam. Karisma Publication Sdn. Bhd.
Santrock, J.W. (2006) Educational psychology ( 3rd ed ). New York : McGrawHill.
Muhamad Sahid bin Abu Bakar (2011) meningkatkan kemahiran sosial murid
prasekolah dengan menggunakan Pendekatan Belajar Melalui Bermain iaitu aktiviti
Pretend Play.
.

43

APLIKASI ALAT BODY FITTED BOX (B .F. B) UNTUK


MENINGKATKAN KEKEMASAN TULISAN DALAM KALANGAN
KANAK-KANAK PRASEKOLAH
Oleh:
Mohd Firdaus bin Razlan11 & Mohd Anuwi bin Husain12
Institut Pendidikan Guru
Kampus Dato Razali Ismail
ABSTRAK
Penyelidikan tindakan ini dijalankan bertujuan untuk melihat keberkesanan
penggunaan alat Body Fitted Box (B.F.B) dalam meningkatkan kekemasan tulisan
kanak-kanak prasekolah. Responden dalam kajian ini terdiri daripada tiga orang
kanak-kanak Prasekolah Tunas Cemerlang Sekolah Kebangsaan Lembah Bidong
Setiu Terengganu. Pemilihan ini dibuat berdasarkan pemerhatian serta analisis
dokumen yang dilaksanakan oleh pengkaji. Kajian ini dianalisis secara kualitatif dan
kuantitatif menggunakan data yang dikumpulkan melalui beberapa instrumen yang
terlibat iaitu ujian pra, ujian pasca, analisis dokumen dan soal selidik. Keputusan kajian
menunjukkan terdapat peningkatan dari segi kekemasan tulisan selepas kajian
tindakan dijalankan ke atas mereka.
44

Kunci kata :penggunaan, Body Fitted Box (B.F.B), meningkatkan, kekemasan, tulisan
PENGENALAN
Tadika atau prasekolah adalah wadah yang paling tepat dalam memperkembangkan
potensi serta kemahiran kanak-kanak prasekolah. Pengintegrasian pelbagai aspek
kemahiran daripada proses pembelajaran dalam kelas akan membantu
merangsangakan pemikiran kanak-kanak. Dalam melestarikan usaha ini, semua pihak
termasuk ibu bapa, guru, warga sekolah dan masyarakat sekeliling masing-masing
memegang satu mandat penting untuk membimbing, mendorong dan memberikan
peluang kepada kanak-kanak prasekolah supaya kemahiran yang ada dalam diri
mereka dapat dikembangkan pada tahap semaksima yang mungkin.
Menurut Abdul Rasid dan Zulkafli (2008), masalah menguasai kemahiran membaca
dan menulis menjadikan murid lemah dan tidak berminat dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu adalah akibat ketidakcekapan mereka menguasainya. Permasalahan
membaca yang ada dalam diri murid adalah seperti keliru mengecam huruf besar dan
huruf kecil semasa membaca, tidak membunyikan perkataan dengan betul dan tepat,
tidak dapat menyebut perkataan yang dieja serta sering meninggalkan perkataan yang
tidak ketahui makna atau gagal membunyikannya. Ini menimbulkan pola bacaan yang
merangkak-rangkak dan pastinya menjadikan murid-murid tidak memahami maklumat
dan makna bahan bacaan tersebut. Selain itu, murid ini juga lemah dan tidak berminat
mencari maklumat yang terdapat dalam gambar rajah atau bahan rangsangan yang
diberikan oleh guru.
Refleksi pengajaran dan pembelajaran yang lalu
Kemahiran berbahasa dan komunikasi merupakan nadi kepada pembelajaran murid.
Seseorang
murid sudah menguasai kemahiran asas bahasa apabila mereka
mempunyai kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis serta boleh
berinteraksi dengan orang lain. Kenyataan ini disokong oleh vygotsky yang percaya
bahasa menjadi alat penting dalam meningkatkan kemampuan pembelajaran
seseorang, oleh itu kemampuan individu yang cekap berbahasa adalah lebih tinggi
pencapaian akademiknya berbanding dengan seseorang yang kurang cekap
berbahasa (Hua Liu C. & Matthews R. 2005).
Kebolehan berbahasa dan
berkomunikasi dengan baik meningkatkan keyakinan murid untuk melibatkan diri
secara aktif dalam pembelajaran. Ini akan menjadi asas kepada pembelajaran
sepanjang hayat. Tunjang Bahasa dan Komunikasi merangkumi Bahasa Malaysia
sebagai Bahasa Kebangsaan, Bahasa Cina sebagai Bahasa pengantar di sekolah
Cina, Bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar di sekolah Tamil dan bahasa Inggeris
sebagai bahasa kedua di sekolah kebangsaan .
Prinsip utama pengajaran bahasa ialah menyepadukan empat kemahiran bahasa iaitu
mendengar, bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa yang mereka pelajari.
Pada setiap minggu saya akan mengajar Tunjang Bahasa Malaysia dan Komunikasi
iaitu selama 60 minit melibatkan dua slot dalam pengajaran dan pembelajaran. Kanakkanak di Prasekolah Sekolah Kebangsaan Lembah Bidong ini tergolong dalam
kalangan kanak-kanak yang mempunyai latar belakang ekonomi keluarga yang rendah
dan tahap pendidikan yang kurang baik.
45

Sepanjang proses pengajaran prasekolah ini, saya mendapati murid-murid sangat aktif
dan cergas. Pada minggu kedua, ketiga dan keempat saya berpraktikum di sini, saya
memfokuskan pengajaran saya cara serta teknik yang betul untuk menulis huruf-huruf
ABC serta perkataan-perkataan mudah KV KV. Standard kandungan pembelajaran
yang di tekankan pada minggu itu ialah BM 4.2 Menguasai kemahiran menulis.
Pada minggu lalu, saya telah mengajar mengenai cara menulis dengan cara yang
betul dan kemas. Pada awalnya saya telah meminta murid-murid ini untuk
membacakan huruf-huruf ABC ini dan mereka dapat membacanya dengan lancar dan
bagus dan apabila saya beralih kepada langkah ke dua, saya telah meminta muridmurid untuk menulis huruf tertentu dan tunjukkan kepada guru. Murid-murid boleh
meniru huruf yang telah di lekatkan di papan hitam. Terdapat sesetengah murid yang
masih belum dapat menulis huruf dengan betul dan kemas. Murid ini boleh menulis
dengan baik tetapi apa yang menjadi kebimbangan guru ialah tulisan murid yang tidak
kemas dan kadang-kadang sangat sukar untuk dibaca walaupun murid itu hanya
menyalin perkataan yang ditulis oleh guru di papan hitam. Ini turut dinyatakan oleh
Norasmah (2010), bahawa tulisan kanak-kanak pada masa sekarang amat cakar ayam
sekali dan amat membimbangkan.
Murid-murid prasekolah Tunas Cemerlang Sekolah Kebangsaan Lembah Bidong ini
boleh menulis dengan baik tetapi terdapat sesetengah dari mereka masih belum boleh
menulis huruf ABC serta perkataan KV KV dengan betul dan kemas. Murid-murid ini
memerlukan perhatian yang lebih daripada guru yang mengajar barulah mereka dapat
menulis dengan cara yang betul dan kemas.
Postur badan murid sangat mempengaruhi kekemasan tulisan murid, murid-murid ini
menulis dengan postur badan yang salah. Murid-murid biasanya menulis sambil badan
mereka berbongkok serta ada diantara mereka yang menulis sambil bahagian kepala
mereka berada di atas meja. Mereka menulis dengan menggunakan postur badan
yang salah ini menyebabkan tulisan mereka kurang kemas dan tidak betul. Norhaidi
(2009), menyatakan penggunaan pensel yang kurang sesuai dan postur badan
semasa menulis merupakan punca kebanyakan pelajar melakukan kesilapan semasa
menulis.
Carroll J.B (1963), menyatakan bahawa guru adalah satu faktor terpenting
menggerakkan seseorang pelajar. Perhatian dan bimbingan guru amat diperlukan bagi
memperbaiki postur badan murid-murid ini. Perhatian guru adalah untuk memastikan
tulisan murid dapat diperbaiki pada peringkat awal dan seterusnya tulisan murid akan
semakin baik dan kemas.
Diharapkan dengan kemahiran dan panduan yang betul dari guru akan membantu
serta memperbaiki kekemasan tulisan murid yang kurang kemas itu. Ini penting bagi
memastikan perkara ini tidak berlanjutan pada masa akan datang. Kekemasan tulisan
penting bagi memastikan kelangsungan proses pembelajaran pada masa akan datang.
Fokus Kajian
Kajian ini berfokuskan kepada kekemasan tulisan kanak-kanak di mana kajian ini
dijalankan bagi melihat perubahan kekemasan tulisan kanak-kanak yang tidak kemas
menjadi semakin kemas dan cantik. Kanak-kanak yang mengalami masalah
46

kekemasan tulisan ini akan menjejaskan perkembangan mereka. Oleh itu pengkaji
menggunakan alat Body Fitted Box (B.F.B) bagi meningkatkan kekemasan tulisan
kanak-kanak tersebut.
METODOLOGI
Penguasaan kemahiran menulis huruf dengan kemas dan tersusun yang baik pada
peringkat pendidikan prasekolah dapat melahirkan kanak-kanak yang lebih berdikari
serta sudah memperkembang potensi mereka apabila melangkah ke aliran perdana.
Kemahiran menulis dengan kemas dan tersusun merupakan asas kepada
pembelajaran kanak-kanak di sekolah. Oleh sebab itu, kajian ini dijalankan
berfokuskan kepada kanak-kanak yang berusia enam tahun Prasekolah Tunas
Cemerlang, Sekolah Kebangsaan Lembah Bidong telah menjadi pilihan pengkaji untuk
melaksanakan kajian tersebut. Prasekolah ini mempunyai 24 orang kanak-kanak dan
pengkaji telah memilih seramai tiga orang responden yang terdiri daripada dua orang
kanak-kanak perempuan dan seorang orang kanak-kanak lelaki.
Kanak-kanak dipilih berdasarkan pemerhatian yang dilakukan secara tidak langsung di
dalam kelas, pengkaji membuat pemerhatian apabila murid menulis di atas lembaran
kerja serta buku latihan yang diberikan guru. Tulisan kanak-kanak tidak kemas dan
tidak tersusun ini kerana reponden ini menulis dengan postur badan yang salah.
Postur badan yang salah akan memberikan kesan yang besar kepada tulisan kanakkanak.
Kajian ini mengaplikasikan konsep penyelidikan tindakan mengikut Model Kajian
Tindakan Kemmis dan McTaggart (1988) dalam Buku Manual Kajian Tindakan (2008),
menyatakan terdapat empat proses utama dalam melaksanakan kajian tindakan.
Antara proses adalah seperti berikut :
i.
ii.
iii.
iv.

Mereflek (reflek)
Merancang (plan)
Bertindak (action)
Memerhati (observe)

47

MEREFLEK
- membuat refleksi diri
untuk mengatahui
kekuatan dan kelemahan
diri.

MEMERHATI
- mengumpul dan
menganalisis data
bagi menilai
keberkesanan
tindakan.

MERANCANG
- pengumpulan
awal data bagi
mengesahkan isu
ataupun masalah

BERTINDAK
- melaksanakan
tindakan bagi
mengatasi masalah
yang menjadi fokus.

Pengkaji telah menggunakan empat instrumen kajian dalam kajian ini iaitu ujian pra,
ujian pasca, pemerhatian serta analisis dokumen. Keempat-empat instrumen ini
digunakan bagi melihat sejauh mana keberkesanan penggunaan Alat Body Fitted Box
(B.F.B) dalam membantu meningkatkan kekemasan tulisan kanak-kanak.
DAPATAN KAJIAN
Bagi menjawab persoalan (i), pengkaji telah menganalisis ujian pra dan pasca yang
telah dijawab oleh kedua-dua orang responden. Daripada markah yang diperoleh
tersebut, pengkaji telah mengira skor bagi menunjukkan peningkatan dalam
kekemasan tulisan kanak-kanak.
i.

Adakah penggunaan alat Body Fitted Box (B.F.B) dapat meningkatkan


kekemasan tulisan kanak-kanak?

Ujian Pra Dan Ujian Pos


Jadual 1 akan menerangkan dengan lebih jelas tahap peningkatan kekemasan tulisan
murid sebelum dan selepas rawatan diberikan.
Jadual 1: Peratusan peningkatan markah bagi ujian pra dan ujian pasca
Bil

Responden

1
2

R1
R2

Peratus %
Ujian pra
Ujian
pasca
32
84
28
92

Peratus
peningkatan %
52
64

48

R3

44

96

52

Pada ujian pra menunjukkan penguasaan murid tidak melebihi 50%. Jika dilihat pada
jadual 5, responden 2 mendapat peratusan yang paling rendah iaitu sebanyak 28% ,
diikuti responden 1 sebanyak 32% dan seterusnya yang mendapat peratusan skor
markah paling tinggi pada ujian pra ialah responden 3 sebanyak 44%. Namun
demikian apabila rawatan telah dijalankan ke atas semua responden dan ujian pasca
telah dijalankan menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan pada semua
responden. Responden 3 menunjukkan penguasaan kekemasan tulisan yang paling
baik yang telah mendapat peratusan skor markah sebanyak 96% dan diikuti responden
2 peratusan skor markah sebanyak 94% dan peratusan skor markah paling rendah
pada ujian pasca ialah responden 1 sebanyak 84%. Bagi melihat peratusan
peningkatan yang paling tinggi ialah sebanyak 62% iaitu responden 2, diikuti peratusan
peningkatan sebanyak 52% oleh responden 1 dan responden 3.

Data ini diterjemahkan dalam bentuk graf seperti yang berikut


Pencapaian Ujian Pra Dan Ujian Pasca
100

PERATUSAN

80
60
UJIAN PRA

40

UJIAN PASCA
20
0
R1

R2

R3

PESPONDEN

Untuk menjawab persoalan (ii), pengkaji telah menganalisis lembaran kerja murid yang
telah dilakukan selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
ii.

Adakah terdapat perbezaan kekemasan tulisan kanak-kanak sebelum dan


selepas penggunaan alat Body Fitted Box (B.F.B)?

Analisis Dokumen

49

Jadual 2 akan menerangkan dengan lebih jelas peningkatan yang dibuat oleh
responden dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
SEBELUM RAWATAN

SELEPAS RAWATAN

RESPONDEN 1

RESPONDEN 1

RESPONDEN 2

RESPONDEN 2

RESPONDEN 3
RESPONDEN 3
Tulisan kanak-kanak dilihat berbeza sebelum rawatan dijalankan dan selepas rawatan
dijalankan. Pengkaji telah menganalisis data berdasarkan lembaran kerja yang dibuat
oleh kanak-kanak sepanjang proses rawatan tersebut. Pemerhatian lembaran kerja ini
dilakukan oleh pengkaji bagi setiap responden dan analisis dokumen dilakukan serta
melihat perubahan sebelum rawatan dan selepas rawatan.

Untuk menjawab persoalan (iii), pengkaji telah menggunakan instrumen soal selidik.
iii.

Adakah kanak-kanak selesa terhadap penggunaan alat Body Fitted Box


(B.F.B)?

Soal Selidik
BIL

ITEM

Adakah kanak-kanak berminat


sewaktu pertama kali melihat alat
Body Fitted Box (B.F.B)
Adakah kanak-kanak seronok
semasa dipakaikan dengan alat

JAWAPAN
YA
TIDAK
2

50

Body Fitted Box (B.F.B)


3

Adakah kanak- kanak selesa


dipakaikan alat Body Fitted Box
(B.F.B)
Adakah kanak- kanak merasa
sakit semasa dipakaikan alat
Body Fitted Box (B.F.B)

Keselesaan kanak-kanak merupakan salah satu faktor yang penting yang


menyumbang kepada penulisan yang kemas dan cantik. Alat Body Fitted Box (B.F.B)
yang digunakan perlulah memberikan keselesaan kepada setiap responden agar ianya
membantu memperkemaskan tulisan.
PERBINCANGAN DAN CADANGAN
Kajian ini telah mencapai objektif seperti yang dirancangkan. Walau bagaimanapun,
masih terdapat banyak kaedah serta cara yang boleh dilaksanakan bagi membantu
untuk meningkatkan kekemasan tulisan kanak-kanak di peringkat prasekolah. Hal ini
bagi membantu guru-guru dalam usaha untuk memperbaiki mutu penguasan serta
kemahiran menulis kanak-kanak sekali gus dapat mengurangkan keciciran murid
dalam kemahiran menulis dengan baik.
Diharapkan juga agar kajian ini dapat membuka minda dan mencabar semua pihakpihak lain khususnya guru Prasekolahn dalam membina, mencipta ataupun
memikirkan kaedah-kaedah lain yang lebih efektif dan menarik sebagai salah satu
usaha membantu dan mempertingkatkan kualiti pendidikan dalam negara Malaysia.
Akhir sekali diharapkan agar kajian ini memberi kesan kepada semua murid dalam
meningkatkan kekemasan tulisan kanak-kanak.
SENARAI RUJUKAN
Abdul Rasid dan Zulkafli (2008). Keupayaan kemahiran membaca dan menulis bahasa
melayu murid sekolah rendah kebangsaan luar bandar. Kertas kerja di
konvensyen pendidikan nasional 2008. Universiti pendidikan sultan idris. 2-8 jun 2008
Anida Bt Abu Bakar. (2008). Masalah Disleksia Dalam Kalangan Murid-Murid
Pemulihan Di Sekolah Rendah. Menerusi Talian: Http//Eprints.Usm.My/9988/1/
Buku Manual kajian Tindakan (2008). Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia
Berhad.
Carroll, J.B (1963). A model of school learning. Teachers Collage Record. 64, 723-733
Carl & Kemmis, (1986). Becoming Critical Education, Knowledge And ActionResearch.
London: Falmer Press.
Hua Liu C. & Matthews R. (2005). Vygotskys Philosophy: Constructivism and its
criticisms
examined. International Education Journal, 2005, 6(3), 386- 399.
51

Norhaidi Bin Hj Sarponen. Teachers Department. Pentaksiran Dalam Pemulihan


Part 1.
19
0gos
2009,
Menerusi
Talian
:
Htp//Cikguhaidi.Wordpress.Com/2009/08/19 Pentaksiran Dalam Pemulihan Part 1
Norasmah Md Noor. (2010). Penggunaan buku garis empat dalam kalangan kanakkanak tahap 1. Jilid VI, 33-38.
4

APLIKASI KAEDAH 5 STEPS: PRE-WRITING ACTIVITIES DALAM


MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS HURUF
c, a, d, g, dan q DALAM KALANGAN MURID
PRASEKOLAH

Oleh:

Mohd Irwan Bin Abd Razib13 & Tn. Hj. Mohd Anuwi Bin Husain14
Institut Pendidikan Guru
Kampus Dato Razali Ismail

ABSTRAK
Kemahiran menulis merupakan satu kemahiran kognitif yang kompleks dan kemahiran ini
merupakan tugas yang mencabar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran terutamanya
kepada guru dan murid. Justeru, kajian yang dilaksanakan ini bertujuan untuk mengenal pasti
keberkesanan teknik 5 Steps: Pre-writing Activities dalam meningkatkan kemahiran menulis
huruf c, a, d, g dan q dalam kalangan murid Prasekolah Tunas Gemilang, Sekolah
Kebangsaan Lembah Bidong. Responden yang dipilih dalam kajian ini adalah seramai lima
orang murid prasekolah berumur lima tahun yang terdiri daripada 3 orang murid lelaki dan 2
orang murid perempuan. Data kajian ini telah dikumpul menggunakan beberapa instrumen
iaitu ujian pra dan ujian pos, senarai semak dan analisis dokumen (lembaran kerja) dan
temubual. Kajian yang mengkaji masalah penguasaan kemahiran menulis huruf c, a, d, g dan
q dalam kalangan murid prasekolah ini menggunakan aplikasi teknik 5 Steps: Pre-writing
13
14

Pelajar PISMP Prasekolah Pendidikan Rendah


Pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan

52

Activities di mana kaedah ini merupakan gabungan aktiviti ansur maju dan motor halus dalam
memperkembang aspek kemahiran menulis. Dapatan kajian setelah menggunakan kaedah ini
menunjukkan peningkatan dalam kemahiran menulis huruf dengan cara yang betul dalam
kalangan murid prasekolah. Selain itu juga, peningkatan murid yang mampu menulis huruf
dengan cara serta bentuk yang betul dan kemas juga dapat ditingkatkan melalui aplikasi teknik
ini. Berdasarkan dapatan kajian ini, aplikasi teknik 5 Steps: Pre-writing Activities ini jelas
menunjukkan keberkesanannya ke atas responden dalam memperkembang aspek kemahiran
menulis huruf
Kata kunci : teknik, 5 Steps: Pre-writing Activities, meningkatkan, kemahiran menulis, huruf

PENGENALAN
Setiap orang kanak-kanak dilahirkan mempunyai tahap perkembangan kemahiran yang
berbeza mengikut potensi sama ada kemahiran bertutur, kemahiran mendengar mahupun
kemahiran berbahasa. Kemahiran berbahasa dilihat salah satu aspek penting yang harus
diberikan penekanan dan diberikan pendidikan formal kepada kanak-kanak. Ini kerana
kemahiran ini merupakan salah satu asas yang amat penting sebagai persediaan kanak-kanak
untuk menempuhi alam persekolah iaitu transisi ke alam sekolah rendah. Kemahiran
berbahasa meliputi kemahiran-kemahiran tertentu contohnya ialah kemahiran mendengar,
kemahiran bertutur , kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Kemahiran menulis
merupakan suatu kemahiran literasi yang memerlukan aspek perkembangan fizikal yang baik
terutamanya perkembangan motor halus.

Menurut Berk (2001) dalam Nordin Tahir (2009), bahasa memudahkan proses pengajaran dan
ia berkait rapat dengan kemahiran membaca dan menulis. Justeru, kemahiran menulis yang
diajar sedari awal dapat memudahkan proses pengajaran dan penerimaan murid atau kanakkanak terhadap sesuatu pengetahuan baru. Menyedari kepentingan kemahiran menulis yang
dilihat sebagai satu medium yang berkesan untuk melihat perkembangan kanak-kanak,
sebagai seorang guru tidak seharusnya kita mementingkan kanak-kanak untuk menguasai
kemahiran membaca sahaja sedangkan kemahiran menulis kurang diberi penekanan. Ini
kerana kemahiran menulis adalah satu bentuk kemahiran komunikasi yang penting dalam
kehidupan manusia. Justeru, untuk menghasilkan satu keadaan komunikasi yang berkesan,
kemahiran menulis haruslah diajar dengan baik terutamanya kepada kanak-kanak.

Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu


Berdasarkan pengalaman saya mengajar dan apa yang saya perhatikan semasa minggu
pertama praktikum iaitu semasa guru prasekolah sedang mengajar, murid-murid Prasekolah
Tunas Gemilang ini ternyata susah untuk menerima arahan yang disampaikan guru. Sebagai
contoh, semasa guru mengajar menulis huruf b dengan betul murid seolah-olah hanya melihat

53

apa yang guru buat tanpa menerima apa yang disampaikan guru. Buktinya, apabila guru
memberikan buku kerja untuk menulis huruf b dengan betul terdapat beberapa orang murid
yang memang tidak mampu menulis huruf tersebut dengan betul. Ada dalam kalangan mereka
yang hanya membuat bentuk bulat, garis menegak sahaja dan ada juga yang tidak mampu
menulis langsung. Hasilnya, suasana kelas akan menjadi bising kerana murid-murid asyik
memanggil nama guru cikgu, saya tidak pandai. Bila seorang mula memanggil nama guru
akan ada murid-murid lain yang akan mengikut memanggil nama guru.
Seterusnya, saya telah mengajar murid ini menulis huruf c. Semasa mengajar menulis huruf ini
saya telah meminta murid-murid tersebut untuk membentuk huruf di udara dengan mengikut
pergerakan yang ditunjukkan oleh saya. Hasilnya, murid-murid ini mampu membentuk huruf c
di udara dengan baik. Seterusnya, saya menunjukkan cara menulis huruf c di papan putih
dengan menggunakan marker. Setelah itu, saya telah mengedarkan lembaran kerja kepada
murid-murid untuk menulis huruf c. Apa yang dapat saya perhatikan setelah menganalisa hasil
kerja murid-murid ini adalah mereka tidak dapat menulis huruf dengan baik walaupun guru
menunjukkan cara menulis dengan betul di papan putih.
Di sebabkan masalah yang telah dikenalpasti ini, saya telah memikirkan satu cara yang
dirasakan sesuai untuk meningkatkan kemahiran menulis huruf atau abjad dalam kalangan
murid-murid Prasekolah Tunas Gemilang ini. Saya memikirkan untuk menggunakan satu
teknik 5 Steps: Pre-writing Activity. Kaedah ini merupakan satu kaedah ansur maju dalam
menulis yang merangsang perkembangan motor halus murid-murid.

Fokus Kajian
Kajian ini telah berfokuskan kepada pengaplikasian teknik 5 Steps: Pre-writing Activities dalam
membantu murid menulis huruf c, a, d, g dan q dengan cara yang betul. Selain itu juga, kajian
ini juga bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menulis huruf c, a, d, g dan q dengan bentuk
yang betul serta untuk menarik minat murid mengikuti aktiviti kemahiran menulis huruf. Teknik
yang digunakan ini adalah gabungan aktiviti ansur maju yang melibatkan rangsangan
kemahiran motor halus.

METODOLOGI
Kajian ini telah dijalankan ke atas murid Prasekolah Tunas Gemilang, Sekolah Kebangsaan
Lembah Bidong. Namun, tidak semua murid terlibat dalam kajian ini di mana pengkaji telah
memilih lima orang responden yang betul-betul lemah penguasaan menulis huruf. Responden
yang dipilih ini terdiri daripada tiga orang murid lelaki dan dua orang murid perempuan. Kajian
yang dijalankan juga telah memilih huruf tertentu sahaja iaitu huruf yang cara menulis adalah
sama iaitu dimulakan dengan menulis bentuk huruf c. Huruf-huruf tersebuat ialah c, a, d, g dan
q.

54

Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan beberapa kaedah untuk memungut data iaitu
analisis dokumen (lembaran kerja) dan temubual. Intsrumen yang digunakan untuk memungut
data juga adalah senarai semak, ujian pra dan ujian pasca.
Kajian ini telah menggunakan model kajian tindakan Stephen Kemmis dan Mc Taggart (1988).
Berdasarkan model ini, terdapat empat langkah dalam melaksanakan kajian iaitu mereflek,
merangcang, bertindak dan memerhati.

MEREFLEK

Mengenalpasti
kelemahan dalam P&P
dan mencari masalah
atau isu kajian

PEMERHATIAN

MERANCANG

Menganalisa hasil
kerja murid
Catatan pemerhatian
dibuat di dalam rekod
pemerhatian.

Mencari kaedah sesuai untuk


membantu responden.
Kaedah yang dipilih ialah 5
Steps: Pre-writing Activities.

BERTINDAK

Menjalankan ujian pra


Menggunakan kaedah
Menjalankan ujian
pasca

55

DAPATAN KAJIAN
Bagi menjawab persoalan (1), pengkaji telah menjalankan ujian pra dan ujian pos ke atas
responden dan membuat pemerhatian menggunakan instrument senarai semak bagi melihat
keberkesanan teknik yang telah digunakan oleh pengkaji. Daripada data yang diperoleh
pengkaji telah menganalisis dalam bentuk jadual dan graf.
1. Aplikasi kaedah 5 Steps: Pre-writing Activities membantu murid-murid prasekolah
dalam kemahiran menulis abjad c, a, d, g, dan q dengan cara yang betul.

Res

Ujia

Ujia

Perat

pon

er

er

us

den

Pra

at

Pas

at

Penin

(c,a

us

ca

us

gkata

,d,g

(c,a

,q)

,d,g

(%)

,q)

40

5/5

10

R1

2/5

60

0
R2

1/5

20

5/5

10

80

0
R3

2/5

40

5/5

10

60

0
R4

2/5

40

5/5

10

60

0
R5

1/5

20

5/5

10

80

56

Jadual 1: Peratusan peningkatan penguasaan menulis huruf berdasarkan ujian pra


dan ujian pasca
Berdasarkan jadual 1, kesemua responden telah menunjukkan peningkatan dalam menulis
huruf dengan cara yang betul. Untuk melihat peningkatan dengan lebih jelas, pengkai telah
menginterpratasikan jadual 1 ke dalam bentuk graf.

PERATUS PENINGKATAN
KEMAHIRAN MENULIS HURUF

PERATUS

120
100
80
60
40
20
0

UJIAN PRA
UJIAN PASCA

R1

R2

R3
RESPONDEN

R4

R5

Graf 1
Berdasarkan graf 1, peratus peningkatan kemahiran menulis huruf dapat ditingkatkan dengan
aplikasi kaedah ke atas responden di mana kaedah ini telah mengaplikasikan aktiviti
rangsangan motor halus ke atas responden. Ini selari dengan dapatan kajian Norazura Zikir
(2011) yang menyatakan perkembangan motor halus murid dan latihan yang diberikan dapat
membantu murid dalam kemahiran menulis.
Untuk menjawab persoalan (ii), pengkaji telah menganalisis dokumen yang telah responden
laksanakan dan mencatatkan dalam rekod pemerhatian yang telah disediakan oleh pengkaji.
Rekod pemerhatian ini berdasarkan tiga item dan tiga tahap perkembangan kemahiran
menulis.
(ii) Adakah aplikasi kaedah 5 Steps: Pre-writing Activities dapat meningkatkan kemahiran
menulis huruf c, a, d, g dan q dengan bentuk yang betul dan kemas.
120
PERATUS

100
80
60
Lemah

40
20

Sederhana

0
menulis huruf
dengan cara
yang betul

menulis huruf
dengan bentuk
yang betul dan
kemas

menulis huruf
dengan cara
serta bentuk
yang betul dan
kemas

Baik

ITEM

57

Graf 2: Analisis penguasaan menulis huruf mengikut item dan skala (sebelum kaedah)
120

Lemah

PERATUS

100
80

Sederhan
a
Baik

60
40
20
0
menulis huruf
dengan cara yang
betul

menulis huruf
dengan bentuk
yang betul dan
kemas

menulis huruf
dengan cara serta
bentuk yang betul
dan kemas

ITEM

Graf 3: Analisis penguasaan menulis huruf mengikut item dan skala (selepas kaedah)
Graf 2 menunjukkan graf penguasaan kelima-lima responden dalam menulis huruf c, a, d, g
dan q mengikut item-item yang telah dikaji oleh pengkaji. Merujuk kepada graf 2, sebelum
pengkaji melaksanakan kaedah 5 Steps: Pre-writing Activities peratusan menulis kelima-lima
responden berdasarkan item-item yang terdapat dalam graf masih ada responden yang
berada di skala lemah dan sederhana. Setelah rawatan dilakukan kesemua responden berjaya
meningkatkan penguasaan dalam kemahiran menulsi huruf.
Bagi menjawab persoalan (iii), pengkaji telah menggunakan kaedah temubual. Temubual ini
dijalankan secara berstruktur dimana pengkaji telah menetapkan soalan-soalan berkaitan
dengan kaedah yang digunakan pengkaji.
(iii) Adakah aplikasi kaedah 5 Steps: Pre-writing Activities dapat menarik minat murid dalam
aktiviti menulis huruf.
Soalan 1

: Adakah kamu berasa seronok semasa melakukan aktiviti menulis di


dalam kelas?

R1

: beh cikgu, kite suke (best cikgu, saya suka)

R2

: kite dok minat cikgu, lenguh tangang nulih (saya tak minat cikgu, lenguh
tangan menulis)

R3

: kite suke nulih cikgu (saya suka menulis cikgu)

R4

: dok cikgu, kite nok maing je (saya tak seronok cikgu, saya nak main je)

R5

: suke (sambil mengangguk kepala)

58

Soalan 2

: Adakah kamu seronok semasa cikgu meminta kamu menulis di


dalam air?

R1

: seronok cikgu

R2

: hanya mengangguk kepala

R3

: beh sangat cikgu (best sangat cikgu)

R4

: suke

R5

: suka sangat cikgu (sambil tersenyum)

Soalan 3

: Pernahkah kamu menulis atas belakang kawan? Adakah kamu


seronok?

R1

: dok rajin pon cikgu. Dok beh pon (tak pernah lagi cikgu. Tak best pon)

R2

: dok (tak).. sambil menggeleng kepala

R3

: dok cikgu. Dok sedak sebak dok napok huruf die cikgu
(Tak cikgu. Tak seronok sebab tak nampak huruf cikgu)

R4

: kite dok rajin wat lagi cikgu (saya tak pernah buat lagi cikgu)

R5

: kite pon same cikgu, dok rajin wat jugok (saya pon sama, tak pernah buat
cikgu)

PERBINCANGAN DAN CADANGAN


Kajian ini telah menunjukkan bahawa dengan kaedah ansur maju dan gabungan aktiviti
rangsangan motor halus mampu membantu dan meningkatkan penguasaan kemahiran
menulis huruf dalam kalangan murid prasekolah.
Bagi kajian yang ingin dilaksanakan pada masa akan datang, pengkaji boleh memilih hurufhuruf lain selain daripada huruf yang dipilih oleh pengkaji. Sebagai contoh huruf yang
membuat kanak-kanak terkeliru dari segi bentuk iaitu huruf b, d, p dan q. Huruf yang
mempunyai sebutan yang seakan sama juga boleh digunakan antaranya ialah m dan n.
Selain itu, penambahbaikkan dari segi penggunaan kaedah juga boleh dilakukan dengan cara
menggunakan medium yang berlainan. Sebagai contoh berdasarkan kaedah 5 Steps: Pre-

59

writing Activities pengkaji menggunakan doh yang kurang menarik warnanya semasa kanakkanak membentuk huruf dengan menggunakan doh. Justeru, untuk kajian yang akan dilakukan
seterusnya pengkaji boleh menggunakan doh yang berwarna-warni untuk menarik minat
kanak-kanak melibatkan diri dalam aktiviti menulis. Ini kerana penggunaan doh yang
berwarna-warni mampu merangsang minda kanak-kanak untuk lebih kreatif dan berimaginasi.
Jadi, jika kanak-kanak mampu berimaginasi tentang bentuk huruf yang dibentuk menggunakan
doh yang berwarna-warni
SENARAI RUJUKAN
Che Zanariah Che Hassan, Fadzilah Abd Rahman (2011). Pelaksanaan Pengajaran dan
Pembelajaran Kemahiran Menulis di Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu Bilangan 1 : 67-87

Izyan Mardhiah (2008). Kemahiran Menulis. Dicapai pada 26 Februari 2012 daripada
http://www.slideshare.net/izyanmardhiahhalmi/kemahiran-menulis-murid-prasekolahpresentation

Juliana Ling Chu Chen (2009). Membaiki Tulisan Murid Tahun 3 Dalam Mata
Pelajaran Bahasa Cina Dengan Kaedah Ansur Maju. Kertas Kerja Seminar
Penyelidikan. IPG Kampus Batu Lintang, Sarawak.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka

Kamus Pelajar Bahasa Malaysia Edisi Kedua. (2008). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa
dan Pustaka

Mohamad Khairul Azmi b. Shoeib, Siti Khatijah bt Kassim, Siti Hidayu et.al. (2010).
Main dan Kanak-kanak. Dimuat turun pada 23 Februari 2012 daripada
http://www.scribd.com/doc/51290178/10/Main-dan-Kanak-kanak

Marohaini Yusuff (2004) dalam Kemahiran Berbahasa. Dimuat turun pada 24 Februari
2012 daripada http://www.scribd.com/doc/50264557/18/Definisi

60

Norasmah Md Noor. (2010). Penggunaan Buku Garis Empat Dalam Kalangan Kanakkanak Tahap 1. Jilid VI, 33-38.

Norazura Zikir. (2011). Kekemasan Penulisan Huruf Melalui Psikomotor Halus. Kajian
Tindakan yang tidak diterbitkan. IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Pahang.

Nordin Tahir. (2009). Perkembangan Kognitif dan Bahasa. Dimuat turun pada 25 Februari
2012 daripada
http://www.amaljaya.com/guru/PISMP/EDU%203102/Tajuk%206_Perkembangan%20K
ognitif%20dan%20Bahasa.pdf
5

PENGAPLIKASIAN KAEDAH PANDANG DAN SEBUT


MENGGUNAKAN SMART NUMBER CARD UNTUK MENINGKATKAN
KONSEP NOMBOR 1-10
DALAM BAHASA INGGERIS
Oleh:
Nadira Anis Sharina Bte Hamadi15 & Siti Aishah Binti Mokhtar16
Institut Pendidikan Guru
Kampus Dato Razali Ismail
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan konsep nombor 1-10 dalam
Bahasa Inggeris. Sehubungan dengan itu, Kaedah Pandang dan Sebut menggunakan
satu alat kad imbasan iaitu Smart Number Card telah dicipta untuk digunakan dalam
menguasai konsep nombor 1 hingga 10. Kajian dijalankan ke atas tiga orang murid
prasekolah di salah sebuah sekolah daerah Kuala Terengganu. Tinjauan masalah
mendapati kanak-kanak prasekolah masih lemah dalam menguasai konsep nombor 1
hingga 10. Data kajian dikumpul menggunakan pemerhatian pra dan pasca, temu bual
dan senarai semak. Dapatan kajian yang diperoleh menunjukkan bahawa kaedah
pandang dan sebut dapat meningkatkan penguasaan konsep nombor 1 hingga 10
dalam Bahasa Inggeris. Sebagai kesimpulan, kajian ini menekankan kaedah Pandang

15
16

Pelajar PISMP Prasekolah Pendidikan Rendah


Pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan

61

dan Sebut menggunakan Smart Number Card dalam Bahasa Inggeris dapat
mengaplikasikan konsep nombor 1-10 dalam pembelajaran Matematik.
Kata kunci: Konsep nombor 1-10, kaedah Pandang dan Sebut, Smart Number Card,
PENGENALAN
Segelintir guru tidak memahami perkembangan kanak-kanak dan asas dalam
perkembangan Matematik dengan terus mengajar kanak-kanak simbol nombor 1, 2, 3
dan seterusnya tanpa mengaitkan nombor-nombor ini dengan objek di sekeliling
(Rohani et. Al, 2004). Ini menyebabkan kanak-kanak hanya menghafal nombor tanpa
mengetahui bilangan atau objek yang mewakili nombor tersebut. Kanak-kanak belajar
tentang nombor berdasarkan kepada pengalaman mereka (Ginsburg,1977).
Menurut Nani dan Rohani (2004), urutan perkembangan pembelajaran Matematik
melalui tiga tahap iaitu tahap konkrit, gambar dan seterusnya tahap simbol. Ini sama
sekali berbeza dengan pengajaran yang dilakukan oleh guru yang mengenalkan
simbol nombor dahulu diikuti oleh gambar dan tiadanya penggunaan bahan konkrit.
Perkara ini turut disokong oleh Richard Overbaugh (2004) yang menyatakan melalui
imej dan gambar rajah, kanak-kanak dapat berfikir dan menyatakan bilangan objek
yang ditunjukkan.
Menurut Juriah Long et al (1994), kaedah Pandang dan Sebut ialah apabila perkataan
diperkenalkan kepada kanak-kanak dengan menggunakan kad imbasan. Perkara yang
dipandang ialah gambar objek dan yang disebut ialah perkataan pada bahan yang
ditunjukkan. Daripada kaedah di atas, penggunaan kad imbasan amat sesuai dalam
meningkatkan tahap penguasaan nombor satu hingga sepuluh dalam Bahasa Inggeris.
Penggunaan kad imbasan atau flash card ini telah diperkenalkan oleh Dr Glenn
Doman (1940). Beliau mendapati bahawa apabila mengajar anak berdasarkan cara
otak belajar atau menerima maklumat, pembelajaran menjadi lebih cepat dan efektif.
Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu
Berdasarkan pengalaman mengajar di Sekolah Kebangsaan Paloh, pengkaji berasa
sangat tertekan dan sedih apabila pengkaji tidak dapat memberikan tunjuk ajar yang
betul kepada anak-anak didik tentang konsep nombor satu hingga sepuluh dalam
Bahasa Inggeris.
Kenyataan ini terbukti apabila pengkaji menjalankan aktiviti memadankan nombor
dengan nilai menggunakan jeli. Mereka langsung tidak faham apabila pengkaji
menyuruh memadankan jeli tersebut dengan nilai yang sama. Hanya dua tiga orang
sahaja yang faham, itupun merupakan kanak-kanak yang berusia enam tahun yang
sudah mendapat pendedahan awal semasa usia lima tahun.
Oleh itu, pengkaji rasakan ini boleh menjadi masalah kepada kajian yang akan saya
kaji nanti yang bertemakan tunjang sains dan teknologi dalam awal matematik yang
mengkaji tahap kognitif kanak-kanak dalam menguasai konsep nombor satu hingga
sepuluh dalam Bahasa Inggeris. Pengkaji akan menggunakan kaedah Pandang dan
62

Sebut dengan menggunakan alat Smart Number Card sebagai objek konkrit untuk
menguji kefahaman kanak-kanak terhadap konsep nombor satu hingga sepuluh dalam
Bahasa Inggeris.
Fokus Kajian
Kajian ini berfokuskan kepada pembelajaran konsep nombor 1-10 dalam Bahasa
Inggeris dengan mengaplikasikan kaedah Pandang dan Sebut menggunakan kad
imbasan. Ini merupakan strategi penyelesaian masalah untuk pengkaji yang
mengalami masalah dalam menguasai konsep asas nombor 1-10 dalam Bahasa
Inggeris. Masalah ini harus diatasi supaya kanak-kanak tidak hilang minat untuk
belajar Matematik dalam Bahasa Inggeris pada masa akan datang.
METODOLOGI
Kajian ini telah dijlalankan kepada murid prasekolah di Sekolah Kebangsaan Paloh,
Kuala Terengganu. Namun, tumpuan hanya diberikan kepada tiga orang murid yang
telah dikenalpasti melalui pemerhatian di mana murid ini tidak dapat meyebut bilangan
cumi yang diberikan semasa P&P dijalankan. Dua daripada responden tersebut ialah
perempuan dan seorang tersebut ialah lelaki.
Dalam kajian tindakan ini, pengkaji mengumpul data dengan menggunakan tiga
kaedah iaitu pemerhatian pra dan pasca, temubual dan analisis dokumen. Manakala
instrumen yang digunakan ialah senarai semak berskala kadar.
Pengkaji menggunakan model kajian yang disarankan oleh Kemmis & McTaggart
(1988). Berdasarkan model ini, terdapat empat langkah utama yang digunakan.
Langkah tersebut ialah mereflek (Reflect), merancang (Plan), bertindak (Action) dan
langkah yang terakhir ialah memerhati (Observe).

MEREFLEK:
Membuat refleksi dan
pemerhatian awal
masalah P&P yang
dihadapi
MERANCANG: Pilih
kaedah pengajaran dan
alat pembelajaran yang
menarik (Kaedah Pandang
dan Sebut guna Smart
Number Card)

MEMERHATI:
Mencatat pemerhatian
dan perubahan dari
semasa ke semasa
dan direkodkan

Rajah 1: Prosedur Kajian

BERTINDAK:
Melaksanakan
kaedah dan alat
selama 4 minggu

Tindakan Berpandukan Model


63

Kajian Kemmis & McTaggart (1988)


DAPATAN KAJIAN
Untuk menjawab persoalan (i), pengkaji telah membuat pemerhatian pra dan pasca
dengan menggunakan senarai semak bagi melihat perkembangan tahap penguasaan
responden. Daripada senarai semak tersebut, data yang diperoleh dianalisis ke dalam
bentuk jadual.
i.

Adakah kaedah Pandang dan Sebut menggunakan Smart Number Card dapat
membantu murid-murid mengenal nilai, bentuk dan ejaan nombor 1-10 dalam
Bahasa Inggeris?
Jadual 1: Tahap penguasaan nilai nombor 1-10 dalam Bahasa Inggeris
JUMLAH PENGUASAAN NILAI NOMBOR

Responden

Markah
Pra

Peratusan
(%)

Markah
Pasca

Peratusan
(%)

R1

4/10

40

10/10

100

Peratusan
Peningkatan
Markah (%)
60

R2

5/10

50

10/10

100

50

R3

1/10

10

10/10

100

90

Hasil daripada pemerhatian pra dan pasca, di dapati kesemua responden dapat
menguasai kesemua nilai nombor 1-10 dalam Bahasa Inggeris dengan peratusan
peningkatan yang sangat baik iaitu 60% bagi responden 1, 50% bagi responden 2 dan
90% bagi responden. Ini menunjukkan pengaplikasian kaedah Pandang dan Sebut
menggunakan Smart Number Card dapat meningkatkan tahap penguasaan nilai
nombor 1-10 dalam Bahasa Inggeris.

Jadual 2: Tahap penguasaan bentuk nombor 1-10 dalam Bahasa Inggeris

Re
sp
on
de
n

M
a
r
k
a
h
P
r
a

JUMLAH PENGUASAAN BENTUK NOMBOR


Pe
Ma
Per
Perat
rat
rka
atu
usan
us
h
sa
Penin
an
Pa
n
gkata
(%
sca
(%)
n
)
Mark
ah
(%)

64

R
1

R
2

R
3

6
/
1
0
6
/
1
0
3
/
1
0

60

10/
10

100

40

60

10/
10

100

40

30

10/
10

100

70

Daripada jadual 2, pengkaji dapat merumuskan bahawa kesemua responden dapat


menguasai kesemua bentuk nombor 1-10 dalam Bahasa Inggeris setelah
pengaplikasian kaedah Pandang dan Sebut menggunakan Smart Number Card.
Jadual 3: Tahap penguasaan ejaan nombor 1-10 dalam Bahasa Inggeris
JUMLAH PENGUASAAN EJAAN NOMBOR
Re
sp
on
de
n

R
1

R
2

R
3

M
a
r
k
a
h
P
r
a
0
/
1
0
2
/
1
0
0
/
1
0

Pe
rat
us
an
(%
)

Ma
rka
h
Pa
sca

Per
atu
sa
n
(%)

Perat
usan
Penin
gkata
n
Mark
ah
(%)

10/
10

100

100

20

10/
10

100

80

9/1
0

90

90

Jadual 3 menunjukkan pada pemerhatian pra, semua responden masih berada pada
tahap yang lemah dalam menguasai ejaan nombor 1-10 dalam Bahasa Inggeris.
Namun, setelah pengaplikasian kaedah Pandang dan Sebut menggunakan Smart
65

Number Card, responden1 dan 2 dapat menguasai kesemua ejaan 1-10 dalam Bahasa
Inggeris. Manakala responden 3 dapat menguasai sembilan ejaan daripada sepuluh.
Ini dikukuhkan dengan pernyataan Richard Overbaugh (2004), bahawa melalui imej
dan gambar rajah, kanak-kanak dapat berfikir dan menyatakan bilangan objek yang
dinyatakan. Manakala menurut Buku Panduan Guru (Pusat Perkembangan Kurikulum,
2003), belajar melalui bermain adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur
bagi memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang bebas dan selamat,
menggembirakan dan bermakna.
Untuk menjawab persoalan (ii), pengkaji telah membuat satu temu bual bersama
responden selepas mengaplikasikan kaedah Pandang dan Sebut menggunakan Smart
Number Card.
ii.

Adakah kaedah Pandang dan Sebut menggunakan Smart Number Card dapat
membantu meningkatkan minat murid-murid terhadap konsep nombor 1-10
dalam
Bahasa Inggeris?
Hasil daripada temu bual bersama responden, kaedah Pandang dan Sebut
menggunakan Smart Number Card dapat membantu meningkatkan minat murid
terhadap konsep nombor 1-10 dalam Bahasa Inggeris. Ini dapat dilihat melalui hasil
temu bual seperti berikut:
R1: Seronok. Kita suka cikgu ajar sebab
Pengkaji: Sekarang cikgu nak
cikgu baik.
tanya. Seronok tak belajar
R2: (Angguk kepala). Suka sokmo
dengan cikgu sekarang?
(selalu). Cikgu ajar best.
R3: Emm...Emm...Seronok. Seronok.
R1: Suka sebab ada gambar angry bird.
Pengkaji: Ooo...Hehehe. Ok.
Sekarang, adakah awak suka
Lagi pun senang nak ingat.
dengan Smart Number Card
R2: Suka. Suka.
R3: (Angguk kepala). Comel beg yang
yang cikgu bagi kat awak
semua?
cikgu bagi kat kita. Kita pun senang nak
baca
R1: Aah cikgu. Kita boleh buh (simpan)
Pengkaji: Walaupun Smart
Number Card yang cikgu bagi
dalam beg sekolah kita sokmo (selalu).
R2: (Angguk kepala). Cantik. Kita memang
ini dalam BI, awak masih
suka dengan beg yang cikgu beri. Boleh
suka ke?
belajar sokmo (selalu).
R3: Aah. Ada beg. Tu (itu) yang kita suka
belajar.
Ini menunjukkan semua responden memberikan jawapan yang positif mengenai minat
mereka terhadap konsep nombor 1-10 dalam Bahasa Inggeris. Selain berminat
dengan pembelajaran konsep nombor 1-10, responden juga berminat dengan alat
Smart Number Card yang diberikan kepada mereka sehingga mereka bersemangat
untuk belajar lagi.

66

Ini telah disokong oleh Ling & Hasnah (2009), yang menyatakan aktiviti yang berkesan
dan dapat memenuhi keinginan kanak-kanak ialah apabila aktiviti tersebut melibatkan
mereka bergerak, meneroka, meluahkan perasaan dan pengiktirafan kepada mereka.
Bagi menjawab persoalan (iii), pengkaji telah menganalisis data menggunakan senarai
semak berskala kadar dan analisis dokumen.
iii.
Sejauhmanakah kaedah Pandang dan Sebut menggunakan Smart Number
Card dapat membantu meningkatkan pemahaman murid-murid tentang nombor 1-10
dalam Bahasa Inggeris?
Senarai Semak Berskala Kadar
Jadual 5: Penerangan Tahap Skala Kadar
TM (1)
Sk
ala
Ka
dar

Tidak menguasai dan


memahami
sepenuhnya
serta
memerlukan
bimbingan
sepenuhnya

KM (2)

SM (3)

Telah
menguasai
dan
memahami
sebahagia
n
dan
masih
memerluka
n
bimbingan

Telah
menguasai
dan
memahami
sepenuhnya tanpa
bimbingan

Jadual 6: Analisis Skor Peningkatan Sebelum dan Selepas Pengaplikasian Kaedah


Pandang & Sebut menggunakan Smart Number Card

SKOR
ITEM
SEBELU
M
T
K
M
M

Melakar bentuk nombor 110 di udara


Menyebut dengan betul
nombor 1-10 dalam BI

(
1
)
1

(
2
)
2

S
M

SELEPA
S
T
K
M
M

(
3
)

(
1
)

(
2
)

S
M
(
3
)
3
3

67

Melakukan
aktiviti
memadankan nilai dengan
ejaan nombor
Melakukan
aktiviti
memadankan
nombor
dengan ejaan nombor
Melakukan aktiviti menulis
nombor
dengan
nilai
gambar yang dinyatakan
Mengira gambar dalam
Bahasa Inggeris

Meneka bilangan gambar


angry bird dengan cepat
dan tepat
JUMLAH MARKAH
JUMLAH MIN

1
8
3
(13x1)+(8
x2)+(0x3)
(7x3)
= 29
21
= 1.38
1

1
8

(0x1)+(3x
2)+(18x3)
(7x3)
= 60
21
= 2.85
3

Hasil interpretasi secara keseluruhan, pengkaji membuat rumusan bahawa


pemahaman responden kurang sebelum mengaplikasikan kaedah dan alat yang
dicipta. Namun, pemahaman responden meningkat sehingga menunjukkan jumlah min
3 iaitu menguasai dan memahami sepenuhnya tanpa memerlukan bimbingan daripada
pengkaji selepas kaedah Pandang dan Sebut menggunakan Smart Number Card
diaplikasikan. Ini membuktikan bahawa kaedah Pandang dan Sebut menggunakan
Smart Number Card dapat membantu meningkatkan pemahaman murid-murid tentang
nombor 1-10 dalam Bahasa Inggeris.
Analisis Dokumen
Pengkaji telah membuat analisis terhadap dua set lembaran kerja ketiga-tiga
responden. Pengkaji mendapati responden 1 dan 2 dapat melakukan lembaran kerja
dengan lancar dan betul tanpa bantuan daripada pengkaji. Responden 3 juga dapat
melakukan lembaran kerja tersebut dengan lancar tanpa bantuan pengkaji tetapi ketika
memadankan nilai dan bentuk nombor lapan dengan dengan ejaan eight responden
mengalami kekeliruan seketika. Namun, responden dapat juga memadankannya.
PERBINCANGAN DAN CADANGAN
Melalui hasil kajian yang telah dijalankan mendapati kaedah Pandang dan Sebut
menggunakan Smart Number Card menunjukkan peningkatkan dalam memahami
konsep nombor 1-10 dalam Bahasa Inggeris. Penggunaan Smart Number Card iaitu
68

menggunakan bahan konkrit di sokong oleh Nani dan Rohani (2004), yang
mengatakan kanak-kanak belajar melalui bahan maujud atau konkrit.
Terdapat beberapa cadangan kajian yang boleh dilaksanakan bagi kajian yang akan
datang. Guru juga boleh menggunakan Smart Number Card untuk konsep nombor
yang lebih tinggi iaitu 11-100 dan konsep operasi nombor. Dengan alat yang sedia
ada, guru hanya tinggal mencipta simbol +, - dan =. Dalam pada itu, guru boleh
menggunakan pelbagai corak dan warna yang lebih menarik agar kanak-kanak dapat
memberi tumpuan dan minat yang lebih mendalam.
Smart Number Card juga boleh dipertingkatkan lagi dengan menggunakan bahanbahan terbuang seperti penutup tin, span keras dan kertas keras. Bahan-bahan
tersebut digunakan untuk mencipta bentuk nombor yang boleh dirasai oleh kanakkanak prasekolah supaya mereka boleh mengenal bentuk nombor. Ini menjadikan
bahan bantu belajar tersebut lebih menarik
SENARAI RUJUKAN
Ginsburg, H. (1977). Children's arthmetic: The learning process. New York: D Van
Nostrand.
Glenn Doman, Janet Doman (2005), How to Teach Your Baby Math, New York,
Square
One Publishers.
Juriah Long, et al.(1994). Perkaedahan Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala
Lumpur:Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Kementerian Pelajaran Malaysia 2010. Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Ling Pik Kuang & Hasnah Toran (2009). Pelaksanaan Aktiviti Seni Kreatif (ASK) dalam
Pengajaran dan Pembelajaran PendidikanPrasekolah Malaysia. Jurnal
Pendidikan Guru. Jurnal Bil. 4: 143-155.
Nani Menon dan Rohani Abdullah (2004). Panduan Kognitif kanak-kanak Prasekolah,
Bentong: PTS Publishers Kuala Lumpur
Pusat Perkembangan Kurikulum (2003). Bahagian
Kementerian Pelajaran Malaysia.

PembangunganKurikulum.

Richard O. (2004). An overview of Jerome Brunner His Theory Of Constructivism . In


Partial Fulfillment of The Requirement for ECI 761
Rohani Abdullah (2004). Panduan Kurikulum Prasekolah. Kuala Lumpur: PTS
Publications & Distributors Sdn. Bhd.

69

PENGGUNAAN MATHEMATICS FUN EASY SET (MFES) TERHADAP


PENYELESAIAN MASALAH OPERASI TAMBAH DAN TOLAK DALAM
KALANGAN MURID PRASEKOLAH.
Oleh:
Nor Aziah Binti Sadri17 & Abdul Halim Bin Ismail18
Institut Pendidikan Guru
Kampus Dato Razali Ismail
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan penggunaan Mathematics Fun Easy
Set (MFES) dari aspek keupayaan, kefahaman konsep dan respon positif dalam
kalangan murid prasekolah terhadap penyelesaian masalah operasi tambah dan tolak.
Responden yang dipilih terdiri daripada dua orang murid lelaki dan seorang murid
perempuan. Kajian dianalisis secara kualitatif dan diskriptif dengan menggunakan
beberapa instrumen kajian iaitu ujian pra dan ujian pasca, pemerhatian, rekod anekdot
dan senarai semak. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan
keupayaan murid-murid prasekolah dalam menyelesaikan soalan operasi tambah dan
tolak dengan betul selepas penggunaan MFES. MFES juga membantu meningkatkan
kefahaman murid-murid terhadap konsep operasi tambah dan tolak selain dapat
meningkatkan respon positif mereka ketika menjawab soalan operasi tambah dan
tolak.
Kata Kunci : keupayaan, kefahaman, respon
PENGENALAN
Matematik adalah satu bidang ilmu yang dicipta oleh manusia. Matematik telah
bermula sejak zaman primitif lagi di mana ia merupakan satu keperluan yang
dirasakan penting oleh manusia. Menurut Cockcroft (1984) dalam kajian Heah Swee
Ching (1997), manusia menggunakan matematik untuk menerangkan unsur-unsur
alam, perdagangan, indsutri dan subjek wajib kepada kanak-kanak sewaktu kecil
kerana semakin lama, apabila mereka semakin dewasa, ilmu itu akan digunakan
dalam kehidupan dengan sangat kerap. Asas kepada matematik ialah pengenalan
kepada nombor dan seterusnya penguasaan kepada operasi-operasi asas matematik.
Kajian ini akan memfokuskan kepada penguasaan murid-murid prasekolah tehadap
penyelesaian masalah operasi tambah dan tolak.
Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu
Terdapat beberapa masalah yang dapat pengkaji kesan semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran dijalankan.Kebanyakan murid yang berumur lima tahun tidak dapat
menjawab soalan tambah dengan betul. Namun, masalah yang sama turut dihadapi
oleh murid yang berumur enam tahun. Mereka hanya mampu menyelesaikan masalah
apabila dibimbing melalui pengiraan menggunakan jari dan lukisan gambar pada

70

papan putih.Selain itu, murid juga masih tidak pandai membaca soalan matematik
dalam bentuk ayat matematik.
Masalah pokok yang dapat pengkaji nyatakan di sini ialah, murid-murid Prasekolah
Tunas Wawasan masih kurang kefahaman mengenai konsep operasi tambah dan
tolak. Selain itu, mereka juga mempunyai keupayaan yang rendah dalam
menyelesaikan masalah operasi tambah dan tolak. Murid-murid turut kurang
memberikan respon positif terhadap slot matematik khususnya dalam tajuk operasi
tambah dan tolak. Oleh itu, dalam kajian ini ia akan mengkaji mengenai penggunaan
set matematik untuk meningkatkan kefahaman konsep, respon psositif dan keupayaan
murid-murid prasekolah dalam menyelesaikan masalah operasi tambah dan tolak.
Fokus Kajian
Kajian ini berfokuskan kepada penggunaan alat manipulatif yang mempunyai ciri-ciri
belajar sambil bermain dalam pembelajaran matematik iaitu kemahiran operasi tambah
dan tolak. Ia menjurus kepada meningkatkan kefahaman konsep, pencapaian dan
respon positif murid-murid prasekolah dalam menyelesaikan masalah operasi tambah
dan tolak.
METODOLOGI
Reka Bentuk
Pengkaji telah menggunakan reka bentuk kajian berbentuk kajian tindakan. Kajian
tindakan yang dijalankan adalah berdasarkan Model Kemmis dan Mc Taggart (1988)
yang mengetengahkan empat langkah-langkah dalam proses kajian tindakan.
Mereflek

Memerhati

Merancang

Bertindak

(reflect)

(observe)

(plan)

(action)

Rajah 1 : Model Kemmis & Mc Taggart (1988)


Kumpulan Sasaran
Responden kajian ini terdiri daripada tiga orang murid prasekolah yang berumur enam
tahun dari Sekolah Kebangsaan Telaga Papan, Setiu, Terengganu. Pemilihan
responden adalah berdasarkan persampelan bertujuan (purposeful sampling) yang
dijalankan melalui kaedah pemerhatian dan ujian bertulis (lembaran kerja). Hasil
tinjauan awal menunjukkan tiga orang murid tersebut mempunyai kefahaman konsep,
pencapaian dan respon positif yang rendah terhadap penyelesaian masalah operasi
tambah dan tolak.
Tempat

71

Kajian ini dijalankan di Prasekolah Tunas Wawasan Sekolah Kebangsaan Telaga


Papan, Setiu, Terengganu.
Instrumen
Instrumen yang digunakan untuk mendapatkan data ialah melalui ujian pra, ujian
pasca, pemerhatian melalui rekod anekdot dan senarai semak.
Analisis Data
Data-data telah dianalisis dengan menggunakan
dipersembahkan dalam bentuk graf, dan jadual peratusan.

statistik

diskriptif

dan

DAPATAN KAJIAN
Pengkaji telah menggunakan ujian pra dan ujian pasca untuk mengenalpasti adakah
penggunaan MFES dapat meningkatkan pencapaian murid dalam menyelesaikan
masalah operasi tambah dan tolak. Data dipersembahkan dalam bentuk graf dan
jadual peratusan.

Latihan Operasi Tambah

Skor markah

80
60

Pra
40

Pasca

20
0
R1

R2

Responden

R3

Rajah 2 : Analisis dapatan latihan operasi tambah

RESPONDEN

PERATUS MARKAH

PERATUS

BIL.
UJIAN PRA (%)

UJIAN PASCA (%)

PENINGKATAN (%)

1.

R1

29

91

62

2.

R2

21

88

67

3.

R3

35

94

59

Jadual 1 : Analisis peratus peningkatan pencapaian responden dalam menjawab soalan


operasi tambah
72

Skor markah

Latihan Operasi Tolak

80
70
60
50
40
30
20
10
0

Pra
Pasca

R1

R2

Responden

R3

Rajah 3 : Analisis dapatan latihan operasi tolak

RESPONDEN

PERATUS MARKAH

PERATUS

BIL.
UJIAN PRA (%)

UJIAN PASCA (%)

PENINGKATAN (%)

1.

R1

17

92

75

2.

R2

15

93

78

3.

R3

20

81

61

Jadual 2 : Analisis peratus peningkatan pencapaian responden dalam menjawab


soalan operasi tolak

4
3
2
1
0

Soalan 1
Pra
Semakin
banyak

Semakin
sedikit

Pasca

Pilihan Jawapan

Rajah 4: Analisis Soalan 1


(Adakah operasi tolak menjadikan
bilangan semakin banyak atau
semakin sedikit?)

Bilangan Responden

Bilangan Responden

Pengkaji telah menggunakan senarai semak untuk mendapatkan data mengenai


kefahaman responden terhadap konsep operasi tambah dan tolak sebelum dan
selepas penggunaan MFES.

4
3
2
1
0

Soalan 2
Pra
Semakin
banyak

Semakin
sedikit

Pasca

Pilihan Jawapan

Rajah 5 : Analisis soalan 2


(Adakah operasi tambah
menjadikan bilangan semakin
banyak atau semakin sedikit?)

73

Bilangan Responden

Soalan 3

4
3
2
1
0

Pra
Lebih besar

Lebih kecil

Pasca

Rajah 6 : Analisis soalan 3 (Kalau


ingin membuat operasi tolak,
jumlah yang hendak ditolak perlu
lebih besar atau lebih kecil?)

Bilangan Responden

Pilihan Jawapan

Soalan 4

4
3
2

Pra

Pasca
0

Rajah 7 : Analisis soalan 4 (Kalau


ingin membuat operasi tambah, jumlah
yang hendak ditambah perlu lebih
besar sahaja atau lebih kecil sahaja
atau boleh kedua-duanya sekali?)

Pilihan Jawapan

Pengkaji telah menjalankan pemerhatian melalui catatan rekod anekdot untuk


mendapatkan data mengenai respon positif responden terhadap penyelesaian
masalah operasi tambah dan tolak sebelum dan selepas penggunaan MFES. Skala
diberikan mengikut catatan rekod anekdot yang ditulis berpanduka kepada rubrik
skala.

Minat

Tumpuan
3

2
Pra
Pasca

Skala

Skala

2
Pra
1

Pasca

Column1
0

0
R1

R2
Responden

R3

Rajah 8 : Analisis Pemerhatian


Item 1 (Respon Minat)

R1

R2
Responden

R3

Rajah 9 : Analisis Pemerhatian


Item 2 (Respon Tumpuan)
74

Keseronokan
4
Skala

3
2
1

Pra

Pasca
R1

R2

R3

Responden

Rajah 10 ; Analisis Pemerhatian Item 3 (Respon Keseronokan)


PERBINCANGAN DAN CADANGAN
Melalui kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa semua penggunaan Mathematics
Fun Easy Set (MFES) dapat meningkatkan kefahaman konsep, keupayaan dan respon
positif murid prasekolah dalam menyelesaikan masalah operasi tambah dan tolak.
Menurut Jean Piaget dalam teori pembelajaran kognitifnya, menyatakan bahawa,
kanak-kanak prasekolah adalah tergolong dalam peringkat pra operasi yang
memerlukan unsur luaran berbentuk konkrit untuk membantu kefahaman mereka.
MFES ini merupakan bahan konkrit yang mampu dilihat, dirasa dan digunakan
sepenuhnya oleh murid-murid prasekolah. Ia disokong juga oleh Voice Of Play (2010)
yang menyatakan bahawa melalui permainan, kanak-kanak dapat meningkatkan
perkembangan berfikir serta kemahiran menyelesaikan masalah. Menurut Douglas H,
Clements (1999), alat manipulatif adalah alat yang digunakan untuk meningkatkan
pencapaian matematik. Terdapat beberapa cadangan untuk menambah baik MFES
dan penggunaannya. Penggunaan MFES mungkin boleh diperluaskan lagi bukan
hanya untuk operasi tambah dan tolak dalam lingkungan 10. MFES mungkin dapat
ditambahbaik untuk penyelesaian operasi tambah dan tolak dalam lingkungan nombor
yang lebih besar seperti 50 atau 100. Ia boleh digunakan oleh kanak-kanak prasekolah
untuk meningkatkan lagi kemahiran operasi matematik selepas penguasaan operasi
tambah dan tolak dalam lingkungan 10. MFES mungkin boleh diperbaiki lagi dari segi
elemen interaktif dan menarik yang telah sedia ada. Dam nombor misalnya boleh
ditambah dengan ciri-ciri lebih cantik dan berwarna-warni tetapi masih praktikal. Buku
soalan pula ditambah dengan soalan pelbagai aras kesukaran dan mengandungi
ganjaran untuk soalan yang betul. MFES pada masa akan datang boleh dikeluarkan
dalam bentuk yang lebih praktikal seperti kecil dan mudah disimpan untuk dibawa
kemana-mana. Pengkaji boleh juga membina software atau aplikasi MFES yang
diletakkan di dalam internet. Ini bermakna di dalam laman web tertentu terkandung
aplikasi MFES secara dalam talian. Ia akan memberi peluang kepada semua muridmurid untuk menggunakan dan memanfaatkan fungsi MFES tanpa mengira tempat
dan waktu. Sekolah yang mempunyai kemudahan komputer dan internet hanya perlu
mengakses internet untuk menayangkan MFES sebagai alat bantu mengajar di dalam
75

kelas. Aplikasi dalam talian memberi peluang kepada murid-murid dari seluruh dunia
menggunakannya.
SENARAI RUJUKAN
Douglas H. Clements (1999). Concrete Manipulatives, Concrete Ideas. State University
of New York, Buffalo, USA. Diakses pada 29 Mac 2012 daripada
http://www.wwwords.co.uk/pdf/validate.asp?j=ciec&vol=1&issue=1&year=2000&
article=clements
Heah Swee Ching (1997). Keberkesanan Kaedah Pengiraan Menggunakan Teori Jari
Dalam Membantu Pencapaian Aritmatik Kanak-kanak Berumur Antara 6 12
Tahun. Diakses pada 20 Mac 2012 daripada http://psasir.upm.edu.my/8208/
James W. Heddens (2008). Improving Mathematics Teaching by Using Manipulative. Kent
university. Diakses pada 26 Mac 2012 daripada
http://www.fed.cuhk.edu.hk/~fllee/mathfor/edumath/9706/13hedden.html

Mohd Khairul Azmi Bin Shoeib (2010). Model dan Teori Perkembangan Awal Kanakkanak, diakses pada 19 Mei 2012 daripada
http://www.scribd.com/doc/100991195/51290178-Model-Dan-TeoriPerkembangan-Awal-Kanak
Voice Of Play (2010). Cognitive Benefits Of Play. Diakses pada 20 Mac 2012 daripada
http://voiceofplay.org/content.aspx?pID=18

76

PENGGUNAAN LATIH TUBI BUKU POKET MENINGKATKAN


PENGUASAAN MEMBACA SUKU KATA TERBUKA (KV) DALAM
KALANGAN KANAK-KANAK
PRASEKOLAH HARMONI
Oleh:
Nur Fatiha Binti Azaim19 & Siti Aishah Binti Mokthar20
Institut Pendidikan Guru
Kampus Dato Razali Ismail
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan meninjau bagaimana cara meningkatkan penguasaan
kemahiran membaca kanak-kanak. Kajian ini juga dilakukan untuk melihat pencapaian
bacaan kanak-kanak prasekolah.
Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui
pemerhatian, ujian dan temu bual. Hasil tinjauan menunjukkan kanak-kanak masih
tidak lancar , keliru dalam membunyikan dan menyebut suku kata setelah mengeja.
Untuk mengatasi masalah ini, pengkaji telah memperkenalkan kaedah Latih Tubi Buku
Poket. Kanak-kanak dikehendaki mengeja, menyebut dan membunyikan suku kata KV
secara berulang-ulang. Aktiviti ini dijalankan selama 10-20 minit setiap hari dan
berkesinambungan hingga ke rumah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa ada
peningkatan penguasaan kemahiran membaca suku kata KV sekiranya mereka diberi
bimbingan dan didikan yang sewajarnya. Sebagai kesimpulan, kaedah ini menekankan
kepentingan kaedah latih tubi mesti disertai dengan bahan bantu belajar yang sesuai
untuk meningkatkan kemahiran belajar kanak-kanak.
Kata Kunci: Latih Tubi, suku kata, penguasaan, kemahiran membaca
19
20

Pelajar PISMP Prasekolah Pendidikan Rendah


Pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan

77

PENGENALAN
Membaca merupakan asas penting dalam bidang pengetahuan yang membolehkan
seseorang memperoleh pendidikan sepanjang hayat. Sebahagian besar ilmu
pengetahuan dalam bentuk tulisan. Oleh itu, minat membaca perlu dipupuk supaya
terbina asas yang kukuh. Melalui asas yang kukuh ini dapat menimbulkan minat yang
berterusan. Peringkat prasekolah merupakan peringkat yang sesuai untuk membina
asas membaca. Hal ini bertepatan dengan konsep penubuhan prasekolah yang
menyediakan pengalaman pembelajaran kepada kanak-kanak berusia empat hingga
enam tahun bagi menyuburkan potensi mereka dalam semua aspek perkembangan,
menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan memasuki
alam persekolahan secara formal.
Kajian Adams (1990), Schikendanz et al. (1991), Clay (1993), serta Hanson dan Farrel
(1995) telah membuktikan bahawa pra bacaan suku kata terbuka di peringkat awal
banyak mendatangkan kesan yang positif terhadap perkembangan minda sekaligus
membantu proses pembelajaran dimasa akan datang. Oleh itu, ibu bapa dan guru
memainkan peranan yang penting untuk menggalakkan kanak-kanak membaca di
peringkat awal lagi.
Satu kajian oleh Hanson dan Farrel (1995) telah membuktikan bahawa mengajar
membaca diperingkat awal dapat meningkatkan perkembangan kognitif kanak-kanak.
Bagi membolehkan kanak-kanak menguasai kebolehan pra bacaan tentunya ada
kaedah-kaedah yang yang boleh digunakan untuk mengajar membaca. Terdapat
pelbagai cara untuk mengajar kanak-kanak membaca seperti kaedah abjad (Ishak,
1990), kaedah suku kata (Zaidah, 1975; Safiah, 1983) kaedah fonik (Smith, 1988) dan
kaedah seluruh perkataan (Durkin, 1987; Doman dan Doman, 1994; Cambell, 1995).
Setiap kaedah ini mempunyai kelebihan dan kelemahannya yang tersendiri.
Kaedah pengajaran secara latih tubi boleh membantu guru mempertingkatkan
penguasaan kemahiran membaca murid-murid. Teknik latih tubi adalah aktiviti
pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari (Ezani Yusoff, 1999).
Tujuannya adalah untuk mencapai taraf penguasaan sesuatu kemahiran disamping
menjamin pengekalan penguasaannya.
Menurut Abdul Rahman Rashid (1995), penggunaan bahan bantu belajar yang sesuai
dan menarik dalam proses pengajaran asas bacaan dalam kelas pendidikan awal
kanak-kanak penting dalam mempertingkatkan kejayaan pembelajaran. Buku-buku
kecil berbentuk poket ini merupakan salah satu bentuk bahan bantu mengajar yang
diharapakan dapat menarik minat kanak-kanak terhadap pembelajaran (Supyan
Hussin, 2000). Buku-buku kecil berbentuk poket ini hakikatnya berkonsepkan notanota yang padat disatukan secara ringkas yang dikenali sebagai nota poket dalam
kalangan orang dewasa. Dapatan kajian Roselizam Daud (2010), menurut Juilis
(2009), tujuan nota poket adalah memberikan keyakinan kepada pelajar untuk lebih
mudah mengingati sesuatu tajuk atau kemahiran sama ada bagi mata pelajaran teras
mahupun elektif.
Kaedah pengajaran dan bahan bantu belajar yang sesuai dalam meningkatkan
penguasaan bacaan dapat memberi kesan yang mendalam terhadap daya ingatan
78

kanak-kanak. Hai ini selaras dengan pendapat Harison Othman (2005) bahawa setiap
kanak-kanak perlu diajar membaca menggunakan kaedah yang mudah difahami
supaya masalah membaca tidak membelenggu kehidupan mereka.
Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu
Sepanjang menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Paloh, Kuala Terengganu,
pengkaji telah mengenal pasti kelemahan beberapa orang murid tidak dapat mengeja
dan membunyikan suku kata terbuka KV. Pengkaji mendapati lazimnya responden ini
akan diam setiap kali ditunjukkan kad imbasan suku kata terbuka KV kepada kelas.
Namun apabila ada diantara rakan-rakan mereka yang dapat menjawab soalan yang
diutarakan, mereka mula meniru tindakan rakan-rakan mengeja dan membatangkan
suku kata tersebut dengan membuat bising di dalam kelas bagi mendapat perhatian
daripada pengkaji.
Berdasarkan pemerhatian pengkaji, masalah ini dikenal pasti ekoran kurang
penekanan menyebut huruf dan bunyi suku kata KV secara berulang kali setiap kali
proses pembelajaran berlangsung. Selain itu, responden ini hanya menghafal bunyi
suku kata KV tersebut semasa sesi pengajaran sahaja, namun apabila pengkaji
menyoal semula suka kata KV pada waktu lain secara rawak, responden ini kelihatan
terpinga-pinga dan diam tidak dapat menjawab soalan dengan baik.
Sepanjang proses pemerhatian, walaupun tingkah laku mereka seolah-olah
menganggu sesi pengajaran, namun motivasi intrinsik untuk belajar jelas kelihatan.
Keadaan ini menjadikan pengkaji berusaha untuk menjadi pembimbing yang baik
dalam usaha membantu mereka menguasai konsep awal membaca.
Fokus Kajian
Kajian ini berfokuskan kepada kaedah latih tubi yang dibantu dengan bahan bantu
mengajar dikenali sebagai Buku Poket. Fokus pelaksanaan kajian ini bagi melihat
perubahan penguasaan bacaan suku kata terbuka KV daripada tidak dapat menguasai
kemahiran membaca suku kata terbuka KV kepada dapat menguasai kemahiran
membaca suku kata terbuka KV. Kaedah ini menjurus kepada strategi penyelesaian
masalah untuk mengatasi masalah kanak-kanak lemah dalam penguasaan awal
kemahiran membaca supaya proses peringkat membaca seterusnya dapat dikuasai
oleh kanak-kanak.
METODOLOGI
Kajian ini telah dijalankan kepada murid prasekolah di Sekolah Kebangsaan Paloh,
Kuala Terengganu. Namun, tumpuan diberikan kepada empat orang kanak-kanak
yang telah dikenalpasti melalui pemerhatian awal dan ujian pra yang telah
dilaksanakan. Responden terdiri daripada dua orang kanak-kanak lelaki dan dua orang
kanak-kanak perempuan berusia lima tahun (5+) dan beragama islam. Keempat-empat
responden masih tidak dapat menguasai bacaan suku kata terbuka KV terutama
sewaktu untuk membunyikannya. Kesmua responden masih dibimbing secara individu
bagi membantu mereka menguasai kemahiran awal membaca ini,

79

Dalam melaksanakan kajian tindakan ini, pengkaji merekod data menggunakan


kaedah pemerhatian, temu bual serta ujian Pra dan ujian Pasca. Manakala instrumen
yang pengkaji gunakan pula adalah senarai semak.
Kajian ini mengaplikasikan model kajian tindakan yang dibangunkan oleh Kemmis &
Mc Taggart (1988). Model kajian tindakan ini menggambarkan proses penyelidikan
tindakan yang bersifat kitaran. Setiap kitaran mengandungi empat langkah iaitu
mereflek (Reflection), merancang (Planning), bertindak (Action) dan memerhati
(Observe).

MEREFLEK: Membuat
refleksi dan pemerhatian
awal masalah pengajaran
dan pembelajaran yang
dihadapi

MEMERHATI: Mencatat
pemerhatian dan
perubahan dari semasa
ke semasa dan
direkodkan

MERANCANG: Pilih
kaedah pengajaran dan
kit pembelajaran yang
menarik (Kaedah Latih
Tubi Buku Poket)

BERTINDAK:
Melaksanakan kaedah
LTBP selama 4 minggu

Rajah 1: Prosedur Kajian Tindakan Berpandukan Model Kajian Kemmis & McTaggart
(1988)
DAPATAN KAJIAN
Bagi menjawab persoalan kajian (i), pengkaji telah menganalisis data Ujian Pra dan
Ujian Pasca bagi melihat penguasaan bacaan suku kata terbuka KV selepas
penggunaan kaedah latih tubi Buku Poket. Berdasarkan ujian tersebut, data yang
diperolehi dianalisis ke dalam bentuk jadual.
i.

Bagaimana kaedah Latih Tubi Buku Poket dapat meningkatkan pembacaan


suku kata terbuka KV kanak-kanak?
Jadual 1: Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca

RESPONDEN

JUMLAH PENGUASAAN SUKU KATA


TERBUKA KV

PERATUSAN
PENINGKATA
80

1
2
3
4

SEBELUM
SUKU
MARKAH
KATA KV
(%)
5/20
25
4/20
20
10/20
50
9/20
45

SELEPAS
SUKU
MARKAH
KATA KV
(%)
20/20
100
18/20
90
20/20
100
20/20
100

N (%)

75
70
50
55

Jadual 1 menunjukkan pencapaian responden dalam kemahiran membaca suku kata


terbuka KV yang dijalankan secara rawak sebelum dan selepas penggunaan kaedah
latih tubi Buku Poket.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa sebelum penggunaan kaedah latih tubi Buku
Poket, Responden 1 hanya memperoleh 25%, Responden 2 pula 20%, Responden 3
mendapat 50% dan Responden 4 hanya 45%. Kesemua responden berada pada
tahap yang lemah. Namun selepas intervensi kesemua responden menunjukkan
perbuahan positif yang mana Responden 1, 3 dan 4 berjaya mencapai penguasaan
suku kata sehingga 100%, hanya Responden 2 mencapai 90%. Peningkatan yang
berlaku ini jelas memperlihatkan kemampuan responden membaca suku kata terbuka
KV apabila dibimbing melalui kaedah pengajaran latih tubi dan dibantu dengan bahan
bantu mengajar Buku Poket.
Kajian ini selari dengan Teori Pembelajaran Behavioris yang dipelopori oleh B.F
Skinner (1938) yang mana bagi menghasilkan sesuatu pembelajaran yang berkesan,
individu perlu diberi suatu latihan secara berterusan agar perubahan yang dialami
berkekalan. Dalam konteks kajian ini, hubungan antara Latih Tubi (pelaziman) dengan
Buku Poket (rangsangan) akan menjadikan
penguasaan responden terhadap
kemahiran membaca dapat dipertingkat dan dikekalkan.
Seterusnya, bagi menjawab persoalan kajian (ii), pengkaji telah menganalisis data
temu bual dan analisis pemerhatian bergambar bagi melihat keberkesanan
penggunaan kaedah latih tubi Buku Poket.
ii.

Adakah berkesan kaedah Latih Tubi dalam membantu proses pembacaan awal
kanak-kanak?

Temu Bual
Responden 1
Hasil temu bual bersama Responden 1, kanak-kanak prasekolah. Bagi responden ini,
dia seronok membaca secara harian untuk cepat pandai.
Pengkaji

: Adakah kamu suka membaca hari-hari (Latih tubi) dengan


menggunakan Buku Poket (buku latihan membaca)?
Responden :Suka. Kakak kita kata nak pandai kena baca hari-hari. buku
Angry Birds (Buku Poket) cikgu bagi seronok baca sebab
cantik dengan comel.

81

Dapatan ini selari dengan kenyataan kajian Ezani Yusoff (1999), bahawa
kaedah pengajaran secara latih tubi boleh membantu guru mempertingkatkan
penguasaan kemahiran membaca murid-murid.
Bagi menjawab persoalan kajian (iii), pengkaji telah menganalisis dokumen dengan
menggunakan senarai semak untuk melihat perubahan minat, kefahaman dan
penguasaan responden membaca selepas penggunaan Buku Poket sebagai bahan
bantu mengajar.
iii.

Adakah penggunaan Buku Poket dapat membantu proses awal membaca


kanak-kanak?
Jadual 2: Tahap Skala Kadar
Tahap Skala
Kadar
Penerangan

Minat/
Pemahaman
/
Penguasaan

Tidak Menguasai
(TM)
Sangat tidak
berminat
Sangat tidak
memahami
Sangat tidak
menguasai
Tidak memberi
reaksi dan tindak
balas positif , tidak
menunjukkan
perubahan
langsung

Menguasai
(M)
Berminat
Memahami
Tidak Menguasai

Sangat Menguasai
(SM)
Sangat berminat
Sangat Memahami
Sangat Mengusai

Memberi sedikit
reaksi dan tindak
balas yang positif ,
menunjukkan sedikit
perubahan

Memberi banyak
reaksi dan tindak
balas yang positif,
menunjukkan
banyak perubahan

Sebelum menganalisis data senarai emak, pengkaji menyediakan skala kadar bagi
menguji respons atau gerak balas responden terhadap penggunaan Buku Poket.
Jadual 2 merupakan penerangan terhadap tahap skala kadar.
Jadual 3: Hasil Analisis Minat, Pemahaman dan Penguasaan Terhadap Membaca
Responden Sebelum dan Selepas Penggunaan Buku Poket
BIL

IT

SKOR

E
M

SEBELUM

SELEPAS

MINAT
1

Tu
m

82

pu
an
m
uri
d
ke
pa
da
ak
tiv
iti
2

erj
as
a
m
a
m
uri
d
ke
tik
a
ak
tiv
iti
dij
al
an
ka
n

83

Pe

ng
lib
at
an
ak
tif
m
uri
d
PEMAHAMAN
4

Pe
m
ah
a
m
an
m
uri
d
ter
ha
da
p
ar
ah
an

M
uri
d
m

84

en
ja
w
ab
so
al
an
gu
ru
PENGUASAAN
6

Ta

ha
p
pe
ng
ua
sa
an
ej
aa
n
su
ku
ka
ta
ter
bu
ka
K
V
7

Ta
ha

85

p
pe
ng
ua
sa
an
se
bu
ta
n
su
ku
ka
ta
ter
bu
ka
K
V
Ta
ha
p
pe
ng
ua
sa
an
bu
ny
i
su
ku
ka
ta
ter
bu
ka
K
V

Hasil dapatan senarai semak ini, jelas menunjukkan respons yang berbeza terhadap
minat, pemahaman dan penguasaan membaca di antara
sebelum dan selepas
penggunaan Buku Poket. Sebelum menggunakan Buku Poket, kesemua responden
erada pada tahap lemah dan sederhana sahaja sebelum proses pengajaran dan
pembelajaran membaca dilakukan, namun selepas intervensi, semua responden
menunjukkan perubahan dalam penguasaan kemahiran membaca suku kata terbuka
KV.
86

Dapatan ini selaras dengan kenyataan Supyan Hussin (2000), bahawa buku-buku
pembelajaran kecil adalah salah satu wadah yang diharapkan dapat menarik minat
kanak-kanak terhadap pembelajaran.
PERBINCANGAN DAN CADANGAN
Kajian ini berjaya membuktikan bahawa penggunaan kaedah Latih Tubi Buku Poket
merupakan satu intervensi yang boleh diguna pakai kerana ia membantu
meningkatkan penguasaan bacaan suku kata terbuka KV dalam kalangan responden.
Kajian ini juga membantu responden boleh membaca cantuman suku kata menjadi
perkataan. Seca tidak langsung, ia memberi impak positif kepada responden supaya
dapat meningkatkan kemahiran membaca disamping membantu poses pengajaran
dan pembelajaran guru berjalan dengan lebih lancar.
Terdapat beberapa cadangan kajian yang boleh dilaksanakan bagi kajian akan datang.
Dalam kajian ini, terhad kepada empat responden sahaja. Oleh itu, dalam kajian
lanjutan yang dicadangkan adalah dengan menggunakan kanak-kanak prasekolah di
beberapa buah prasekolah yang berbeza sebagai kumpulan sasaran atau sampel
yang lebih besar.
Selain itu,p enggunaan latih tubi boleh dipertingkatkan bukan sahaja pengulangan
secara harian menggunakan buku, namun boleh dilakukan dengan pembelajaran
secara harian melalui kaedah permainan bahasa.
Seterusnya, penggunaan Buku Poket ini boleh diubahsuai bukan sahaja untuk
penggunaan suku kata, malah boleh diperbaiki dengan menggunakan perkataan atau
ayat-ayat mudah. Buku Poket ini juga bukan sahaja boleh digunakan dalam
kemahiran bahasa, malah jika diinovasi boleh digunakan dalam kemahiran-kemahiran
yang lain.
SENARAI RUJUKAN
Azizah Binti Zain. (2010). Penggunaan Bacaan Berulang Dapat
Mempertingkatkan Kelancaran dan Kefahaman Dalam Kalangan Kanak-Kanak
Prasekolah. Dicapai pada 2 Mac 2012 daripada
http://file.upi.edu/Direktori/PROCEEDING/UPIUPSI/2010/Book_2/PENGGUNAAN_BACAAN_BERULANG_DAPAT_MEMPERTI
NGKATKAN_KELANCARAN_DAN_KEFAHAMAN_DALAM_KALANGAN_KA
NAK-KANAK_PRASEKOLAH.PDF
Ezani Yusoff. (1999). Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia.
Dicapai pada 2 Mac 2012 daripada http://bobezani.tripod.com/teknik.htm
Harison Bt Othman. (2005). Kajian Tindakan: Meningkatkan Kemahiran
Membaca Dengan Menggunakan Kaedah Kad Bacaan. Perlis : Institut Perguruan Perlis
.
Nani Menon (2000). Kajian Tindakan: Keberkesanan Kaedah Gabungan Bunyi
Kata Dalam Kebolehan Awal Bacaan Di Kalangan Kanak-Kanak Prasekolah. Dicapai
pada 2 Mac 2012 daripada http://psasir.upm.edu.my/8232/1/FEM_2000_10_A.pdf
87

Roselizam Daud. (2010). Kajian Tindakan: Meningkatkan Prestasi Murid


Dengan Menggunakan Kaedah Np (Nota Poket). Dicapai pada 5 Mei 2012 daripada
http://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=10&cad=rja
&ved=0CGYQFjAJ&url=http%3A%2F%2Fwww.keepandshare.com%2Fdoc%2F28484
36%2F2-roselizam-daud-doc-june-3-2011-8-44-am342k%3Fda%3Dy&ei=h59QUJaLFIOurAfUrYCQAw&usg=AFQjCNE7N3YLo3XrT9
47ex4D5cYDP2Vx_g&sig2=K5kXT2W7EZIZW226V-fXag
Supyan Hussin (2000). Cabaran Mengajar. Dicapai pada 12 September 2012
daripada http://supyanhussin.wordpress.com/2012/09/05/cabaran-mengajar

KAEDAH LATIHAN KOORDINASI MATA-TANGAN DENGAN TEKNIK FINBLO


UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEWARNA MURID PRASEKOLAH
Oleh :
88

Nur Hazwani Hamzah21 & Norasmah Mohd Noor22


INSTITUT PENDIDIKAN GURU
Kampus Dato Razali Ismail
ABSTRAK
Kajian ini merupakan kajian terhadap kemahiran mewarna dalam kalangan kanakkanak prasekolah menggunakan kaedah latihan koordinasi mata-tangan dengan
Teknik Finblo. Kemahiran mewarna merupakan salah satu kemahiran yang penting
untuk dikuasai oleh murid-murid dalam proses pembelajaran harian. Kemahiran
mewarna juga boleh dijadikan sebagai kayu ukur kepada murid-murid ini sejauh mana
tahap penguasaan kemahiran motor halus mereka. Tujuan kajian ini dibuat adalah
untuk mengenalpasti tahap kemahiran mewarna dalam kalangan kanak-kanak
prasekolah. Selain itu, kajian ini bertujuan untuk memperkenalkan teknik mewarna
secara bersistem supaya responden dapat mewarna dengan lebih cantik dan kemas.
Kajian ini merupakan kajian kualitatif deskriptif terhadap seorang responden yang
telah dipilih adalah berdasarkan hasil daripada kajian dokumen (lembaran kerja) yang
lepas. Data dikumpulkan dan dianalisis berdasarkan instrumen ujian pra dan pasca.
Dapatan kajian ini menunjukkan terdapat peningkatan terhadap kemahiran mewarna
selepas ujian pasca dan intervensi dijalankan. Kesimpulannya, kaedah latihan
koordinasi mata-tangan dengan Teknik Finblo adalah berkesan untuk meningkatkan
kemahiran mewarna murid prasekolah.
Kata Kunci : Kemahiran,, Motor halus, Koordinasi mata-tangan, Teknik Finblo,

PENGENALAN
Kemahiran mewarna merupakan salah satu kemahiran yang penting untuk dikuasai
oleh murid-murid dalam proses pembelajaran harian. Kemahiran mewarna juga boleh
dijadikan sebagai kayu ukur kepada murid-murid ini sejauh mana tahap penguasaan
kemahiran motor halus mereka.
Menurut Haliza Hamzah, N.S Joy & Rafidah Kastawi (2008), kemahiran motor halus
ialah perkembangan kemahiran kanak-kanak yang melibatkan otot jari serta koordinasi
mata tangan. Kemahiran motor halus ini penting bagi membina dan melatih otot-otot
tangan dan jari untuk membuat pelbagai aktiviti yang memerlukan perincian dan
penelitian.
Kemahiran motor halus juga adalah sebahagian daripada Teori Sembilan Kecerdasan
yang dikemukakan oleh Howard Gardner iaitu kecerdasan bodily-kinesthetics. Menurut
Nor Hashimah Hashim & Yahya Che Lah (2007), kecerdasan bodily-kinesthetics ialah
kebolehan seseorang menggunakan tubuh badan bagi melahirkan idea dan perasaan
seperti pelukis, pengukir, pelakon, ahli sukan dan pakar bedah. Kedua-dua belah
tangan termasuk jari-jemari adalah sebahagian daripada tubuh badan manusia. Jadi,
kebolehan menguasai atau membuat aktiviti yang melibatkan kemahiran motor halus
seperti menjahit, menulis dan mewarna adalah contoh-contoh kanak-kanak yang
memiliki kecerdasan bodily-kinesthetics.
89

Refleksi Pengajaran
Pengkaji mendapati hasil kerja responden yang tidak melibatkan lukisan atau mewarna
adalah agak memuaskan. Akan tetapi apabila melibatkan tugasan yang perlu mewarna
atau melukis, responden tidak dapat melukis atau mewarna dengan baik. Jadi,
pengkaji mengumpul hasil kerja responden daripada aktiviti mewarna dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran yang lepas. Hasil kerja responden kelihatan sangat
comot. Gambar yang diwarnakan tidak kemas seperti tidak sekata, tidak rata dan
tekanan warna tidak sekata. Daripada hasil pemerhatian pengkaji, pengkaji mendapati
kemahiran motor halus responden masih berada di tahap sederhana.
Fokus Kajian
Kajian ini berfokuskan pada tahap kemahiran mewarna dalam kalangan murid-murid
prasekolah yang berusia 5-6 tahun. Murid-murid yang mempunyai tahap kemahiran
mewarna yang kurang baik turut mempengaruhi mutu hasil kerja mereka semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran. Jadi, kajian ini dibuat bertujuan untuk membantu
meningkatkan tahap kemahiran mewarna dalam kalangan murid-murid prasekolah
menggunakan Kaedah Latihan Koordinasi Mata-tangan dan Teknik Finblo Untuk
Meningkatkan Kemahiran Mewarna Murid-murid Prasekolah. Secara tidak langsung,
kajian ini juga dapat menilai sejauh mana keberkesanan pengaplikasian teknik ini
untuk meningkatkan kemahiran mewarna dalam kalangan murid-murid prasekolah itu
nanti.
METODOLOGI
Pengkaji sendiri telah mengadaptasikan Model Kajian Tindakan Lewin untuk kajian
tindakan yang telah dijalankan. Choong (2011) menyatakan bahawa terdapat tujuh
fasa bagi kitaran pertama Model Kajian Tindakan Lewin iaitu;
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.

Mengenalpasti idea umum


Mencari fakta atau maklumat
Merancang
Mengambil langkah tindakan pertama
Menilai
Mengubahsuai pelan asal dan,
Mengambil langkah tindakan kedua.

Pengkaji memberikan gambar objek iaitu gambar sebuah rumah untuk diwarnakan
pada peringkat awal kajian sebagai penanda aras. Kemudian, hasil kerja tersebut
dinilai menggunakan skala kadar yang telah disediakan oleh pengkaji sendiri yang
diadaptasi daripada Barbara Ward (2006).
Setelah itu, sebagai langkah pertama di peringkat pertama intervensi, pengkaji
memperbetulkan postur atau cara duduk responden semasa mewarna kerana postur
90

semasa menulis atau mewarna mempengaruhi hasil kerja mereka. Khairuddin


Mohammad (2011), postur badan ialah kedudukan atau posisi badan murid. Aktiviti
menulis dan mewarna tiada banyak bezanya kerana kedua-dua aktiviti ini memerlukan
alatan yang hampir sama iaitu kertas, pensel ataupun pensel warna.
Di samping itu juga, pengkaji akan memperbetulkan teknik menggenggam pensel
warna supaya genggaman jari responden kemas dan akan memberikan impak selesa
dan tekanan sama rata semasa responden mewarna. Hope (2008) menekankan
bahawa kanak-kanak memerlukan latihan yang mencukupi untuk meletakkan pensel
pada sesuatu permulaan titik atau garisan, dan mencuba untuk membuatnya dengan
cara yang betul dengan memberikan tekanan dengan jumlah yang sepatutnya.
Semasa kedua-dua langkah ini dijalankan, pengkaji mengimplementasikan Teknik
Finblo iaitu menyekat garisan sempadan gambar menggunakan jari untuk
mengelakkan goresan warna keluar melebihi garisan gambar.
Kaedah intervensi diteruskan dengan beberapa cara berikut selepas penilaian pertama
kerana pengkaji kurang berpuas hati dengan pencapaian responden. Walaupun
terdapat peningkatan, tetapi pada pandangan pengkaji, responden masih mampu
meningkatkan kemahiran mewarnanya dengan latihan intensif.
Langkah intervensi seterusnya ialah dengan menggunakan beberapa kaedah berikut:
i.

Membina garisan (gambar rumah)


Membina garisan merujuk kepada gambar sebuah rumah yang dibina
oleh pengkaji daripada bentuk-bentuk asas. Berdasarkan gambar
tersebut, pengkaji memberikan panduan membina garisan kepada
responden.
Tujuan aktiviti membina garisan ini ialah untuk mengasah koordinasi
mata tangan responden semasa membina garisan. Garisan tersebut
ialah garisan bercorak menegak, melintang dan beralun.

ii.

Mewarna ruang
Langkah seterusnya adalah aplikasi latihan mewarna ruang pelbagai
saiz. Contohnya mewarnakan ruang segi empat yang berbeza saiznya.
Saiz ruang yang berbeza dari kecil kepada ruang yang lebih besar akan
memberikan latihan kepada responden untuk mengawal pergerakan jari
yang memegang pensel warna itu. Pendekatan ini menggunakan konsep
ansur maju untuk memperkembangkan kemahiran seseoran individu
berkenaan

DAPATAN KAJIAN
Rumusan Pencapaian Responden. (Kitaran 1)
Pemerhatian pra / Skor

Pemerhatian pasca / Skor


91

Pemerhatian 1

47%

Pemerhatian 2

53%

Ruusan Pencapaian Responden . (Kitaran 2)

Pemerhatian pra / Skor


Pemerhatian 3

53%

Pemerhatian pasca / Skor


Pemerhatian 4
87%

Graf
penca
paian

Graf Pencapaian
100%
90%
80%
70%
60%
50%
40%
30%
20%
10%
0%

Pemerhatian 1
Pemerhatian 2
Pemerhatian 3
Pemerhatian 4

Berdasarkan carta graf di atas menunjukkan peningkatan kemahiran mewarna


terhadap responden kajian. Pencapaian responden yang ditunjukkan dalam rumusan
pencapaian Set 1 tidak menunjukkan peningkatan yang jelas. Pada pemerhatian pra,
responden hanya berjaya mengumpul skor sebanyak 47% manakala pencapaian bagi
pemerhatian pasca adalah sebanyak 53%. Perbezaan peratusan pencapaian
responden daripada pemerhatian pra dan pemerhatian pasca ialah 6%. Oleh sebab
itulah pengkaji telah menjalankan relung kedua kajian bagi menambahbaik kaedah
intervensi untuk meningkatkan kemahiran mewarna responden.
Pada relung kedua kajian, pengkaji menjadikan keputusan ujian pasca relung pertama
sebagai keputusan ujian pra bagi relung kedua iaitu skor sebanyak 53%. Setelah
kaedah intervensi seterusnya dijalankan, pengkaji melaksanakan pemerhatian pasca
ke atas responden. Terdapat peningkatan yang lebih drastik telah ditunjukkan oleh
responden apabila mencapai skor 87%. Jadi, perbezaan peratusan ujian pra dan
pasca sebanyak 34% bagi relung kedua adalah lebih jelas dan drastik.
Pengkaji juga dapat melihat perbezaan ketara antara pencapaian responden hasil
daripada perbezaan skor ujian pasca set pertama dan kedua. Responden berjaya
mengumpul skor sebanyak 53% pada ujian pasca di set pertama dan 87% pada set
kedua. Ini menjadikan perbezaan skor sebanyak 34%.

92

PERBINCANGAN DAN CADANGAN


Setelah kaedah intervensi dijalankan ke atas responden, iaitu latihan koordinasi matatangan dengan Teknik Finblo sebagai cara untuk meningkatkan kemahiran mewarna
dalam kalangan murid prasekolah, pengkaji mendapati hasil kerja responden
bertambah baik dan kemas. Walaupun hampir keseluruhan murid di Prsekolah Pintar
mempunyai kemahiran mewarna baik mahupun sederhana tetapi di sini, pengkaji
hanya menekankan kemampuan dan kemahiran responden terhadap kajian yang
dijalankan oleh pengkaji.
Semasa dalam tempoh kajian dijalankan, pengkaji turut mendapati bahawa responden
juga dapat mengadaptasikan teknik lain bagi menggantikan Teknik Finblo dalam
keadaan tertentu seperti membuat sempadan menggunakan pembaris ataupun pensel
semasa mewarna lembaran kerja. Keadaan ini menunjukkan bahawa selain daripada
terbiasa menggunakan Teknik Finblo, responden juga mampu untuk mengubahsuai
teknik mewarna untuk disesuaikan mengikut keselesaan dan keadaan pada masa itu.
Tingkah laku responden telah mengesahkan teori yang dikemukakan oleh pendokong
teori Behavioris bahawa tingkah laku boleh dipelajari melalui pembelajaran. Hal ini
kerana, responden telah berjaya menyesuaikan diri dengan Teknik Finblo malah
mampu pula mengubah suai teknik ini mengikut keadaan di sekelilingnya.
Diharapkan pada masa hadapan, pengkaji-pengkaji seterusnya yang ingin mengkaji
mengenai kemahiran mewarna, akan melibatkan kesemua murid di dalam kelas
prasekolah. Hal ini kerana semasa pengkaji menjalankan kajian, murid-murid lain
selain daripada responden menunjukkan minat yang tinggi untuk belajar mewarna
dengan teknik yang betul. Sekiranya terdapat banyak kekangan, jadikan keseluruhan
kelas ibarat responden tetapi pengkaji boleh memfokuskan kajian kepada responden
pilihan sahaja.
Pada pendapat pengkaji, jika masa lebih panjang diperuntukkan dan tiada kekangan
lain sepanjang kajian dijalankan, pengkaji-pengkaji seterusnya yang berminat dengan
kajian ini boleh menyediakan pelbagai aktiviti berkaitan motor halus seperti menguli
doh, menguntai manik, menjahit kertas dan sebagainya.
Selain itu, sediakan kelengkapan kajian yang lebih lengkap, fleksibel dan lebih menarik
serta kaedah pelaksanaan yang lebih sistematik supaya kajian akan lebih tersusun dan
ketepatan kajian lebih tinggi.

SENARAI RUJUKAN

Cikgufazil. (2011)., Ton Warna. Seni Visual


Diakses pada 2 Oktober 2012 daripada
http://secretofart.blogspot.com/2011/01/ton-warna.html
D.L Gallahue. ,J.C Ozmun., J.D Goodway (2012), Understanding Motor
Development. New York. The Mc Graw Hill Companies Inc.
93

David Booth & Masayuki Hachiya (2004 ed) The Arts go to School. Canada.
Pembroke Publishers.
Debbie Gee (2010)., 7 Benefits of Coloring That You Can Bring to Your Kids Life.
Diakses pada 1 April 2012 daripada http://debbiegee.hubpages.com/hub/7Benefits-of-Coloring-That-You-Can-Bring-To-Your-Kids-Life
Diane Bott & Diane Provo,(1985)., Checklist of fine Motor Skills.Starting Blocks,
Diakses pada 2 Oktober 2012 daripada
http://www2.ohlone.edu/people/mmcdowell/ecs304/fmschecklist.pdf
Dominic Wyse (2007)., How To help Your Child To Read and Write., Essex.,
Pearson Education Limited
Eisner.E (2002) The Arts and the Creation of Mind.Yale. Yale University Press
Faiznur Fauzi (2009), Teori Permodelan Bandura (Sosial),
Diakses pada 23 September 2012 daripada
http://pelangirpetang89.blogspot.com/2009/07/teori-permodelan-bandurasosial.html
Halimah Abd Rahman & Kamriah Ibrahim (1993). Pengurusan dan Pengelolaan
Pusat Prasekolah. Kuala Lumpur. Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.
Haliza Hamzah, Joy N.Samuel, Rafidah Kastawi (2008). Perkembangan Kanakkanak untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun.
Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Hornby A.S (2000). Oxford Advanced Learners Dictionary. Oxford. Oxford
University Press
Jamila K.A Mohamad (2005) . Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa,
Pahang, PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Janice J. Beaty, Linda Pratt (2003), early Literacy in Childhood and
Kindergarten, New Jersey, Pearson Education. Inc

Khairuddin Mohammad (2011), Nota Literasi BM : Postur Badan


Diakses pada 23September 2012 daripada
http://literasibahasamelayu.blogspot.com/2011/04/bulan-april-yang-terlalusibuk.html
Mindy K. Buckner ( unknown ), Eye Hand Coordination. Therapy Streets for Kids
94

Diakses pada 2 Oktober 2012 daripada


http://www.therapystreetforkids.com/EyeHandCoord.html
Mohamad Aman, Kasim Abd. Majid (2003). Asuhan dan Pendidikan Awal Kanakkanak Tingkatan 4. Selangor: Aras Mega (M) Sdn. Bhd.
Mohd Iqmal Harlee & Malyanah Shamimi (unknown)., Teori-teori Pintar Cerdas,
Berbakat dan Kreatif., Diakses pada 5 Ogos 2012 daripada
http://fskpm.upsi.edu.my/pintarcerdas/images/assignment/Group/iqmalmimi/teori
_teori_pintar_cerdas.pdf
Noresah Baharom et.all (2005). Kamus Dewan (edisi 4) . Kuala Lumpur. Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Occupational Therapy .(2002)., Fine Motor Development Development 0 to 6 Years.
Diakses pada 1 April 2012 daripada
http://www.skillbuildersonline.com/SBA/PDF/Fine_Motor_Skill_Development_06_Years.pdf
Panitia Pendidikan Jasmani SKTDH2 (2010), Pembelajaran Kemahiran Motor,
Diakses pada 22 September 2012 daripada
http://panitiapjksktdh2.blogspot.com/2010/11/pembelajaran-kemahiranmotor.html
Rae Pica. (2008). Why Motor Skills Matter. Learning by Leaps and Bound .
Diakses pada 27 Mac 2012 daripada
http://journal.naeyc.org/btj/200807/pdf/BTJLearningLeapsBounds.pdf

Robert Schirrmacher (2002). Art and Creative development For young


Children.USA. Delmar, Thompson Learning Inc.
Singer, Robert.N. (1975). Motor Learning and Human Performance: An Application
To Physical Education Skills. 2nd Edition. MacMillan Publication Co.Inc.,New
York.
Wen (2011)., Kepentingan Pendidikan Jasmani.,
Diakses pada 4 Ogos 2012 daripada
http://wendegreeinmajorandminor.blogspot.com/2011/12/90-kepentinganpendidikan jasmani.html

95

PENGGUNAAN INSTRUCTIONS SOUND (IS)- STAR SCORE (SS)


DALAM MENGURANGKAN TINGKAH LAKU BERMASALAH KANAKKANAK PRASEKOLAH
Nur Husna Binti Raja Ariffin23 &Norasmah Binti Mohd Noor24
Insitut Pendidikan Guru
Kampus Dato Razali Ismail
ABSTRAK
Masalah tingkah laku merupakan masalah yang sering mengganggu sesi pengajaran
dan pembelajaran dalam kelas. Masalah ini lazimnya berpunca daripada murid-murid
yang tidak mengikuti arahan yang diberikan oleh guru. Rentetan daripada itu, kajian ini
dilaksanakan bertujuan untuk mengurangkan masalah tingkah laku yang dilakukan
oleh murid-murid prasekolah. Disamping itu, kajian ini juga melihat bagaimana kanakkanak mematuhi arahan yang diberikan oleh guru. Empat orang murid prasekolah
yang dipilih mempunyai masalah tingkah laku yang telah dikenal pasti. Data dikumpul
melalui instrumen borang pemerhatian, temubual, dan rekod anekdot. Dapatan kajian
menunjukkan peningkatan murid-murid dalam mematuhi arahan diberikan oleh
pengkaji. Data diperolehi daripada pemerhatian pra dan pasca. Secara
keseluruhannya, penggunaan Instructions Sound(IS) - Star Score (SS) yang
dilakukan telah berjaya mengurangkan tingkah laku kanak-kanak prasekolah dan
meningkatkan keinginan kanak-kanak tersebut untuk mematuhi arahan.
23
24

Pelajar PISMP Prasekolah Pendidikan Rendah


Pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan

96

Kata Kunci: Instructions Sound, Star Score, Tingkahlaku, Bermasalah.


PENGENALAN
Masalah tingkah laku merupakan satu masalah yang sering berlaku di sekolah.
Sehubungan dengan itu, berdasarkan pemerhatian pengkaji yang tertumpu kepada
kanak-kanak prasekolah, masalah ini wujud semasa pengkaji menjalani praktikum di
sekolah tersebut. Tingkah laku bermasalah ini memberikan impak kepada proses
pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru seterusnya masalah ini
menyebabkan objektif yang ditetapkan tidak dapat dicapai seperti mana yang telah
dirancang.
Tingkah laku manusia merupakan sesuatu yang boleh diukur, dinilai dan diperhatikan.
Menurut Lewis M.Beaker (2001), tingkah laku ialah sebarang perbuatan yang
dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Tingkah
laku yang ditunjukkan oleh kanak-kanak dipengaruhi oleh beberapa faktor luaran dan
juga dalaman. Faktor luaran yang dimaksudkan ialah persekitaran, rakan sebaya dan
keluarga. Tingkah laku yang ditunjukkan oleh orang disekeliling kanak-kanak
memberikan contoh yang diikuti oleh kanak-kanak terutama pada peringkat umur
empat hingga enam. Pada peringkat umur ini, kanak-kanak banyak mempelajari
sesuatu dari persekitaran mereka contohnya di rumah dan sekolah. Di rumah, sikap
ibu bapa dan keluarga menjadi ikutan mereka. Di sekolah pula, guru dan rakan-rakan
menjadi bahan ikutan mereka.
Faktor luaran ini tidak dapat di elakkan kecuali sekiranya kanak-kanak itu mampu
menyekat diri mereka dari meniru tingkah laku yang ditunjukkan atas sebab mereka
dapat berfikir tentang tingkah laku tersebut tidak baik untuk dicontohi. Kebenaran
tentang faktor luaran ini dapat dibuktikan melalui kajian yang di lakukan oleh Bandura.
Choon Lean Keow (2008), menyatakan bahawa Bandura telah melakukan kajian ke
atas murid prasekolah dengan memberi mereka menonton aksi yang dilakukan oleh
seorang murid yang menumbuk, memukul, menendang dan menjerit-jerit kepada
patung Bobo. Selepas kanak-kanak prasekolah menonton video tersebut, mereka
melakukan aksi yang sama seperti yang dilakukan oleh beberapa murid dalam video
sebelum itu. Pengkaji telah menganalisis masalah dengan melakukan refleksi
pengajaran dan pembelajaran lalu untuk memilih tajuk kajian tindakan yang akan
dikaji. Dalam kajian ini pengkaji mengkaji tentang masalah tingkah laku yang dilakukan
oleh kanak-kanak prasekolah.
Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu
Semasa melakukan praktikum di Sekolah Kebangsaan Bari Pantai, Setiu, saya telah
mengenalpasti satu masalah yang ingin saya ketengahkan sebagai tajuk kajian
tindakan saya. Saya mendapati terdapat beberapa orang kanak-kanak yang tidak
mendengar dan mengikuti arahan yang saya berikan. Saya telah mengalami
mengawal tingkah laku mereka. Kanak-kanak prasekolah ini tidak mengikuti arahan
dan mempunyai masalah dalam tingkah laku. Semasa saya mengarahkan semua
kanak-kanak berkumpul dihadapan kelas, ada beberapa orang murid yang sahaja
97

menunjukkan protes dan tidak mengikuti arahan seperti yang disuruhkan seperti yang
saya arahkan. Saya cuba memanggil nama murid tersebut beberapa kali tetapi mereka
mengambil masa yang lama untuk mengikuti arahan saya. Hal ini membuatkan
kelancaran pengajaran saya terganggu dengan mengambil masa yang lama untuk
memastikan semua kanak-kanak berada dihadapan kelas iaitu ditempat morning
circle diadakan pada setiap pagi.
Fokus Kajian
Kajian ini dilaksanakan kepada semua kanak-kanak Prasekolah Bestari tetapi
difokuskan kepada lima orang kanak-kanak prasekolah yang mempunyai masalah
tingkah laku supaya dapat melancarkan poses pengajaran dan pembelajaran dalam
menerima arahan dari pada guru. Sistem ini bertujuan menarik minat kanak-kanak
untuk mematuhi arahan guru dan mengikut arahan yang diberikan oleh guru serta
mengurangkan masalah tingkah laku yang dilakukan. Pendekatan yang digunakan
menggunakan elemen bunyi dari alatan tertentu untuk memberi arahan kepada kanakkanak. Jenis arahan yang digunakan adalah berbeza mengikut alatan yang digunakan.
METODOLOGI
Kumpulan sasaran yang dipilih dalam kajian kali ini ialah kanak-kanak Prasekolah
Bestari, Sekolah Kebangsaan Bari Pantai, Setiu. Empat orang kanak-kakank dipilih
sebagai responden daripada 18 orang kanak-kanak prasekolah tersebut. Kanak-kanak
ini dipilih kerana mengalami masalah tingkah laku yang mengganggu proses
pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh pengkaji.
Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan oleh pengkaji, kanak-kanak ini dipilih kerana
sering kali melakukan masalah tingkah laku. Masalah tingkah laku yang sering
dilakukan oleh mereka ialah mengganggu rakan, tidak mahu mengikuti pembelajaran
yang dilakukan oleh pengkaji, malas serta tidak mengikuti arahan guru.
Dalam kajian tindakan ini, pengkaji memungut data dengan menggunakan beberapa
kaedah seperti temubual, pemerhatian dan rekod anekdot. Instrumen yang digunakan
adalah borang pemerhatian tingkah laku.
Kajian ini dijalankan dengan menggunakan model yang dipelopori oleh Kurt Kewin.
Choong Lean Keow (2011) menerangkan Model Lewin menjelaskan bahawa
penyelidikan tindakan melibatkan beberapa gelungan atau kitaran di mana setiap satu
terdiri daripada fasa-fasa seperti merancang, bertindak dan mencari fakta hasil
tindakan yang diambil.

Mengenal pasti idea umum atau


permulaan

98
Merancang

Mencari fakta / Maklumat

Data-data yang diperoleh dari kajian dikumpul dan dianalisis untuk mendapatkan
keputusan kajian. Hasilnya dikaitkan dengan kajian-kajian lepas dan pengkaji
membuat menitian kepada keputusan yang diperolehi dan kesannya kepada
perubahan tingkah laku yang ditunjukkan oleh responden yang dipilih.
Sejauhmanakah
penggunaan
Instruction
Sound
dengan
menggunakan
Star Score berkesan digunakan untuk kanak-kanak
prasekolah?
Berdasarkan borang pemerhatian yang digunakan oleh pengkaji untuk memerhati
tingkah laku kanak-kanak, pengkaji dapat membuat perbandingan yang menunjukkan
keberkesanan dimana kanak-kanak menunjukkan perubahan dalam melakukan
tingkah laku bermasalah. Perubahan yang ditunjukkan ialah menurun. Graf dibawah
menunjukkan perubahan mengikut minggu yang di tunjukkan oleh keempat-empat
responden.
i.

99

M4

M3

D
C
B

M2

M1

10

Graf 1: Perubahan Tingkah Laku Bermasalah


Graf di atas menunjukkan perubahan yang ditunjukkan oleh keempat-empat
responden terhadap tingkah laku bermasalah. Tingkah laku di ukur menggunakan
borang pemerhatian tingkah laku yang telah disediakan oleh pengkaji. Analisis
daripada graf menunjukkan responden telah menunjukkan perubahan terhadap
tingkah laku bermasalah yang dilakukan sebelum ini. Perubahan yang dimaksudkan
ialah perubahan dalam bentuk penurunan jumlah tingkah laku bermasalah yang telah
dikenalpasti oleh pengkaji seperti tak siap kerja, menggangu rakan, membuat bising,
memukul rakan dan berlari-lari. Warna yang berbeza pada graf tersebut mewakili
responden yang terlibat dalam kajian. (Rujuk borang pemerhatian)

ii.

Apakah perubahan tingkah laku kanak-kanak prasekolah selepas


penggunaan Instructions Sound dengan menggunakan Star Score?

100

14
12
10
A

B
6

C
D

4
2
0
M1

M2

M3

M4

Graf 2: Perubahan kanak-kanak mematuhi Instructions


Sound.
Data-data yang diperoleh dianalisi oleh pengkaji untuk mengukur keberkesanan
kaedah IS dan SS yang dilaksanakan. Pengkaji telah mendapatkan bilangan
kekerapan kanak-kanak mematuhi IS yang ditandakan dalam borang IS tersebut.
Perubahan jumlahnya dari minggu ke minggu telah di terjemahkan dalam graf seperti
di atas. Graf menunjukkan meningkatan dari minggu pertama hingga minggu keempat
pemerhatian dilakukan.
Pemerhatian gambar dan rakaman video
Pengkaji akan menganalis data daripada gambar dan rakaman video yang berkaitan
dengan tingkah laku yang ditunjukkan oleh responden. Tingkah laku yang ditunjukkan
dapat membantu pengkaji membuat perkaitan terhadap tingkah laku bermasalah yang
ditunjukkan.

101

Respo

Pemerh

Pemerh

Perbe

Peratus

nden

atian

atian

zaan

an

Pra

Pasca

Peningk
atan

14

22

36%

17

25

36%

21

25

16%

19

23

16%

a.

102

Borang Instruction Sound.


Berdasarkan borang pemerhatian terhadap borang IS yang dilakukan oleh pengkaji,
hasil daripada pemerhatain yang dilakukan menunjukkan bahawa, kesemua
responden mengalami peningkatan dalam perubahan mengikuti arahan IS. Hal ini,
disebabkan kanak-kanak dapat mengikuti.
Temu bual
Pengkaji banyak memfokuskan soalan tentang tingkah laku yang ditunjukkan oleh
responden, minat responden dan sikapnya. Selain itu, pengkaji ingin mengenalpasti
punca terjadinya tingkah laku ini yang mungkin ada melibatkan emosi atau latar
belakang responden tersebut. Pengkaji akan turut menemu bual guru prasekolah untuk
mengetahui apakah perubahan sikap yang ditunjukkan oleh responden.
Responden A
Hasil temubual dengan guru prasekolah, penggunaan Instructions Sound- Star Score
dapat memberikan perubahan tingkah laku kepada responden A.
Guru

: Kalau ikut apa yang Kak nampak, Iqa ni dah banyak dengar cakap akak
dah sejak IS-SS digunakan. Kalau dulu dia suka buat hal sendiri. Tapi
sekarang sejak Husna guna alat tu, dia lagi ikut peraturan.
Pengkaji
: Contohnya macam mana kak?
Guru
: Kalau dulu dia susah nak beratur kat depan tu. Tapi kak tengok lepas
Husna tiup hon tu, dia dah boleh beratur kat depan sebab takut nanti tak
dapat bintang. ( sambil gelak-gelak).
Responden A menunjukkan perubahan sikap dimana Responden boleh mengikut
arahan dan beratur dihadapan kelas.
Responden B
Pengkaji
Guru

: Ooo. Macam tu. Kalau Faris pula tunjuk perubahan macam mana?
: Faris ini kan dia buas sikit. Biasa la lelaki. Lepas guna alat tu, Faris dah
pandai beratur sebelum pergi ruang makan. Dah tak lari-lari lagi macam
sebelum ini. Dia pun lebih baik sekarang. Dah tak kacau kawan.

Responden B menunjukkan perubahan sikap dimana dia tidak lagi menganggu rakan
semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan.
Responden C dan Responden D
Pengkaji
Guru

: Khalis dengan Ain plak, mereka berdua ini agak malas sikit. Akak rasa
berkesan ke dengan alat yang saya gunakan itu?
: Em.Kalau dengan Khalis dengan Ain ini, yang IS tu kurang nampak
berkesan untuk mereka berdua. Tapi SS lebih nampak berkesan sebab
bila waktu mereka tak mahu menyiapkan kerja ataupun malas, Husna
103

cabut bintang atau tak beri bintang kat dia. Jadi, mereka berdua lebih
menunjukkan perubahan sikap kepada lebih rajin untuk dapat bintang
yang banyak.
Responden C dan D mengalami perubahan sikap dimana kedua-dua responden
menunjukkan sikap rajin untuk mendapatkan bintang.
PERBINCANGAN DAN CADANGAN
Kajian yang telah dilakukan ini telah mengenal pasti beberapa penambahbaikan yang
boleh dilakukan pada masa akan datang. Pada pendapat saya, kajian yang dilakukan
ini akan lebih berkesan seandainya tempoh kajian di panjangkan. Hal ini kerana, kajian
yang dilakukan akan menjadi lebih terperinci dengan penggunaan masa yang lama
untuk mengumpul data-data yang berkaitan.
Selain itu juga, masalah tingkah laku memerlukan modifikasi tingkah laku yang
mengambil masa. Modifikasi tingkah laku ini mampu dicapai seandainya tempoh masa
untuk pelaziman tingkah laku tersebut bersesuaian dengan maslah yang dihadapi.
Penambahbaikan yang boleh dilakukan terhadap kajian ini juga ialah pegkaji lain boleh
menggunakan pelbagai lagi alat yeng mengeluarkan bunyi untuk memberikan arahan
yang pelbagai. Pengkaji lain boleh menggunakan satu jenis alat yang boleh
mengeluarkan pelbagai bunyi untuk memberikan pelbagai arahan kepada kanak-kanak
prasekolah. Contoh alat yang boleh digunakan ialah bunyi-bunyian dari komputer.
Penggunaan Star Score (SS) yang digunakan oleh pengkaji juga boleh dibuat
penambahbaikan dengan memberikan token kepada kumpulan-kumpulan tertentu
dalam memperbaiki tingkah laku dalam sesebuah kumpulan ataupun kerjasama dalam
kumpulan tersebut.
SENARAI RUJUKAN
Choong Lean Keow (2008), Murid dan Alam Belajar. Kuala Lumpur:Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.
Di muat turun pada 11.3.2012 daripada http://ziezaiqal.blogspot.com/
Dimuat turun pada 20 Mac 2012 daripada
http://simahmamat.blogspot.com/2008/01/teori-pembelajaran
tingkahlaku.html
Dimuat turun pada 24 Mac 2012 daripada
http://www.scribd.com/doc/21216912/Pengurusan-Bilik-Darjah-Dan
Tingkah Laku
Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel (2008), Pengurusan Bilik Darjah dan
104

Tingkah Laku. Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd.


Kazdin, A.E. (2001). Behaviour modification ina applied setting (vol 6). USA:
Wadsworth/ Thomson Learning.
Lewis, M. B. (2002). Learning & Behavior: Biological, Psychological, and
Sociocultural Perspectives. USA: Prentice Hall.
Nani menon & Prof Madya Dr. Rohani Abdullah (2007), Panduan Kognitif Kanak
kanak Prasekolah. Kuala Lumpur: PTS Professional Sdn. Bhd.

Nurul Aina Zakaria (n.d), Mengurangkan Tingkah laku Negatif Murid Bermasalah
Emosi Dalam Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Dengan Menggunakan
Kaedah Token Ekonomi. Dimuat turun pada 20 Mac 2012 daripada
http://www.scribd.com/doc/39187079/Prosiding-Kajian-Penggunaan-TokenEkonomi-Nurul-Aina-Zakaria-PDF
Rohaty Mohd. Majzub dan Abu Bakar Nordin (1994), Pendidikan Prasekolah. Kuala
Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Tiwi Kamidin (2004), Pendekatan Sistem Mentor Dalam Pengurusan Tingkah laku
Bermasalah. Di muat turun pada 18 Mac 2012 daripada
http://www.ipbl.edu.my/BM/penyelidikan/jurnalpapers/Jurnal2004/tiwi2004
pdf
Wan Nor Adilah (2010), Mengurangkan Masa Kesediaan Belajar Kanak-kanak
Sebelum Slot Pengajaran dan Pembelajaran Menggunakan Kaedah Token
Ekonomi.Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka.
Zul (2009), Pendidikan Awal Kanak-kanak Islam. Dimuat turun pada 24 Mac 2012
daripada http://www.perapi.com/artikel/pendidikan-anak-anak/15-pendidikan
awal-kanak-kanak-islam.pdf

PENGAPLIKASIAN KAEDAH PENEGUHAN POSITIF YANG PELBAGAI


DAPAT MENGGALAKKAN PENGLIBATAN
MURID PRASEKOLAH SEMASA SESI
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Oleh:
Nurul Nafiqah Binti Rajulan25& Salim Bin Md Amin 268
25
26

Pelajar PISMP Prasekolah Pendidikan Rendah


Pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan

105

Institut Pendidikan Guru


Kampus Dato Razali Ismail.

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan agar dapat menggalakkan penglibatan murid prasekolah semasa
sesi pengajaran dan pembelajaran. Responden kajian terdiri daripada 4 orang murid
Prasekolah Nur Iman 1, Sekolah Kebangsaan Pagar Besi. Responden ini dipilih
berdasarkan kepada tingkah laku mereka yang pasif dan tidak bersemangat untuk
melibatkan diri semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini berasaskan
kepada teori behaviorisme yang telah dikemukakan oleh B.F. Skinner. Teori tersebut
menekankan bahawa setiap gerak balas terhasil daripada sesuatu rangsangan yang
diketahui. Kajian ini menggunakan analisis kualitatif yang dikumpul melalui kaedah
pemerhatian pra dan pemerhatian pasca, rekod anekdot dan temubual. Instrumen
yang digunakan ialah set borang pemerhatian berstruktur. Dapatan data yang
diperoleh dipersembahkan secara deskriptif menggunakan kaedah kekerapan dan
peratusan. Analisis pemerhatian telah membuktikan bahawa murid prasekolah
kelihatan lebih bersemangat dan seronok untuk melibatkan diri semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran, setelah guru mengaplikasikan peneguhan positif yang
pelbagai. Secara keseluruhan, hasil daripada kajian menunjukkan pengaplikasian
peneguhan positif yang pelbagai dapat menggalakkan penglibatan murid prasekolah
dengan peningkatan nilai kekerapan dan peratusan dalam pemerhatian pasca
berbanding pemerhatian pra. Diharapkan agar penyelidikan tindakan yang telah
dijalankan ini dapat memberi manfaat serta membantu golongan pendidik dalam
melahirkan insan-insan yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik, malahan
memiliki akhlak dan sahsiah yang terpuji.
Kata kunci : Pengaplikasian, Peneguhan Positif, Pelbagai, Penglibatan, Murid
Prasekolah
Pengenalan
Cabaran golongan pendidik pada masa kini sememangnya tidak dapat dinafikan lagi
dalam melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan
negara seperti yang telah digariskan dalam Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Guru
amat memainkan peranan penting dalam mengenal pasti dan memperkembangkan
potensi dalam diri kanak-kanak ke tahap yang optimum.
Berdasarkan teori pembelajaran sosial oleh Albert Bandura, pembelajaran bermaksud
perubahan tingkah laku hasil daripada celik akal, meniru orang lain, rangsangan dan
arahan. Oleh itu, pengkaji menyedari bahawa apabila sensori terlibat secara aktif,
maklumat sensori meresap dan disalurkan ke otak, maka berlakulah proses
106

pembelajaran. Kesan pembelajaran dapat dilihat apabila berlaku perubahan tingkah


laku yang terdapat pada diri seseorang.
Hal ini juga berkait rapat dengan konsep motivasi yang mempengaruhi tingkah laku
individu. Perlakuan yang menerima peneguhan positif, berkemungkinan besar
mengulang lagi perlakuan tersebut pada masa hadapan. Menurut Baharom dan Iliyas
(2009), beliau menyatakan bahawa individu lebih mudah terdorong mengulangi tingkah
laku itu sekiranya dia pernah menerima ganjaran dan bukannya hukuman. Menurut
Rashid (2007), motivasi adalah penggerak kepada kemahuan untuk berjaya atau
mencapai perkara yang diinginkan.
Oleh itu, guru seharusnya mengenal pasti langkah-langkah yang berkesan untuk
menarik minat murid-murid seterusnya dapat menggalakkan mereka bertindak proaktif
dan melibatkan diri secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran
terutamanya apabila guru menggunakan kaedah peneguhan positif sebagai
rangsangan motivasi.
Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu
Berdasarkan pemerhatian, masalah yang telah dikenal pasti adalah berkaitan dengan
kurangnya penglibatan beberapa orang murid semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Terdapat dua kategori murid iaitu murid pasif dan aktif. Murid aktif
adalah murid yang begitu proaktif dan gemar melibatkan diri semasa guru mengajar.
Namun begitu, murid pasif adalah murid yang bersikap sebaliknya iaitu tidak begitu
bersemangat dan aktif semasa sesi pembelajaran.
Selain itu, penelitian terhadap rekod peribadi murid serta hasil kerja mereka juga turut
dilaksanakan. Di samping itu, pengkaji juga kerap bertanya dengan guru dan
pembantu pengurusan murid di situ mengenai perkembangan setiap murid di
prasekolah tersebut. Hasil dapatan tersebut dapatlah pengkaji rumuskan bahawa
pelbagai faktor kemungkinan yang boleh menjadi penyebab kepada masalah ini iaitu
faktor kanak-kanak, persekitaran serta pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang
digunakan.
Selain itu, sebagai seorang guru pelatih yang masih banyak lagi kekurangan, pastinya
pendekatan yang pengkaji gunakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
kadangkala kurang berkesan. Menurut Sharani (2004), sistem pendidikan prasekolah
menekankan pembelajaran melalui keseronokan atau Fun Learning. Pelbagai kaedah
yang boleh digunakan bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan
seperti aktiviti bermain, hands on dan sebagainya.
Pengkaji juga tertarik dengan kaedah peneguhan positif bagi menarik minat murid
untuk melibatkan diri dalam aktiviti. Oleh itu, pengkaji memfokuskan kepada
pengaplikasian kaedah peneguhan positif yang pelbagai dapat menggalakkan
penglibatan murid dalam pembelajaran.
Fokus Kajian
107

Kajian ini berfokuskan kepada keberkesanan penggunaan kaedah peneguhan positif


yang pelbagai dalam kalangan kanak-kanak prasekolah dapat meningkatkan tahap
penglibatan mereka semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, melalui
pengaplikasian kaedah peneguhan positif diharapkan mampu untuk mendorong
mereka bertindak lebih proaktif dan tertarik untuk terus mengikuti proses pembelajaran
di sekolah.

METODOLOGI
Kajian ini telah dijalankan terhadap 4 orang murid prasekolah di Sekolah Kebangsaan
Pagar Besi, Kuala Terengganu yang dipilih berdasarkan kepada tingkah laku mereka
yang pasif dan kurang bersemangat semasa melibatkan diri dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran.
Dalam kajian ini, pengkaji mengumpul data dengan menggunakan beberapa kaedah
seperti pemerhatian pra dan pemerhatian pasca, temubual dan rekod anekdot.
Instrumen yang digunakan pula adalah set borang pemerhatian berstruktur dan rekod
anekdot.
Pengkaji menggunakan Model Kemmis dan McTaggart (1988). Terdapat empat
elemen utama dalam model ini iaitu mereflek, merancang, bertindak, dan memerhati.

108

1. MEREFLEK
- melihat kekuatan dan kelemahan P&P.
- mengenalpasti masalah yang sering
mengganggu kelancaran proses P&P.
* terdapat murid yang pasif dan kurang
bersemangat melakukan aktiviti.

4. MEMERHATI
- memerhati tingkah laku murid
selepas pelaksanaan kaedah
peneguhan positif yang
pelbagai.
-analisis data untuk buat
refleksi tindakan.

2. MERANCANG
- rancang tindakan yang perlu diambil
berdasarkan masalah.
- rancang tindakan intervensi iaitu
menggunakan kaedah peneguhan
positif yang pelbagai untuk
menggalakkan penglibatan murid
prasekolah semasa sesi pengajaran
dan pembelajaran.

3. MELAKSANA
- melaksanakan kaedah peneguhan
positif yang pelbagai seperti yang telah
dirancang.

Rajah 1 : Model lingkaran Kemmis dan McTaggart (1988)


DAPATAN KAJIAN
Analisis kajian yang dilakukan adalah bagi menjawab objektif kajian yang telah
disediakan oleh pengkaji. Oleh yang demikian, pengkaji menganalisis data yang
diperolehi berdasarkan objektif kajian yang telah ditetapkan.
Mengaplikasikan kaedah peneguhan positif yang pelbagai untuk membina
tingkah laku positif dan menggalakkan penglibatan semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran.
Berdasarkan pemerhatian yang telah dijalankan oleh pengkaji terhadap tingkah laku
murid prasekolah semasa sesi pengajaran dan pembelajaran, terdapat beberapa
masalah yang berkaitan dengan penglibatan murid prasekolah. Oleh itu, pengkaji
menjalankan intervensi dengan menggunakan kaedah peneguhan positif yang
pelbagai bagi menggalakkan penglibatan murid semasa menjalani aktiviti. Perubahan
tingkah laku murid dapat dilihat melalui borang pemerhatian senarai semak yang telah
disediakan oleh pengkaji.
109

JUMLAH KEKERAPAN

TINGKAH LAKU
RESPONDEN

PEMERHATIAN PRA

PEMERHATIAN PASCA

Bertanya

19

Angkat tangan

15

60

Proaktif

52

Bercerita

31

Beri Tumpuan

13

76

Jadual 1 : Jumlah kekerapan pemerhatian pra dan pemerhatian pasca

Berdasarkan keputusan pemerhatian senarai semak, pengkaji menganalisis data


menggunakan jumlah kekerapan pemerhatian pra dan jumlah pemerhatian pasca yang
ditunjukkan dalam bentuk rajah seperti di bawah.
80
70
60
50
40
30
20
10
0

JUMLAH
KEKERAPAN
PEMERHATIAN PRA
JUMLAH
KEKERAPAN
PEMERHATIAN
PASCA

Rajah 2 : Rajah jumlah kekerapan pemerhatian pra dan pemerhatian pasca


Membentuk rangsangan motivasi dalam diri kanak-kanak agar berminat dan
bersemangat untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti di kelas.
Tingkah laku yang menunjukkan penglibatan murid prasekolah dilihat berbeza
sebelum intervensi dijalankan dan selepas intervensi dijalankan. Pengkaji telah
menganalisis data berdasarkan pemerhatian pra dan pemerhatian pasca bagi setiap
responden untuk melihat perubahan tingkah laku yang ditunjukkan oleh mereka.
Perubahan tingkah laku mereka boleh dilihat melalui rajah-rajah di bawah.
20
15
10
5
0

PEMERHATIAN PRA
PEMERHATIAN
PASCA

110

Rajah 2 : Analisis Tingkah Laku Responden 1

20
15
10

PEMERHATIAN PRA

5
0

PEMERHATIAN
PASCA

Rajah 3 : Analisis Tingkah Laku Responden 2

25
20
15
10
5
0

PEMERHATIAN PRA
PEMERHATIAN
PASCA

Rajah 4 : Analisis Tingkah Laku Responden

25
20
15
10
5
0

PEMERHATIAN
PRA
PEMERHATIAN
PASCA

111

Rajah 6 : Analisis Tingkah Laku Responden 4

PERBINCANGAN DAN CADANGAN


Setelah selesai pelaksanaan kajian ini, hasil analisis data membuktikan bahawa
pengaplikasian kaedah peneguhan positif yang pelbagai dapat meningkatkan
penglibatan murid prasekolah semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Namun
begitu, pengkaji telah mengenal pasti bahawa terdapat beberapa penambahbaikan
yang boleh dilakukan jika pengkaji ingin menjalankan kajian yang sama pada masa
akan datang.
Antara cadangan penambahbaikan kajian adalah tempoh masa pelaksanaan kajian.
Pengkaji berpandangan bahawa peruntukan tempoh masa selama 4 minggu ini tidak
mencukupi untuk mendapatkan hasil yang lebih berkesan. Oleh itu, pengkaji
mencadangkan tempoh masa dipanjangkan kepada dua bulan agar dapat melihat
perbezaan antara bulan yang pertama dengan bulan yang kedua.
Selain itu, sepanjang kajian, pengkaji menyedari bahawa kajian mengaplikasikan
kaedah peneguhan positif yang dijalankan ini banyak tertumpu kepada motivasi
ekstrinsik iaitu motivasi yang terhasil daripada rangsangan luaran. Motivasi intrinsik
adalah lebih berkesan daripada motivasi ekstrinsik kerana diwujudkan secara semula
jadi daripada rangsangan dalaman. Motivasi ini terdiri daripada dorongan dan minat
individu bagi melakukan sesuatu aktiviti tanpa mengharap atau meminta ganjaran.
Selain itu, pengkaji juga telah mengenal pasti salah satu kekurangan dalam kajian
yang telah dijalankan iaitu tiada rakaman video sebagai bukti yang dapat menunjukkan
perubahan tingkah laku yang jelas. Pengkaji telah menggunakan rekod anekdot,
senarai semak pemerhatian dan temu bual. Namun begitu, rakaman video juga perlu
ada untuk melihat perbezaan secara visual antara pemerhatian pra dan pemerhatian
pasca.
SENARAI RUJUKAN
Abdul Ghani Abdullah dan Abd. Rahman Abd. Aziz. (2009). Mengurus Tingkah Laku
Pelajar. Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

112

Azizi Yahaya, Roslee Ahmad, Cathy Suhaila Abdullah dan Sharifuddin Ismail. (2006).
Punca dan Rawatan Kecelaruan Tingkah Laku. Kuala Lumpur : PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd.
Baharom Mohamad dan Iliyas Hashim. (2009). Bagaimana Memotivasi Pelajar : Teori,
Konsep dan Kepentingan. Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn.
Bhd.
Chua Yan Piaw. (2011). Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur : McGraw Hill Sdn.
Bhd.
Dewan Bahasa dan Pustaka. (2007). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jefridin Pilus (2001). Kesan Maklum Balas Guru Semasa Pengajaran Bahasa Arab Di
Dalam Bilik Darjah Terhadap Tingkah Laku Pelajar. Bangi : Fakulti Pengajian
Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
K. A. Razhiyah. (2006). Mengapa Kanak-kanak Sukar Belajar?. Kuala Lumpur : PTS
Profesional Publishing Sdn. Bhd.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2008). Buku Manual Kajian Tindakan. Putrajaya :
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Huraian Kurikulum
Kebangsaan. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.

Prasekolah

Khalim Zainal. (2009). Pendekatan Islam dalam Menangani Masalah Disiplin Tegar
dalam Kalangan Pelajar Sekolah : Satu Kajian Kes. Journal of Islamic and
Arabic Education 1 (2).
Dimuat turun pada 29 Mac 2012 daripada
http://journalarticle.ukm.my/766/1/6_0.pdf
Mohd Rashid Mohd Saad. (2007). Mengapa Rotan Tidak Berkesan?. Kuala Lumpur :
PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Mohd Sharani Ahmad. (2004). Mengurus Kanak-kanak yang Susah Belajar. Pahang :
PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Rosinah Edinin. Kandungan Kertas Cadangan Penyelidikan Tindakan.
Dimuat
turun
pada
16
Mac
2012
daripada
http://researchipbmm2008.blogspot.com/2011/01/kandungan-kertas-cadanganpenyelidikan.html
Rosinah Edinin. (2011). Penyelidikan Tindakan : Kaedah Dan Penulisan. Kuala
Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd.
Tengku Asmadi. (2009). Teknik Memotivasikan Anak Cara Positif. Kuala Lumpur : PTS
Millenia Sdn. Bhd.
113

114

MENINGKATKAN KOSA KATA BAHASA INGGERIS MUDAH


DALAM KALANGAN KANAK-KANAK PRASEKOLAH
DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH
GAMBAR BERKOMPUTER
Oleh :
R.Navindran a/l Ramanujan27 & Siti Aishah binti Mokhtar28
Institut Pendidikan Guru
Kampus Dato Razali Ismail
ABSTRAK

Kajian tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan kosa kata Bahasa Inggeris mudah
dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah
berdasarkan model Kurt Lewin (1946). Masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak
prasekolah ialah kelemahan mereka dalam penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris
mudah. Tinjauan awal telah dilaksanakan terlebih dahulu bagi mengenalpasti masalah
yang benar-benar dihadapi oleh kanak-kanak prasekolah. Atas kesedaran ini, pengkaji
menjalankan kajian ini dan berpendapat bahawa masalah ini dapat diatasi dan
dikuasai oleh kanak-kanak melalui pendekatan penggunaan bahan multimedia iaitu
Kaedah Gambar Berkomputer. Kajian ini dilaksanakan terhadap lima orang murid
prasekolah yang dipercayai mempunyai masalah dari segi menguasai kosa kata
Bahasa Inggeris dengan menggunakan bahan bergambar (Kaedah Gambar
Berkomputer) sebagai ransangan untuk membantu murid meningkatkan penguasaan
kosa kata. Instrumen yang digunakan untuk mengukur kajian ini antaranya
termasuklah senarai semak, borang soal selidik, dan pemerhatian. Dapatan data yang
dijalankan menunjukkan berlaku peningkatan dalam penguasaan kosa kata Bahasa
Inggeris mudah dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. Kesimpulannya, dapatan
kajian membuktikan bahawa kaedah pengajaran menggunakan bahan bergambar
(Kaedah Gambar Berkomputer) ini memberi keberkesanan untuk meningkatkan
penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris mudah dalam kalangan kanak-kanak
prasekolah.
Kata Kunci : Meningkatkan, Kaedah Gambar Berkomputer, Kosa Kata, Menguasai,
Multimedia

PENGENALAN
Bahasa Inggeris adalah salah satu daripada bahasa-bahasa antarabangsa yang
digunakan di seluruh dunia. Bahasa Inggeris juga digunakan dalam pelbagai bidang
seperti politik, ekonomi, sosial dan juga dalam pendidikan. Oleh yang demikian,
Bahasa Inggeris dijadikan sebagai bahasa komunikasi antarabangsa. Penggunaan
bahasa Inggeris jelas diperlukan oleh pelajar untuk menyampaikan fikiran dan
27
28

Pelajar PISMP Prasekolah Pendidikan Rendah


Pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan

115

berinteraksi dalam pelbagai situasi. Bahasa Inggeris adalah salah satu daripada
bahasa-bahasa asing yang harus dipelajari oleh pelajar-pelajar sekolah di Malaysia
sejak dari peringkat prasekolah sehingga ke peringkat universiti.
Bahasa Inggeris dianggap sebagai mata pelajaran yang sukar dikuasai oleh
pelajar-pelajar kita di Malaysia berbeza segi sistem struktur, sebutan dan kosa kata.
Pengajaran Bahasa Inggeris melibatkan empat kemahiran bahasa iaitu mendengar,
bertutur, membaca dan menulis. Dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris
terdapat empat aspek yang menyokongnya iaitu empat kemahiran bahasa seperti
tatabahasa, perbendaharaan kata, ejaan dan sebutan.
REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Selama tiga minggu pratikum pengkaji berada di sekolah ini, pengkaji mendapati penguasaan
kosa kata yang mudah dalam Bahasa Inggeris tidak memuaskan.. Jika dilihat daripada respon
yang diberikan oleh muridmurid kelas tersebut semasa pembelajaran dan pengajaran, pengkaji
mendapati murid-murid faham apa yang telah diajarkan kepada mereka kerana apabila disuruh
untuk menyelesaikan beberapa soalan dengan menggunakan lembaran kerja, mereka mampu
menjawab soalan-soalan tersebut dengan baik. Tambahan pula, ketika menjalankan aktiviti
kumpulan, mereka kelihatan seperti seakan-akan tidak mempunyai sebarang masalah untuk
melakukannya. Situasi ini telah membuatkan pengkaji berasa sangat berpuas hati tanpa
menyedari masalah yang wujud. Namun begitu ketika pengkaji cuba untuk melihat pencapaian
murid dalam menguasai kosa kata mudah dalam Bahasa Inggeris dengan cara bersoal jawab
dengan murid yang telah dijalankan pada pengajaran berikutnya, barulah pengkaji dapat
mengesan bahawa beberapa orang murid kelas ini lemah dalam perbendaharan kata Bahasa
Inggeris. Perkara ini telah membuatkan pengkaji terpanggil untuk membantu murid-murid
tersebut untuk menguasai kosa kata mudah dalam Bahasa Inggeris dengan menggunakan
kaedah yang lebih mudah difahami oleh murid-murid
FOKUS KAJIAN
Kaedah ini berfokuskan kepada kaedah penggunaan gambar berkomputer untuk
meningkatkan penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris mudah dalam kalangan kanakkanak prasekolah. Ia jurus kepada startegi penyelesaian masalah untuk pengkaji yang
menyeselaikan masalah penguasaan kosa kata kanak-kanak prasekolah. Masalah ini
perlu di tangani bagi memupuk meningkatkan minat belajar kanak-kanak dalam subjek
Bahasa Inggeris.
METODOLOGI
Kajian tindakan ini dijalankan kepada lima orang murid Prasekolah Al-Falah di Sekolah
Kebangsaan Maktab Perguruan Kuala Terengganu. Prasekolah ini mempunyai
seramai 25 orang murid. Kumpulan lima orang murid yang terlibat di dalam kajian ini
terdiri daripada tiga murid lelaki dan dua murid perempuan yang mempunyai tahap
kognitif yang berbeza. Murid-murid ini telah dipilih berdasarkan pemerhatian ke atas
hasil kerja lembaran kerja dan buku latihan murid. Kumpulan sasaran ini merupakan
116

kumpulan yang mengalami masalah dalam penguasaan kosa kata yang mudah dalam
Bahasa Inggeris.
Dalam kajian tindakan ini pengkaji menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpul
data antaranya ialah temubual, soal selidik, pemerhatian dan analisis dokumen
manakala instrumen yang digunakan ialah senarai semak temubual dan ujian pra dan
pasca
Bagi kajian ini pengkaji juga telah menggunakan model kajian yang telah disarankan
oleh Kurt Lewin (1946). Berdasarkan model ini terdapat empat langkah yang utama
iaitu rancang, tindakan, pemerhatian dan refleksi.

Rajah 1 Model Kajian Tindakan Kurt Lewin (1946)


Responden

Ujian Pra %

Ujian Pasca
%

R1

100

DAPATAN KAJIAN
Analisis data
Ujian Pra dan Ujian

berdasarkan
Pasca

Peratus pencapaian
responden
dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca digunakan untuk melihat peningkatan penguasaan
kosa kata Bahasa Inggeris setelah responden diajar menggunakan kaedah Gambar
Berkomputer.
Jadual 2 menunjukkan pencapaian responden menguasai kosa kata Bahasa Inggeris
dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca.

117

R2

80

R3

20

100

R4

60

R5

20

100

Purata

88

PERBANDINGAN UJIAN PRA DAN


UJIAN PASCA
100%

PERATUS

50%
0%
R1

R2

R3
RESPONDEN

R4

R5
Ujian Pra
Ujian Pasca

Jadual diatas menunjukkan peratus pencapaian responden semasa Ujian Pra dan
Ujian Pasca.
Semua responden menunjukkan peningkatan. Semasa Ujian Pra, terdapat tiga orang
responden yang tidak dapat menguasai kosa kata Bahasa Inggeris yang mudah iaitu
responden 1, 2 dan 4. Ketiga-tiga responden ini mendapat peratus yang paling rendah
iaitu sebanyak 0%. Responden yang mendapat peratus paling tinggi semasa Ujian Pra
ialah responden 3 dan 5. Kedua-dua responden ini telah mendapat peratus yang
paling tinggi iaitu sebanyak 20%. Semasa Ujian Pasca, responden yang mendapat
peratus paling rendah ialah responden 4 iaitu sebanyak 60% manakala responden 2
mendapat 80% dan responden 1 mendapat peratus yang paling tinggi iaitu sebanyak
118

100%. Semasa Ujian Pasca, didapati responden 3 dan 5 mendapat peratus yang
paling tinggi iaitu sebanyak 100%.
Bagi kategori murid yang tidak mencapai peratus rendah iaitu responden 1
menunjukkan peningkatan yang paling tinggi iaitu sebanyak 100% manakala
responden 2 menunjukkan peningkatan sebanyak 80% dan responden 4 menunjukkan
peningkatan paling minima iaitu sebanyak 60% sahaja manakala responden 3 dan 4
menunjukkan peningkatan sebanyak 80% setelah menggunakan kaedah Gambar
Berkomputer. Peratus purata dalam ujian pra ialah 8% dan purata markah untuk ujian
pasca adalah sebanyak 88%. Peningkatan markah purata sebanyak 80% telah dicapai
setelah menjalankan kaedah tersebut.
Analisis dokumen berdasarkan Ujian Pasca
Berdasarkan hasil jawapan, responden-responden dapat menjawab soalan yang telah
diberikan oleh pengkaji. Tujuan lembaran kerja ini adalah untuk mengukuhkan lagi
penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris yang mudah dalam kalangan murid dan juga
untuk melihat keberkesanan kaedah Gambar Berkomputer terhadap gambar-gambar
yang telah ditunjukkan yang mampu membantu kanak-kanak dalam penguasaan kosa
kata. Pengkaji telah menggunakan kaedah Gambar Berkomputer semasa Ujian Pasca
dan analisis mendapati tiada seorang responden yang tidak mampu menguasai kosa
kata. Kaedah Gambar Berkomputer telah membantu mengatasi masalah serta
memastikan murid-murid mengetahui tahap pencapaian mereka.

Analisis Borang Soal Selidik


Jadual 4 Jumlah responden yang berminat dengan kaedah Gambar Berkomputer

119

Bil
1

Perkara
Adakah responden mempunyai minat
yang tinggi semasa guru mengajar?
Adakah responden telah mengenali
gambar?
Adakah responden dapat menyebut
kosa kata berdasarkan gambar?
Adakah kaedah gambar berkomputer
menarik minat murid-murid untuk
belajar?
Kaedah Gambar Berkomputer mudah
difahami?

Ya

Peratu
s%

Tida
k

Peratu
s%

100

80

20

60

40

100

80

20

Analisis borang soal selidik dibuat untuk mengetahui apakah minat murid
terhadap kaedah Gambar Berkomputer. Daripada lima pernyataan yang memerlukan
jawapan ya atau tidak , analisis senarai semak ini dapat memberi gambaran persepsi
murid terhadap kaedah Gambar Berkomputer. Peratus responden memberi jawapan
ya bahawa kaedah Gambar Berkomputer menarik minat untuk belajar dan
mempunyai minat tinggi semasa guru mengajar menggunakan kaedah ini ialah 100%.
Bagi item 2 sebanyak 80% menjawab ya bagi mengenali gambar menggunakan
kaedah ini manakala bagi item nombor 3 sebanyak 60% yang mampu menyebut kosa
kata betul berdasarkan lima gambar yang ditunjukkan. Bagi pernyataan kaedah
Gambar Berkomputer lebih baik daripada kaedah biasa, 80% mengatakan ya dan
baki 20% mengatakan tidak. Berdasarkan respon dan minat yang tinggi responden
melalui kelima-lima pernyataan, dapat disimpulkan bahawa minat murid terhadap
kaedah Gambar Berkomputer adalah positif dan menunjukkan peningkatan dalam
mempelajari mata pelajaran Bahasa Inggeris
PERBINCANGAN DAN CADANGAN
Kaedah Gambar Berkomputer boleh digunakan dalam proses pembelajaran dan
pengajaran harian subjek Bahasa Inggeris di dalam kelas bagi membantu penguasaan
kosa kata. Dengan pengkajian dan penyelidikkan daripada tokoh Thornbury (2004)
dalam bukunya yang bertajuk How to teach Vocabulary, beliau mengatakan bahawa
pembangunan dalam pendekatan baru untuk mengajar kosa kata Bahasa Inggeris
lebih ditumpukan kepada pengajaran yang berpusatkan perkataan bagi meningkatkan
fokus kanak-kanak untuk mempelajari lebih banyak perkataan yang boleh digunakan
dalam kehidupan seharian mereka.
Beberapa cadangan penting yang boleh dijadikan panduan kepada pengkajipengkaji lain yang ingin membuat kajian tentang meningkatkan kemahiran kanak120

kanak prasekolah dalam menguasai kosa kata Bahasa Inggeris yang mudah dengan
menggunakan kaedah Gambar Berkomputer telah dikemukankan di sini. Daripada
kajian ini, dapat dilihat bahawa pengkaji hanya melibatkan jumlah responden yang
kecil iaitu seramai lima orang. Bagi pengkaji lain yang ingin melanjutkan kajian ini,
disarankan bahawa pengkaji dapat menjalankan kajian dengan melibatkan jumlah
murid yang lebih ramai bagi menghasilkan keputusan yang lebih tepat.
Kaedah Gambar Berkomputer ini dijalankan untuk kanak-kanak prasekolah
sahaja. Oleh itu, dicadangkan kajian ini dapat dijalankan dengan menggunakan muridmurid sekolah rendah iaitu tahap satu yang melibatkan tahun 1, tahun 2 dan tahun 3
supaya dapat membantu murid - murid dalam menguasai kosa kata Bahasa Inggeris
yang mudah yang dapat diaplikasikan semasa berkomunikasi. Tambahan lagi,
instrumen penilaian yang digunakan dalam kajian ini menggunakan tiga kaedah iaitu
analisis dokumen, temu bual dan hasil ujian pra-pasca.Adalah dicadangkan agar
pengkaji - pengkaji seterusnya dapat menjalankan instrumen soal selidik untuk
mengukuhkan lagi dapatan kajian ini dan juga dapat melihat sejauh mana kajian
tersebut memberi impak kepada murid-murid.
Kesimpulannya, pengkaji telah menggunakan kaedah ini bagi menjalankan sesi
rawatan untuk responden sebanyak tiga kali sepanjang tempoh kajian dan pengkaji
mencadangkan agar pengkaji-pengkaji seterusnya dapat menambahkan masa rawatan
supaya lebih kerap bagi melihat hasil yang lebih jelas dan lebih kukuh. Akhir sekali,
kaedah ini dapat membantu kanak-kanak prasekolah dalam penguasaan kosa kata
dan diharapkan pengkaji lain yang ingin menggunakan kaedah ini boleh meningkatkan
beberapa aspek-aspek lain yang penting bagi membantu kajian mereka serta
membantu responden.
SENARAI RUJUKAN
Alan Davies. (1977). Language and Learning in Early Childhood. London. Heinemann
Educational Book Ltd.
Andrew Wright. (2002). Picture for Language Learning. United Kingdom, University
Press Cambridge. Library of Congress Cataloguing Publiation Data.
Barrie Wade. (1982). Language Perspective.. London. Heinemann Educational Book

Joelle Brummit-Yale.(2008). Effective Strategies for Teaching Vocabulary. Journal


K12Reader.
http://www.EffectiveStartegiesforTeachingVocabulary/K12Reader.htm

Khuat Thi Thu Nga. (2003). The Effectiveness of Learning Vocabulary. Asian EFL
Journal.
Dicapai
pada
December
2003
daripada
http://www.asiandec03?sub.Vn.php.html
Macmillan Collier International, A Division Of Macmillan Company, The Key to the
121

English Vocabulary (London:The Macmillan Company , 1991).


Malachi Edwin Vethmani and Rajandaran Perumal. (2007). Teaching English In
Malaysia. Petaling Jaya. Sasbadi Sdn. Bhd.
Nation, I. S. .P. (1990). Teaching and learning vocabulary. Rowley, MA: Newbury
House
http://www.TeachingCollocationFurtherDevelopmentsintheLexicalApproach.htm
Robert Lado. (1955). "Patterns of difficulty in vocabulary". International Journal
Language Learning, 6, p.23-41. http://www.methavocabulary.html
Smith, T. B. (2008, March). Teaching vocabulary expeditiously: Three keys to
improving vocabulary instruction. English Journal, 97(4), 20-25.
Thornbury Scott. (2004) How to Teach Vocabulary. Essex: Pearson Education
Limited.
Tun Mahathir Muhamad. (1999). English as Medium of Instruction in Institutions of
Higher Education. The Sun, 11 September, 1999.
Visnja Pavicic. (2003). "Vocabulary and Autonomy". International Journal Language
Learning. http://www.journallanguage.html
Yunus Noor Azlina,.(1981). Preparing and Using English language Teaching. Kuala
Lumpur, Oxford University Press.
Zamri Mohamod. (2007). Psikolinguistik Dalam Pengajaran Dan Pemerolehan Bahasa
Pertama Dan Kedua. Selangor Darul Ehsan. Karisma Publication Sdn. Bhd.

10

PENGGUNAAN BUKU GARIS EMPAT DENGAN KAEDAH


LINE AND SPACE SECARA BIMBINGAN INDIVIDU BAGI
MENINGKATKAN KEKEMASAN TULISAN

29
30

Pelajar PISMP Prasekolah Pendidikan Rendah


Pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan

122

KANAK-KANAK PRASEKOLAH
Oleh:
Sharifah Binti Saad29 & Siti Hazlifah Binti Hilaluddin30

Institut Pendidikan Guru


Kampus Dato Razalai Ismail
ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bagi menilai penggunaan buku garis empat dengan menggunakan
kaedah line and space secara bimbingan individu bagi meningkatkan kekemasan
tulisan kanak-kanak prasekolah. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan tulisan
kanak-kanak sukar dibaca. Oleh itu, kajian telah dijalankan dengan menggunakan
kaedah line and space dalam buku garis empat bagi menilai peningkatan kekemasan
tulisan kanak-kanak berdasarkan faktor tersebut. Kajian ini dijalankan di sebuah
sekolah di Daerah Setiu. Seramai 5 orang responden telah dipilih bagi menjalankan
kajian ini iaitu 2 orang responden lelaki dan 3 orang responden perempuan.
Responden dipilih berdasarkan pemerhatian yang telah dijalankan . Kesemua
responden ini mempunyai masalah menulis tidak kemas. Data dianalisis dengan
menggunakan permerhatian pra dan pasca, analisis dokumen, senarai semak dan
rakaman video. Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa berlaku peningkatan
kekemasan tulisan apabila responden menggunakan buku garis empat dengan
kaedah line and space secara bimbingan dalam aktiviti menulis.
Kata kunci: buku garis empat, kaedah line and space, bimbingan guru
PENGENALAN
Menulis merupakan satu proses untuk menghasilkan bahan yang berbentuk idea,
pendapat, pengalaman, perasaan, maklumat dalam bentuk tulisan untuk berhubung
dengan orang lain atau dengan dirinya. Menulis juga merupakan proses penghasilan
simbol-simbol grafik yang disusun berdasarkan pertuturan yang membentuk ayat dan
seterusnya unit-unit yang lebih panjang, mengikut peraturan-peraturan tertentu dengan
menunjukkan wacana dan perlahiran idea yang jelas dan tersusun. (Zulkiply Yaakob,
2010)
Kemahiran menulis perlu dikuasai oleh kanak-kanak secara berperingkat mengikut
kesediaan dan keupayaan mereka. Kanak-kanak perlu bersedia dari segi kemahiran
motor halus, iaitu kemahiran mengawal otot-otot jari dan juga pergerakan jari. Kanakkanak yang bebas meneroka dan diajar berdikari lebih awal akan lebih cepat
memperolehi kemahiran manipulatif kerana mereka berpeluang menggunakan tangan
dan jari mereka untuk melakukan pelbagai aktiviti seperti makan, memakai pakaian
dan bermain. Ini akan mempercepatkan lagi kesediaan mereka untuk aktiviti menulis.
Oleh itu, peringkat awal kanak-kanak lagi perlu ditekankan kemahiran pratulis dan awal
123

tulisan. Kemahiran menulis adalah satu kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh
kanak-kanak bukan sahaja dalam pembelajaran bahasa tetapi juga untuk
matapelajaran yang lain. Faedah menulis kepada murid tidak terhad untuk jangka
masa pendek, bahkan berlanjutan sepanjang usia hidupnya.

Refleksi pengajaran dan pembelajaran Lalu


Pada kali ini saya telah berpraktikum di SK Merang. Pada praktikum kali ini saya
dikehendaki membuat satu kajian berdasarkan masalah murid-murid di sekolah
tersebut. Setelah saya mengajar mereka selama tiga minggu saya telah mengenalpasti
beberapa masalah pembelajaran murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran
dijalankan. Antara masalah yang saya hadapi ialah masalah kemahiran motor halus
kanak-kanak iaitu berkaitan dengan tulisan kanak-kanak prasekolah tersebut. Saya
dapati tulisan murid-murid di prasekolah SK Merang tidak kemas dan menyukarkan
saya untuk memahami tulisan mereka. Sebagai contoh huruf a ditulis seperti huruf u
manakala huruf h di tulis seperti huruf n. Masalah tulisan kanak-kanak jika tidak
diperbetulkan dari sekarang, masalah ini akan berterusan hingga mereka meningkat
dewasa. Hal ini akan memberikan masalah kepada murid itu sendiri dan guru lain
pada masa akan datang. Seperti pengajaran bahasa juga, penulisan adalah lebih
mudah dipelajari ketika murid masih kanak-kanak lagi, seperti pada umur empat tahun
setengah. Oleh itu, masalah tulisan kanak-kanak ini perlu diperbetulkan dari sekarang
dengan menggunakan kaedah-kaedah yang sesuai.
Masalah ini bukan sahaja berlaku pada murid-murid di SK Merang. Namun begitu,
masalah ini juga berlaku pada murid-murid di sekolah lain. Masalah tulisan kanakkanak yang tidak kemas dan sukar untuk dibaca juga berlaku di sekolah di mana saya
berpraktikum pada semester yang lepas iaitu di SK Tanjung Gelam. Sebelum ini
kesalahan yang kerap kali dilakukan oleh murid-murid prasekolah ialah menulis nama
mereka sendiri dengan mencampurkan huruf besar dengan huruf kecil. Sebagai
contoh AiMaN. Murid-murid seolah-olah tidak menghiraukan kesalahan yang
dilakukan. Selain itu, murid-murid juga sering memanggil guru jika mereka tidak dapat
menulis huruf yang diberikan. Mereka memerlukan bimbingan guru untuk menulis
huruf tersebut.
Selain itu, saya juga telah memerhatikan tulisan murid tahun 1, 2 dan 3. Masih ramai
lagi murid yang tidak dapat menulis dengan kemas. Hal ini berpunca daripada guru
yang tidak membetulkan cara menulis huruf sejak prasekolah lagi. Murid-murid akan
terus menulis dengan cara yang salah serta tidak kemas sehingga mereka meningkat
dewasa.Masalah ini tidak akan selesai jika guru tidak mengambil inisiatif yang
sewajarnya untuk memperbetulkan dan mencari jalan penyelesaian untuk menangani
masalah ini. Salah satu cara yang saya fikirkan sesuai untuk mengatasi masalah ini
ialah menggunakan buku garis empat bagi meningkatkan kekemasan tulisan kanakkanak prasekolah . Bimbingan secara individu sangat diperlukan oleh murid-murid
yang mempunyai masalah kemahiran menulis.
Fokus Kajian
124

Kajian yang akan dijalankan ini adalah berfokus kepada kemahiran menulis atau
writing skill. Kajian ini amat penting untuk murid-murid prasekolah kerana kemahiran ini
merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh semua murid. Tanpa kemahiran
menulis yang baik murid-murid tidak dapat mengembangkan aspek perkembangan
mereka. Menulis merupakan salah satu cabang untuk kanak-kanak meluahkan dan
memperkembangkan aspek kognitifnya. Jika murid-murid tidak dapat menulis dengan
baik maka ia akan membantutkan proses pengajaran dan pembelajaran apabila muridmurid ini berada pada tahun satu dan seterusnya berlarutan hingga mereka dewasa.
METODOLOGI
Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Merang, Setiu Terengganu. Lokasi
sekolah ini dikategorikan sebagai sekolah pinggir bandar. Responden yang dipilih
adalah terdiri daripada kanak-kanak prasekolah. Seramai 5 orang kanak-kanak
prasekolah yang terdiri daripada tiga orang perempuan dan dua lelaki ini adalah
kanak-kanak yang masih lemah dalam kemahiran menulis huruf dengan cara yang
betul dan kemas.
Dalam kajian ini, pengkaji telah memungut data dengan menggunakan beberapa
kaedah seperti pemerhatian, rakaman video dan analisis dokumen. Manakala
instrumen yang digunakan adalah seperti senarai semak.
Bagi kajian ini, pengkaji telah menggunakan model kajian yang telah disarankan oleh
Kemmis & McTaggart(1983). Berdasarkan model kajian ini, terdapat empat langkah
utama yang digunakan. Langkah pertama ialah mereflek,, kedua adalah merancang,
ketiga ialah bertindak dan langkah yang keempat ialah memerhati
DAPATAN KAJIAN
Buku Garis Empat Meningkatkan Kekemasan Tulisan Kanak-Kanak Dengan
Bimbingan Individu Dengan Menggunakan Kaedah Line And Space.
Jadual 1 dibawah menunjukkan skala pencapaian murid bagi kemahiran menulis yang
dijalankan dengan menggunakan buku garis empat secara bimbingan individu dengan
kaedah line and space. Terdapat 26 huruf iaitu huruf a-z yang dinilai oleh pengkaji
terhadap responden. Bagi murid yang dapat menulis huruf dengan kemas dan cara
yang betul sebanyak 21-26 pencapaiannya adalah cemerlang manakala 16-20 huruf
adalah baik, 11-15 adalah sederhana dan 0-10 adalah lemah.
Cemerlang
Baik
Sederhana
Lemah

21-26
16-20
11-15
1-10

Jadual 1: Gred pencapaian murid bagi kemahiran menulis


Ujian Pra telah dijalankan bagi mengenalpasti jumlah huruf yang ditulis dengan kemas
dan cara yang betul dalam buku garis empat dengan menggunakan kaedah line and
space secara bimbingan individu terhadap responden. Berdasarkan analisis jumlah
huruf yang ditulis dengan kemas dan cara yang betul semasa ujian pra ( rujuk jadual
125

2), didapati 3 orang responden masih lemah dari segi kekemasan tulisan dan 3 orang
responden dikategorikan sederhana dalam kekemasan tulisannya
Jadual 2: Analisis jumlah huruf yang ditulis dengan kemas dan cara yang betul semasa
ujian pra.

a
b
c
d
e
f
g
h
i
j
k
l
m
n
o
p
q
r
s
t
u
v
w
x
y
z
Jumlah

Responden
1
ya tidak
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/

Responden
2
ya tidak
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/

Responden
3
ya tidak
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/

Responden
4
ya tidak
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/

Responden
5
ya tidak
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/

/
/
/
/
/
/
20

/
/
/
/

11

/
/
/
/

/
/
15

/
/
/
/

/
/
13

13

/
/
/
/

/
/
10

16

/
/
8

18

Merujuk pada jadual 2, tiga orang responden yang didapati lemah dalam kekemasan
tulisannya adalah Responden 1,Responden 4 dan Responden 5. Responden 1 ini
didapati lemah kerana hanya 6 huruf daripada 26 huruf sahaja yang dapat ditulis
dengan kemas dan cara yang betul manakala responden 4 pula hanya boleh menulis
10 huruf daripada 26 huruf. Responden 5 pula hanya boleh menulis 8 daripada 26
huruf dengan kemas dan betul, seterusnya terdapat 2 orang responden yang
sederhana dalam kekemasan tulisan iaitu responden 2 dan responden 3 . Responden
2 hanya boleh menulis 11 huruf daripada 26 huruf, manakala responden 3 dapat
menulis 13 huruf.
Jadual 3: Analisis jumlah huruf yang ditulis dengan kemas dan cara yang betul
semasa ujian pasca
126

Huruf
a
b
c
d
e
f
g
h
i
j
k
l
m
n
o
p
q
r
s
t
u
v
w
x
y
z
Jumlah

Responden
1
ya
tidak
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
20
6

Responden
2
ya
tidak
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
21
5

Responden
3
ya
tidak
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
25
1

Responden
4
ya
tidak
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
21
5

Responden
5
ya
tidak
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
20
6

Setelah menjalankan ujian pasca didapati terdapat peningkatan kekemasan tulisan


responden. Jadual 3 diatas menunjukkan keputusan ujian pasca berdasarkan
bilangan huruf yang dapat ditulis oleh responden dengan kemas dan cara yang betul.
Berdasarkan skala pemarkahan yang telah dibuat dalam jadual 1 didapati 3 orang
murid adalah cemerlang dari segi kekemasan tulisan manakala 2 orang adalah baik.
Terdapat peningkatan berlaku dari segi kekemasan tulisan. responden yang cemerlang
tersebut ialah responden 2, responden 3 dan responden 4. Responden 2 dan
responden 4 dapat menulis 21 huruf daripada 26 huruf dengan kemas dan cara yang
betul, manakala responden 3 dapat menulis 25 huruf dengan kemas dan cara yang
betul. Seterusnya responden yang mendapat markah baik ialah responden 1 dan
responden 5. Responden 1 dan 5 masing-masing dapat menulis 20 huruf dengan
kemas dan cara yang betul daripada 26 huruf yang dinilai. Maklumat daripada jadual 2
dan jadual 3 dijelaskan dengan rajah 2 dibawah.

127

PERBANDINGAN UJIAN PRA DAN UJIAN PASCA


30
25
20
Ujian Pra
15

Ujian Pasca
Column1

10
5

0
Responden 1 Responden 2 Responden 3 Responden 4 Responden 5

Rajah 3: pencapaian markah ujian pra dan ujian pasca.


Penggunaan Buku Garis Empat Bagi Meningkatkan Kekemaan Tulisan KanakKanak Prasekolah Dengan Teknik Bimbingan Individu.
hasil bimbingan individu pengkaji terhadap responden dengan menggunakan buku
garis empat dengan kaedah line and space adalah ditunjukkan dalam jadual 4
dibawah:
Jadual 4: Gred Pencapaian Ujian Pra Dan Ujian Pasca
Nama
R1
R2
R3
R4
R5

Ujian Pra
6
11
13
10
8

Gred
Lemah
sederhana
sederhana
Lemah
lemah

Ujian Pasca
20
21
25
21
20

Gred
Baik
Cemerlang
Cemerlang
Cemerlang
Baik

Jadual 4 di atas menunjukkan Gred pencapaian responden menulis huruf


dengan kemas dan cara yang betul dalam ujian pra dan ujian pasca. Pengkaji melihat
bahawa pada peringkat ujian pra terdapat seorang responden yang lemah meningkat
kepada cemerlang , 2 orang responden yang lemah meningkat kepada baik dan 2
orang responden yang sederhana meningkat kepada cemerlang.
Jadual 5: Peningkatan kekemasan tulisan bagi setiap responden
Ujian Pra
Responden
Responden 1
Responden 2

6
11

Ujian Pasca

Peningkatan

20
21

14
10

Peratus Peningkatan (%)


54
38

128

Responden 3
Responden 4
Responden 5

13
10
8

25
21
20

12
11
12

46
42
46

Merujuk jadual 5 peningkatan kekemasan tulisan paling tinggi ialah Responden 1


dengan peratusan sebanyak 54%. Pada awalnya gred pencapaian Responden 1
adalah lemah. Apabila menjalani rawatan menggunakan kaedah line and space,
Responden 1 meningkat kepada baik. Peningkatan kedua tertinggi ialah Responden 3
dan Responden 5 dengan peratusan sebanyak 46%. Responden 4 pula meningkat
sebanyak 42 %. Manakala Responden 2 meningkat sebanyak 38%. Peningkatan
kekemasan tulisan ini tidak dipengaruhi oleh gred markah. Hal ini kerana kaedah ini
digunakan untuk menilai peningkatan kekemasan tulisan responden
Jenis Kesilapan Yang Biasa Dilakukan Oleh Kanak-Kanak Semasa Menulis.
Berdasarkan jadual 3, terdapat beberapa huruf yang murid sukar untuk menulis
dengan kemas dalam ruang yang betul. Huruf-huruf tersebut ialah huruf e, f, g, j, r, s, x,
y dan z. Jadual 6 dibawah menunjukkan bilangan responden yang sukar menulis huruf
tersebut.
Jadual 6: huruf yang sukar ditulis oleh responden dengan kemas
Huruf
e
Bilangan
3
Responden

f
4

g
4

j
2

r
1

s
3

x
1

y
3

z
1

Berdasarkan jadual 6, bilangan responden yang tidak dapat menulis huruf dengan
kemas paling tinggi ialah pada huruf f dan g iaitu seramai 4 orang daripada 5 orang
responden. Sterusnya ialah huruf e, s dan y seramai 3 orang responden daripada 5
orang responden yang tidak dapat menulis huruf dengan betul dan kemas. Manakala
2 orang responden tidak dapat menulis huruf j dengan betul dan kemas dan seramai 3
orang responden hanya seorang responden sahaja daripada 5 orang responden yang
tidak dapat menulis huruf r, x dan z dengan kemas dan betul. Berdasarkan kajian ini,
saya dapat simpulkan bahawa kebanyakkan huruf yang tidak dapat ditulis oleh
responden dengan kemas dan betul ialah huruf yang mempunyai ekor dan lengkok.
Antara huruf yang ada ekor adalah seperti huruf g, j, dan y. Manakala huruf yang
mempunyai lengkok ialah huruf e, f, r, s.
Antara beberapa kesilapan lain yang responden kerap lakukan semasa ujian dan
pelaksanaan kajian dijalankan ketika aktiviti menulis ialah:
1)
Murid menulis kedudukan huruf pada garis dan ruang yang tidak betul semasa
menulis

129

2)

Jarak antara huruf dan perkataan yang tidak selaras

SENARAI RUJUKAN
Azizah Lebai Nordin.(2002).Pendidikan Awal Kanak-kanak Teori Dan amali. Kuala
Lumpur: Penerbitn Universiti Malaya
Bahagian Pembangunan
Kebangsaan:
Pelajaran Malaysia

Kurikulum.

(2010).

Dokumen

Standard

Prasekolah
Kementerian

Habsah Ngah (2011). Penyelidikan pendidikan. Open University Malaysia


Mohd Nor Izwan Wan Sulaiman. (2009).Aktiviti Pemulihan Penulisan. Dimuat
turun
pada
10
Februari
2012
daripada
http://mohdnorizwansulaiman.blogspot.com/2009/05/50-pemulihan-tulisan.html
Noraini Ombi. (2009). Kajian Kes Ke Atas Kekemasan Tulisan Murid Tahun 2 Dalam
Kelas Pemulihan Khas Bahasa. Dimuat turun pada 17 Febuari 2012 daripada
http://www.ipbl.edu.my/bm/penyelidikan/seminarpapers/2009/23%20Noraini.pdf
Nor Hashimah dan Yahya Che Lah. (2007). Panduan Pendidikan Prasekolah: Pustaka
Deemand
Norizan Esa (2005). Penyelidikan Pendididkan. Open University Malaysia
Roselan Baki. (2003).Pengajaran dan Pembelajaran Penulisan Bahasa Melayu.
Selangor: Karisma Production Sdn. Bhd
Sarimah Mohamed. (2011). Penyelidikan Pendidikan. Fakulti Pendidikan Dan Bahasa:
Open University Malaysia

130

PENGGUNAAN SMART WRITING KIT DALAM MENINGKATKAN


KEMAHIRAN MENULIS DAN MENGENAL HURUF a-z DALAM
KALANGAN KANAK-KANAK PRASEKOLAH
Oleh :
Siti Aida binti Ab. Hana31 & Siti Hazlifah binti Hilaluddin32
Institut Pendidikan Guru
Kampus Dato Razali Ismail
ABSTRAK
Kajian ini merupakan satu kajian kuantitatif yang dijalankan di Sekolah Kebangsaan
Seri Nilam, Chabang Tiga, Kuala Terengganu. Kajian ini telah mengadaptasi dua teori
iaitu teori Montessori dan teori Chomsky. Responden kajian adalah terdiri daripada
empat orang murid yang terdiri daripada kanak-kanak Prasekolah Wawasan yang
berumur 4+ tahun dan 5+ tahun. Kajian ini adalah bertujuan untuk menyelesaikan
masalah tidak boleh menulis dalam kalangan kanak-kanak prasekolah menggunakan
Smart Writing Kit. Penekanan diberikan kepada penulisan huruf a-z tanpa
menitikberatkan kekemasan tulisan tetapi menekankan kepada responden boleh
menulis huruf tersebut sahaja. Dalam erti kata lain, simbol yang ditulis mampu
difahami dan dibezakan oleh orang lain adalah mencukupi bagi kajian ini. Di samping
itu, dengan penggunaan Smart Writing Kit ini juga telah membantu responden
mengenal huruf a-z secara tidak langsung. Analisis data dijalankan melalui beberapa
instrumen iaitu ujian pra, ujian pasca, pemerhatian dan analisis dokumen . Hasil
131

dapatan menunjukkan berlaku peningkatan responden dalam kemahiran menulis dan


mengenal huruf a-z. Kajian ini menunjukkan penggunaan Smart Writing Kit dapat
membantu meningkatkan kemahiran menulis dan mengenal huruf a-z dalam kalangan
kanak-kanak prasekolah.
(Kata kunci : Smart Writing Kit, kemahiran menulis , mengenal huruf )
PENGENALAN

Kemahiran berbahasa atau literasi merupakan satu kemahiran asas yang amat
penting dalam dunia pendidikan sejak dari dulu lagi. Kemahiran berbahasa penting
bagi individu kanak-kanak yang bakal melangkah masuk ke alam persekolahan
sebenar. Kemahiran berbahasa terbahagi kepada empat aspek kemahiran yang asas
iaitu kemahiran menulis, kemahiran membaca, kemahiran bertutur dan kemahiran
mendengar. Oleh yang demikian, keseimbangan dalam ke semua komponen
tersebut amatlah penting bagi mewujudkan satu pengabungjalinan positif yang mana
akan mendatangkan kesan yang menyeluruh kepada perkembangan kanak-kanak itu
sendiri. Menurut Silliman dan Wilkinson yang dinyatakan dalam Roselan Baki (2003),
pembentukkan dan perkembangan kemahiran literasi yang tinggi dalam kalangan
kanak-kanak akan lebih terjamin sekiranya kempat-empat kemahiran ini
digabungjalinkan dengan baik dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
11

Refleksi pengajaran dan pembelajaran Lalu

Sepanjang berpraktikum di Sekolah Kebangsaan Seri Nilam Kuala Terengganu, Apa


yang saya perhatikan ada segelintir kanak-kanak prasekolah di sekolah berkenaan
masih lagi tidak dapat menguasai kemahiran menulis serta tidak mampu untuk
menulis huruf mahu pun nombor langsung.
Jika diperhatikan melalui pemerhatian rawak, koordinasi tangan mereka terlalu
lemah.Tiga orang kanak-kanak Prasekolah Wawasan yang langsung tidak boleh
meniru perkataan yang dipamerkan guru dan seorang kanak-kanak prasekolah
tersebut boleh menulis huruf mudah sahaja. Kanak-kanak tersebut juga kurang
mengenal huruf a-z sedangkan mereka dapat menghafal lagu tersebut dengan baik.
Fokus Kajian
Kajian ini berfokuskan kepada penggunaan alat intervensi Smart Writing Kit dalam
meningkatkan kemahiran menulis dan mengenal huruf a-z dalam kalangan kanak-kanak
prasekolah yang mana menekankan tentang murid boleh menulis sahaja tanpa
menitikberatkan kekemasan dan cara penulisan yang betul.
METODOLOGI

31
32

Pelajar PISMP Prasekolah Pendidikan Rendah


Pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan

132

Kajian ini telah dijalankan ke atas kanak-kanak Prasekolah Wawasan, Sekolah Kebangsaan
Seri Nilam Kuala Terengganu. Namun, tumpuan diberikan kepada empat orang kanak-kanak
yang mempunyai masalah kemahiran menulis dan mengenal huruf a-z. Responden dipilih
berdasarkan lembaran kerja sebelum kajian dilaksanakan.
Dalam kajian tindakan ini, instrumen yang pengkaji gunakan adalah terdiri daripada ujian pra,
ujian pasca dan pemerhatian (senarai semak). Pengkaji telah menggunakan model kajian
Kemmis & McTaggart (1988) iaitu mereflek, merancang, bertindak dan memerhati. Teori
yang diaplikasikan adalah teori Montessori dan teori Chomsky.
Bagi menjawab persoalan (1), iaitu adakah penggunaan Smart Writing Kit
dapat
meningkatkan kemahiran menulis huruf a-z dalam kalangan kanak-kanak prasekolah,
pengkaji telah melakukan ujian pra dengan menggunakan lembaran kerja huruf a-z.
Responden dikehendaki menulis huruf a-z pada ruangan yang telah disediakan.
Kemudian responden akan didedahkan dengan penggunaan alat intervensi iaitu Smart
Writing Kit yang mana melibatkan tiga lembaran kerja pra penulisan, satu board tekapan
huruf a-z dan satu lembaran huruf a-z. Data kemudiannya dikumpul melalui ujian pasca
melalui lembaran ujian yang sama ketika ujian pra dijalankan. Analisis data menunjukkan
peningkatan seperti yang ditunjukkan pada jadual dan graf di bawah :

Jadual 1 : Skor markah ujian pra dan ujian pasca


kemahiran menulis huruf a-z.

Bil

Responden

Peratus

R1

Ujian pra
(a-z)
0/26

Peratus

0%

Ujian pasca
(a-z)
26/26

1
2

R2

2/26

7.7%

26/26

100%

R3

4/26

15.4%

26/26

100%

R4

14/26

53.8%

26/26

100%

100%

133

Peratus peningkatan kemahiran menulis huruf a-z


setelah menggunakan Smart Writing Kit

Peratusan peningkatan

100%
80%
Peratus peningkatan

60%
40%
20%
0%
R1

R2

R3

R4

Responden

Graf 1 : Peratus peningkatan kemahiran menulis huruf a-z setelah menggunakan


Smart Writing Kit
Bagi menjawab persoalan 2, adakah penggunaan Smart Writing Kit dapat membantu murid
mengenal huruf a-z dalam kalangan kanak-kanak prasekolah, pengkaji telah melakukan
ujian pra dengan menggunakan lembaran kerja huruf
a-z yang mana responden
dikehendaki menyebut huruf yang ditunjukkan oleh pengkaji secara rawak. Kemudian
responden akan didedahkan dengan penggunaan alat intervensi iaitu Smart Writing Kit yang
mana melibatkan tiga lembaran kerja pra penulisan, satu board tekapan huruf a-z dan satu
lembaran huruf a-z. Huruf yang dihasilkan daripada board tekapan akan ditanya oleh
pengkaji kepada responden, sekiranya jawapan yang diberikan tepat, pengkaji akan terus
mengisi borang senarai semak.
Di akhir rawatan, responden sekali lagi diberi ujian mengenal huruf menggunakan lembaran
huruf a-z dan sekali lagi data diambil. Analisis data menunjukkan peningkatan seperti yang
ditunjukkan pada jadual dan graf di bawah :

Jadual 3 : Skor markah ujian pra dan ujian pasca mengenal huruf a-z.

Bil

Responden

Peratus

R1

Ujian pra
(a-z)
8/26

1
2

Peratus

30.8%

Ujian pasca
(a-z)
20/26

R2

6/26

23.1%

16/26

61.5%

76.9%

134

R3

5/26

19.2%

10/26

38.5%

R4

11/26

42.3%

16/26

61.5%

Peratus Peningkatan Mengenal Huruf a-z

Peratusan peningkatan

50.00%
40.00%
30.00%
Peratus peningkatan
20.00%

10.00%
0.00%
R1

R2

R3

R4

Responden

Graf 2 : Graf peratus peningkatan mengenal huruf a-z setelah menggunakan Smart
Writing Kit
PERBINCANGAN DAN CADANGAN
Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan Smart Writing Kit ini dapat
meningkatkan kemahiran menulis dan mengenal huruf dalam kalangan kanak-kanak
prasekolah. Alat intervensi yang digunakan adalah bersifat menarik berunsurkan permainan
serta menekankan bimbingan secara individu telah menghasilkan satu dapatan kajian yang
positif.
Dapatan ini selari dengan dapatan kajian Dulhadi (2005), menyatakan perkembangan yang
positif akan terhasil sekiranya kanak-kanak diberikan bimbingan secara individu dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, bimbingan yang diberikan kepada kanakkanak secara individu akan memberikan fokus penyampaian yang lebih baik berbanding
bimbingan secara berkumpulan.
Selain itu, sesi pengajaran dan pembelajaran yang menarik serta bermakna telah berjaya
membantu responden dalam meningkatkan lagi kemahiran yang pengkaji tekankan. Menurut
pendapat Montessori dalam Mohamad Khairul, Siti Khadijah, Siti Hidayu et.al (2010),
seseorang kanak-kanak akan memperolehi suatu pembelajaran yang bermakna dan
menyeronokkan sekiranyanya sesi pengajaran dan pembelajaran mereka diterapkan dengan
unsur main.

135

Walaupun alat intervensi ini bukan suatu permainan secara keseluruhannya tetapi bahan alat
intervensi tersebut iaitu board tekapan Smart Writing Kit sendiri terdiri daripada bahan yang
berunsurkan permainan. Penggunaan board tekapan Smart Writing Kit yang diubahsuai
daripada bahan permainan kanak-kanak yang sangat menarik minat secara tidak langsung
telah membantu kanak-kanak dalam menulis dan mengenal huruf a-z.

Terdapat beberapa cadangan kajian yang boleh dilaksanakan bagi kajian akan
datang. Bagi kajian selanjutnya, dicadangkan kajian dilakukan pada beberapa buah
sekolah yang mana terdiri daripada sekolah luar bandar, pinggir bandar dan juga
sekolah di kawasan bandar dengan tujuan untuk mendapatkan maklum balas yang
lebih menyeluruh daripada murid yang mempunyai kepelbagaian latar belakang.
Kajian lanjutan dicadangkan supaya jumlah responden ditambah berkemungkinan
dalam kuantiti yang lebih besar berkemungkinan secara menyeluruh bagi sebuah
kelas prasekolah agar dapatan yang diperolehi lebih variasi.
Pengkaji pada masa akan datang boleh mewujudkan satu titik permulaan dan titik
pengakhiran tekapan dilakukan atau dalam kata mudah titik pergerakan mata pensil
yang mana akan membantu murid lebih mudah memahami serta membantu murid
menulis dengan lebih kemas serta dengan cara yang betul.
SENARAI RUJUKAN

Anon. (2011). Memperkasa Prasekolah. Harian Metro. Dicapai pada 1 Mac 2012
daripada
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=7650
:memperkasa-prasekolah&catid=36:mengenai-pendidikan
Anon. (2011). Apa Maksud Program Linus. Dicapai pada 4 September 2012 daripada
http://potallinus.ppdkualakangsar.edu.my/?p=1
Anon. (2010). Teori Kematangan Arnold Gessell, Robert Havighurst Dan G. Stanley
Hall.
Dicapai
pada
4
september
2012
daripada
http://teoriperkembangan.blogspot.com/2010/03/teori-kematangan-arnold-gessellrobert_26.html
Ashraf bin Yaacob. (2010). Meningkatkan Penguasaan Penggunaan Imbuhan Dalam
Penulisan Jawi Murid-Murid Tahun 4 Bestari Sk Kota Jembal. Dicapai pada 4
September 2012 daripada http://www.scribd.com/doc/36758984/4/refleksi-nilaipendidikan
Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. (2008). Buku Manual
Kajian Tindakan. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad.
Bahagian Pembangunan Kokurikulum.(2009). Dokumen Standard Prasekolah :
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Dulhadi Ismail .(2005). Membentuk Abjad/Huruf. Dicapai pada 25 Febuari 2012
136

daripada
http://www.ipbl.edu.my/bm/penyelidikan/seminarpapers/SemAR2005/18%20Dulhadi
%20Ismail%20SK%20selepong.pdf.
Griffen.(2010). Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu(Kemahiran Menulis). Dicapai
pada 25 febuari 2012 daripada http://dadwayne.blogspot.com/2010/03/pengajarankemahiran-bahasa-melayu_2982.html
Izyan Mardhiah. (2008). Kemahiran Menulis Murid Prasekolah. Dicapai pada 28
Febuari 2011 daripada http://www.slideshare.net/izyanmardhiahhalmi/kemahiranmenulis-murid-prasekolah-presentation
Kamus Dewan Edisi Ketiga.(2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Dwibahasa Oxford Fajar.(2004). Selangor Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Mohamad Khairul Azmi b. Shoeib, Siti Khatijah bt Kassim, Siti Hidayu bt Mohammad
et.al.(2010). Main dan kanak-kanak. Dicapai pada 5 mac 2012 daripada
http://www.scrib.com/doc/51290178/10/main-dan-kanak-kanak.
Mohammad Najib bin Mohamad Nawi.(2010). Mempertingkatkan Kemahiran Menulis
Huruf Jawi Menggunakan Buku Garis Enam Murid Tahun 2 Sk Pechah Rotan. IPG
Kampus Dato Razali Ismail, Kuala Terengganu, Malaysia
Mohd Nor Izwan.(2009). Amalan Pedagogi Pengajaran Perkembangan Bahasa Di
Kalangan Guru-Guru Permulaan Prasekolah. Dicapai pada 6 Mac daripada
http://mohamadnurizwansulaiman.blogspot.com/2009/05/amalan-pedagogipengajaran-perkembangan.html
Nurazean Md Isa.(2011). Peningkatan Minat dan Kemahiran Menulis Huruf B,D,P,Q.
IPG Kampus Dato Razali Ismail, Kuala Terengganu, Malaysia
Norasmah Md Noor .(2010). Penggunaan Buku Garis Empat Dalam Kalangan
Kanak-Kanak Tahap 1. Jilid V1 33-38.
Nor Ain, Norizan Dan Sarimah. (2005). Kemahiran Menulis Secra Mekanis Selepas
Setahun Berada Di Prasekolah. Dicapai pada 6 Mac 2012 daripada
http://mohdnorizwansulaiman.blogspot.com/2009/05mekanis.html
PISMP Pemuliharaan. (2009). Komunikasi, Bahasa Dan Pertuturan. Dicapai pada 6
Mac 2012 daripada http://www.scribd.com/doc/47985255/PKU-3102-full-loaded
Rohani Abdullah, Nani Menon dan Mohamad Sharani. (2003). Panduan Kokurikulum
Prasekolah . Pahang Darul Makmur: PTS Publication dan Distributor Sdn. Bhd.
Roselan Baki. (2003). Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Selangor Darul
Ehsan. Karisma Publication Sdn. Bhd.
137

Siti Hajar Abdul Aziz. (2009). Bahasa Melayu II . Selangor Darul Ehsan : Oxford Fajar
Sdn. Bhd.
Simah bt Mamat. (2008). Teori Pembelajaran Tingkah Laku( Behaviorisme) Dan
Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa
Melayu.
Dicapai
pada
4
September
2012
daripada
http://simahmamat.blogspot.com/2008/01/teori-pembelajarantingkahlaku.html

12

PENGGUNAAN MODEL JALAN RAYA BERNOMBOR (JRB)


TERHADAP KONSEP NILAI NOMBOR DALAM KALANGAN MURID
PRASEKOLAH
Oleh :
Siti Rohaya binti Sidi Ahmad33 & Abdul Halim bin Ismail34
Istitut Pendidikan Guru
Kampus Dato Razali Ismail
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan Jalan Raya Bernombor (JRB) dalam
meningkatkan penguasaan murid-murid terhadap konsep nilai nombor 1-10. Kajian
melibatkan dua orang responden terdiri daripada murid-murid Prasekolah Tunas
Wawasan. Sekolah Kebangsaan Telaga Papan, Setiu, Terengganu. Kajian dianalisis
secara kualitatif dan diskriptif dengan menggunakan beberapan instrumen kajian.
Tinjauan awal dilaksanakan ke atas murid-murid melalui pemerhatian dan analisis
lembaran kerja. Penggunaan JRB dijalankan secara tiga fasa iaitu mengira objek,
susunan nombor secara menaik dan menurun serta membuat perbandingan nilai
antara dua nombor yang mana lebih besar. Senarai semak digunakan untuk menilai
33
34

Pelajar PISMP Prasekolah Pendidikan Rendah


Pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan

138

tahap kefahaman murid-murid berkaitan dengan konsep nilai nombor. Data dikumpul
melalui ujian pra dan ujian pasca. Temubual dan pemerhatian dilakukan bagi
mengesan minat murid-murid sewaktu menggunakan JRB. Hasil dapatan
menunjukkan penggunaan JRB telah meningkatkan kefahaman murid-murid terhadap
konsep nilai nombor 1-10. JRB juga membantu meningkatkan minat murid-murid
terhadap pembelajaran subjek matematik di samping meningkatkan keupayaan muridmurid dalam menyelesaikan soalan berkaitan dengan konsep nilai nombor.
Kata kunci : konsep nilai nombor dan Jalan Raya bernombor (JRB).
PENGENALAN
Pada peringkat pembelajaran pendidikan prasekolah, murid-murid seharusnya telah
menguasai kemahiran membilang nombor, melakukan operasi tambah dan tolak,
mengecam nilai duit, menyatakan kedudukan objek, membuat binaan dari bongkah
dan lain-lain (Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, 2009).
Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Lalu
Walaupun sebahagian besar daripada murid-murid Prasekolah Tunas Wawasan telah
menguasai konsep nilai nombor 1-10, namun masih ada lagi murid-murid yang gagal
memahami konsep ini. Ini dapat dilihat oleh pengkaji ketika sesi menyelesaikan
tugasan lembaran kerja berkaitan dengan aktiviti nilai nombor, di mana ada di antara
murid yang tidak mengetahui nilai kepada nombor yang dinyatakan oleh guru.
Kesukaran mereka memahami konsep ini, menyebabkan mereka sentiasa bertanya
dan menimbulkan masalah disiplin di dalam kelas, sekaligus menyebabkan proses
pengajaran dan pembelajaran turut terganggu.
Kegagalan murid-murid menguasai konsep nilai nombor juga akan menyebabkan
mereka sukar mengikuti sesi pengajaran yang dijalankan oleh guru. Malahan masalah
ini juga akan mendorong kepada kegagalan mereka melepasi ujian saringan Literasi
dan Numerasi (LINUS). LINUS merupakan salah satu program yang dilaksanakan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), yang bertujuan untuk mengatasi masalah
penguasaan literasi dan numerasi. Ini sekaligus, menyebabkan mereka akan
ditempatkan di dalam kelas LINUS bagi mengikuti program yang telah dirancang.
Antara standard pembelajaran asas bagi numerasi ialah, keupayaan pra nombor,
mengenal angka, keupayaan membilang, keupayaan memahami nilai nombor,
keupayaan membuat seriasi, keupayaan mengenal mata wang Malaysia, keupayaan
menyatakan waktu dan item yang lain.
Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mencari alternatif bagi
mengatasi masalah kesukaran menguasai konsep nilai nombor 1-10. Masalah ini
haruslah diatasi dengan kadar segera agar murid-murid tidak terus tercicir, sekaligus
menyebabkan mereka akan membina tanggapan yang negatif terhadap subjek
matematik
Fokus Kajian
139

Fokus dan tumpuan utama pengkaji adalah untuk mengkaji sejauh mana
keberkesanan penggunaan Model Jalan Raya Bernombor (JRB) dalam meningkatkan
kefahaman konsep nilai nombor dalam kalangan murid-murid prasekolah. Beberapa
tinjauan masalah telah dilakukan oleh pengkaji bagi membantu pengkaji
menyempurnakan kajian ini.

METODOLOGI
Kajian ini dijalankan dengan mengunakan model yang dikemukakan oleh Kemmis dan
Mc Taggart (1988). Model ini menyarankan empat langkah kajian tindakan iaitu
merefleksi, merancang, bertindak dan memerhati.

Merefleksi

Merancang

Bertindak

Memerhati

Rajah 1 : Prosedur Tindakan


Kajian ini dilaksanakan dengan hanya melibatkan dua orang murid Prasekolah Tunas
Wawasan Sekolah Kebangsaan Telaga Papan. Murid-murid ini dipilih daripada ujian
berkaitan dengan konsep nilai nombor yang dijalankan di dalam kelas. Pengkaji akan
meminta murid menjawab soalan-soalan yang diberikan melalui lembaran kerja.
Melalui ujian ini, murid-murid yang didapati tidak dapat menjawab soalan dengan betul
akan dipilih sebagai responden.
Di dalam kajian tindakan ini, pengkaji telah menggunakan instrumen temu bual,
analisis dokumen iaitu lembaran kerja serta ujian iaitu ujian pra dan ujian pasca.
Penggunaan instrumen ini adalah bertujuan melihat perbezaan pencapaian murid
sebelum dan selepas menjalani sesi rawatan. Selain itu juga, maklumat yang
diperolehi juga digunakan bagi mengesan minat dan kecenderungan murid sewaktu
menggunakan JRB, dalam sesi pembelajaran melibatkan konsep nilai nombor 1-10.
Data yang diperolehi melalui instrumen di atas dianalisis secara kualitatif dan
kuantitatif dengan sokongan catatan secara lapangan.
DAPATAN KAJIAN
Data yang telah dikumpul, dianalisis dan diinterpretasi berdasarkan objektif dan
persoalan kajian.
Sejauhmanakah Penggunaan JRB Dapat Meningkatkan Kefahaman Konsep Nilai
Nombor Murid-Murid Prasekolah?
Pengkaji telah menjalankan soal selidik dengan menggunakan senarai semak untuk
mengenal pasti sejauh manakah kefahaman responden terhadap konsep nilai nombor
sebelum dan selepas penggunaan Jalan Raya Bernombor JRB. Di dalam senarai
140
Peratus

semak terdapat item-item bagi menerangkan tahap kefahaman responden. Pengkaji


menggunakan senarai semak tersebut dengan menyoal item-item yang terdapat di
dalamnya kepada responden.
120
100
80
60

sebelum

40

selepas

20

0
R1

R2

Rajah 2 : Analisis Kefahaman Berkaitan Konsep Nilai Nombor Sebelum Dan


Selepas Menggunakan JRB.
Kesimpulannya, berdasarkan soal selidik yang dilakukan melalui senarai semak
menunjukkan bahawa kefahaman berkaitan konsep nilai nombor kedua-dua responden
adalah meningkat selepas menggunakan JRB. Peratus kefahaman berkaitan dengan
konsep nilai nombor sebelum penggunaan JRB bagi R1 ialah sebanyak 40% manakala
bagi R2 ialah 20%. Tetapi selepas menggunakan JRB peratus kefahaman kedua-dua
responden berkaitan dengan konsep nilai nombor adalah meningkat iaitu kedua-dua
responden mencapai 100%. Data ini menunjukkan bahawa JRB membantu R1 dan R2
dalam penguasaan konsep nilai nombor.
Adakah Penggunaan JRB
Pembelajaran Matematik?

Meningkatkan

Minat

Murid-Murid

Terhadap

Temu bual dilakukan secara berstruktur, dan dijalankan ke atas kedua-dua orang
responden yang berkenaan. Tujuan temu bual ini diadakan bagi mencungkil minat dan
kecenderungan murid-murid mengikuti sesi pembelajaran matematik terutamanya
yang berkaitan dengan konsep nilai nombor.
Respon
Guru
Responden 1
Responden 2
Guru
Responden 1
Responden 2
Cikgu ajar
Guru
mana?

: Awak suka tak belajar nombor?


: (menggelengkan kepala)
: Tak suka.
: Kenapa tak suka?
: Payoh (susah)
: Sebab kito tok panda (sebab kita tak pandai).
kita tak faham.
: Selalu cikgu bagi kerja awak buat macam
141

Responden 1
Responden 2

: Tiru saing (tiru kawan)


: Tanya saing, tanya cikgu.

Jadual 1 : Tarnskrip Temu Bual Awal Responden.


Berdasarkan jadual 1 kedua-dua responden menyatakan perasaan tidak berminat
mempelajari subjek matematik terutama berkaitan dengan nombor. Antara penyebab
yang mendorong R2 tidak berminat dengan subjek ini ialah kerana tidak dapat
mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Manakala R1
menganggap subjek ini sebagai subjek yang sukar. Selain itu, faktor rakan dan guru
turut mendorong murid-murid tidak menguasai subjek dengan baik. R1 menyatakan
bahawa dia akan meniru rakan ketika menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh
guru. Manakala R2 pula, meminta pertolongan dari rakan dan guru sekiranya tidak
berjaya menyelesaikan tugasan tersebut.
Respon
Guru
: Awak suka tak belajar nombor? Sebab apa?
Responden 1
: Suka. Sebab sekarang belajar tak payah.
Responden 2
: (Angguk kepala)sebab kita boleh guna mainan
cikgu.
Guru
: Awak suka tak guna jalan raya bernombor?
Responden 1
: Suka (menganggukkan kepala)
Responden 2
: Suka lah juga.
Guru
: Kenapa awak suka?
Responden 1
: Senang, lepas tu boleh main, main kereta.
Responden 2
: Kita suka warna-warni, cantik.
Cikgu
: Kalau cikgu bagi kerja lagi, awak boleh buat tak?
Responden 1
: Boleh kalu guna mainan ni (sambil tunjuk ke
arah JRB)
Responden2
: Boleh cikgu
Jadual 2 : Transkrip Temu Bual Akhir Responden
Berdasarkan jadual 2 kedua-dua responden menyatakan perasaan minat terhadap
pelajaran berkaitan dengan nombor. Minat responden dapat dilihat apabila mereka
menyatakan kesukaan mereka menggunakan JRB, sewaktu mengikuti sesi pengajaran
dan pembelajaran. Selain itu, responden juga menganggap penggunaan JRB lebih
mudah untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan. Minat responden juga didorong
oleh faktor fizikal JRB yang berwarna-warni dan cantik.
Sejauhmanakah Pencapaian Kanak-Kanak Prasekolah Selepas Penggunaan JRB
?

142

Analisis Mengira Objek

Analisis Susunan Nombor 1-10 Secara


Menaik Dan Menurun

Peratus

Peratus

120

120

100

100

80

80
PRA

60

PRA

60

PASCA

40

PASCA

40

20

20

0
R1

R2

Rajah 3 : Analisis Data Mengira Bilangan Objek


Sebelum Dan Selepas Penggunaan JRB.

R1

R2

Rajah 4 : Analisis Data Susunan Nombor


Menaik dan Menurun Sebelum dan Selepas
Penggunaan JRB.

Analisis Perbandingan Nilai Nombor/ Yang Mana Lebih Besar


Peratus
90
80
70
60
50
40
30
20
10
0

pra
pasca

R1

R2

Rajah 8 : Analisis Perbandingan Nilai Antara Nombor Sebelum dan Selepas


Penggunaan JRB.

PERBINCANGAN DAN CADANGAN

143

Kefahaman Murid Berkaitan Dengan Konsep Nilai Nombor 1-10 Sebelum


Menjalani Sesi Rawatan.
Konsep hafalan murid-murid menyebabkan murid terkeliru dengan nilai-nilai sesuatu
nombor. Hal ini seterusnya akan menyebabkan murid tidak dapat membuat
perbandingan nilai antara nombor-nombor. Mereka tidak tahu nombor yang mana
mempunyai nilai yang lebih kecil atau nilai yang lebih besar. Keadaan ini juga akan
menyukarkan murid-murid untuk mengira nombor secara urutan menurun 10-1. Kerana
mereka hanya menghafal urutan nombor menaik 1-10 tanpa memahami nilai nombornombor tersebut. Hal ini bertepatan dengan pendapat Jean Piaget (1930) di dalam
Nani & Rohani (2004), kegagalan responden memahami konsep nilai nombor daripada
peringkat paling asas seperti membilang objek menyebabkan mereka tidak dapat
memahami peringkat pembelajaran yang lebih tinggi.
Peningkatan Minat Murid Dalam Pembelajaran Matematik.
Minat murid-murid juga dapat dilihat apabila berlakunya perubahan tingkah laku
sewaktu menjalani proses pengajaran dan pembelajaran tersebut. Antara perubahan
tingkah laku yang dapat dikenalpasti ialah keseronokkan murid-murid ketika beraktiviti,
penglibatan secara aktif dan riak air muka yang ditunjukkan. Apabila pengkaji
menyediakan alat bantu seperti JRB ia secara tidak langsung telah memenuhi
keinginan asas murid-murid. Seperti yang dinyatakan oleh Ling & Hasnah (2009),
antara aktiviti yang berkesan dan dapat memenuhi keinginan murid ialah berbentuk
permainan.
Peningkatan Pencapaian Murid-Murid Terhadap Konsep Nilai Nombor.
Melalui penggunaan JRB, tahap pencapaian berkaitan dengan konsep nilai nombor 110 telah dapat ditingkatkan. Melalui penggunaan JRB pengkaji telah banyak
melaksanakan aktiviti pembelajaran berkaitan dengan konsep nilai nombor dalam
bentuk permainan. Antara aktiviti pembelajaran tersebut ialah mengira bilangan objek,
membuat susunan nombor secara menaik dan menurun serta membandingkan nilai
antara nombor yang mana lebih kecil ataupun yang mana lebih besar. Melalui
penggunaan JRB, murid-murid dilihat lebih faham dan mudah menyelesaikan
lembaran kerja yang diberikan.
Cadangan
Pengkaji mencadangkan penggunaan JRB ini, tidak hanya tertumpu kepada mengira
bilangan objek, menyusun nombor secara menaik dan menurun serta membandingkan
nilai antara nombor. Penggunaan JRB boleh juga digunakan di dalam topik yang lain
seperti konsep tambah dan konsep tolak dengan mewujudkan permainan dam melalui
jalan raya yang dibina pada JRB tersebut untuk memudahkan pemahaman muridmurid.
Pengkaji juga mencadangkan bahawa penggunaan JRB dapat dipergunakan pada
peringkat yang lebih awal di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana
JRB yang besar amat sesuai digunakan di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
144

Penggunaan unsur warna dan bentuk objek yang menarik seperti objek yang berbetuk
3D supaya dapat menarik minat murid-murid untuk memberi tumpuan di dalam bilik
darjah.
Selain itu, pengkaji turut mencadangkan pembinaan buku latihan khas bagi
penggunaan JRB supaya bagi setiap sesi rawatan yang dijalankan, pengkaji dapat
menguji kefahaman dan pencapaian responden dengan lebih mudah serta teratur.
SENARAI RUJUKAN
Kementerian Pendidikan Malaysia (2009). Kurikulum
Kebangsaan. Bahagian Pembangunan Kurikulum
Malaysia.pendidikan guru. Jurnal bil. 4: 143-155.

Stabdard Prasekolah
Kemeterian Pelajaran

Ling Pik Kuang & Hasnah Toran (2009). Pelaksanaan aktiviti seni kreatif (ASK) dalam
pengajaran dan pembelajara. Kuala Lumpur, Kumpulan Budiaman Sdn. Bhd.
Rohani Abdullah e.t al. (2004): Panduan Kurikulum Prasekolah, PTS Publications &
Distributions Sdn.Bhd, Pahang Darul Makmur.

PENGGUNAAN FUN ASSESSMENT BOARD (FAB) DALAM


MENINGKATKAN TUMPULAN MURID PRASEKOLAH
SEMASA
SESI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
Oleh:
145

Siti Syazwani binti Kasim35 @ Hashim & Mohd Anuwi Bin Husain3613
Institut Pendidikan Guru
Kampus Dato Razali Ismail
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk melihat penggunaan Fun Assessment Board (FAB) dalam
meningkatkan tumpuan murid dan seterusnya mengurangkan tingkah laku distruptif
dengan mengaplikasikan Teori Modifikasi Tingkah Laku B.F Skinner. Kajian ini
dijalankan terhadap tiga orang responden yang terdiri daripada murid-murid
Prasekolah Bestari, Sekolah Kebangsaan Pulau Rusa, Kuala Terengganu. FAB telah
diaplikasikan di dalam kelas sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung. Token berbentuk angry bird diberikan sekiranya responden menunjukkan
tingkah laku positif dan penarikan token pula dilakukan sekiranya responden
menunjukkan tingkah laku distruptif. Data dikumpul dengan tiga cara iaitu melalui
kaedah pemerhatian, rekod anekdot dan temu bual. Kaedah temu bual digunakan
untuk mengesan minat murid-murid sepanjang penggunaan FAB di dalam bilik darjah.
Hasil dapatan menunjukkan penggunaan FAB telah berjaya meningkatkan tumpuan
murid dan secara langsung telah berjaya mengurangkan tingkah laku distruptif.
Kata kunci : Token Ekonomi, Tumpuan, Tingkah laku, Distruptif
PENGENALAN
Pendidikan prasekolah merupakan asas pendidikan kepada kanak-kanak yang
berumur lingkungan empat hingga enam tahun. Pendidikan prasekolah telah
diperkenalkan bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek
perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai
persediaan masuk ke sekolah rendah. Selain itu, pendidikan prasekolah juga bertujuan
untuk membina sahsiah dan perwatakan yang menarik untuk menjadi ahli keluarga
dan warganegara yang baik serta bermanafaat dan berfaedah berlandaskan Falsafah
Pendidikan Negara selaras dengan Rukun Negara.
Menurut Mukherji (2001) dalam Mahani Razali (2009), tingkah laku adalah apa sahaja
yang dilakukan dan diucapkan oleh seseorang dan boleh dilihat oleh orang lain.
Tingkah laku terbahagi kepada dua iaitu tingkah laku positif dan tingkah laku negatif.
Tingkah laku kanak-kanak prasekolah sering dipantau oleh guru prasekolah dan
Pembantu Pengurusan Murid (PPM) kerana apabila kanak-kanak berada di sekolah,
tugas guru bertukar sebagai pengganti ibu bapa yang perlu sentiasa berusaha untuk
membentuk tingkah laku yang sesuai dengan norma masyarakat.
Sekiranya tingkah laku murid dapat diurus dengan baik, maka tumpuan dapat
ditingkatkan dan sudah pasti mencapai matlamat yang diinginkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia. Pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan, bermakna dan
35
36

Pelajar PISMP Prasekolah Pendidikan Rendah


Pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan

146

berkesan dapat menyuburkan serta memantapkan potensi murid dalam semua aspek
perkembangan iaitu perkembangan mental, rohani, emosi dan jasmani sebagai
persediaan untuk mereka memasuki alam sekolah rendah.
Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu
Sepanjang dua minggu menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Pulau Rusa,
pelbagai masalah yang dapat dikesan. Masalah yang telah dikenalpasti oleh pengkaji
ialah berkaitan murid yang berumur 5 tahun yang kurang kesediaan untuk bersekolah.
Walau bagaimanapun, setelah hampir 5 minggu pengkaji berada bersama-sama
mereka, pengkaji dapat melihat perubahan sedikit demi sedikit pada diri iaitu mereka
seakan sudah dapat mendisiplinkan diri dan menerima budaya berada di persekitaran
sekolah.
Selain itu, masalah yang agak ketara juga ialah berkaitan kemahiran psikomotor murid
iaitu masih terdapat beberapa orang murid yang tidak dapat memegang pensel dengan
betul. Walaupun pengkaji telah menegur dan cuba membetulkan kepada cara
memegang yang betul, namun mereka tidak bertahan lama dan lebih memilih untuk
memegang dengan cara yang mereka selesa. Perkara yang menghairankan pengkaji
ialah dua orang murid yang memegang pensel dengan tidak betul itu ialah murid 6
tahun dan telah bersekolah ketika berumur 5 tahun. Kemungkinan yang paling besar
ialah mereka tidak dilatih daripada awal untuk memegang pensel dengan betul dan jika
telah dibetulkan sebelum ini, mereka sendiri yang tidak dapat membiasakan diri dan
merasa sukar untuk menyesuaikan dengan cara memegang pensel yang betul.
Masalah yang paling jelas dapat dikesan ialah berkaitan dengan tingkah laku
bermasalah yang negatif yang mana dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu
distruptif, distruktif dan kebergantungan. Permasalahan ini sering berlaku di manamana sekolah kerana pengalaman menjalani praktikum selama tiga kali, pengkaji
sering menjumpai masalah tingkah laku seperti ini dan yang membezakannya ialah
bagaimana cara guru untuk berhadapan dengan murid tersebut. Oleh sebab tingkah
laku negatif yang ditunjukkan sesetengah murid, maka tumpuan murid tersebut tidak
diberikan sepenuhnya kepada pengajaran yang disampaikan oleh guru.
Sekiranya murid tidak dapat memberikan tumpuan kepada sesi pengajaran yang
disampaikan oleh guru, pelbagai masalah lain pula yang akan timbul.Murid pasti tidak
dapat menyiapkan tugasan yang diberi tanpa bimbingan guru dan seterusnya
mengganggu murid lain yang telah siap tugasan terlebih dahulu. Pengkaji berpendapat
bahawa cara yang paling berkesan untuk mengubah tingkah laku ini ialah dengan
memberikan ganjaran kerana menurut Paul Dix (2007) dalam Nur Adyani Abdullah
(2011), manusia akan bermotivasi melalui penghargaan terhadap kerja yang dilakukan,
pujian dan ganjaran.
Fokus Kajian
Kajian ini berfokuskan kepada kaedah modifikasi tingkah laku iaitu pengkaji ingin
meningkatkan tumpuan responden semasa sesi pengajaran dan pembelajaran sedang
dijalankan. Pengkaji memilih untuk menggunakan bahan yang telah dibina sebagai
salah satu strategi untuk menyelesaikan masalah dalam kalangan murid yang telah
dipilih sebagai responden. Apabila tumpuan murid dapat ditingkatkan, masalah tingkah
147

laku distruptif yang berlaku dalam kalangan murid juga dapat dikurangkan dan
seterusnya sesi pengajaran dan pembelajaran akan berlangsung dengan baik dan
lancar.
METODOLOGI
Kumpulan sasaran yang telah dipilih sebagai responden bagi kajian ini ialah kanakkanak daripada Prasekolah Bestari, Sekolah Kebangsaan Pulau Rusa. Murid yang
telah dipilih sebagai responden untuk kajian ini ialah tiga orang murid lelaki dan dua
orang murid perempuan. Kelima-lima responden yang dipilih merupakan murid yang
mempunyai masalah tingkah laku yang paling ketara sehingga mengganggu proses
pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun, kajian hanya diteruskan dengan
tiga orang responden kerana dua orang responden mempunyai masalah kehadiran
dan menyebabkan data yang dikumpul tidak lengkap.
Pelbagai kaedah telah digunakan untuk memungut data bagi kajian tindakan iaitu
melalui pemerhatian dan temu bual manakal instrumen yang digunakan ialah rekod
anekdot dan borang pemerhatian.
Pengkaji telah menggunakan Model Stephen Kemmis & McTaggart (1988) sebagai
asas panduan dalam menjalankan kajian ini yang terdiri daripada empat langkah iaitu
mereflek, merancang, bertindak dan memerhati.
1. MEREFLEK (REFLECT)
-Pengkaji menilai kekuatan dan
kelemahan
pengajaran
dan
pembelajaran.
-Mengenalpasti masalah yang
ketara terjadi dalam bilik darjah
dan
menyebabkan
sesi
pengajaran dan
pembelajaran
terganggu.
4. MEMERHATI (OBSERVE)
- Membuat pemerhatian ke atas
responden untuk melihat kesan
penggunaan FAB.
- Mengumpul data dan
menganalisis
data untuk mengetahui hasil
dapatan kajian.

2. MERANCANG (PLAN)
- Pengkaji merancang tindakan
yang
sesuai untuk mengatasi
masalah
yang telah dikenalpasti
- Memikirkan kaedah yang
sesuai
iaitu dengan menyediakan
FAB
3. BERTINDAK (ACTION)
- Mengaplikasikan
sepenuhnya
penggunaan FAB semasa
sesi
pengajaran dan
pembelajaran

Rajah 1 : Prosedur Kajian Tindakan Mengikut Model Kajian Kemmis & McTaggart
(1988)
Bagi menjawab persoalan kajian yang pertama, pengkaji telah menganalisis borang
pemerhatian dan rekod anekdot yang telah digunakan sepanjang sesi pemerhatian
dijalankan. Hasil pemerhatian telah dipindahkan ke dalam bentuk rajah bagi
menunjukkan kadar peningkatan tumpuan murid.
148

i.

Adakah penggunaan Fun Assessment Board (FAB) dapat meningkatkan


tumpuan murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran?
10
8

P1

P2

P3

P4

0
Responden A Responden B Responden C

Rajah 2 : Jumlah peningkatan tumpuan responden


Berdasarkan rajah 2 di atas menunjukkan kadar peningkatan tahap tumpuan
responden semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Kesemua responden
menunjukkan peningkatan walaupun tidak terlalu tinggi seperti yang diharapkan oleh
pengkaji. Pada minggu pertama penggunaan FAB, kadar tumpuan responden adalah
sangat rendah iaitu hanyalah sebanyak satu kekerapan bagi responden A dan dua
kekerapan bagi responden B dan C. Seterusnya, pada pemerhatian minggu yang
kedua, terdapat peningkatan bagi responden B dan C namun kekerapan bagi
responden A adalah kekal sama seperti pemerhatian
yang pertama. Pada
pemerhatian bagi minggu yang ketiga, ketiga-tiga responden menunjukkan kadar
kekerapan yang lebih tinggi berbanding minggu yang sebelumnya kerana responden
telah menunjukkan tanda-tanda berminat untuk mendapatkan ganjaran dengan
menebus token angry bird yang telah dikumpul oleh mereka.
Hasil catatan anekdot pula menunjukkan responden B kelihatan berupaya
menumpukan perhatian terhadap pengajaran guru kerana FAB sangat memberi
motivasi kepada responden. Oleh sebab responden memberikan tumpuan yang baik
kepada pengajaran guru, responden turut mampu menjawab soalan yang diajukan dan
seterusnya hal ini secara tidak langsung mengurangkan tingkah laku distruptif di dalam
bilik darjah. Faktor rakan sekumpulan yang memberi dorongan juga memainkan
peranan penting kepada responden kerana responden akan berusaha untuk
mengekalkan tumpuan sebaiknya.
Bagi menjawab persoalan (ii), pengkaji telah menganalisis borang pemerhatian yang
telah digunakan.
ii. Sejauh manakah penggunaan Fun
mengurangkan tingkah laku distruptif?

Assessment

Board

(FAB)

dapat

149

30
25
20

P1

15

P2

10

P3

P4

0
Responden A Responden B Responden C

Rajah 3 : Jumlah pengurangan tingkah laku distruptif


Rajah 3 di atas menunjukkan kadar pengurangan tingkah laku distruptif bagi ketiga-tiga
orang responden. Ketiga-tiga responden menunjukkan pengurangan bagi tingkah laku
distruptif, namun kekerapan pengurangan bagi setiap responden adalah berbeza. Bagi
responden A, kadar pengurangan tingkah laku distruptif adalah sangat sedikit jika
diperhatikan daripada pemerhatian pertama sehingga berakhir pemerhatian keempat.
Beza pemerhatian pertama dan pemerhatian keempat hanyalah lima kekerapan dan ini
menunjukkan kadar pengurangan yang sangat tidak memuaskan namun masih boleh
ditingkatkan kekerapannya jika pemerhatian dilanjutkan sehingga tujuh atau lapan kali
pemerhatian.
Kadar pengurangan bagi responden B pula adalah lebih banyak kerana jika dilihat
pada kadar perbezaan pada pemerhatian satu dan empat adalah sebanyak 18
kekerapan. Faktor utama yang menyebabkan kadar pengurangan yang sebegitu tinggi
adalah responden sangat bermotivasi untuk tidak melakukan tingkah laku distruptif
setelah dipilih sebagai responden untuk kajian ini. Tambahan pula, responden amat
menunjukkan kesungguhan untuk mendapatkan hadiah daripada pengkaji. Bagi
responden C pula, kadar pengurangan adalah secara konsisten dan tidak terlalu ketara
kadar pengurangannya seperti responden B. Setiap kali pemerhatian terdapat
pengurangan kadar tingkah laku distruptif, namun ia merupakan kehendak dalaman
responden itu sendiri kerana pengurangan berlaku secara beransur-ansur dan
responden ini merupakan responden yang paling tenang dan lebih banyak mengikut
tindakan responden B kerana ingin bersaing mengumpul token lebih banyak.
Seterusnya, bagi menjawab persoalan (iii), pengkaji telah menggunakan hasil dapatan
termubual bersama responden dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) serta
instrumen rekod anekdot.
iii.

Adakah Fun Assessment Board (FAB) dapat menarik minat murid


prasekolah?
Respon
Pengkaji

Responden A :

Awak suka tak bila teacher guna


papan token tu?
Suke...
150

Responden B :

Kite suke..

Responden C :

Suke...

Pengkaji :
Responden A :

Bakpe awak suke?


(Senyum)

Responden B :

Ermm.. sebab dapat hadiah

Responden C :

Sebab angry bird comel

Jadual 1: Transkripsi temu bual responden


Berdasarkan jadual 1, ketiga-tiga responden menyatakan perasaan minat terhadap
FAB yang digunakan oleh pengkaji namun masing-masing dengan alasan yang
berbeza-beza. Apabila ditanya kepada responden A faktor yang menyebabkan dia
berminat kepada FAB, dia hanya tersenyum dan mungkin dia mempunyai alasan
tersendiri namun tidak dapat diterjemahkan dalam bentuk perkataan kepada pengkaji.
Bagi responden B pula, faktor yang mendorong dia berminat terhadap FAB ialah
kerana boleh mendapatkan hadiah sepanjang penggunaan FAB apabila dapat
mengumpul jumlah token yang tertentu yang telah ditetapkan oleh pengkaji.
Responden B sangat menginginkan hadiah dan faktor utamanya ialah responden
seorang yang berasal daripada keluarga yang susah dan amat sukar baginya untuk
mendapatkan sesuatu barang yang dihajatinya daripada keluarga.
Antara penyebab yang mendorong responden C berminat terhadap FAB ialah kerana
responden berminat dengan bentuk token yang digunakan iaitu angry bird. Responden
B tertarik kepada angry bird kerana angry bird sedang menjadi fenomena pada masa
sekarang dan kesemua peralatan seperti alat tulis dan barang keperluan juga
menggunakan gambar angry bird sebagai salah satu tarikan.

Pengkaji :

PPM :

Respon
Macam mane kak tengok respon
murid tiga orang tu bila saya guna
FAB?
Ok. Boleh naikkan semangat
budak-budak tu. Budak pun suke,
berlumba nok dapat token paling
banyak. Nok dapat hadiah kan.
Jadual 2 : Transkripsi temu bual PPM

Berdasarkan jadual 2, respon yang diterima daripada hasil temu bual bersama PPM
menunjukkan berdasarkan pemerhatian beliau, responden-responden amat berminat
dengan FAB. Antara bukti yang menunjukkan murid berminat ialah mereka sering
151

berlumba-lumba untuk mengumpul token lebih banyak bagi mengatasi sesama


mereka.
Hasil pemerhatian daripada rekod anekdot
Seterusnya, rekod anekdot juga digunakan untuk menjawab persoalan kajian yang
ketiga. Hasil daripada catatan rekod anekdot yang pertama, pengkaji telah dapat
mengenalpasti emosi murid yang sangat berminat dengan FAB. Walaupun belum
diberi penerangan oleh pengkaji tentang kegunaan FAB, kedua-dua responden B dan
C serta beberapa murid lain sangat bersungguh-sungguh ingin mengetahui
kegunaannya kerana tertarik dengan papan tersebut.
Hasil catatan rekod anekdot yang kedua pula, responden A menunjukkan minat yang
sangat mendalam terhadap FAB. Apabila dibuka peluang untuk membantu pengkaji
menggunakannya, responden beria-ia mengangkat tangan dan terus bertindak meluru
ke bahagian hadapan kelas walaupun tidak dipanggil oleh pengkaji. Walau
bagaimanapun, setelah diminta oleh pengkaji agar dia kembali ke tempat duduknya,
dia berbuat demikian namun masih mengangkat tangan dan menunjukkan dia tidak
berputus asa untuk menggunakan FAB tersebut.
Berdasarkan rekod anekdot yang ketiga, ini telah membuktikan bahawa ketiga-tiga
responden sangat meminati FAB kerana seringkali memerhatikan FAB dan token
angry bird apabila pengkaji tidak berada bersama mereka. Mereka sering kali bercakap
sesama mereka tentang prestasi masing-masing dan kadang kala mereka leka
memegang dan bermain dengan token angry bird.
PERBINCANGAN DAN CADANGAN
Tingkah laku responden boleh diurus kerana menurut Bayrei Asrin et. al (2008), jika
kanak-kanak hidup dengan galakan, mereka belajar menjadi lebih berkeyakinan.
Token berbentuk angry bird adalah sejenis galakan yang diberikan oleh pengkaji
kepada responden. Kajian ini telah membuktikan bahawa penggunaan FAB berjaya
meningkatkan tumpuan murid dan memberi keyakinan kepada responden kerana
kesan daripada peningkatan tumpuan, responden dapat menyiapkan tugasan serta
menjawab soalan yang diajukan oleh pengkaji semasa sesi P&P.
Menurut Nurul Aina Zakaria (2010), kaedah token ekonomi ternyata membuatkan
responden berusaha gigih untuk menunjukkan tingkah laku positif. Oleh itu, sudah
terdapat kajian yang membuktikan hasil penggunaan token ekonomi berjaya
membuatkan responden untuk menunjukkan tingkah laku positif. Hal ini dapat
mengukuhkan lagi dapatan yang telah diperolehi oleh pengkaji bahawa FAB yang
mengaplikasikan konsep penggunaan token ekonomi berupaya meningkatkan tingkah
laku positif dan jika dilihat dari skop kajian pengkaji ialah berfokus kepada tumpuan
murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Cadangan pertama ialah agar kajian ini ditambahbaik oleh pengkaji-pengkaji yang
seterusnya dengan memastikan responden yang telah ditetapkan pada peringkat awal
kajian dapat diteruskan sehingga mencapai keseluruhan objektif kajian tanpa
menggugurkan mana-mana responden yang berpunca daripada masalah yang kecil
152

namun memberi impak kepada pengkaji untuk meneruskan kajian seperti masalah
kehadiran sebagaimana yang telah dihadapi oleh pengkaji sendiri.
Pengkaji juga mencadangkan FAB diubahsuai supaya lebih fleksibel dan mudah
dibawa seperti boleh dilipat dan token yang digunakan juga adalah pelbagai dan tidak
semestinya menggunakan token berbentuk angry bird. Token yang berbeza boleh
digunakan dan setiap token mewakili nilai yang berbeza. Sekiranya teknik ini
digunakan, pengkaji juga dapat meningkatkan kadar perkembangan kognitif responden
secara tidak langsung.
Tempoh kajian juga boleh dilanjutkan bagi mendapatkan kadar tumpuan murid yang
lebih tinggi dan seterusnya menghapuskan sepenuhnya tingkah laku distruptif yang
merupakan faktor utama menjadi penghalang kepada pelaksanaan P&P yang
berkesan. Setelah pengkaji berpuas hati dengan dapatan kajian mereka, FAB yang
telah diaplikasikan di dalam kelas tidak perlu lagi digunakan kerana sudah tidak timbul
permasalahan dari segi tumpuan murid. Murid juga tidak lagi bergantung kepada
ganjaran yang disediakan namun mereka membuatnya dengan rela hati dan rasa
tanggungjawab terhadap diri mereka sendiri.

SENARAI RUJUKAN
Bayrei Asnin et.al. (2008). Pengurusan Tingkah Laku Kanak-kanak Prasekolah.
Dicapai pada 16 September 2012 daripada
http://www.scribd.com/doc/7416802/Pengurusan-Tingkah-Laku-Kanakkanak.
Mahani Razali. (2009). Memahami tingkah laku Bermasalah di Kalangan Kanak-kanak.
Dicapai pada 20 September 2012 daripada http://mahanicareandeducate.blogspot.com/2009/07/memahami-tingkahlaku-bermasalahdi.html.
Nur Adyani Abdullah (2011). Meningkatkan Amalan Kebersihan Persekitaran Dalam
Kalangan Murid Prasekolah SK Pulau Rusa, Kuala Terengganu Kesan Daripada
Penggunaan Kaedah Token Ekonomi. Dicapai pada 1 Mac 2012 daripada
http://ipgmkdri.edu.my/ibrahim/sampel3.pdf.
Nurul Aina Zakaria. (2010). Mengurangkan Tingkah Laku Negatif Murid Bermasalah
Emosi Dalam aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran dengan Menggunakan
Kaedah Token Ekonomi. Dicapai pada 2 Ogos 2012 daripada
http://www.scribd.com/doc/39187079/Prosiding-Kajian-Penggunaan-TokenEkonomi-Nurul-Aina-Zakaria-PDF

153

154

Anda mungkin juga menyukai