Anda di halaman 1dari 41

Berhubung kalo mo cerita full proses belajar Ziyad yang lain nanti malah gak

keposting-posting, atau malah nunggu postingan review HP android juga malah


gak jadi-jadi hehe, jadi posting sekilas tips ini aja. Yap, proses homeschoolingnya
Ziyad masih berjalan alhamdulillah, walaupun mungkin kelihatannya kemajuannya
tak sepesat anak lainnya, tapi aku tetap bersyukur masih bisa mendapatkan pahala
itu insyaAllahkarena mengajarkan lafal per lafal, huruf per huruf, dan tahap per
tahapan ke Ziyad.
Langsung saja, tak akan berpanjang-panjang.
Ziyad, mungkin seperti kebanyakan anak lainnya, atau mungkin tidak seperti
kebanyakan anak lainnya, sulit membedakan antara huruf b dan d. Kalau pas
satu huruf itu yang dipelajari sih lancar. Tapi kalo udah ketemu campurnanti dia
malah jadi takut salah karena memang hampir selalu salah. Kasihan, tapi ga boleh
menyerah dan gak usah takut, kata aku. Salah itu wajar, kan lagi belajar, yang
penting sabar.
Kemarin pas ke Toga Mas dan Progo, beli berbagai bahan pendukung yang aku gak
tau bakal mana duluan yang bisa dikerjain/terwujud.
Akhirnya, siang itu, tergoda dengan gliter timbul, aku ajak Ziyad main menghias
huruf yang aku bikin di kertas origami dan aku gunting kemudian kami tempel
bersama di lemari serba guna milik Ziyad. Cuma beberapa huruf yang aku buat. H,
d, b, Z, f (kalau Z requestnya dia sendiri). Sengaja bikin d dan b. Jangan
dibayangkan membuatnya dengan tenang, syahdu atau terfokus ya. Ada Thoriq di
sela kehiruk-pikukan itu hihi. Maunya sih semua huruf dibikin, tapi sekarang
bersyukur gak semua huruf dibikin. Kenapa? Terakhir aja ceritanya.
Tipsnya, setelah dibuat huruf b dan d dengan warna kertas origami yang
berbeda dan ditempel di lemari. Disela dengan rengekan Thoriq yang minta
perhatian dan minta ASIaku ajak Ziyad main tebak-tebakan mana yang huruf d
dan b. Ternyata masih terkagok-kagok dia menjawabnya.

Akhirnya, tring, kepikiran bikin bentuk bola dihias potongan kertas (oh jangan
dibayangkan bentuk bola sempurna juga ya :D). Kemudian aku tempel di depan
huruf b yang dibuat dari bahan kertas warna merah itu.
Jadilah bola itu juga sebagai huruf 0 dan bisa dibaca bo.
Setelah itu, melanjutkan aktifitas-aktifitas lainnya, kadang aku tanyain Ziyad lagi.
Mana huruf bee.?
Dia yang tadinya ragu-ragu, trus lihat yang ada tambahan gambar bolanya, jadinya
tau, bola b.
Esok harinya, waktu proses bacadia lebih lancar membaca tulisan ba.
Walaupun bukan berarti lancar baca tulisan da ya. Entah kenapa :D. Yang
penting sudah mulai tahu mana huruf b (semoga berlaku seterusnya).
Dan maafkan, tidak bisa memvisualisasikan ide/tips ini. Karena malam harinya,
hampir semua hasil karya kami, dengan sukarela dipretelin sama Thoriq yang
sepertinya masih memiliki waktu luang yang sangat banyak itu.

Read more http://cizkah.com/tips-mengajarkan-huruf-b-dan-d

Kadang-kadang anak-anak kecil kerap tertukar menulis huruf antara huruf


b dan d. Anak keliru dan sukar membezakan huruf b dan d. Begitu
yang berlaku pada anak saya.

Hasil Painting kakak. Namanya Mawaddah. Huruf d dan b tertukar da jadi mawabbah. hehe.

Maka dengan ini saya kenalkan teknik tangan ini. Sangat berkesan!
Bila
dia membaca pun dia buat gaya tangan ini untuk pastikan bunyi huruf
adalah betul ketika membaca tanpa kita bantu. Kaedah permulaan yang
baik agar anak tidak keliru antara dua huruf ini iaitu huruf b dan d.

Aktiviti semalam bersama anak-anak adalah memasak kek batik apabila


Mawaddah "request" untuk makan Kek Batik.
Sudah tentunya sebelum memulakan aktiviti dengan anak-anak , bahan-bahan
perlu dibeli dahulu. Suami pun pergilah membeli barangan yang diperlukan.
Bahan yang diperlukan adalah
biskut Merry 1 packet,

1 buku butter cup 225ml,

2 cawan milo atau pun holicks coklat


susu pekat 1 tin,

telur 2 biji

Mula-mula Mawaddah dan Marwan patah-patahkan biskut Merry. Kemudian


cairkan butter cup di atas kuali dengan kadar api yang kecil. Masukkan susu
pekat gaulkan sehingga sebati diikuti dengan milo dan telur. Selepas kesemua
bahan sebati masukkan biskut merry yang sudah di patah-patahkan tadi..
Resipi Original kek batik tiada telur. Menarik juga masukkan telur 2 biji sahaja ke
dalam resepi. Kesannya kek batik tidak keras sangat seperti biskut dan tidak
lembut sangat seperti yang biasa dijual di pasaran.
Kali ini sengaja mencuba menggunakan Horlicks coklat dan tidak mengunakan
Milo. Kesannya ,masa mengacau coklat di atas api sangat cepat sebati dan
sangat mudah likat dan cepat siap. Masukkan di peti ais bawah je. Tunggu 3 jam
dan sudah boleh dipotong.
Tips dari youtube kek batik versi mat saleh : Letakkan plastik di bekas loyang
untuk memudahkan kita mengeluarkan semua kek serentak di pinggan dan boleh
dipotong seperti kek biasa dan membasuh bekas pun senang. ^_^

Kajian Tindakan ~ JANGAN KELIRU

SATU KAEDAH UNTUK MEMBIMBING PELAJAR


TAHUN SATU 1 BERSIH SK PENDERAS
MEMBEZAKAN HURUF KECIL b DENGAN d
ROZAIDA BTE MAT KASSIM
Sekolah Kebangsaan Penderas, Kuala Krau
28050 Temerloh, Pahang
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk menentukan dan mengatasi
masalah yang dihadapi oleh pelajar Tahun 1 Bersih SK
Penderas dalam membezakan huruf kecil b dengan d.
Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian bertulis
dan lisan kepada pelajar semasa melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Hasil
tinjauan ini menunjukkan terdapat 9 orang pelajar masih
keliru untuk membezakan huruf kecil b dengan d. Guru
telah mengambil tindakan bagi meningkatkan kebolehan
pelajar untuk membezakan kedua-dua huruf kecil ini.
melalui program Jangan Keliru. Program ini mengambil
masa selama 2 minggu dan setiap sesi mengambil masa
5 hingga 10 minit sahaja. Keputusan ujian pos
menunjukkan peningkatan penguasaan murid dalam
membezakan kedua-dua huruf ini.
LATAR BELAKANG KAJIAN
Kemahiran membaca merupakan satu kemahiran bahasa
yang paling penting kerana melaluinya seseorang itu
boleh menerokai alam ilmu pengetahuan yang tidak dapat
ditempuhinya melalui pengalaman biasa yang lain.
Membaca adalah satu proses yang bukannya mudah

sebaliknya ia adalah gabungan beberapa proses yang


kompleks ( Raminah Hj Sabran, 1987 )
Hasil kajian mendapati pengamatan murid terhadap
bentuk-bentuk huruf mempunyai masalah. di mana
mereka keliru mengenali huruf-huruf yang hampir sama
bentuknya seperti huruf kecil b dan d. Perlu seseorang
guru itu untuk menyusun strategi yang lebih berkesan
untuk mengajar murid-murid membezakan huruf-huruf ini.
Huruf-huruf kecil lain yang hampir sama bentuknya seperti
n dan h, f dan t, y dan g juga sering mengelirukan kanakkanak . Kanak-kanak masyarakat orang asli di sekolah ini
juga menghadapi masalah tersebut. Tambahan pula
mereka kurang didedahkan dengan bentuk-bentuk huruf di
rumah. Kebanyakannya hanya dapat melihatnya di
sekolah sahaja.
PERNYATAAN MASALAH
Membaca menggabungkan beberapa kemahiran, iaitu
kemahiran pengamatan penglihatan yang diskriminatif
( untuk mengenal dan membezakan bentuk-bentuk
huruf),
kemahiran
mengingat,
mendengar
dan
membezakan bunyi-bunyi yang tepat dan jelas, menyebut
bunyi-bunyi yang dilambangkan oleh huruf-huruf,
menggabungkan penyebutan bunyi-bunyi itu untuk
membentuk perkataan dan kebolehan memindahkan
lambang-lambang yang dibaca itu kepada sistem saraf
otak untuk menterjemahkan dan memahami apa yang
dibaca Raminah Hj Sabran, 1987).
Kemahiran mengenal huruf dan membezakan huruf amat
penting untuk pelajar membezakan bunyi huruf
.Kelemahan pelajar membezakan huruf akan turut
mempengaruhi kebolehan membaca dan menulis .

Kemahiran mengenali huruf merupakan titik mula kepada


kemahiran membaca.
Di SK Penderas seramai 24 daripada 26 orang pelajar di
kelas ini telah mengikuti kelas pra sekolah atau tadika
tetapi saya dapati mereka masih belum menguasai
kemahiran membaca. Pelajar 1 Bersih seramai 25 orang
telah menjalani ujian KIA2M pada 7 April yang lalu.
Manakala seorang lagi ponteng tegar. Hasil ujian didapati
memang benar seramai 16 pelajar masih belum
menguasai kemahiran membaca. 6 orang daripada 16
pelajar tersebut masih tidak kenali huruf dan 10 orang
yang lain pula masih keliru untuk mengenal huruf.
Selebihnya iaitu 10 orang pelajar telah pun boleh
menyebut perkataan kv kv. Sejak 13 April 2009, muridmurid yang mengikuti kelas KIA2M telah menjalani
program Deras Baca Penderas .
Pada 22 April 2009, sewaktu saya menjalankan latihan
dalam menguji kebolehan murid mengenali huruf yang
dipelajari sebelum ini , saya dapati seramai 9 daripad 24
orang murid menghadapi masalah untuk membezakan
huruf kecil b dengan d.
Rajah 1 : Hasil kerja salah seorang pelajar sebelum
tindakan
Mungkin kerana pengalaman pertama mengajar tahun 1,
saya kurang peka bahawa akan wujudnya kekeliruan
antara kedua-dua huruf ini. Apabila saya melahirkan
masalah ini kepada rakan-rakan, maklum balas yang saya
terima antaranya :
Masalah ini perkara biasa, pelajar tahun 3 dan 4
pun ada yang masih keliru

Saya terpanggil untuk mengubah keadaan ini lebih awal.


Saya memikirkan bagaimana cara untuk saya mengajar
pelajar ini bagi membolehkan mereka mengatasi
kekeliruan itu. Pada pendapat saya, kita perlu memberi
pelajar satu pengalaman yang menarik untuk membentuk
ingatan yang kekal.
TUJUAN KAJIAN
Tujuan kajian ini adalah untuk memastikan 9 orang murid
yang bermasalah itu dapat meningkatkan kebolehan
pelajar membezakan huruf kecil b dengan d. Hasil kajian
ini juga diharapkan dapat memastikan penambahbaikan
amalan kendiri dalam pengajaran guru dan pembelajaran
murid.
SOALAN KAJIAN
Antara soalan berkaitan kajian ialah :
1) Adakah murid-murid boleh membezakan huruf b dan d
dengan lebih mudah?
2) Adakah kaedah kaedah pengajaran menarik minat
dan memudahkan pelajar mengatasi masalah ?
METODOLOGI KAJIAN
Penyelidikan ini mengaplikasikan modul penyelidikan
tindakan ( model Kemmis dan Taggart, 1992) seperti
gambarajah di bawah

Kumpulan Sasaran
Kajian ini melibatkan 9 orang pelajar Tahun 1B yang terdiri
daripada 8 lelaki dan 2 perempuan.
Instrumen Kajian
Data dikumpul dengan menggunakan 2 kaedah
i)
Ujian pra dan ujian
ii)
Pemerhatian
Analisa Kajian

1) Ujian pra dan ujian post dianalisis menggunakan


dengan membandingkan bilangan jawapan yang dijawab
dengan betul dan salah sebelum dan selepas pelajar
didedahkan kepada program .
2) Pemerhatian penglibatan murid dalam aktiviti
3) Hasil lembaran kerja murid
TINJAUAN AWAL
Tinjauan saya mulakan pada tarikh 27 April 2009 dengan
memberi lembaran kerja yang mengandungi huruf b dan
d. Saya mengarahkan pelajar mewarnakan huruf b
sahaja. Saya hanya hendak memastikan pengetahuan
sedia ada mereka.

Hasil kerja murid semasa tinjauan awal

Saya memberi latihan ini kepada semua pelajar kelas ini


untuk mengetahui berapa orang pelajar yang benarbenar keliru dengan kedua- dua huruf tersebut. Hasilnya
sememangnya 9 orang pelajar tersebut menghadapi
masalah itu. Didapati mereka telah mewarnakan keduadua huruf.

Pada hari berikutnya, saya menjalankan pemerhatian


terhadap penguasaan pelajar dengan cara meminta
mereka menunjukkan huruf kecil yang saya sebut dan
menyebut huruf kecil yang ditunjukkan secara rawak.
Saya memastikan soalan huruf b dan d itu saya tujukan
kepada pelajar-pelajar yang bermasalah di mana saya
telah membuat catatan nama mereka. Aktiviti ini saya
jalankan secara kelas.
Semasa pelajar lain membuat latihan , saya telah
memanggil 9 pelajar tadi untuk diuji secara individu.
Pencapaian mereka saya rekodkan
Menunjuk Huruf Kecil
Nama
B
Murid
a
b
c
d
e
f
Ahmad
1
/
X
/
/
/
/
Zulia
2 Azahari
/
X
/
X
/
/
3 Azizan
/
X
/
X
/
/
4 Hasni
/
X
/
/
/
/
5 Helmi
/
X
/
X
/
/
Kamaru
6
/
/
/
X
/
/
l
7 Zainurin
/
X
/
X
/
/
8 Suraya
/
X
/
X
/
/
Nur
9
/
/
/
X
/
/
Aliza
PERANCANGAN TINDAKAN
Berdasarkan tinjauan awal, didapati murid- murid perlu
didedahkan dengan perbezaan bentuk dan sebutan huruf
dengan lebih tersusun. Aktiviti-aktiviti dirancang dengan

mengaitkan persekitaran murid-murid juga boleh dijadikan


bahan untuk menjelaskan perbezaan huruf-huruf.
PELAKSANAAN TINDAKAN
Bagi meningkatkan kebolehan pelajar
mengatasi
kelemahan yang telah dikenalpasti, saya telah merangka
program yang dilaksanakan selama 2 minggu yang hanya
mengambil masa selama 5 hingga 10 minit sebelum
pengajaran sebagai set induksi. Aktiviti ini dilaksanakan
oleh semua murid. Saya mengambil langkah tersebut
supaya pelajar yang telah menguasai kemahiran dapat
membuat pengukuhan dan yang tidak menguasai pula
menerimanya
sebagai
pemulihan.
Saya
telah
menyediakan satu catatan pemerhatian untuk murid-murid
yang bermasalah
Langkah 1 ( 4 Mei 2009)
i) Murid dikenal semula dengan huruf b dan d
ii) Murid dibimbing menggunakan anggota badan mereka
sebagai lambang huruf b dan d. Tangan kanan
digunakan membuat pergerakan bentuk bulatan ke kanan
sambil menyebut b. Tangan kiri membuat gerakan bentuk
bulatan ke kiri sambil menyebut d. Langkah dilaksanakan
dengan mengikut gerakan guru yang membelakang
murid. Sambil menyanyi
Gerakkan tangan kanan , gerakkan tangan kiri
Buat bulatan b, buat bulatan d
Gerakan kaki kanan, gerakan kaki kiri
Buat bulatan b, buat bulatan d.
iii) Murid diberi penerangan bahawa b mempunyai tiang
dan bulatan ke kanan manakala d mempunyai tiang dan
bulatan ke kiri mereka.

iv) Guru melukiskan kaki dan menerangkan huruf b dan d


seperti lukisan orang berdiri.
4 : Contoh lukisan guru
Langkah 2 ( 5 Mei 2009 )
i) Murid dikehendaki angkat tangan kanan yang
dinamakan tangan b dan tangan kiri pula sebagai tangan
d.
ii) Murid dikehendaki meletakkan tangan b atau d ke
tempat yang disebut guru ~ Letakkan tangan b ke atas
hidung.
Langkah 3 ( 6 Mei 2009 )
i) Murid dikehendaki menyanyi lagu pada langkah 1 dan
dibekalkan dengan 1 huruf.
ii) Murid yang memegang huruf b atau d diminta berdiri
sambil menunjuk huruf.
iii) Murid yang memegang huruf b ke hadapan kelas dan
huruf d ke belakang kelas.
Langkah 4 ( 8 Mei 2009 )
i) Menyanyi gerakan diulang
ii) 12 orang murid dibekalkan dengan huruf b dan 12
orang murid dengan huruf d.
iii) Mereka dikehendaki berkumpul secara berpasangan b
dan d.
Langkah 5 ( 11 Mei 2009 )
i) Murid mengulangi nyanyian di langkah 1.
ii) Pelajar diminta mencari berapa huruf b atau d yang
dilekatkan pada papan tulis
Langkah 6 ( 12 Mei 2009 )
i) Murid diberikan lembaran kerja memadankan huruf
besar dan secara rawak ( lampiran 1 )

Langkah 7 ( 13 Mei 2009 )


i) Murid diberi lembaran kerja mencari dan membulatkan
huruf b ( lampiran 2 )
Langkah 8 ( 14 Mei 2009 )
i) Murid diberi lembaran kerja mencari dan membulatkan
huruf d ( lampiran 3 )
Sepanjang langkah-langkah ini dijalankan saya dapati, 9
pelajar tadi telah dapat membezakan huruf b dengan d.
Ketika membuat latihan di lembaran kerja, saya dapat
melihat mereka membuat gerakan tangan seperti dalam
nyanyi untuk mereka memastikan samada huruf itu b atau
d. Saya berharap aktiviti ini dapat memberi pengalaman
yang boleh diingati oleh pelajar.

Rajah 6 : Kad huruf yang digunakan semasa aktiviti


dijalankan
REFLEKSI
Sepanjang menjalankan program ini, saya menyedari
hakikat bahawa murid-murid berbeza daripada segi
keupayaan memahami bahan-bahan bertulis, keupayaan

mendengar dan bertutur. Jadi dalam menyampaikan isi


pelajaran, saya harus memikirkan keadaan ini agar
mereka dapat diberi perhatian yang berlainan dan sesuai
dengan kemampuan mereka.

Di dalam pengajaran menguasai kemahiran membaca,


tidak ada kaedah yang paling baik dan berkesan untuk
semua keadaan dalam semua aspek pengajaran. Saya
sedari perlunya untuk memilih kaedah yang sesuai
dengan kehendak dan keadaan murid-murid. Teknik
pengajaran amat mempengaruhi perkembangan muridmurid. Teknik yang menarik dapat menghidupkan
suasana pengajaran yang boleh memberi pengalaman
yang lama kekal dalam ingatan.
Saya berusaha menjalankan aktiviti mengenal b dan d itu
berulang supaya ianya menjadi ingatan kepada pelajar.
Tempoh masa menjalankan aktiviti itu tidak lama di mana
saya jadikannya sebagai set induksi kepada pengajaran
saya selama hampir 2 minggu ini tidak membosankan

pelajar. Malahan, saya dapat melihat perubahan ketara di


mana pelajar ini boleh memahami dengan cepat. Bahan
yang saya gunakan juga adalah bahan yang sedia ada
sebelum ini tanpa perlu membuat bahan bantu mengajar
tambahan.
Selain itu, saya dapati bahawa pemulihan yang perlu
saya jalankan kepada pelajar tidak memerlukan satu sesi
pengajaran tambahan. Hanya boleh diselit-selitkan dalam
langkah- langkah pengajaran yang saya rancangkan.
Dalam satu masa saya dapat menjalankan pemulihan dan
meneruskan pengajaran seperti biasa. Saya yakin
kaedah atau langkah- langkah penyelesaian masalah
saya ini lebih ringkas, mudah dan menarik.
CADANGAN UNTUK MENERUSKAN KAJIAN
Dapatan kajian dan kesan daripada program ini
menunjukkan perubahan kepada penguasaan kemahiran
pelajar membezakan kedua-dua huruf ini. Mereka sudah
menyebut dan menunjukkan huruf itu dengan lebih tepat.
Walaupun terdapat pelajar yang perlu berfikir sejenak
sambil membuat gerakan nyanyian terlebih dahulu untuk
memastikan sama ada huruf itu b atau d tetapi pada
pendapat saya mereka akan menguasainya lebih cepat
pada masa akan datang.
Pada pengajaran akan datang, saya perlu melaksanakan
langkah-langkah pengajaran ini semasa mula-mula
memperkenalkan huruf- huruf a hingga d. Semoga hasil
kajian dapat memberi manfaat kepada semua rakan-rakan
setugas.
BIBLIOGRAFI

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan,


Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). Manual Kajian
Tindakan. Kuala Lumpur : BPPDP, KPM.
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan
(2006). Kertas Kerja Seminar Penyelidikan Pendidikan
Kebangsaan ke-XIII 2006 . Kuala Lumpur : Kementerian
Pelajaran Malaysia
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan
( 1999). Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan
Kebangsaan
1999, Kuala
Lumpur :
Kementerian
Pelajaran Malaysia
Bahagian
Pendidikan
Guru
(2001). Garis Panduan
Penyelidikan Tindakan Maktab Perguruan Malaysia. Kuala
Lumpur : Kementerian Pelajaran Malaysia
Raminah Hj Sabran. ( 1987 ) . Kaedah Pengajaran Bahasa
Melayu. Kuala Lumpur. (t.p)
Sabariah bt Abu Bakar ( 2002 ). Jurnal Kajian Tindakan Tahun
2002. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia
Lampiran 1
Jadual Perbandingan Pencapaian Ujian Pra dan Ujian Pos
Ujian Pra Ujian Pos
B
Nama Murid
Bilangan Bilangan
Betul
Betul
1 Ahmad Zulia
11
25
2 Azahari
16
25
3 Azizan
13
25
4 Hasni
16
25
5 Helmi
14
25
6 Kamarul
16
25

7
8
9

Zainurin
Suraya
Nur Aliza

13
15
16

25
25
25

Lampiran 2
Hasil Lembaran 1 Murid Selepas Kajian

Lampiran 3

Hasil Lembaran 2 Murid Selepas Kajian

Bayangkan Anda sedang berada di Cina atau Arab. Bayangkan Anda berada di tempat
umum yang semua petunjuknya ditulis dengan tulisan Cina atau Arab. Apakah Anda
mengerti? Ataukah Anda bingung? Atau malah Anda beranggapan bahwa semua itu
hanyalah sebuah tulisan-tulisan keriting yang tidak ada maknanya?
Begitulah kira-kira keadaan anak yang menderita gangguan belajar spesifik disleksia.
Mereka terjebak dalam dunia yang penuh dengan tulisan-tulisan yang tidak dimengerti.
Istilah disleksia mengacu pada gangguan membaca yang dimiliki oleh seseorang,
seperti kesulitan membaca, memahami bacaan, kesulitan membedakan huruf yang
mirip seperti b, d, q, p, v, u, n, dan lainnya. Berbeda dengan slow learner, anak yang
didiagnosis disleksia harus memiliki IQ rata-rata atau di atas rata-rata.
Jika anak Anda dalam tahap belum bisa membedakan mana huruf-huruf yang mirip
seperti b dan d, maka cara pengajaran yang perlu dilakukan adalah mempelajari
hurufnya satu persatu. Misalnya fokuskan pengajaran kali ini pada huruf b. Tulislah
huruf b dalam ukuran yang besar kemudian mintalah anak untuk mengucapkan
sembari tangannya mengikuti alur huruf b atau membuat kode tertentu oleh tangan.
Latihlah dan perkuatlah terus menerus sampai ia bisa menguasainya, setelah itu
mulailah beranjak ke huruf d.
bedbed1
Terdapat dua cara untuk mengajarkan anak membaca kata-kata: melihat dan
mendengar kata tersebut satu persatu. Buatlah kata yang dicetak dalam ukuran besar
misalnya buku, setelah itu kita ucapkan buku, lalu mintalah anak mengulangi apa
yang kita ucapkan yaitu buku. Tunjukanlah kata tersebut terus menerus,
tambahkanlah beberapa kata yang sudah ia ketahui, hingga ia mengenali dan dapat
mengucapkannya langsung begitu ia melihat kata buku.
Ada beberapa anak yang sudah bisa membaca namun ia memiliki masalah dengan
pemahaman (comprehension). Menurut Baumer (1996) ada beberapa cara mengajar
jika pemahaman anak Anda lemah:
1. Memilih cerita yang menarik pada level dimana 98% ia bisa memahami kata-kata
dalam cerita tersebut. Mintalah ia untuk membacakan secara keras dan bilang kepada
kita apa yang telah ia baca.
2. Jika anak tidak bisa melakukan ini, mintalah ia membaca tanpa bersuara, berhenti
setiap paragraph dan menceritakan kepada kita apa yang telah ia baca.
3. Ketika pemahamannya berkembang, tambahkan jumlah paragraph yang ia baca
hingga ia bisa membaca dan paham keseluruhan halaman.
4. Untuk membantu pemahamannya, Anda bisa memberikan arahan: menurutmu apa
yang dirasakan si tokoh? Apa yang akan terjadi selanjutnya? Bagaimana akhir
ceritanya?

Berdasarkan pengalaman saya mengajarkan anak disleksia, sebelum kita


mengajarkannya mengenai pemahaman, kita harus mengidentifikasi sejauh mana
kemampuannya. Jika ia tidak mampu memahami satu halaman, potonglah menjadi
beberapa paragraph. Jika ia tidak bisa memahami beberapa paragraph, potonglah
menjadi satu paragraf, dan seterusnya hingga sampai pada satu kalimat.
Membaca cerita bersama anak dirasa cukup efektif karena kita bisa langsung crosscheck langsung pemahamannya. Misalnya ketika anak tidak paham kata terbit, kita
bisa menganalogikan terbit dengan bertanya kalau pagi hari, matahari muncul atau
menghilang? lalu ketika anak menjawab muncul kita menjelaskan bahwa itulah yang
dimaksud dengan terbit. Menganalogikan kata-kata tidak dimengerti dapat
mengajarkan anak untuk memberi tanda kata-kata yang belum ia pahami.
Dalam mengajari anak disleksia, kita harus hati-hati untuk tidak mengkritik terlalu jauh
karena anak yang menderita disleksia rawan untuk memiliki motivasi dan self-esteem
yang jatuh. Ketika anak mulai menyadari ia memiliki kesulitan dalam membaca dan ia
sudah tertinggal jauh dari teman-temannya, ia akan membenci pelajaran membaca dan
langsung menyerah (mogok) ketika menghadapi kata yang sulit. Aksi mogok ini bisa
disiasati dengan cara belajar membaca melalui minatnya. Misalnya pada anak yang
memiliki minat memasak, kita bisa mengajarkan membaca resep dan menyuruhnya
memasak. Dari situ kita melihat sejauh mana pemahamannya terhadap bacaan.
Mengajar membaca anak disleksia adalah proses yang tidak mudah. Anak disleksia
memiliki short term memory yang terbatas dan kosa kata yang minim sehingga
membutuhkan banyak penguatan. Variaskan metode melalui permainan kata atau
mengajak anak jalan-jalan sambil mengajari membaca tulisan-tulisan yang ada. Dan
hal yang terpenting dalam proses pembelajaran ini adalah berilah apresiasi pada sekecil
apapun perkembangannya. (Nia Janiar)

1.0 ABSTRAK
Kajian ini dilaksanakan bertujuan mengkaji punca masalah tulisan tidak kemas seorang murid
pemulihan yang bernamaTumresh. Beliau merupakan seorang murid yang dimasukkan ke kelas
Pemulihan Khas disebabkan tulisan yang tidak kemas. Kajian ini dijalankan berdasarkan kajian terdahulu
yang dilaksanakan oleh Levine (1987) serta Pressey dan Pressey (1926). Saya telah melaksanakan
beberapa tindakan iaitu mengajar cara memegang pensel dengan betul, menulis dengan postur badan
yang betul, serta menyediakan banyak latihan menulis.

Saya menfokuskan bentuk tulisan yang betul dan kemas. Tinjauan awal yang dibuat melalui
pengumpulan data menunjukkan bahawa murid kurang peka terhadap kepentingan bentuk semasa
menulis sesuatu ayat. Oleh itu, saya menggunakan sistem tiga garisan untuk mensifarkan kesalahan
bentuk semasa menulis. Saya dengan bantuan AJK telah merancang beberapa langkah. Pelaksanaan
langkah-langkah tersebut dapat memberikan satu keputusan yang baik berbanding sebelumnya. Muridmurid tersebut juga menunjukkan sikap lebih positif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN


Masalah tulisan yang tidak kemas bagi seseorang murid akan menyebabkan proses pengajaran
dan pembelajaran tidak dapat dijalankan dengan sempurna. Saya seorang guru Bahasa Malaysia di
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Sungai Salak, Lukut. Sekolah ini dikategorikan sebagai sekolah Gred B
yang mempunyai kira-kira 150 orang murid. Terdapat seramai 12 orang guru di sekolah ini. Sekolah ini
mempunyai 7 buah kelas biasa.
Pada awal tahun ini, saya telah berpeluang untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu untuk
kelas Tahun 1. Bagaimanapun untuk kelas Bahasa Melayu Tahun 1, masalah yang menjadi fokus saya
adalah masalah tulisan murid yang tidak kemas. Walaupun kebanyakan murid telah menguasai
kemahiran membaca dengan baik. Jumlah murid yang agak ramai sehingga mencecah 25 orang dalam
sekelas menyebabkan saya tidak dapat memberikan tumpuan kepada setiap murid. Murid-murid yang
tidak mendapat tumpuan inilah yang kadang-kadang keciciran di dalam proses pembelajaran.

Dalam kajian ini, saya menengahkan masalah yang dihadapi oleh beberapa orang murid dari
kelas Tahun 1. Masalah yang dihadapi oleh kelas tersebut ialah tulisan cakar ayam. Tulisan mereka
buruk, bengkang bengkok, tidak menulis mengikut garisan yang terdapat pada buku latihan dan saiz
antara perkataan tidak sama. Tulisan mereka juga sukar untuk dibaca. Antara kesilapan gaya penulisan
yang sering didapati dalam kalangan murid ini ialah cara memegang pensel yang tidak betul, kedudukan
tangan dan buku yang tidak betul, saiz antara perkataan yang tidak konsisten, ruang antara perkataan
yang tidak tepat dan tidak dapat menulis perkataan dengan betul.
Kajian tindakan yang telah dijalankan adalah bertujuan untuk membantu murid dalam kelas
Tahun 1, menulis dengan teratur dan kemas. Kaedah ansur maju merupakan kaedah murid mempelajari
kemahiran menulis secara beransur-ansur yang bermula dengan langkah paling asas dan kemudian
beralih kepada langkah yang lebih sukar sehingga mereka menguasai kemahiran menulis. Beberapa
instrumen seperti soalan temu bual, borang soal selidik, borang taburan keputusan murid dan borang
pemerhatian telah digunakan untuk mengumpul data kajian. Data kemudian dianalisis menggunakan
peratus dan bilangan. Secara keseluruhannya, kajian mencadangkan kaedah ansur maju mempunyai
kesan dalam membaiki tulisan murid. Kebanyakan murid berpandangan kaedah ansur maju yang dipilih
sesuai dalam membaiki tulisan tulisan mereka agar menjadi kemas dan teratur.

3.0 Fokus kajian


Kajian ini bermula apabila saya memulakan latihan mengajar di kelas Tahun 1. Terdapat lima
orang murid dari kelas Tahun 1 yang bermasalah tulisan mata pelajaran Bahasa Melayu. Saya mendapati
murid-murid ini sebenarnya tidak bermasalah dalam bacaan, tetapi bermasalah dengan tulisan. Muridmurid ini boleh dikategorikan sebagai murid berpotensi kerana kesemua mereka boleh membaca dengan
baik. Tulisan yang tidak kemas menyukarkan guru-guru lain untuk menyemak hasil kerja murid- murid ini.
Salah satu keperluan akademik di sekolah ialah kebolehan menulis. Kebolehan menulis diperlukan untuk
semua mata pelajaran di sekolah. Guru sangat kenal akan tulisan buruk, dan selalunya marah kerana
terpaksa memeriksa beratus-ratus halaman tulisan dalam setahun yang susah hendak dibaca.

4.0 Tinjauan awal masalah


Dengan itu, saya merancang beberapa tindakan bagi membantu murid-murid ini untuk
memperbaiki tulisan mereka. Saya merangka beberapa tindakan untuk murid-murid ini berdasarkan
pembacaan saya mengenai cara memperbaiki tulisan melalui kajian-kajian
terdahulu. Matlamat utama saya ialah, di akhir tahun, murid-murid ini dapat memperbaiki tulisan mereka.
Untuk kajian ini, saya memberi fokus kepada murid yang bernama Tumresh.
Rajah 1 menunjukkan hasil tulisan Tumresh pada 13 Jan 2011 iaitu sebelum pelaksanaan tindakan saya.
Tumresh, seorang murid kelas Tahun 2, petah bercakap dan bijak. Dia amat aktif semasa proses
p&p berlangsung. Tumresh juga mempunyai keyakinan diri yang sangat tinggi. Semasa dalam kelas, dia
suka bertanya dan menjawab soalan. Di samping itu juga, saya dapati dia amat suka membaca.
Kebanyakan masa di dalam kelas pemulihan, Tumresh amat suka membaca buku-buku cerita yang
terdapat pada rak bacaan. Pada pendapat saya, Tumresh adalah murid yang sangat bijak dan amat rugi
apabila beliau dihantar ke kelas pemulihan kerana tulisannya yang tidak kemas. Oleh kerana itu, saya
bertekad untuk membantunya memperbaiki tulisannya, agar dia dapat kembali belajar di dalam kelas
biasa.
Tinjauan awal saya mendapati cara Tumresh memegang pensel adalah salah. Menurut Levin
(1987), cara memegang alat tulis akan mempengaruhi bentuk tulisan yang dihasilkan oleh murid.
Kelemahan dalam motor halus menyebabkan kanak-kanak menghadapi kesukaran memegang pensel,
memasang butang baju dan memasang manik. Kanak-kanak yang menghadapi dyspraxia motor halus
menunjukkan kelemahan dalam koordinasi motor. Masalah dyspraxia motor halus menyebabkan
ketidaktentuan cengkaman pada alat tulis (Levine, 1987). Kanak-kanak ini tidak berupaya mengawal
saraf ketika memegang dan menggerakkan pensel secara stabil. Kanakkanak yang tidak menggunakan
motor halus ketika menulis menyebabkan
cengkaman pensel yang tidak kuat. Mereka sebenarnya menggunakan lengan dan pergelangan tangan,
dan bukan jari untuk menulis. Cengkaman yang terlalu kuat pada alat tulis dan jari yang terlalu dekat
dengan mata pensel menimbulkan kesakitan kepada kanak-kanak. Mengikut Levine (1987), semua ini
adalah faktor yang menyumbang kepada pembentukan huruf yang kurang cantik.

Pemerhatian saya mendapati Tumresh sering menggenggam keseluruhan penselnya. Teknik


memegang pensel secara menggenggam ini menyebabkan Nur merasa sakit pada jarinya. Selain itu,
Tumresh juga mengalami kesukaran untuk mengerakkan jarinya untuk membentuk huruf yang dia
kehendaki. Levine (1987) menegaskan cara kanak-kanak memegang pensel dengan cengkaman yang
kurang kemas menyebabkan pergerakan pensel menjadi tidak licin. Kanak-kanak yang mempunyai
masalah kinestetik biasanya mencengkam pensel secara kuat dengan meletakkan ibu jari di atas jari
telunjuk dan jari hantu ketika memegang alat tulis. Kanak-kanak begini tidak gemar menulis kerana
aktiviti ini menjadi pengalaman yang menyakitkan bagi mereka.

Di samping itu, saya mendapati Tumresh suka menggunakan pensel yang amat pendek
menyebabkan dia selalu tunduk ketika menulis. Menurut Norhadi Sarponen (2009), penggunaan pensel
yang kurang sesuai juga merupakan salah satu punca murid melakukan banyak kesilapan semasa
menulis. Postur badan begini menyebabkan dia merasa tidak selesa semasa menulis.
Sassoon (1993) pula mendapati guru kurang memberi penekanan kepada pengajaran menulis di
kelas khususnya cara memegang alat tulis dengan betul, menulis huruf mengikut pergerakan yang betul,
menentukan saiz huruf dan menentukan ruang antara huruf dan perkataan. Kanak-kanak sepatutnya
didedahkan kepada kaedah menulis yang betul pada peringkat awal lagi supaya kanak-kanak minat
untuk melahirkan idea melalui tulisan yang cantik dan penuh dengan kesenian. Tulisan yang cantik dan
mudah dibaca adalah aset yang sangat berharga dalam kehidupan seseorang. Murid-murid sekolah
didapati boleh menulis tetapi tidak menulis dengan cara yang betul. Dalam mengejar celik huruf, guruguru kadang-kadang kurang memberi perhatian kepada pengajaran membentuk huruf mengikut
pergerakan yang betul.
5.0 Objektif Kajian
Kajian ini dilakukan untuk memastikan Tumresh memegang pensel dengan betul semasa menulis; dan
memperbaiki tulisan Tumresh agar menjadi lebih kemas dan boleh dibaca melalui latihan menulis yang
kerap.
6.0 Persoalan kajian
Kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan kajian berikut.
Adakah wujud hubungan cara memegang pensel (dyspraxia) Tumresh
dengan kekemasan tulisannya?
Bagaimanakah latihan menulis yang kerap membantu murid memegang
pensel dengan betul serta mempertingkatkan kekemasan tulisan Tumresh ?
7.0 .Perancangan Dan Pelaksanaan Tindakan
7.1 Perancangan tindakan
Bagi mencapai objektif kajian ini, saya telah merancang beberapa aktiviti bimbingan untuk Tumresh .
Pengajaran pemulihan tulisan bagi murid-murid sekolah rendah adalah berdasarkan pengajaran tulisan
yang betul dan kukuh. Peringkat pengajaran menulis terbahagi kepada tiga iaitu peringkat pratulisan,
peringkat mekanis dan peringkat untuk pelahiran. Peringkat pertama iaitu pratulisan adalah tempoh masa
murid-murid disediakan dengan aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf-huruf dengan

kemas dan betul. Dalam tempoh masa ini, latihan otot-otot, tangan dan jari serta koordinasi tangan dan
mata dilaksanakan dalam kalangan murid dari awal-awal lagi.

Bagi membolehkan mereka menguasai kemahiran membentuk lambang-lambang yang kemas


dan jelas, pelajaran tulisan yang dirancang haruslah sistematik, bertitik-tolak daripada aktiviti-aktiviti
pratulisan yang berbentuk bebas.
Latihan-latihan pratulisan menitikberatkan beberapa perkara seperti melakukan latihan-latihan
pergerakan tangan terlebih dahulu seperti mengerakkan jari di atas garisan atau corak yang dilakarkan
pada kertas. Tujuannya ialah supaya murid-murid dapat menguasai gerak tangan yang bebas untuk
menulis dengan selesa dan sempurna. Latihan seperti membentuk bulatan di udara, meja, lantai, dan di
atas pasir atau rumput tanpa mengunakan alat tulis seperti melukis bulatan besar dan kecil juga boleh
dilakukan.
Di samping itu, murid-murid boleh melakukan latihan pergerakan jari dengan memainkan jari,
menekan jari, mengoyangkan tangan, meramas-ramas jari dan sebagainya. Setelah mahir dalam aktivitiaktiviti tersebut, murid-murid boleh melakukan latihan-latihan pergerakan mata dan seterusnya
melakukan latihan-latihan yang melibatkan koordinasi tangan dan mata. Antara aktiviti yang boleh
dilakukan adalah seperti latihan mengikut garisan-garisan rajah atau gambar dari kiri ke kanan, latihan
membentuk garisan lurus, latihan mewarnakan rajah berbentuk mudah dari kiri ke kanan atau dari kanan
ke kiri dan seterusnya membentuk corak-corak gabungan antara bulatan dan garis lurus secara bebas.
Bahasa bertulis memerlukan perhubungan dengan bahasa dalam diri penulis, atau dalam fikirannya.
Perihal menghubungkan bahasa lisan dengan bahasa fikiran adalah amat sukar. Dengan sebab ini, maka
usaha pengajaran permulaan dalam penulisan biasanya amatlah susah, walaupun
murid tersebut tiada kesusahan membentuk huruf. Seperti pengajaran bahasa juga, penulisan adalah
lebih mudah dipelajari ketika murid masih kanak-kanak lagi, seperti pada umur empat tahun setengah.
Latihan permulaan untuk kanak-kanak ini haruslah menggunakan pensel, atau
krayon. Untuk kes Tumresh , saya menggunakan langkah-langkah ini bagi membantunya
menulis dengan betul. Oleh kerana Tumresh adalah murid yang cepat belajar,
saya hanya perlu menerangkan cara-cara memegang pensel ini sekali sahaja dan dia dapat
melakukannya dengan baik. Beberapa langkah-langkah yang telah dijalnkan:
8.0 LANGKAH YANG DIJALANKAN
Tindakan dijalankan berdasarkan analisis yang dibuat. Oleh itu, langkah pertama yang dijalankan
ialah memberi motivasi kepada murid terbabit bahawa mereka juga boleh berjaya sekiranya ada
kesungguhan. Murid lemah selalunya tidak pernah mendapat pujian. Maka adalah penting untuk guru
memuji murid berkenaan walaupun hanya betul penulisan bentuk huruf pada permulaan ayat sahaja.

AJK Kajian Tindakan merancangkan beberapa aktiviti untuk mengatasi masalah ini seperti:

i.
ii.

Bentuk huruf salah di warnakan


Menulis di atas huruf yang dicetak

iii.
iv.
v.
vi.
vii.
viii.
ix.
x.
xi.

Latihan melukis
Cara duduk
Menulis di atas pasir
Latihan kordinasi
Menconteng
Melukis bentuk
Melukis dan mewarna bentuk geometri
System tiga garisan
Menulis perkataan dari bawah ke atas
9.0 PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN/ PENILAIAN
9.1 Pelaksanaan Aktiviti
Perancangan ini akan dilaksanakan setiap kali mata pelajaran Bahasa Malaysia bermula dari
bulan Januari.
Langkah 1
Pada mulanya, saya telah menjadi role model kepada murid. Saya menunjukkan kepada mereka cara
memegang pensel yang betul. Saya kemudian melatih mereka memegang pensel mengikut cara yang
telah ditunjuk cara.
Rajah 1: Cara memegang pensel yang betu
Cara memegang pensel yang betul

Langkah 2:
Semasa langkah ini, saya melatih murid menulis dengan kedudukan tangan dan buku latihan yang sesuai
dan selesa. Saya menunjukkan kedudukan tangan dan buku latihan semasa menulis. Kemudian, saya
meminta murid mencontohi tindakan yang telah ditunjukkan. Mereka dikehendaki mempraktik sehingga
menguasai kemahiran tersebut.
Rajah 2: Kedudukan tangan dan buku ketika menulis

Rajah 2: Kedudukan tangan dan buku ketika menulis


Langkah 3
Menulis di atas huruf yang berputus dicetak. Guru telah mengenal pasti huruf-huruf yang
selalu mengelirukan murid. Dengan bantuan komputer guru mencetak huruf berkenaan dengan saiz yang
besar dan kecil. Murid-murid diminta menggunakan jari telunjuk dan pensil menulis atas huruf berkenaan
mengikut arah jam. Cara ini dapat mengukuhkan kemahiran. Ia dibuat secara latih tubi. Murid digalakkan
membuat latihan ini di rumah.

Langkah 4
Latihan melukis dan mewarna. Fotostatkan gambar-gambar yang menarik. Murid digalakkan
melukis mengikut bentuk gambar tersebut. Bandingkan gambar-gambar tersebut dari segi warna dan
coraknya. Cara ini menambahkan imaginasi murid dan memberikan banyak latihan pada saraf tangan.
Langkah 5
Cara duduk. Cara duduk adalah sangat penting semasa aktiviti penulisan. Guru harus
menitiberatkan kedudukan badan semasa mereka menulis. Jangan sandar tepi, tunduk dan meniarap
atas meja. Tambahan pula, pastikan cara pegangan pensil ltu betul. Perkara-perkara diatas adalah
sangat kecil tetapi lama-kelamaan ia boleh menimbulkan masalah kepada murid semasa aktiviti
pembelajaran. Kalau tidak dibetulkan pada permulaan, ia akan dibawa selama-lamanya.
Langkah 6
Menghasilkan bentuk tulisan dengan menggunakan batu, biji dan kayu. Pastikan bentuk
tulisan hendak dihasilkan gunakan batu kecil, biji-biji manik dan lidi supaya menghasilkan bentuk yang
betul.
Langkah 7
Menulis di atas permukaan pasir. Ini adalah satu aktiviti tradisional amat berkesan.
Murid menggunakan jari telunjuk semasa menulis bentuk. Jari ditekan dengan kuat semasa menulis
supaya murid-murid dapat mendalami bentuknya.
Langkah 8
Memberikan latihan kordinasi tangan, jari dan mata. Ini menambahkan tumpuan murid.
Langkah 9
Menconteng secara bebas. Memberikan kebenaran untuk menconteng papan hitam mengikut
citarasa murid. Cara ini memberikan kebebasan untuk minda murid murid menghasilkan banyak bentuk.
Guru menerangkan dengan sedikit pengubahsuaian bentuk tersebut boleh dijadikan huruf.
Langkah 10
Membentuk corak / Menconteng bentuk. Melukis bentuk bulatan, garisan lurus, garisan melintang.
Guru mencantumkan bentuk tersebut supaya menjadi bentuk huruf yang betul.
Langkah 11
Sistem tiga garisan. Guru menerangkan fungsi sistem tiga garisan. Menerangkan cara penulisan di atas
garisan itu. Latih tubi dijalankan.
Langkah 12
Menulis perkataan dari bawah ke atas. Cara ini menambahkan tumpuan murid pada hasil kerja
mereka. Aktiviti ini juga memperlahankan pergerakan tangan dan menambahkan pemerhatian.

10.0 Metodologi
10.1 Teknik Mengumpul Data

Terdapat beberapa teknik pengumpulan data yang digunakan untuk menghasilkan data deskriptif agar
gambaran yang lebih menyeluruh tentang proses yang berlaku dalam kajian ini diperoleh. Untuk tujuan
tersebut, tiga teknik utama yang biasa digunakan dalam penyelidikan tindakan saya gunakan iaitu:
10.1.1 Pemerhatian
Untuk mengkaji dan memahami proses yang berlaku dalam bilik darjah, pemerhatian merupakan teknik
berkesan dalam pengumpulan data. Lazimnya, dalam pemerhatian, saya melihat-lihat, mendengar,
memerhati dan bertanya untuk mendapatkan maklumat serta untuk memahami apa yang berlaku dalam
bilik darjah. Melalui pemerhatian, saya dapat merapatkan diri dengan murid di samping memerhati cara
Nur menulis.
10.1.2 Temu Bual
Saya juga menggunakan teknik temu bual dalam bilik darjah. Temu bual melibatkan perbualan antara
saya dengan guru pemulihan serta Tumresh untuk mendapatkan maklumat yang relevan dengan kajian.
Dalam kajian ini, saya adalah guru (guru pelatih) dan juga penyelidik. Saya menemu bual Tumresh
tentang pendapat atau pemahamannya tentang pengajaran penulisan yang dilaluinya.
10. 1.3 Bukti Dokumen
Di samping teknik pemerhatian dan temu bual, saya juga memperolehi data daripada dokumen.
Pengutipan maklumat daripada dokumen ini membolehkan saya menambah, membandingkan dan
memperkukuh lagi data-data yang diperoleh daripada teknik pemerhatian dan teknik temu bual. Dokumen
ini kemudiannya saya analisis untuk melihat bentuk, pola dan trend yang berlaku selain menyediakan
bukti kukuh untuk menguatkan kredibiliti teknik temu bual dan pemerhatian. Untuk kajian ini, dokumen
yang saya kutip adalah hasil kerja murid iaitu tulisan.
11.0 Teknik Menganalisis Data
Data yang saya perolehi terutamanya data dokumen iaitu hasil kerja murid dalam bentuk tulisan, saya
analisis berdasarkan carta yang dinamakan The Pressey Chart for Diagnosis of Illegibilities in
Handwritng. Carta ini boleh disediakan berdasarkan penyelidikan tulisan murid yang menunjukkan
berbagai-bagai jenis tulisan dan bentuk tulisan yang tidak dapat dibaca.
Antara bentuk-bentuk yang tidak dapat dibaca berdasarkan carta tersebut adalah seperti yang
ditunjukkan pada Jadual 1.

Jadual 1: Carta berbagai jenis tulisan dan bentuk tulisan yang tidak dapat dibaca

31. i tanpa titik


32. k seperti h
33. l tertutup
34. m seperti w
35. n seperti v
36. n seperti s
37. o seperti a
38. o seperti r
39. o tidak tertutup
40. o seperti u
41. r seperti s
42. r seperti i
43. r terlalu kecil
44. r seperti n
45. r seperti u
46. r seperti e
47. s tidak jelas
48. s seperti r
49. s sperti c
50. t seperti l
51. t tangkai jauh
52. t tiada tangkai
53. t tangkai di kanan
54. t tangkai di kiri
55. u seperti oi
56. ur seperti w
57. v seperti n
58. v seperti r
59. w seperti v
60. w seperti m
61. wr seperti ur
62. d tidak ditutup
63. I seperti cI
64. T seperti I

Kesalahan tulisan Semak


1.
Perkataan terlalu rapat
2.
Terlalu condong
3.
Perkataan berpecah
4.
Huruf-huruf terlalu dekat
5.
Barisan terlalu dekat
6.
a seperti u
7.
e tertutup
8.
a seperti o
9.
a seperti oI
10.
b seperti Ii
11.
b seperti I
12.
b seperti k
13.
b seperti f
14.
n seperti u
15.
c seperti e
16.
c seperti i
17.
c seperti a
18.
d seperti cI
19.
d sepeti l
20. d seperti a
21. e seperti o
22. e terlalu tinggi
23. e seperti c
24. f seperti b
25. g seperti y
26. h seperti li
27. h seperti p
28. h seperti b
29. h seperti l
30. i seperti c

Daripada penyelidikan Pressey


(1926), saya telah menyediakan carta
untuk menganalisis tulisan Tumresh .
Beberapa huruf didapati sering
menimbulkan kerumitan, sebagai
contohnya, huruf kecil r, n, e, a, o, s
dan t menyebabkan kesilapan menulis
lebih daripada 50 peratus (%). Huruf yang
paling menimbulkan kerumitan ialah r,
diikuti dengan huruf n. Kesilapan yang

sering berlaku ialah menulis r seperti I; n seperti u; menutup e; membuat d seperti cl; o seperti a;
dan a seperti u. Huruf besar biasanya mudah dibaca, kecuali huruf L. Oleh kerana tujuh huruf kecil dan
satu huruf besar ini menyebabkan tulisan yang susah dibaca, adalah munasabah jika pengajaran
pemulihan dalam penulisan diarahkan kepada menulis bentuk-bentuk huruf ini dengan betul. Teknik
seperti ini telah menyebabkanTumresh menghasilkan tulisan yang memuaskan.
12.0 DAPATAN KAJIAN
Setelah semua aktiviti mengikut langkah yang ditetapkan telah dijalankan. Pencapaian dapat
dilihat. Murid memahami konsep sebenar kepentingan bentuk sesuatu huruf. Guru dinasihatkan supaya
sebelum memberikan sesuatu aktiviti penulisan, harus memberikan peringatan tentang kepentingan
huruf. Disamping itu, AJK telah menjalankan satu aktiviti tulisan untuk mengesan keberkesanan aktiviti
yang dijalankan.
KEPUTUSAN:
PERINGKAT

JUMLAH

Baik

20%

Memuaskan

60%

Kurang memuaskan

20%

Ada murid yang masih tidak mencapai objektif yang ditetapkan. Murid lain pun dapat menguasai
kemahiran penulisan huruf dengan baik.
13.0 RUMUSAN PEMERHATIAN
Selepas menjalani kajian tindakan ini, saya telah dapat membaiki mutu pengajaran dan
pembelajaran saya. Saya berjaya membimbing pelajar saya menguasai kemahiran menulis dengan betul,
teratur, dan kemas. Dari segi pelajar-pelajar itu pula, mereka berasa gembira. Semasa saya berbual-bual
dengan mereka, mereka melahirkan perasaan cukup gembira kerana mereka tidak lagi dimarahi oleh
guru-guru lain kerana tulisan mereka cakar ayam. Malah, ada yang dipuji kerana berjaya menulis dengan
baik.
Dari segi minat terhadap pengajaran dan pembelajaran , mereka lebih berminat untuk belajar
berbanding dengan dahulu. Namun, pencapaian akademik mereka masih belum ada

menunjukkan kemajuan yang ketara. Ini kerana mereka agak lemah dalam akademik sejak sekolah
rendah. Saya sarankan kajian tindakan ini perlu lagi didedahkan kepada mereka untuk membantu
mereka menguasai kemahiran membaca, mengira, dan sebagainya.
Dari segi pelajar pula, mereka melahirkan perasaan cukup gembira kerana berjaya menulis dengan
kemas, teratur dan mudah dibaca berbanding dengan tulisan mereka dahulu. Dari segi, minat terhadap
pengajaran dan pembelajaran, mereka lebih berminat untuk menulis berbanding dengan sikap mereka
dahulu.

BIbliografi
Levine, M. D. (1987). Developmental variation and learning disorders.
Cambridge, Massachusetts: Educators Publishing Service, Inc.

Mohd Nor Izwan Bin Sulaiman. (2009). Aktiviti pemulihan penulisan. Dimuat
turun daripada http://mohdnorizwansulaiman.blogspot.com/2009/05/50pemulihan-tulisan.html pada 19 Oktober 2009.

Norhadi Bin Sarponen. (2009). Kemahiran asas menulis. Dimuat turun


daripada http://cikguhaidi.wordpress.com/category/bahan-bantumengajar/
html pada 20 Oktober 2009.
Pressey & Pressey. (1926). Analyses of Three Thousand Illegibilities in the
Handwriting of Children and Adults, Educational Research Bulletin, VI
(13).

Sassoon, R. (1993). The art and science of handwriting. Dimuat turun


daripada http://books.google.com.my/books?id=7CZF2vcg7soC&pg=
RA1-PA132&lpg=RA1-PA132&dq= sassoon+1993&source pada 20
Oktober 2009.

Stout, K. L. (1998). How to teach handwriting. Dimuat turun daripada


http://www.designastudy.com/teaching/tips-1198.html pada 13 Ogos
2008.

Mengajar Murid Cara Menulis Part-1


19 Februari 2012cikguTinggalkan komenGo to comments

Salam sejahtera,
Semoga anda berada dalam keadaan yang sihat dan ceria di samping dapat menjalankan tugas harian
dengan sempurna. Semoga apa jua yang anda lakukan pada ketika ini akan memberi manfaat kepada
diri anda dan orang-orang di sekeliling anda. Terima kasih atas kesudian anda melakukan kunjungan
rasmi ke laman ini.
Baiklah, topik yang hendak saya kongsikan pada hari ini adalah tentang kemahiran pra-tulis. Seperti
tahun-tahun sebelum ini, saya dikekalkan oleh pihak pentadbir untuk terus memegang kelas paling
hujung dan secara langsung mengajar murid-murid LINUS.
Di dalam kelas saya ada seramai 29 murid. 6 murid perempuan dan selebihnya adalah murid lelaki.
Setiap kali mengajar, saya dapati murid mengambil masa yang terlalu lama untuk menulis sesuatu
perkataan. Ada murid yang mengambil masa 30 minit untuk menulis satu perkataan. Apabila ditegur
mengapa lambat menulis? murid ini akan menangis.
Saya mula membuat pemerhatian selama 30 minit terhadap cara murid menulis, apa yang mereka
buat ketika menulis, mengapa satu patah perkataan pun tidak disalin ke dalam buku, dan macam-

macam lagi. Segala aktiviti murid ketika itu saya tidak ganggu. Maka banyaklah jawapan dan
kemungkinan yang saya peroleh dalam tempoh 30 minit itu.
Ada murid boleh menulis, tetapi disebabkan hilang fokus kerana asyik berbual daripada menulis
menyebabkan kerja yang hendak disalin dalam buku tidak menjadi. Ada pula murid berangan,
berkhayal dan bermain dengan pemadam, pembaris. Bila ditegur, satu-satu abjad disalin. Apabila
dibiar, mereka akan bermain semula dengan pemadam, botol air dan sebagainya.
Dalam 29 murid saya ini, cuma 4 orang sahaja yang saya dapati memang mereka betul-betul tidak
boleh menulis kerana tiada asas menulis. Jadi, saya tidak boleh mendesak mereka untuk menyiapkan
kerja yang diberi. Melihat kepada cara mereka berempat ini memegang pensel yang tidak betul, arah
menulis yang salah, postur badan tidak betul semasa menulis, maka saya harus perbetulkan semua
itu.
Oleh yang demikian, langkah yang saya ambil adalah seperti berikut :

Minggu Ke-4 dan ke-5 : Mewarnakan gambar, menyambung titik-titik membentuk gambar,

menyambung garisan putus-putus membentuk abjad. Tujuannya untuk membiasakan murid


memegang pensel dengan cara yang betul dan menulis atau mewarna mengikut arah yang sesuai.
Tujuan lain juga adalah untuk melembutkan tangan murid ketika memegang pensel agar tidak terlalu
kaku. Latihan ini dapat memperbetul koordinasi mata dan tangan. Pada minggu ini juga, postur duduk
murid dibetulkan supaya mereka tidak salah semasa menulis. Menulis mesti dalam keadaan menegak,
bukan kepala disengetkan. Cara memegang pensel juga harus diperbetul. Tidak boleh pegang terlalu
pendek atau terlalu panjang.
Minggu Ke-6 dan ke-7 :Menulis abjad di papan putih, menulis abjad di dalam buku bergaris,

menulis suku kata di dalam buku. Bimbingan menulis secara individu, guru akan bantu murid menulis
dengan memegang tangan murid dan membimbing murid menulis abjad mengikut arah yang betul.
Mulakan dengan menulis abjad yang mudah seperti hurufa, c, i, l, t, v dan u.
Minggu ke-8 : menulis suku kata kv dan kvk. bimbingan berterusan daripada guru. Jika
murid melakukan kesilapan semasa menulis, jangan izinkan murid memadam kesalahan itu. Biarkan
kesalahan itu dan minta murid menulis di tempat yang baru. Kemudian minta murid bandingkan
tulisan yang mana lebih baik. Minta murid ulang tulis suku kata atau perkataan yang betul dengan
kerap. Ingatkan murid supaya lebih berhati-hati semasa menulis dan kurangkan kesilapan. Sentiasa
berada di sisi murid setiap 10 minit untuk memastikan murid menulis mengikut arahan.
Pada minggu ke-7, saya mula mendapat hasil bagi dua orang murid yang dapat memahami konsep
menulis. Mereka mula menunjukkan peningkatan dalam aspek menulis. Walaupun masih ada
kesalahan, tetap saya benarkan dua orang murid ini memadam kesalahan dan memperbetulkannya
kerana mereka sudah tahu bagaimana hendak menulis abjad mengikut bentuk dan arah.
Dua orang murid lagi masih ketara kelemahan dilihat dalam menulis. Kadang-kadang mengambil masa
satu jam untuk menulis empat abjad. Perkara ini tidak merisaukan saya kerana saya faham mereka
tiada asas pendidikan diterima sebelum ke tahun satu. Oleh yang demikian, saya perlukan masa yang
panjang untuk memperbaiki segala kelemahan yang dikesan. Insyaallah, jika semuanya berjalan
lancar tanpa sebarang halangan, baki dua murid ini lagi akan mengikut jejak rakan-rakan mereka
yang sudah boleh menulis.
Sekian,

NORHAIDI BIN HJ.SARPONEN


Admin,

Semoga anda berada dalam keadaan sihat sejahtera. Terima kasih atas kesudian anda mengunjungi
laman ini. Hari ini saya hendak kongsikan lagi topik yang saya telah sentuh sebelum ini iaitu berkaitan
kemahiran menulis.
Sebelum ini saya telah pun menjelaskan tentang cara memegang pensel, menulis mengikut arah yang
betul dan menulis sambil menyebut abjad yang disebut. Hari ini saya hendak jelaskan pula tentang
teknik menulis yang salah dan perlu diperbetulkan.
Gambar di bawah merupakan tulisan daripada salah seorang murid saya yang kita dapat lihat cara
atau pun teknik menulisnya kurang betul. Sebagai guru, dapatkah anda kesan apakah kesalahan
dilakukan murid semasa menulis ini?

Gambar ini diambil dari sudut murid melihat dan


dalam masa yang sama juga menulis. Kesilapan yang ketara apabila kita dapat lihat tulisan murid
tidak betul, condong, terlalu jarak dan tidak boleh dibaca.
Faktor ini disebabkan cara menulis murid yang dilihat :
1.
2.
3.

tangan yang menulis itu menutup penglihatan menyebabkan murid tidak nampak huruf
apakah yang hendak ditulis.
apabila penglihatan semasa menulis terhad, murid akan tundukkan kepala dan menulis pada
jarak meja dan kepala terlalu rapat. Keadaan ini menyebabkan murid mengeluh keana sakit leher.
Cara murid memegang pensel yang terlalu tegak juga menyebabkan jarak penglihatan murid
menjadi terhad
Murid sudah terbiasa dengan cara menulis yang seperti ini. Jika tidak diperbetul, maka sampai bilabila murid akan terbiasa dengan cara dan kaedah menulis yang tidak betul ini.
Sebagai guru, gunakan pengalaman anda menulis untuk memperbetul cara memegang pensel, cara
duduk semasa menulis dan jarak penglihatan pada postur menulis yang betul.

Bagi murid yang baru belajar menulis, jangan terlalu mendesak murid atau mengaharapkan mereka
boleh terus menulis dengan cantik dan kemas. Ia akan mengambil masa untuk murid belajar biasakan
diri dengan kaedah dan teknik menulis yang betul
Semoga berjaya!
NORHAIDI BIN HJ.SARPONEN

Mengajar Murid Cara Menulis Part-3


27 Februari 2012cikguTinggalkan komenGo to comments

Salam sejahtera,
Semoga anda berada dalam keadaan sihat luaran dan dalaman. Biar apa pun yang anda lakukan
ketika ini, akan memberi banyak manfaat terutamanya kepada diri sendiri. Terima kasih atas kesudian
anda mengunjungi laman ini.
Hari ini, saya sentuh lagi topik berkaitan kemahiran menulis yang sering kali menjadi dilema para
pendidik termasuklah ibu bapa. Mari kita perhatikan gambar di bawah. Apakah yang dapat anda
nyatakan daripada cara murid menulis berdasarkan gambar tersebut?

Ini adalah sebahagian murid yang tidak tahu menulis secara mendatar semasa menulis di meja
masing-masing. Alasan diberi adalah tulisan tidak sama dengan guru kerana tulisan guru menegak di
papan putih, di meja mereka pula secara mendatar.

Perkara ini adalah perkara biasa dan guru perlu sentiasa membiasakan murid menulis di meja masingmasing berbanding menulis seperti cara di atas kerana ia akan memungkinkan kesilapan menulis yang
lebih banyak selain melengah-lengahkan masa untuk menyiapkan kerja yang diberi.
sekian,
NORHAIDI
Admin,

BIN

HJ.SARPONEN

Mengajar Murid Cara Menulis Part 4


10 September 2012cikguTinggalkan komenGo to comments

Salam sejahtera,
Semoga anda berada dalam keadaan sihat sejahtera. Di mana jua anda berada, apa jua yang anda
lakukan ketika ini, semoga segalanya dipermudahkan dan dapat memberi manfaat kepada
persekitaran anda.
Baiklah, topik hari ini berkaitan dengan tulisan. Seorang murid saya (dari kelas lain yang dikehendaki
belajar di kelas saya kerana masalah menulis) alami masalah menulis dengan tulisan yang sangat
besar, tiada jarak antara perkataan, pembentukan huruf yang condong, tidak sekata dan
meninggalkan banyak huruf ketika menulis perkataan.
Saya percaya ramai murid di luar sana juga mengatasi masalah yang sama. Oleh itu, isu ini perlu
diatasi sebaiknya. Ada murid yang faham bahasa mudah akan dapat perbaiki cara menulis dalam
masa yang singkat. Ada juga yang mengambil masa yang lama.
Tulisan kanak-kanak yang tidak cermat masih boleh diperbaiki. Tetapi mesti diteliti terlebih dahulu
apakah punca utama murid menulis sedemikian. Saya senaraikan antara punca murid mempunyai
tulisan yang tidak kemas, tidak tersusun, tertinggal huruf, huruf tidak sekata dan sebagainya di bawah
ini :

masalah pergerakan koordinasi mata-tangan


cara memegang pensel tidak betul hingga menutup penglihatan
postur kedudukan semasa menulis
menulis cepat asalkan siap
menulis huruf bertindan menjadikan tulisan bergaris dua kali kerana tidak dipadam
menulis bukan di atas garisan yang disediakan
tidak memadam kesalahan tulisan asal, sebaliknya menulis huruf yang sama di atas huruf asal

menjadikan tulisan pada huruf berkenaan sukar dikenal pasti


cuai atau leka ketika menulis menyebabkan banyak huruf ditulis terbalik atau tertinggal huruf

dalam perkataan
masalah membaca kesukaran membaca mempengaruhi murid untuk mengeja perkataan

dalam situasi yang sukar, apatah lagi menulis


masalah mengingat perkataan akan menyebabkan murid menyalin perkataan dengan
menulis huruf satu persatu. Bukan perkataan demi perkataan.

kerap memadam perkataan yang salah ditulis bertujuan melengah-lengahkan aktiviti


menulis

masalah pengamatan penglihatan keliru dengan bentuk tulisan atau abjad yang ditulis oleh
guru

kecelaruan abjad murid menjadi keliru apabila melihat terlalu banyak perkataan dalam

sebaris ayat.
Masalah kesihatan disleksia, masalah saraf,
banyak bercakap dari menulis dan sering kali memberi alasan penat apabila disuruh menulis

tetapi tidak penat pula apabila diberi peluang bermain.


bosan dengan aktiviti menulis
Saya percaya masalah ini masih boleh diperbaiki lebih-lebih lagi jika kita sendiri mengetahui apakah
masalah sebenar yang dialami oleh murid.
sekian,
NORHAIDI BIN HJ.SARPONEN
Admin,

komen

setiap guru mempunyai kaedah pengajaran yang tersendiri. biasanya saya akan latih murid menulis
dengan perlahan dan mata pensel yang diasah tajam supaya tulisan lebih halus dan tidak terlalu tebal.
Bagi murid yang tiada asas menulis, kaedah lama biasa saya praktikkan. memegang tangan murid
dan ajar mereka menulis abjad terlebih dahulu, diikuti suku kata, perkataan dan seterusnya.
kemahiran menulis mesti melalui peringkatnya. ia memang akan mengambil masa yang lama
bergantung kepada kecepatan murid menguasai kemahiran itu. saya mengajar murid LINUS TEGAR
yang mana majoriti murid memang tiada asas menulis. sehingga ke hari ini, tulisan mereka tidaklah
cantik tetapi sekurang-kurangnya mereka berjaya menulis mengikut disiplin yang betul seperti
menulis di atas garisan, mempunyai jarak antara satu perkataan dengan perkataan yang lain dan
paling utama, tulisan mereka boleh dibaca.

Saja nak kongsi pengalaman..


Letih dan tak larat lihat tulisan murid yang tidak kemas, guna buku garis 3 pun masih tak berjaya dan
apabila mendapat seorang murid yang juling sangat teruk, rasa kasihan sebab dia sangat comel!
untuk membantu dia dan murid lain yang selalu menulis tiada jarak perkataan .akhirnya akak
gunakan buku kotak kecil ( buku tulis Matematik )mula mula letihla sebab perlu terangkan satu
satu dan menulis bersama mereka langkah demi langkah..namun akak gembira sebab murid yang
juling itu tadi pun sudah boleh menulis dengan cantik dan tersusun dalam buku kotak kotak kecil itu

1.

anak akak dah darjah 1sebelum ni dia pnah gi tadika dan boleh menulis n baca sikit2
masalah skang yer letulisan dia mak aiiitak kemascamana nak bagi dia rajin mnulis yerada pape
cadangan takrasa nak merotan jer kalau buat keje sekolah ngan dianak cepat aje

o
cikgu

4 Jun 2012 at 3:05 AM


Balas

amalkan latihan menulis sebaris ayat sehari. kanak-kanak dengan usia begitu tidak suka
didesak dengan terlalu banyak kerja tangan kerana fikirannya lebih terarah kepada bermain.
buat kerja sekolah pula lambat, bila didesak ada saja alasan atau topik untuk beralih arah dari
buat latihan. itu ibu bapa kena kaji.
ada kanak-kanak darjah satu pantas menulis dan tulisannya sebenarnya amat cantik dan
kemas. tetapi faktor kecuaian dan kelalaian semasa menulis (barangkali kerana memikirkan
sesuatu) akan menyebabkan hasil kerja tulisnya tidak seperti yang diharapkan

2.
maslina
4 Jun 2012 at 12:28 AM
Balas

anak saya skrg dlm darjah 1, mempunyai masalah sedikit kadang2 untuk menulis huruf/nombor
tertentu dalam keadaan terbalik (cermin), juga dia akan kunci suaranya kalau didesak
/dimarah.dia juga cepat lupa perkara yg baru dia belajar.. rasa geram pun ada, minat dia nak belajar
tu ada, tp saya sbg ibu x tau nak buat mcm mana lagi utk bantu dia..

cikgu

4 Jun 2012 at 2:57 AM


Balas

Masalah menulis huruf terbalik (tulisan cermin) ni kita kena perhatikan juga. Biasanya huruf
apa yang dia tak boleh tulis dengan baik sampai jadi terbalik? Mungkin dia keliru dengan
bentuk huruf. Jika tidak banyak, sama2 la kita betulkan tulisan atau huruf yang terbalik tu.
Kanak-kanak memang tidak suka dipaksa. mereka cenderung bermain semasa usia sebegitu.
sesetengah kanak-kanak dalam usia yang sebegitu tidak sedar apa yang mereka sedang lalui.
Pendekatan mengajar bermain sambil belajar sangat membantu.
Sebagai ibu bapa, kenal pasti apa punca anak bersikap mengunci mulut apabila disoal atau
didesak. ada banyak puncanya seperti kurang perhatian, terlebih manja dan sebagainya. jadi,
melepaskan geram kepada anak adalah cara yang kurang sesuai.

3.
Salina

18 Januari 2013 at 3:20 PM


Balas

Cikgu , anak saya darjah 5, tp tulisannya, alshai mcm cacing kerawit , puas dah tegur tp tak jalan
jugak. Saya fikir nak hantar dia ke Kelas menulis dengan cantik. Apa pandangan Cikgu?

o
cikgu
19 Januari 2013 at 11:14 AM
Balas

Puan Salina,
tegur bukan satu cara berkesan untuk memastikan tulisan anak cantik tetapi puan kena beri
tunjuk ajar kepada anak cara menulis yang betul. boleh puan jelaskan tulisan anak puan yang
macam cacing kerawit itu?
menghantar anak puan ke kelas menulis agar tulisannya cantik itu hak puan. tidak salah pun
jika puan mampu. tapi biarlah bukan semata-mata tulisan sahaja cantik. yang penting kemas
dan boleh dibaca serta difahami isi yang ingin disampaikan dalam bentuk tulisannya.
ada banyak faktor yang mempengaruhi tulisan anak tidak cantik dan ia telah saya nyatakan
dalam entri yang sebelum ini. semoga usaha puan itu berjaya..
4.

Anda mungkin juga menyukai