Anda di halaman 1dari 18

Bab 5 : Kaedah dan Teknik Mengajar Kemahiran Mendengar

BAB 5:
KAEDAH DAN TEKNIK MENGAJAR KEMAHIRAN MENDENGAR

Pada akhir bab ini, pelajar-pelajar akan dapat:


Menghuraikan prinsip-prinsip pengajaran kemahiran mendengar
Bincangkan pendekatan pengajaran kemahiran mendengar tiga
peringkat
Jelaskan strategi yang boleh digunakan oleh murid untuk
meningkatkan kemahiran mendengar

5.1 Mukadimah
5.2 Kaedah Pengajaran Kemahiran Mendengar
5.3 Prinsip Pengajaran Kemahiran Bertutur
5.4 Mendengar Interaktif & Tak Interaktif
5.5 Pendekatan Pengajaran Kemahiran Mendengar
5.6 Contoh Pendekatan Tiga Peringkat
5.7 Strategi Pendengar Meningkatkan Kemahiran Mendengar
RINGKASAN
RUJUKAN

5.1 Mukadimah

Bab ini akan menghuraikan kaedah dan teknik pengajaran kemahiran mendengar dalam bilik
darjah. Sehubungan dengan itu, diulang rasional pengajaran kemahiran mendengar dan
beberapa teknik pengajaran yang sesuai diaplikasi oleh guru dalam pengajaran pembelajaran
kemahiran mendengar dalam bilik darjah.

PENGAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR DIABAIKAN


Manusia menggunakan 80% daripada waktu sedarnya untuk berkomunikasai dan
daripad jumlah itu 45% digunakan untu mendengar, 30% untuk bertutur, 16% untuk
membaca dn 9% untuk menulis (Martel, 1984). Namun begitu pengajaran kemahiran
mendengar tidak begitu mendapat perhatian dalam pengajaran bahasa (sama ada
bahasa pertama atau bahasa kedua).
Kajian-kajian yang dijalankan oleh Burley-Allen (1982), Hunsaker (1990), Wolff
(1983) dan Nunan (1999) mendapati kemahiran mendengar merupakan kemahiran
yang kurang diberi perhatian berbanding dengan kemahiran membaca, kemahiran
menulis dan kemahiran bertutur.

Mereka menyifatkan pengajaran kemahiran

mendengar sebagai anak yatim yang tidak dipedulikan oleh dunia pendidikan.
Sejauh manakah ini berlaku disekolah anda?

Bukan setakat kekerapan, tetapi aktiviti mendengar wujud dalam situsasi yang berbeza dan
dengan penutur yang berbeza pula. Cuba mengingat kembali semua orang yang telah
bertutur (termasuk daripada TV, radio, klip audio, klip vide) dalam jangka masa 24 jam dan
anda telah mendengar mereka. Anda sebenarnya telah mendengar beberapa individu yang
bertutur dengan cara yang berbeza. Berdasarkan kepelbagaian pengalaman dalam aktiviti
mendengar murid-murid sebenarnya memerlukan latihan untuk menyediakan diri sebagai
pendengar yang baik.

5.2 Kemahiran Mendengar

Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar, waktu yang sedikit
diperuntukkan tidak dapat membantu secara maksimum penguasaan kemahiran
mendengar. Pelajar tidak berpeluang untuk menjadi pendengar yang baik. Ini disebabkan
guru lebih banyak memperuntukkan isi pengajarannya menyediakan pelajar dengan
keperluan penguasaan kemahiran yang berkaitan dengan peperiksaan. Penekanan ini juga

Bab 5 : Kaedah dan Teknik Mengajar Kemahiran Mendengar

menjadikan pelajar diabaikan aspek kemahiran mendengar. Peluang untuk menguasai


kemahiran mendengar secara efektif yang terbatas boleh mengakibatkan pelajar gagal
dalam mengaplikasikan kemahiran dalam kehidupan.
Kemahiran mendengar sebagai satu komunikasi lisan yang amat penting dan sebagai satu
punca penerimaan pengajaran dan pembelajaran yang utama di bilik darjah atau di dewan
kuliah perlu diberi keutamaan. Di sekolah, ini boleh dilakukan melalui pengajaran tentang
kemahiran tersebut, latihan dan bimbingan daripada para guru, dan menjalankan ujian-ujian
mengenainya untuk menilai keberkesanan usaha guru dan prestasi munid [Pentaksiran
kemahiran mendengar dibincang dalam kursus EPM414 Penilaian Bahasa Melayu Sekolah
Rendah]. Proses mendengar dan memahami secara yang berkesan bukanlah satu tugas yang
senang kerana proses tersebut memerlukan tumpuan dan penglibatan mental yang aktif
daripada pendengar (Abdul Aziz Talib, 1996).
Sungguh pun setiap orang yang tidak cacat pendengarannya boleh mendengar bunyi-bunyi
bahasa yang datang daripada seorang penutur, cuma pendengar yang mahir sahaja yang boleh
memahami struktur bahasa dan idea yang terkandung di dalamnya. Para guru boleh mengajar
dan melatih murid bagi meningkatkan kemahirannya dalam bidang tersebut.

5.3 Prinsip Pengajaran Kemahiran Mendengar

Berikut ini ialah beberapa prinsip guru perlu mengambil kira apabila mengajar kemahiran
mendengar.

Guru perlu mengetahui faktor-faktor persekitaran fizikal dan sosial murid, keadaan
fizikal serta psikologi murid dan pengalaman murid yang boleh mempengaruhi murid
dapat mendengar dengan berkesan.

Kemahiran mendengar tidak diajar secara terpisah atau bersendirian. Sebaliknya


kemahiran mendengar hendaklah diajar secara bergabungjalin dengan kemahiran
bahasa yang lain, iaitu bertutur, membaca dan menulis.

Bahan-bahan yang dipilih dalam aktiviti kemahiran mendengar mestilah


dipelbagaikan supaya dapat menarik minat murid-murid untuk belajar.

Guru perlu merancang pelbagai aktiviti kemahiran mendengar untuk mendorong


murid menguasai kemahiran ini.

Guru perlu memandu dan melatih murid mendengar dengan betul dan aktiviti ini
perlu dijalankan secara berterusan.

Memupuk keinginan mendengar dan mengajar tabiat mendengar yang baik.

Melatih mengesan dan menilai idea dan isi penting.

Melatih membuat ringkasan atau nota mengenai apa yang didengar, sama ada secara
mental atau bertulis.

Selain menangkap fakta, idea, konsep dan maklumat (perkara yang tersurat) tentang
apa yang dikatakan oleh seorang penutur, murid perlu juga diajar memahami sikap
dan emosi seseorang penuntut dan maksud yang tersirat dalam sesuatu ucapan.

Mendengar adalah kemahiran bahasa yang


penting dan perlu dipelajari secara intensif
terutama semasa pelajar di sekolah rendah
dan menengah seperti yang terkandung di
dalam huraian sukatan pelajaran.
Aktiviti mendengar penting dikuasai disebabkan penggunaannya yang sangat meluas dalam
kehidupan. Sehubungan dengan itu, dianggarkan lebih kurang 60% daripada masa yang
digunakan adalah untuk mendengar. Disebabkan banyak masa digunakan untuk mendengar,
maka pendengar perlulah memiliki kemahiran mendengar yang berkesan agar mesej yang
diterima dapat dimanfaatkan dengan baik. Mendengar mesej yang diterima dalam pelbagai
bentuk dan bahasa yang pelbagai memerlukan mereka mentafsirkan dalam bentuk yang
difahami. Kesukaran memahami mesej yang didengar mungkin disebabkan oleh kelemahan
pendengar menerima dan menganalisis mesej tersebut. Oleh itu, perlu ditekankan
keupayaan mendengar yang berkesan agar pelajar dapat menggunakan kemahiran tersebut
dalam menguasai mata pelajaran yang lain.
Untuk tujuan tersebut, antara keutamaan dalam mempelajari bahasa ialah usaha untuk
menguasai kemahiran mendengar. Dari segi perkembangan pemerolehan bahasa, proses
mendengar dilalui secara semula jadi sejak zaman kanak-kanak lagi. Disebabkan penguasaan
bahasa belum dikuasai dengan baik pada peringkat awal perkembangan kanakkanak, penguasaan kemahiran mendengar sekadar mewujudkan respons melalui gerak
isyarat atau bunyi bahasa yang hanya difahami oleh ibu bapa mereka sahaja.
Kanak-kanak tidak banyak disogokkan dengan aktiviti mendengar yang khusus kerana
mereka belum mengerti maksud pertuturan ibu bapanya secara spesifik. Penguasaan
kemahiran mendengar dalam konteks memberikan respons melalui bahasa semakin
bertambah baik apabila kanak-kanak dapat menggunakan bahasa untuk tujuan mewujudkan
komunikasi dengan ibu bapa mereka.
Pada tahap yang lebih matang, pelajar mendengar pada jangka masa yang lama sebelum
mencuba untuk bertutur. Kemahiran mendengar juga memberikan peluang kepada pelajar
untuk mendapatkan makna bagi setiap mesej yang didengar dengan menggunakan bahasa
tersebut. Ini juga dapat membantu pelajar memperbaiki kemampuan dari segi penggunaan
bahasa dengan lebih baik lagi. Jika pelajar tidak berusaha mendengar secara efektif, ia tidak
akan dapat mengambil bahagian dalam pembelajaran dalam bahasa yang dipelajari.

Bab 5 : Kaedah dan Teknik Mengajar Kemahiran Mendengar

5.4 Mendengar Interaktif dan Tak Interaktif

Murid yang mendengar sesuatu mungkin mendengar secara interaktif atau mendengar secara
tak interaktif (Lihat Rajah 5.1).

Interaktif
Murid
mendengar
secara .
tak Interaktif

Rajah 5.1 Cara Murid Mendengar

Mendengar Secara Interaktif - Ini melibatkan kedua-dua


belah pihak iaitu penutur dan pendengar. Masing-masing akan
berperanan
secara
aktif
semasa
sesi
perbualan
tersebut. Semasa aktiviti mendengar secara interaktif, seseorang
boleh mencelah dengan mengemukakan soalan untuk mencari
penjelasan, pengulangan atau mengucapkan semula. Pelajar tidak
akan merasa tidak dilibatkan semasa sesi perbualan dalam
kelas. Mereka akan berpeluang untuk mempraktikkan
mendengar interaktif melalui perbualan dalam kelas biasa yang
dapat membantu penguasaan kemahiran yang ini.

Mendengar Tak Interaktif - Seringkali juga wujud situasi mendengar tidak


interaktif. Pendengar tidak berpeluang untuk memberikan respons secara verbal
terhadap mesej yang didengar. Walau bagaimanapun untuk
mendapatkan suasana berkomunikasi yang baik, pendengar
perlu bersedia dengan situasi tersebut. Ini termasuklah
keadaan yang pendengar tidak boleh mencelah dengan
mengemukakan
soalan
atau
untuk
mendapatkan
penjelasan. Mendengar jenis ini dipanggil mendengar tidak
interaktif. Secara ringkasnya, pendengar tidak berupaya
mengambil bahagian dalam mewujudkan hubungan dua
hala seperti mendengar kuliah, radio, menonton televisyen,
filem atau siaran langsung.

a) Mengapakah pengajaran kemahiran mendengar diabaikan?


b) Jelaskan prinsip-prinsip yang perlu diambil kira guru dalam pengajaran
kemahiran mendengar.
c) Nyatakan perbezaan bagi kemahiran mendengar secara interaktif dan tidak
interaktif.

5.5 Pendekatan Pengajaran Kemahiran Mendengar Tiga Peringkat

Pendekatan yang paling terkenal dalam pengajaran kemahiran mendengar ialah Pendekatan
Pengajaran Tiga Peringkat. Ramai guru telah menggunakan pendekatan ini untuk pengajaran
kemahiran mendengar dalam bahasa pertama mahu pun bahasa kedua. Pendekatan ini terdiri
daripada TIGA peringkat (Lihat Rajah 5.3).

Sebelum Mendengar

Semasa Mendengar

Diulang

Selepas Mendengar

Rajah 5.2 Pendekatan Tiga Peringkat dalam Pengajaran Kemahiran Mendengar

Langkah 1: Sebelum Mendengar


Pada peringkat ini, guru menyediakan murid tentang apa yang mereka akan dengar, apakah
mereka dikehendaki melakukan serta strategi menghadapi tugas. Guru menentukan tujuan
mendengar dan maklumat yang diperlukan. Murid juga diberitahu bagaimana aktiviti atau
tugas pendengaran akan disampaikan. Mengapakah peringkat pra-mendengar ini penting?
Aktiviti pra-mendengar membantu murid membuat keputusan tentang apa yang mereka perlu

Bab 5 : Kaedah dan Teknik Mengajar Kemahiran Mendengar

memberi tumpuan semasa mendengar dan menggalakkan mereka menggunakan pengetahuan


sedia ada mereka apabila mendengar apa yang disampaikan. Berikut ini ialah beberapa
strategi yang boleh digunakan oleh guru untuk menlatih murid untuk:

Mengenal pasti tujuan mendengar murid menentukan matlamat, merancang dan


memberi tumpuan sejajar dengan matlamat.
Menggunakan pengetahuan sedia ada membuat inferens dan ramalan
Fokus kepada kosa kata dan perkataan penting menggunakan klu konteks
Memberi sinonim (sama maksud) atau antonim (maksud lawan) perkataanperkataan yang di dengar.
Gunakan imaginasi membentuk grafik atau gambar dalam minda semasa
mendengar
Kaitkan dengan pengalaman perbadi yang telah dilalui

Langkah 2: Semasa-Mendengar
Pada peringkat ini, murid digalakkan memantau tahap tahap kefahaman apa yang didengar
serta strategi yang digunakan. Murid hendaklah sentiasa memantau tahap penguasaan untuk
menentukan sejauh manakah ramalan yang buat pada peringkat pra-mendengar adalah tepat.
Ini adalah tugas yang sungguh kompleks kerana guru tidak boleh membantu. Oleh demikiran
adalah penting guru mengaturkan latihan yang konsisten dan sistematik bagi melatih muird
menggunakan strategi mendengar yang sesuai dengan tujuan tugas mendengar. Guru
hendaklah mengajar strategi-strategi sesuai pada peringkat pra-mendengar dan kemudian
mendemonstrasi kegagalan murid menggunakan strategi-strategi tersebut pada peringkat
selepas mendengar. Contohnya, guru boleh membincang bersama murid sama ada mereka:

Menggunakan pengetahuan grammar dan klu linguistik


Memantau tumpuan mereka kepada apa yang didengar
Bertanya diri sendiri jika yang didengar itu tepat
Bertumpu kepada stres dan intonasi penutur
Menggunakan pengetahuan sedia ada untuk memahami apa yang didengar
Bertumpu kepada yang penting sahaja
Membuat nota dengan tujuan meringkaskan maklumat yang didengar
Menghuraikan apa yang didengar untuk memperkukuhkan kefahaman

Langkah 3: Selepas Mendengar


Pada peringkat ini, murid berpeluang menilai tahap kefahaman tentang apa yang telah
didengar. Mereka juga berpeluang membanding dan membincang strategi yang digunakan
dan sama ada mereka sepatut menggunakan strategi berlainan. Guru boleh membahagikan
murid kepada kumpulan kecil untuk membincang keberkesanan mereka memahami apa yang
telah didengar. Selain mendapat jawapan yang betul; lebih penting ialah ialah mengetahui
bagaimana jawapan betul itu diperolehi.

Hubung kaitan di antara aktivit sebelum mendengar dan selepas mendengar hendaklah
dibandingkan supaya murid dapat lebih bersedia dalam aktiviti mendengar yang lain dengan
memperluaskan strategi yang boleh digunakan. Murid hendaklah mereflek tentang langkahlangkah yang telah diambil (atau tidak diambil) pada peringkat-peringkat aktiviti mendengar
dan berkongsi dengan murid lain dalam kelas. Ini membolehkan mereka melihat strategi yang
kerap digunakan serta strategi yang telah diabaikan. Dengan perbincangan bersama murid
lain, mereka dapat menyesuaikan strategi serta memperluasakan koleksi kemahiran yang
digunakan untuk meningkatkan kefahaman apa yang didengar. Berikut ini ialah beberapa
strategi selepas mendengar yang murid digunakan oleh murid:

Memastikan sama ada apa yang diramalkan adalah betul.


Meringkaskan maklumat yang didengar
Menilai kejayaan
Mencatatkan apa yang diingat
Mengulang apa yang didengar
Menyusun kosa kata baharu
Menilai strategi mendengar yang digunakan

Pendekatan Tiga Peringkat hendaklah diamalkan sebagai suatu putaran. Dengan perkataan
lain murid sentiasa mengulang-alik diantara peringkat sebelum, semasa dan selepas
mendengar. Secara ringkas murid membuat ramalan, mendengar dengan menggunakan
strategi-strategi tertentu dan kemudian menentukan apa yang diramalkan adalah tepat. Murid
tidak hanya menilai jumlah maklumat yang diingat tetapi juga keberkesanan strategi-strategi
yang digunakan.

5.6 Contoh: Penggunaan Pendekatan Tiga Peringkat

Contoh #1: Mengikuti Arahan

Pengenalan: Aktivti ini mudah digunakan dan adalah sangat


berkesan dalam pengajaran kemahiran mendengar..
Objectif: Murid mendengar dan mengikuti arahan yang diberi
dengan terperinci.
Kata Kunci: mengikuti arahan, mendengar

Mengikuti
Arahan

Bahan: sehalai kertas untuk murid dan pensel.


Rancangan Pelajaran:
Aktivti ini boleh digunakan bila-bila sahaja. Berikan setiap murid sehelai kertas dan beritahu
mereka iaitu aktivti yang mereka akan buat akan membuktikan sama ada mereka dapat
mengikuti arahan yang disampaikan secara lisan. Beritahu mereka, iaitu guru akan membaca

Bab 5 : Kaedah dan Teknik Mengajar Kemahiran Mendengar

sesuatu arahan dan mengulangnya sekali sahaja. Oleh itu mereka hendaklah mendengar
dengan teliti.
Guru Membaca Arahan-Arahan Berikut:

1. Tulis nama anda pada hujung kertas disebalah kanan.


2. Pada garisan kedua tulis nombor 1 hingga 9, Pastikan anda mengadakan ruang di antara setiap
nombor.
3. Bulatkan nombor 6. Dan gariskan nombor 3.
4. Lukis satu bintang di hujung kertas disebelah kiri.
5. Gunakan pensel anda dan tebuk satu lubang ditengah-tengah kertas.
6. Lukis bentuk hati menglilingi lubang tersebut.
7. Pada garisan yang akhir tulis perkataan ini Terima Kasih
8. Lipat kertas anda ditengah-tengah kertas sekali.
9. Lukis satu bulatan ditengah-tengah lipatan tersebut.
Aktiviti adalah mudah dilaksanakan tetapi ia memerlukan murid memberi tumpuan
sepenuhnya. Walau pun demikian ramai akan dapati aktiviti ini sukar.
[sumber Gary Hopkins (2005). EducationWorld.com]

Contoh #2: Dialog

Bahan: Pita rakam


Objektif: Murid akan dapat:
Menunjuk kefahaman tentang beberapa perkataan
Mendengar dan membuat nota
Menulis satu perenggan tentang topik dialog

Langkah-Lankah Pelajaran
Aktiviti Sebelum Mendengar
Memperkenalkan topik dengan menunjukkan gambar disebelah.
Kosa Kata Utama: memelihara, rumah sebelah.

10

Soalan: Cuba teka dialog ini berkenaan dengan apa.

Aktivti Semasa Mendengar:


Murid mendengar dilaog dan semak sama
ada tekaan mereka tepat.
Murid mendengar dialog buat kali kedua
dan jawab soalan: Siapakah mempunyai
banyak kucing?

Transkrip:
HAIWAN
Shalini: Kucing ini sangat comel. Siapakah
punya
kucing ini?.
Zalina: Ia kepunyaan Puan Rina. Dia tinggal di
rumah sebelah. Dia mempunyai lebih
kurang sepuluh ekor kucing.
Shalini: Amboi, begitu banyak kucing. Sudah
tentu dia penyayang haiwan.
Zalina: Agaknya. Tanya Puan Rina.
Shalini: Kamu tak suka kucingkah?

Aktivit Selapas Mendengar


Murid membincang tentang pengalam
mereka sendiri dengan haiwan
perliharaan.
Adakah anda mempunyai haiwan
perliharan di rumah?
Terangkan sedikit tentang haiwan
perliharan anda (jika ada).
Apakah anda perlu buat untuk menjaga
haiwan anda?
Apakah jenis haiwan anda ingin memeliharan? Mengapa?
Adakah penting mempunyai haiwan perliharaan? Mengapa? Mengapakah tidak?
Murid menulis satu perenggan tentang haiwan perliharaan.
[Sumber: Julia Dobson (1994). Dialogs for everyday use. USIA. Washington.]
Contoh #3: Naratif

Objektif:
Diakhir pelajaran murid akan boleh:
Meringkaskan naratif yang didengar
Mengenal beberapa perkataan penting
Memilih jawapan yang betul
Menjawa secara lisan
Bahan:
Pita rakaman
Kertas edaran

Langkah-Langkah Pelajaran:
Aktiviti Sebelum Mendengar:
Persiapan sebelum aktivit pendengaran
Perkataan penting ditulis pada papan kapur
Soalan-soalan diedarkan kepada murid-murid.

Bab 5 : Kaedah dan Teknik Mengajar Kemahiran Mendengar

Transkrip:
En. Chong memandu bus pada hujung minggu dan cuti am. Dia bekerja sebagai
pemandu bus secara separuh masa untuk sebuah syarikat bus besar di Kuala
Lumpur. Pada hari biasa dia bekerja sebagai mekanik kereta. Dia bekerja
separuh masa sebagai pemandu bas untuk mendapatkan lebih banyak wang
kerana dia ingin untuk membeli sebuah rumah. Dia membawa pelancong
melawat ke tempat-tempat peraginan dan bersejarah.

Aktivti Semasa Mendengar:


Murid mendengar naratif berkenaan En. Chong.
Murid menjawab soalan-soalan berikut:
1. En. Chong ialah seorag ................................
a) pemandu teksi b) pemandu pelancong c) pemandu bas d) penjual kereta

2. En. Chong ingin membeli ................................


a) kereta
b) kamera c) bas
d) rumah
3. Manakah En. Chong membawa pelancong?
___________________________________________________
Aktiviti Selepas Mendengar::
Seorang murid berlakon sebagai memandu bas. Murid-murid lain tanya soalan-soalan
seperti berikut:

Apakah nama kamu?


Apakah pekerjaan kamu?
Apakah kamu buat pada hujung minggu?
Apakah kamu ingin membeli?
Siapakah yang menaikki bas kamu?

[Sumber: Dean Curry (1994). East Does It. USIA. Washington. P.3]

Contoh #4: Mengesan Perkataan yang Berbunyi Hampir Sama

Tujuan: Pelajar belajar mengenal perkataan yang mempunyai sebutan yang hampir sama.
Ayat Pemintal Lidah
pandang tandan depan padang
dari darah dan nanah yang hanyir tumpah ke tanah

12

berat beras dua belas kilo


tulang temulang di atas belulang

.
Langkah-Langkah: Murid diberi kertas edaran yang mengandungi beberapa perkataan yang
mempunyai sedikit perbezaan bunyi serta gambar-gambar.
Guru menyebut tiga perkataan berikut [DUKU, KUKU & BUKU] dan murid diminta
memadankannya dengan gambar berkenaan.

d) Bincangkan pendekatan Tiga Peringkat yang dicadangkan untuk mengajar


kemahiran mendengar.
e) Sejauh manakah anda bersetuju dengan pendekatan ini?
f) Berikan contoh-contoh lain menggunakan pendekatan ini.

5.7 Pemilihan Bahan Untuk Aktivit Pendengaran

Bahan adalah penting dalam aktivit pendengaran. Oleh itu guru perlu memberi perhatian
yang teliti ketika memlilih bahan semasa merancang aktiviti pendengaran. Yahya Othman
(2005) mencadangkan beberapa perkara yang dianggap penting dalam pemilihan bahan untuk
menguasai kemahiran mendengar: (Lihat Rajah 5.2).

Bab 5 : Kaedah dan Teknik Mengajar Kemahiran Mendengar

Bahan yang Sesuai

Bahan yang Boleh


Menggembirakan

Pemilihan Bahan

Tahap Kepayahan yang


Betul

Bahan Autentik

Pilih Bahan yang Sesuai


Penggunaan bahan pengajaran sangat penting dalam
mewujudkan pemahaman bahasa. Kesesuaian bahan banyak
mempengaruhi sama ada kepada penutur mahupun pendengar.
Bagi kebanyakan orang, cara termudah untuk memulakan
penguasaan mendengar ialah dalam keadaan situasi mendengar
interaktif bersemuka, sebab pendengar boleh secara
bersungguh-sungguh menguasai pertuturan penutur. Jika
pendengar tidak mempunyai peluang atau tidak selesa dengan
cara itu, carilah bahan yang khusus disediakan untuk mengajar mendengar untuk
tujuan pemahaman. Kini terdapat banyak bahan audio daripada internet. Juga alat
perakam digital sungguh mudah digunakan untuk merakam suara guru.

Pilih Bahan yang Boleh Menggembirakan (Didik Hibur)


Pembelajaran akan menjadi lebih berkesan jika bahan yang digunakan
boleh menggembirakan pelajar. Ini disebabkan manusia mendengar
untuk tujuan mendapatkan maklumat dan hiburan. Pilihlah bahan yang
difikirkan akan memberikan maklumat serta dapat menghiburkan
mereka. Oleh itu, perhatian pelajar akan lebih baik dan ia mungkin
akan lebih memahaminya dengan mudah. Secara ringkasnya, jika
pelajar meminati sukan, tontonlah rancangan sukan di televisyen atau
mendengar laporan di media yang lain.

14

Mencari Tahap Kepayahan yang Betul


Dalam pembelajaran bahasa melalui kemahiran mendengar, bahan yang
digunakan perlulah selaras dengan objektif pembelajaran serta tahap
pembelajaran pelajar. Jika penguasaan bahasa pelajar berada pada tahap
permulaan atau pertengahan, pelajar digalakkan menggunakan bahan
video terlebih dahulu sebelum menggunakan bahan audio. Tujuannya
agar pelajar mendapat gambaran secara umum tajuk yang akan
dipelajari. Sementara bahan yang memasukkan bahan visual akan
memudahkan pelajar mengikuti perkara yang diucapkan.

Bahan Autentik
Di samping itu, pelajar juga boleh menggunakan bahan autentik
untuk tujuan memudahkan penguasaan kemahiran mendengar.
Walaupun selesa dengan bahan yang bersifat bersemuka, pelajar
boleh mencari bahan untuk tujuan mendengar yang bersifat
autentik. Bahan autentik untuk kemahiran mendengar banyak
terdapat di sekeliling kita. Ini termasuklah program radio dan
televisyen, syarahan, ucapan, filem, dan drama. Bahan tersebut
senang diperoleh dan penutur boleh mendapatkannya dalam
susunan yang senang kepada yang agak susah. Guru boleh
memulakan pengajaran dengan menggunakan segmen televisyen yang
pendek berdasarkan topik yang biasa didengar yang dibantu dengan
visual. Kaedah ini akan menjadikan pertuturan lebih jelas dan dapat di
sampaikan dengan berkesan. Contohnya penggunaan rakaman iklan,
pengumuman, laporan cuaca, temu bual atau berita ringkas. Selain itu,
pelajar juga boleh menonton rancangan yang lebih panjang masanya,
seperti tayangan filem dengan klu visual yang baik agar boleh
membantu memahami perkara yang diucapkan. Jika pelajar telah
mahir, mereka boleh mendengar bahan yang lebih kompleks seperti kuliah, ucapan, diskusi
profesional, filem, dan apa sahaja program radio atau televisyen.

a) Mengapakah bahan autentik penting dalam pengajaran kemahiran


mendengar?
b) Berikan contoh-contoh bahan anda akan menggunakan dalam pengajaran
kemahiran mendengar.
c) Mengapakah video digunakan dalam pengajaran kemahiran mendengar?

Bab 5 : Kaedah dan Teknik Mengajar Kemahiran Mendengar

5.7 Strategi Pendengar Meningkatkan Kemahiran Mendengar

Berikut ini ialah beberapa strategi yang boleh diamalakan oleh murid untuk meningkatkan
kemahiran mendengar (Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff & Kamarulzaman Abd Ghani , 2006).

Sentiasa melihat ke arah guru semasa beliau mengajar


Boleh memahami pengajaran guru walau pun tidak dapat melihatnya
Boleh memahami pengajaran guru walau tanpa bantun buku teks atau bahan lain
Memberi tumpuan sepenuhnya kepada pengajaran guru hingga akhirnya
Mengenal pasti isi-isi penting semasa pengajaran guru
Menegur murid yang membuat bising semasa guru mengajar
Cuba mengelak terganggu bunyi-bunyi lain (seperti bunyi kereta, murid bermain di
luar kelas)
Elak daripada mendengar secara sambil lewa
Beri perhatian terhadap intonasi dan ton suara - Intonasi dan ton suara
memberikan panduan terhadap maksud sesuatu pengucapan. Intonasi mungkin akan
memberikan klu sama ada pengucapan yang anda dengar adalah kenyataan atau
soalan. Dengan lain perkataan, ton suara boleh boleh menggambarkan sama ada
penutur sabar, marah, atau gembira.
Fokuskan kepada kata tanya Kata tanya yang digunakan semasa pertuturan dapat
membantu pelajar memahami perkara yang didengar dengan lebih baik. Setiap
bahasa mempunyai bilangan yang terhad bagi kata tanya seperti siapa, apa, bila, di
mana, dan bagaimana. Sesetengah bahasa menggunakan perkataan yang
menunjukkan pertanyaan bagi menunjukkan penegasan.
Menganggap perbualan sebagai relevan - Perbualan yang berkesan adalah berkaitan
peristiwa yang relevan dengan dirinya sendiri. Apabila perbualan dapat difahami
dan berkaitan dengan persamaan kepentingan kedua-dua belah pihak, akan wujud
kemesraan dalam perbualan serta menambahkan kelancaran perbualan. Oleh itu,
penutur perlu menganggap bahawa apa yang diucapkan oleh penutur itu berkait
dengan pengalamannya. Kebanyakan perbualan berkaitan dengan keadaan ketika
itu. Perbualan sering berkisar di sekitar cuaca, keadaan sosial, perasaan atau
beberapa tingkah laku.

PERBULAN TERLALU CEPAT


Mendengar perbualan yang terlalu cepat boleh menjadikan pendengar sukar untuk
memahami kandungan percakapan tersebut. Jika pelajar merasakan tidak dapat mengikuti
perbualan rakan, cubakan teknik berikut yang dijangka akan dapat membantu menghadapi
situasi tersebut.

16

Bertanya dan nyatakan yang anda tidak memahami percakapannya:


Pelajar tidak boleh membiarkan komunikasi melalui pendengaran terganggu akibat
tidak memahami pertuturan rakannya. Jika pelajar tidak memahami perkataan atau
frasa, tanyakan penutur tersebut akan maknanya. Belajar cara mengucapkan frasa
untuk mewujudkan komunikasi yang berkesan seperti "Apakah yang
dimaksudkan?" ," Saya tidak tahu apa dimaksudkan," dan "Saya tidak tahu
perkataan untuk .."

Minta diulang: Apabila tidak memahami perkara yang


dituturkan, pelajar boleh meminta penutur mengulang
percakapannya. Gunakan frasa "apakah yang anda
nyatakan?" atau " Tolong ulangi" dalam bahasa yang
dipelajari.

Minta bercakap dengan perlahan sedikit:


Mungkin rakan pelajar bercakap dengan cepat dan
mengakibatkan pelajar tidak dapat mengikuti perbualan
dengan berkesan. Pelajar boleh menyatakan " Tolong
bercakap perlahan sedikit" dan " Bolehkah anda
bercakap perlahan sedikit?"

Dapatkan penjelasan: Semasa perbualan, pelajar mungkin memerlukan maklumat


tambahan bagi mengatasi masalah tidak memahami perkara yang dibincangkan. Jika
pelajar tidak mendapat sebahagian daripada mesej, pelajar boleh bertanyakan soalan
tambahan. contohnya, jika anda tidak dapat mengikuti arahan yang dinyatakan oleh
rakan berbual, pelajar boleh tanyakan perkara-perkara yang perlukan penjelasan
lanjut.

Menyebutkan semula frasa: Sering timbul masalah pelajar tidak memahami


percakapan rakan berbual. Oleh itu, jika pelajar tidak pasti yang ia memahami apa
yang diperkatakan oleh orang lain, nyatakan semula frasa yang dinyatakan oleh
penutur tersebut sebaik mungkin, sebagai contohnya, " maksud awak.. ?"

Mengulang ayat yang tidak difahami: Ulang bahagian ayat yang tidak fahami
dengan menggunakan intonasi penyoalan. Sebagai contohnya, jika tidak pernah
mendengar perkataan yang tidak mempunyai makna, pelajar boleh
mengulanginya. Penutur akan berpeluang untuk membetulkan perkataan yang tidak
difahami.

a) Jelaskan strategi-strategi yang boleh diambil oleh murid supaya mereka


dapat mendengar dengan lebih berkesan.
b) Apakah murid sepatut buat sekiranya perbualan adalah terlalu cepat?

Bab 5 : Kaedah dan Teknik Mengajar Kemahiran Mendengar

Aktiviti mendengar penting dikuasai disebabkan penggunaannya yang sangat meluas


dalam kehidupan.

Disebabkan banyak masa digunakan untuk mendengar, pendengar perlulah memiliki


kemahiran mendengar yang berkesan agar mesej yang diterima dapat dimanfaatkan
dengan baik.

Keutamaan dalam mempelajari bahasa ialah usaha untuk menguasai kemahiran


mendengar.

Dari segi perkembangan pemerolehan bahasa, proses mendengar dilalui secara semula
jadi sejak zaman kanak-kanak lagi.

Mendengar secara interaktif melibatkan kedua-dua belah pihak iaitu penutur dan
pendengar.

Mendengar tidak interaktif ialah pendengar tidak berpeluang untuk memberikan


respons secara verbal terhadap mesej yang didengar.

Dalam kemahiran mendengar juga terdapat beberapa aktiviti untuk menguji atau
meningkatkan tahap kemahiran mendengar setiap pelajar.

Antara contoh aktiviti yang dilakukan ialah mendengar dan menyebut perkataan.
Pelajar mendengar guru menyebut perkataan.

Hanya pelajar yang menguasai kemahiran mendengar dengan baik dapat mengulangi
perkataan yang disebut oleh guru.

Pelajar yang mempelajari bahasa kedua, kadang kala pelajar tidak memahami serta
tidak memperoleh apa-apa semasa menonton televisyen dan tayangan filem dalam
bahasa kedua.

18

Abdullah Hassan. (1989). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Fajar
Bakti.
Nik Mohd Rahumi Nik Yusoff & Kamarulzaman Abd Ghani (2006). Teknik pembelajaran
kemahiran mendengar: Pencapaian kemahiran mendengar bahasa Arab. Islamiyyat, 28. 109124.
Raminah Sabran & Rahim Syam. 1985. Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia. Petaling Jaya:
Fajar Bakti.

Gary Hopkins (2005). EducationWorld.com


Julia Dobson (1994). Dialogs for everyday use. USIA. Washington.]
Dean Curry (1994). East Does It. USIA. Washington. P.3

Anda mungkin juga menyukai