Anda di halaman 1dari 14

Menjadi seorang guru prasekolah memerlukan pemahaman,kemahiran dan kesungguhan serta komitmen bagi memahami konsep komunikasi dan

interaksi kanak-kanak. Nyatakan kepentingan interaksi positif dalam p&p serta huraikan cara-cara mewujudkan interaksi yang berkesan dalam bilik darjah. Huraian anda mestilah menunjukkan contoh aktiviti, respon dan tindak balas yang sepatutnya daripada seorang guru prasekolah.

1.0

Pengenalan

Bahasa ialah alat komunikasi dan perantara manusia.Ahmad Kilani (2001) menyatakan bahasa adalah alat komunikasi antara manusia. Bahasa pertuturan seharian digunakan di sekolah sebagai alat komunikasi .Justeru, proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam bilik darjah adalah interaksi sosial yang paling berpengaruh di sekolah. Hal ini kerana guru-guru berinteraksi dengan murid secara individu hampir setiap hari.

Pada masa kini, iklim P&P lebih menumpukan untuk mencorakkan tingkah laku dan perbendaharaan kata murid-murid. Selain itu, bahasa juga adalah salah satu medium utama manusia bersosial. Apabila bahasa digunakan dalam konteks komunikasi, bahasa pasti terikat dengan budaya, dan ikatan ini wujud dalam pelbagai bentuk dan bersifat kompleks.P erkataan-perkataan yang dituturkan dalam bahasa Melayu misalnya, merujuk kepada pengetahuan serta pengalaman yang dilalui dan dikongsi bersama oleh masyarakat Melayu lazimnya.Sesuatu bahasa yang digunakan melambangkan realiti budaya.

Kecekapan berbahasa, terutamanya berkaitan lisan, menunjukkan sesuatu bangsa yang mengamalkan budaya tersebut.Impak yang lebih besar dan penting ini mampu menterjemahkan betapa pentingnya kemahiran lisan kepada murid sedari awal lagi.Interaksi lisan yang berkesan di dalam bilik darjah menjadi satu medium bagi penguasaan kemahiran lisan murid-murid. Interaksi adalah tindakan atau perhubungan aktif antara satu sama lain, tindak balas antara dua atau beberapa pihak. Kepentingan interaksi lisan sebagai medium dan alat pembelajaran perlu diambil kira dalam perancangan kurikulum Bahasa Melayu.Oleh hal yang demikian, proses P&P Bahasa Melayu turut disertai dengan peluang untuk murid berinteraksi lisan dengan meluas.

Pendidikan adalah suatu proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan perhubungan atau komunikasi dan interaksi di antara individu dengan individu yang lain seperti seorang ibu dengan anaknya atau seorang pengikut dengan ketuanya atau seumpamanya. Ia juga boleh berlaku di antara

individu dengan beberapa individu yang lain seperti di antara seorang anak dengan kedua ibu bapa atau keluarganya atau dengan rakan sebaya, seorang guru dengan murid-muridnya atau seumpamanya. Pendidikan juga merupakan suatu proses komunikasi dan interaksi di antara manusia dengan persekitarannya seperti sekolah, media massa, tempat tinggal, pekerjaan dan tempat bekerja serta institusi masyarakat lainnya. Oleh kerana pendidikan adalah suatu proses penerimaan dan penyebaran maklumat, maka ilmu dan budaya yang tersebar secara langsung dan tidak langsung akan mempengaruhi perkembangan fizikal, sosial dan rohani manusia. Proses ini berlaku sehingga manusia mencapai keserasian dalam kehidupannya yang perlu berinteraksi dengan individu dan masyarakat serta alam dan dalam keperluan perhubungan beribadah kepada Tuhan (Allah s.w.t.)(Ab. Rahman Abu Bakar, 1992). 2.0 Konsep Komunikasi dan Interaksi Kanak-kanak

Cara dan bagaimana kita berinteraksi atau berkomunikasi dengan kanak-kanak mempunyai pengaruh yang begitu besar terhadap perkembangan konsep kendiri yang positif. Komunikasi boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu komunikasi verbal dan non-verbal. Komunikasi verbal adalah komunikasi secara lisan, manakala komunikasi non-verbal pula adalah komunikasi bukan lisan. Komunikasi non-verbal merupakan satu bentuk komunikasi yang dinyatakan melalui gerak tubuh badan, nada suara, jarak dan sebagainya. Contohnya memberi senyuman, menjegilkan mata, memasamkan muka, mengerutkan dahi dan menguatkan suara.Komunikasi non-verbal juga berfungsi sebagai metakomunikasi, iaitu komunikasi tentang mesej yang ingin disampaikan. Contohnya, kanak-kanak mengatakan bahawa dia gembira dan kegembiraan ini dapat dilihat daripada riak wajahnya yang ceria.

Komunikasi juga merupakan proses penyampaian mesej, samada lisan atau bertulis. Sekiranya mesej yang dihantar oleh penyampai dapat difahami maksudnya oleh penerima, maka komunikasi berkesan telah pun berlaku.Sebagai seorang guru, komunikasi lisan berlaku apabila guru sedang menyampaikan pelajaran atau arahan untuk menjalankan sesuatu tugas amali.Ketika guru menulis sesuatu di papan hitam atau lutsinar untuk kegunaan murid-murid, maka komunikasi secara bertulis telah diamalkan. Dalam situasi berkenaan, nyata bahawa kemahiran berkomunikasi amat penting bagi seorang guru untuk mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.(Ee Ah Meng, 1996).

Ini bermakna komunikasi atau interaksi bilik darjah boleh berlaku secara lisan dan bukan lisan.Semasa waktu mengajar, guru berinteraksi dengan murid dengan bercakap, memberi penjelasan,

menyoal soalan-soalan, berbincang, meneguh dan menegur, mengarah, memberi isyarat, menghampiri dan mendampingi murid, mengenakan denda dan sebagainya. Flanders, 1970 (Edward dan Westergate, 1987) dalam kajiannya terhadap interaksi bilik darjah dikenali dengan Sistem Analisis Interaksi Flanders) telah merumuskan bahawa dalam sesuatu proses pengajaran yang berlaku dalam bilik darjah, seseorang guru bercakap dua pertiga daripada keseluruhan waktu mengajar. Percakapan guru itu secara langsung mempengaruhi murid-murid seperti dalam menyampai, memberi arahan dan mengkritik.Flanders meletakkan tanggungjawab utama mencorakkan interaksi bilik darjah itu adalah terletak di tangan guru.

Anderson dan Brewer's, 1946 (Dalam Amir Sharifudin, 1986) dalam kajiannya menunjukkan bahawa terdapat dua jenis tingkah laku guru apabila berinteraksi dengan murid-murid sewaktu mengajar dalam bilik darjah, iaitu jenis dominatif dan intergratif. i) Dominatif Guru-guru yang bersifat dominatif menunjukkan ciri-ciri berkomunikasi dengan murid-murid seperti berikut : ii)

Menentukan secara terperinci segala gerak geri murid. Enggan menerima langsung cadangan dari murid. Mengatur aktiviti murid tanpa mengkaji hubungan sesama mereka atau di antara murid dengan persekitaran bilik darjah. Suka menengking dan memarahi murid. Selalu memberi amaran. Gagal menyediakan kemudahan kepada murid. Intergratif Guru-guru yang bersifat intergratif pula mempunyai ciri-ciri tingkahlaku seperti berikut :

Sentiasa bersetuju dengan cadangan murid. Menerima perbezaan pendapat dari murid. Memandu murid melengkapkan jawapan yang kurang sempurna Mengambil bahagian bersama murid-murid di dalam aktiviti bilik darjah. Bersimpati dengan masalah murid. Memberi kebenaran atau menggalakkan murid-murid mencuba.

Hasil kajian tersebut telah menunjukkan bahawa guru-guru yang bersifat dominatif lebih banyak membawa kesan negatif terhadap perkembangan dan kemajuan murid. Manakala guru-guru yang bersifat intergratif pula didapati lebih banyak mendatangkan kesan positif kepada pembelajaran muridmurid. Dapatan tersebut terbukti memang berasas apabila kajian yang dibuat oleh beberapa orang pengkaji terkemudian seperti Taylor, 1962; Evan, 1962 dan Hollis, 1975 (dalam Noran Fauziah dan Ahmad Mahzan, 1990) telah menyenaraikan antara tingkahlaku guru yang disukai murid semasa berinteraksi dalam bilik darjah ialah :

Baik hati, mesra, peramah dan sabar sewaktu mengajar Menggalakkan murid-murid menyoal dalam kelas Sering menyelitkan humor atau unsur berseloroh semasa sesi pembelajaran Membenarkan murid-murid melakukan banyak aktiviti dan dalam masa yang sama dapat

mengekal ketenteraman dan disiplin kelas

Hamachek (1974) (dalam Noran Fauziah dan Ahmad Mahzan, 1990), mempercayai guru yang berkesan mempunyai unsur-unsur "kemanusiaan" iaitu guru yang mempunyai kualiti seperti suka berseloroh, bersikap adil, peramah dan baik hati.Hamachek juga menyebut tentang kajian-kajian lain yang menyatakan guru-guru sekolah menengah yang peramah dan bertimbang rasa, banyak menerima tulisan puisi dan lukisan daripada pelajar-pelajar mereka.

Berdasarkan kajian-kajian lepas, ahli-ahli psikologi percaya bahawa interaksi ibu bapa dan orang dewasa terhadap anak-anak melalui komunikasi verbal dan non-verbal akan memberi kesan terhadap pembentukan kendiri sama ada positif atau negatif. Berikut disenaraikan disenaraikan beberapa interpretasi kanak-kanak daripada interaksi yang positif, dan beberapa interpretasi kanak-kanak daripada interaksi yang negatif seperti yang dikemukakan oleh Kostelnik et al (2006).

Dalam konteks lain pula interaksi bermaksud proses saling bertindak antara individu dengan pihak atau individu lain dengan pihak atau individu lain dengan alam sekitarnya. Interaksi melibatkan guru dan murid dan sangat berkaitan dengan kaedah guru menyampaikan isi kandungannya. Maksud pengurusan bilik darjah ialah satu proses yang melibatkan penyusunan fizikal sesebuah bilik darjah, serta galakan komunikasi dan interaksi antara murid. Ianya melibatkan penyediaan persekitaran sosiomosi yang sihat. Manakala konsep bilik darjah pula ialah tempat di mana proses pengajaran dan pembelajaran yang berlakusecara rasmi. Bilik darjah ditakrifkan sebagai sebuah bilik di mana

sekumpulan murid diajar oleh seorang guru.MArland (1975), suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan kawan atau musuh dalam pengajaran.

Sebagai pendidik jenis interaksi ini yang biasa diwujudkan oleh saya semasa didalam bilik darjah biasanya berkaitan dengan objektif pelajaran, pendekatan dan strategi pengajaran yang digunakan. Menurut model Pengajaran Sim menitikberatkan interaksi di antara guru, murid, objektif pelajaran, isi kandungan/ bahan pelajaran dan alam sekitar. Menurut Moore (1987), dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka, interaksi boleh dibahagikan kepada dua peringkat iaitu Peringkat praaktifialah ketika guru bersendirian memilih objektif dan merancang strategi pengajaran dan peringkat kedua ialah peringkat interaktif ialah ketika guru menyampaikan isi kandungan secara verbal dalam bilik darjah. Interaksi juga merupakan satu jalinan hubungan di antara guru dengan pelajar. Mengikut kamus A New English Dictionary, interaksi bilik darjah bererti saling bertindak, saling mempengaruhi di antara satu sama lain.

Di bawah konsep pendidikan, interaksi dalam bilik darjah boleh ditinjau daripada dua sudut, iaitu: i) Interaksi di antara individu

Interaksi di antara individu Interaksi bilik darjah yang sempurna dan berbentuk dua hala kurang dipraktikkan. Mengikut analisis Ned A. Flanders, interaksi di antara guru dengan murid dalam bilik darjah boleh digolongkan dalam tiga kategori utama, iaitu percakapan guru, percakapan murid dan kesenyapan. ii) Interaksi di antara individu dengan alam sekitar

Interaksi di antara individu dengan alam sekitar Mengikut Model Pengajaran Sim , konsep interaksi di dalam bilik darjah boleh merujuk kepada proses saling bertindak di antara guru, murid, objektif pelajaran, isi kandungan serta alam sekitarnya yang meliputi segala aspek budaya, sosioekonomi, organisasi, lokasi dan masa.

3.0

Kepentingan interaksi positif dalam pengajaran dan pembelajaran

3.1

Guru Mudah menyampaikan fakta, konsep, isi pelajaran. Lebih memahami masalah murid dan berupaya membantu mengatasi masalah murid (peribadi / akademik). Mengenal pasti kelemahan dan kekuatan P&P / perbezaan individu. P&P dpt dilaksanakan dengan lancer. Dapat mengawal disiplin. Memotivasikanmurid, memberi bimbingan, pemulihan, pengayaan. Melaksanakan rancangan mengajarnya mengikut objektif yg ditetapkan. Ilmu pengetahuan dpt disampaikan dgn lebih berkesan. Menyoal, memberi arahan, syarahan dan sebagainya.

3.2

Murid Berani bertanya atau menyoal guru berhubung isi pelajaran yang tidak difahami. Melibatkan diri sepenuhnya dlm aktiviti P&P. Menghilangkan perasaan takut gementar dan menimbulkan perasaan berani . Keyakinan diri dapat dipupuk. Berani kemukakan pendapat / pandangan / hujah / idea yang bernas. Sifat kepimpinan dapat dibina. Meningkatkan disiplin pelajar. Membina kemahiran berinteraksi / bersosial & berkomunikasi. Memupuk nilai murni spt hormat-menghormati, bekerjasama, tolak ansur, keyakinan diri. Meningkatkan harga diri bila mereka diberi kebenaran kemuka cadangan, pendapat atau idea. Tingkatkan interaksi berkumpulan. Menggalakkan proses kemahiran berfikir melalui interaksi dgn guru atau pelajar lain. Meningkatkan pengetahuan yg terkini melalui kemahiran interaksi berkomputer.

3.3

Guru dan Murid Mengurangkan tekanan / kebimbangan / perasaan takut / syak wasangka / rasa rendah diri kedua-dua pihak. Membina suasana bilik darjah yangg kondusif, ceria, harmonis, menyeronokkan. Mewujudkan hubungan baik / mesra antara guru dan murid. Mengeratkan hubungan .

3.4 Kepentingan Lain

i.

Setiap orang guru perlu mahir dalam berkomunikasi, khususnya dalam bilik darjah. Sekiranya guru tidak faham serta mahir dalam berkomunikasi dengan murid-murid semasa mengajar sudah pasti sukar bagi seseorang guru itu untuk menjadikan pengajarannya berkesan dan bermutu.

ii.

Membolehkan guru memotivasi murid-murid supaya menimbulkan minatdan perhatian mereka terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajarandalam bilik darjah.

iii.

Aktiviti soal jawab dapat menggerakkan murid-murid berfkikir dan memerlukan proses interaksi diantara guru dan murid-muridnya.

iv.

Interaksi mengeratkan perhubungan guru dengan murid-murud dalambilik darjah. Perhubungan guru dan murid-muridnya yang mesra adalahsyarat pentingbagi guru menyampai pelajaran dengan berkesan.

v.

Interaksi dalam pengajaran dan pembelajaran adalah penting keranainteraksi merupakan proses utama bagi guru menyampaikan ilmupengetahuan kepadamurid-muridnya.

vi.

Melalui interaksi, guru dapat melaksanakan rancangan mengajarnyamengikut objektif pelajar yang ditentukan.

vii.

Melalui interaksi dengan bahan pelajaran, guru dapat menyampaikanpelajarannya dengan berkesan.

viii.

Pertukaran maklumat atau idea di antara guru dengan murid memerlukan interaksi dua hala.

ix.

Aktiviti kumpulan, khasnya aktiviti perbincangan, hanya dapat dijalnkanmelalui interaksi di antara murid dalam kumpulan.

x.

Interaksi berkomputer membolehkan murid-murid memperoleh ilmu dan kemahiran terkini yang sukar didapati daripada buku-buku atau mediabercetak yang sedia ada.

xi.

Dengan komunikasi yang berkesan guru akan dapat menyampaikan isi pelajaran, ilmu pengetahuan, idea, maklumat, tunjuk ajar serta nasihat kepada murid-murid dengan baik dan tepat tanpa menimbulkan sebarang kekeliruan, kekaburan dan salah faham. Kegagalan guru berkomunikasi dengan berkesan bukan sahaja akan menyebabkan murid-murid menjadi kecewa, malah lebih buruk lagi ialah objektif yang dirancang bagi sesuatu sesi pengajaran itu tidak akan tercapai, serta sesi pengajaran pembelajaran menjadi hambar dan membosankan.

xii.

Guru juga perlu bijaksana menyusun strategi agar suasana berinteraksi di antara murid sesama murid berlaku secara harmonis, saling bantu membantu serta hormat menghormati supaya pembelajaran berlaku secara bermakna dan berkesan.

xiii.

Dalam konteks bilik darjah, waktu untuk guru berinteraksi dengan murid-murid begitu terhad. Oleh itu segala maklum balas yang berlaku di antara kedua belah pihak bukan sahaja terjadi secara spontan dan perlu segera, malah ianya seolah-olah tidak langsung memberi kesempatan untuk merancang dan berfikir. Oleh kerana itu, apabila berhadapan dengan murid-murid, guru bukan sahaja perlu kreatif dan inovatif, tetapi mesti sabar, bijaksana, cekap dan optimis dalam menghadapi sesuatu situasi serta

cabaran.("Classroom Life : Some Dimensions of Parallel Universes", 1994).

4.0

Cara-Cara Mewujudkan Interaksi Yang Berkesan Dalam Bilik Darjah

Antara cara yang boleh digunakan untuk mewujudkan interaksi yang berkesan dalam bilik darjah iaitu :

1. Mengadakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yangmenggalakkan interaksi dua hala.

2. Menggunakkan strategi pengajaran koperatif dan kolaboratif.

3. Memastikan yang penglibatan murid sangat tinggi dalam setiapaktiviti pengajaran dan pembelajaran.

4. Menggunakan banyak alat bantuan mengajar yang menarik dancanggih.

5. Memberikan ganjaran atau peneguhan mengajar yang menarik dancanggih.

6. Memberikan ganjaran atau peneguhan positif jika murid melibatkandiri secara aktif dalam process pengajaran dan pembelajaran.

7. Menunjukkan gaya kepimpinan yang bercorak demokratik dalampengurusan dalam bilik darjahnya dimana terdapat suasana sesio-emosi yang sihat serta perhubungan yang rapat antara guru danmurid-murid.

8. Pendengar yang baik dan mengelakkan daripada menonjolkanpandanagn kendiri.

9. Bersifat peramah dan mengaplikasikan konsep peneguhan positif didalam bilik darjah.

10. Memikirkan strategi pengajaran yang kreatif dan inovatif untukmeningkatkan lagi interaksi murid-murid di dalam bilik darjah.

11. Mengelolakan banyak aktiviti kumpulan. Ini adalah untuk memberi peluang kepada murid-murid berinteraksi di antara satu sama lain misalnya dalam menjalankan aktiviti penggayaan, pemulihan, lakonan, pertandingan, kertas projek dan sebagainya

12. Menggunakan teknik menyoal. Ini untuk mendapat tindak balas murid atau mencungkil pendapat murid semasa penyampaian isi pelajaran.Murid dibimbing dan digalakkan untuk menjawab soalan dan seterusnya melibatkan diri secara aktif dengan memberi tindak balas.

13. Menggunakan percakapan yang sesuai. Percakapan guru harus boleh menggalakkan murid mengemukan pendapat atau memberi tindak balas mereka seperti menggunakan teknik memuji atau menerima pendapat murid-murid.

14. Menggunakan strategi memusatkan murid. Ini bermakna kaedah menerang, syarahan atau demonstasi guru dikurangkan kepada peringkat yang minimum. Sebaliknya, kaedah perbincangan dan kaedah penyelesaian masalah ditambahkan supaya murid melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran, interaksi di antara murid akan dibentuk secara tidak langsung.

15. Menggunakan banyak alat bantu mengajar. Ini untuk menarik perhatian serta menimbulkan minat mereka untuk belajar.Ia boleh mengaitkan perhubungan guru dengan murid-murid dan kemudiannya interaksi akan terbentuk melalui penggunaan alat yang sesuai.

16. Mewujudkan suasana interaksi yang konduksif dalam bilik darjah. Ini dapat dilakukan dengan menyusun tempat duduk murid mengikut bentuk kumpulan yang paling efektif.

17. Kedudukan kerusi dan meja perlu diubah-ubah mengikut fungsi dan tujuan. Perkara yang perlu diambil perhatian samada gunakan susunan tradisi (pelajar duduk berbaris, guru menjadi pusat perhatian)

18. susunan Horse Shoe (secara separuh bulatan) atau susunan modular membolehkan pelajar duduk berkumpulan dan membentuk kerja berkumpulan tanpa mengganggu orang lain, interaksi pelajar dipentingkan) ialah guru mesti menentukan pelajar dapat melihat guru apabila guru mengajar, meja guru perlu diletakkan di tempat yang tidak

mengganggu pergerakan guru dan boleh memberi perhatian kepada semua pelajar dengan baik dan adakan ruang bagi pelajar untuk bergerak.

19. Membantu murid bermasalah. Guru boleh mengadakan kelas pemulihan bagi murid yang lemah dalam pelajaran. Misalnya mengadakan sesi kaunseling untuk membantu mereka yang mengatasi masalah peribadi seperti pendiam, penakut dan seterusnya

menggalakkan mereka menyertai aktiviti pembelajaran dengan murid yang lain.

20. Keadaan emosi di bilik darjah. Suara guru yang jelas boleh menyebabkan suasana yang baik bagi interaksi di dalam bilik darjah. Sikap guru yang positif terhadap pelajar seperti memberi pujian apabila mereka berkelakuan baik, mampu menyelesaikan masalah atau selainnya juga akan menimbulkan interaksi yang diingini. Sikap guru yang baik, umpamanya selalu memberi kebebasan yang sesuai kepada pelajar untuk membuat keputusan dan peluang bekerja sendiri juga boleh meningkatkan interaksi.

21. Memperbanyakan pengajaran yang bercorak amali daripada menyampaikan hujah dalam bentuk teori sahaja. Guru harus dapat membuatkan kesemua pelajar terlibat dan bergerak balas secara cergas sesama sendiri da juga dengan guru.

5.0

Amalan-Amalan Komunikasi Yang Berkesan Dalam Bilik Darjah

Berikut merupakan amalan-amalan komunikasi yang berkesan dalam bilik darjah:

Guru mesti mengendalikan strategi kumpulan di dalam bilik darjah.

Menggunakan

kaedah

perbincangan,

lakonan,

main

peranan

dan

sosiadrama.Menggunakan alat Bantu mengajar yang akan membantunyamenyampaikan konsep dengan lebih berkesan.

Menyampaikan fakta dengan suara yang terang dan mempraktikkankemahiran menyoal yang berkesan. Sekiranya maksud penyampai disalah tafsifkan oleh penerima, maka timbulkonflik di antara kedua-dua pihak tersebut.

Komunikasi berkesan penting bagi menjamin pengajaran dan pembelajaranyang efektif yang guru dapat berkomunikasi denagn berkesan, beliau perlu mempraktikkan prinsip-prinsip yang berikut:

Berusaha untuk mendengar cadangan murid-muridnya.

Memastikan bahawa tidak ada halangan apabila guru menyampaikan pengajarannya.

Mesti menolong membuka minda murid-muridnya supaya merekadapat berkomunikasi denagn lebih senang.

5.0

Kesimpulan

Pendekatan pengajaran pula merupakan aspek yang digunakan untuk mendekati atau memulakan proses P&P sesuatu pelajaran. Oleh hal yang demikian, ada kalanya pendekatan menyerupai klasifikasi pengajaran iaitu jenis-jenis pendekatan yang digunakan berdasarkan kriteria-kriteria yang kita gunakan untuk meneliti proses P&P.

Pendekatan pengajaran juga boleh digolongkan mengikut cara pengelolaan murid, cara fakta disampaikan, keaktifan murid, pengajaran bahasa dan pengajaran mata pelajaran lain. Elemen P&P teknik pula, kemahiran atau perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Sekiranya seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik yang ada pada sesuatu kaedah, maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu tidak akan berhasil. Tujuan sesuatu teknik yang guru aplikasikan di dalam bilik darjah adalah untuk menarik minat murid, mengekalkan fokus serta menimbulkan rasa ingin tahu murid akan sesuatu isi pelajaran yang akan dan sedang dilaksanakan.

Strategi pula boleh diibaratkan sebagai perancangan guru untuk mengajar sesuatu tajuk pelajaran dengan menggunakan pendekatan, kaedah, serta teknik P&P. Strategi yang baik akan menjadikan sesi P&P menarik serta menimbulkan suasana pembelajaran yang kondusif ke arah mencapai objektif yang hendak dicapai. Salah satu kriteria guru yang berkesan adalah mengetahui dan berkemahiran mempelbagaikan kaedah mengajar untuk disesuaikan dengan isi pelajaran yang diajar.Hal ini jelas menunjukkan bahawa setelah melakukan persediaan untuk mengajar, biasanya guru memulakan pengajaran dengan melakukan permulaan sesi pengajaran dalam bentuk bertanyakan

soalan, iaitu mengemukakan pernyataan yang merangsangkan, dan menerangkan kandungan pelajaran secara langsung.Tahap tertinggi penggunaan teknik dalam P&P semasa permulaan yang telah dipilih oleh guru-guru ialah teknik soal jawab. Hal ini kerana, penggunaan soalan sebagai pengenalan untuk memulakan pengajaran begitu ketara.Soalan yang ditanyakan biasanya berkaitan dengan kandungan pelajaran yang telah diterangkan atau dipelajari sebelumnya.Daripada soalan berkenaan, murid memberikan penilaian terhadap reaksi lisan yang diberikan.Sekiranya reaksi lisan bertepatan, guru melakukan pengulangan untuk tujuan peneguhan atau mereka melakukan penerangan semula untuk menjelaskan perkara yang masih belum jelas kepada murid (Roselan 2003). Hal ini selari dengan kajian Zamri (2012), melalui kaedah ini, pengajaran boleh terdiri daripada satu fokus utama dan beberapa fokus sampingan. Fokus pengajaran berdasarkan isi utama, manakala isi sampingan menjadi perkara kedua penting. Bertepatan dengan hal tersebut, guru perlulah memfokuskan tentang isi pelajaran yang hendak diajar pada sesi seterusnya.Hal ini kerana, pada peringkat permulaan ini, guru hanyalah perlu menarik minat murid supaya memberikan tumpuan terhadap aktiviti pembelajaran pada peringkat kandungan.

Maka jelaslah di sini bahawa interaksi positif antara pelajar dan guru memainkan peranan yang sangat penting di dalam mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menarik. Untuk mewujudkan suasana interaksi sosial yang baik, guru dan pelajar perlu mengetahui peranan yang sebenarnya yang perlu dimainkan oleh setiap individu. Ini kerana dalam usaha menyesuaikan diri dalam masyarakat, pelajar dipengaruhi oleh berbagai-bagai egen sosialisasi termasuk keluarga, sekolah, rakan sebaya dan media massa. Sekolah sebagai institusi sosial bertanggungjawab mewujudkan interaksi sosial dan pembentukan sikap kepimpinan di kalangan pelajar dengan menekankan keberkesanan interaksi di dalam bilik darjah.

Rujukan

http://sarjana.tripod.com/komunikasi3.html

http://www.slideshare.net/khalidipda/k7-kpliinteraksi-dalam-pp

http://www.ukm.my/jpbm/pdf/42-51%20Rasid%20et%20al.UPM.pdf

http://srikandiamani.blogspot.com/2012/05/interaksi-yang-berkesan-dalam-bilik.html

http://www.scribd.com/doc/14585693/Pengurusan-Bilik-Darjah-Interaksi-dan-Komunikasi-Dalam-BilikDarjah

http://www.amaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2011/09/interaksi-komunikasi.pdf

Anda mungkin juga menyukai